Keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi atau keadaan.
Membolehkan kanak-kanak mengurus dan memahami emosi sendiri, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian
Sosial
Emosi
Menurut Kamus Dewan (2005), sosial bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan
Perkembangan sosial adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.
Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dilihat melalui beberapa aspek sosial seperti peniruan, aktiviti bermain, perkembangan kognisi sosial, persahabatan dan perhubungan dengan orang lain
Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”.
Rohani(2000) menyatakan bahawa emosi merupakan tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.
Tahap emosi boleh dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja dan emosi negatif seperti marah, sedih