Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Untittle

No description
by

Harlina Ishak

on 16 August 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Untittle

PN HARLINA BINTI HJ ISHAK
Pensyarah Akademik (PC)
Jabatan Pendidikan Khas
IPGKDA

PKU3143
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS
- Sekolah Khas (Berasrama)
- Sekolah Khas (Harian)
- Program Inklusif
- Program Integrasi
- Sekolah Vokasional Khas
- Kelas Khas

Program-program
Pendidikan Khas di Malaysia
Apa yang dikehendaki dan tahu penyebab yang membolehkan ia berlaku.
bertanggungjawab mengawal sumber dan memastikan kegunaannya untuk kebaikan.
Meningkatkan keberkesanan kerja yang sudah dilaksanakan dan mencari cara bagi pembaikan secara berterusan.
Bertanggungjawab pada prestasi unit yang diuruskan dan ia adalah sebahagian daripadanya.
Mewujudkan suasana yang sesuai yang membolehkan individu melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Pengurus atau pentadbir perlu tahu..
Satu proses sosial yang merangkumi soal-soal penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

Satu proses sosial yang berkait dengan mengadakan, menyelenggarakan, mengawal dan menyatupadukan segala tenaga manusia dan material dalam satu sistem yang disepadukan untuk mencapai sesuatu matlamat.

Sesuatu tindakan mengkoordinasikan aktiviti-aktiviti yang saling mempengaruhi antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat dengan sebaik-baik cara yang mungkin.

Definisi Pengurusan dan Pentadbiran
Pengurusan dan pentadbiran merupakan proses sosial yang berkaitan dengan perjalanan sesuatu organisasi termasuk organisasi pendidikan. Proses ini akan menjamin pencapaian matlamat organisasi tersebut
Tiga kemahiran diperlukan:

(i) Kemahiran teknik:
kebolehan menggunakan pengetahuan, kaedah-kaedah, teknik-teknik dan alat-alat yang perlu bagi menjalankan sesuatu tugas. Kebolehan ini adalah hasil daripada pengalaman, pendidikan dan latihan

(ii) Kemahiran komunkasi:
kebolehan bergaul dan bekerja dengan manusia lain

(iii) Kemahiran konsep
kebolehan memahami keanekaragaman dalam organisasi dan kemudian menyelesaikan diri di dalamnya.

Kedudukan sistem organisasi
Proses Pentadbiran dan
Pengurusan
perancangan,
pengelolaan,
kepimpinan
kawalan
Konsep pengurusan

Total Quality Management'
Proses
perancangan
merangkumi penilaian yang dibuat secara teliti tentang masa depan dan merangka beberapa tindakan alternatif untuk mencapai matlamat organisasi.

Ia melibatkan:
Apa mesti dibuat?
Bila mesti dibuat?
Bagaimanakah melakukannya?
Siapa akan melakukannya?
Perancangan diperlukan untuk mencapai 3 matlamat, iaitu
memperolehi bahan dan sumber-sumber

menyelaraskan usaha dan tindakan kakitangan

menjamin pencapaian matlamat organisasi

Pengelolaan
melibatkan penentuan kerja, kuasa dan autoriti penempatan sumber secara berkesan.

Pengelolaan ialah penyelarasan sumber manusia dan bahan. Penyelarasan cuba menghubungkan kakitangan, kerja, sumber dan masa supaya saling lengkap melengkapi dan perhubungan ini hendaklah jelas.
Memimpin
adalah suatu proses memotivasikan kakitangan supaya bekerjasama untuk mencapai matlamat organisasi.

Pentadbir hendaklah mempunyai kesediaan untuk membimbing dan memimpin kakitangannya supaya berkesan.

Komponen asas dalam proses kepimpinan ialah memotivasikan pekerja, mengurus kumpulan, komunikasi pengurusan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan tingkah laku organisasi.

Mengawal
ialah untuk menentukan atau menjamin kegiatan pekerja terarah kepada pencapaian matlamat dan aktiviti yang dilaksanakan hendaklah selaras dengan perancangan.
Pengawalan mempunyai tiga unsur iaitu;
Menentukan standard prestasi

Mengukur prestasi masa kini dengan standard yang ditentukan

Mengambil tindakan pembetulan.

Teori Pentadbiran dan Pengurusan
(a) Pengurusan Saintifik

Pendekatan pengurusan saintifik menumpukan kepada pekerja atau peringkat bawah. Pendekatan yang juga dikenali sebagai analisis tugas, diasaskan oleh Frederick Taylor (1856-1915).

Pendekatan ini timbul disebabkan oleh masalah dalam revolusi industri pada tahun 1900. Tujuan utama kajiannya ialah menilai proses pekerja dan meningkat profesionalisme dalam pengurusan
Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ialah:

(i) memotivasikan pekerja
(ii) memilih pekerja yang paling sesuai,
(iii) masa yang standard bagi semua pekerja
(iv) pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi
pekerja
(v) pengurus dilatih prinsip-prinsip pengurusan dan
kawalan
(vi) tugas perancangan dipisahkan dengan tugas
pengeluaran
(vii) produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang
berkesan,
(viii) pengurus harus mengambil alih tugas merancang
daripada pekerja


(b) Pengurusan Berfungsi

Teori ini diasaskan oleh Henry Fayol (1841-1925), seorang eksekutif rendah yang berasal dari Peranchis. Mengikut teori ini peranan pengurus dalam sesebuah organisasi adalah penting dan tumpuannya ialah kepada peringkat atas

Pengurus juga adalah pembuat keputusan dan pemimpin perantaraan. Teori ini berkembang di Eropah dan ia bertujuan meningkatkan kecekapan industri.

(c) Path-Goal Theory

Path Goal Theory atau Jalan Arah Matlamat diperkenalkan oleh House (1970 an) Mengikut House, pemimpin mendapat prestasi pekerja yang baik, jika diberikan matlamat dan ganjaran serta apa yang perlu dilakukan. Teori ini mengutarakan empat stail tingkah laku kepimpinan:

(i) Kepimpinan mengarah:
Mengarah kepada pekerja dan bersikap autoritarian.

(ii) Kepimpinan menyokong:
Pemimpin mudah ditemui dan selalu mesra.

(iii) Kepimpinan participatif:
Meminta cadangan dari pekerja, menggunakan pandangan tetapi ketua membuat keputusan.

(iv) Kepimpinan orientasi kejayaan:
Ketua yang membentuk sesuatu perancangan.

Model Pengurusan dalam Pendidikan Khas
1. Model Itineran

Model guru beredar.

Sasaran : semua murid berkeperluan khas

Cara pelaksanaan: khidmat bantu secara terus di bilik darjah

Penglibatan: murid dan guru

Skop: terhad

Lokasi: kelas, Tadika, Taman Asuhan, Sekolah integrasi dan PDK

2. Model Konsultan

Model perundingan.
Sasaran : kanak-kanak khas, ibu bapa, guru, dan semua pihak yang berkaitan
Cara pelaksanaan: khidmat bantu secara lebih terbuka
Penglibatan: murid dan guru, KPM, NGO,JKM,KKM, pasukan pelbagai disiplin, pakar berkaitan
Skop:lebih luas
Lokasi : bebas, dalam dan luar sekolah

3 Model Kelas Biasa( Inklusif)

Melibatkan murid pendidikan khas yang belajar bersama dalam kelas biasa bersama murid aliran perdana. Mereka akan mengikuti pelajaran bersama-sama dengan rakan sebaya. Inklusif dijalankan scara separa dan sepenuhnya . Senarai daftar murid pendidikan khas kekal dalam kelas pendidikan khas. Guru pendidikan khas berfungsi sebagai guru pendamping. Dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada prestasi dan RPI.

4 Model Bilik Resos

Bilik-bilik yang disediakan untuk menjayakan program pendidikan khas. Digunakan sebagai tempat menjalankan bimbingan dan penyimpanan alatan yang dan tempat guru resos menjalankan tugasan. Fungsi guru resos ialah menjalankan pengajaran dan pembelajaran , pengurusan kelas bimbingan, aktiviti tambahan.

5 Model Kelas Khas (Integrasi)

Kelas-kelas pendidikan khas dijalankan dalam sekolah bersama dengan kelas-kelas aliran perdana yang lain. Semua murid pendidikan khas akan belajar di kelas yang disediakan untuk murid-murid pendidikan khas. Semua kemudahan-kemudahan dan infrastruktur di sekolah tersebut akan dikongsi bersama. Semua murid pendidikan khas akan didaftarkan secara berasingan dan menjalankan aktiviti P&P secara berasingan.

B.C.K
Full transcript