Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

SYAIR BERBUAT JASA

Harun Mat Piah (Penyelenggara)

PERSOALAN

GAYA BAHASA

i. Keikhlasan dalam pengorbanan.

Buatlah baik sedaya upaya, Hidup berbakti memberi cahaya; Sumbu pelita tidak sia-sia, Terbakar dirinya menerangi raya.

ii. Berhati-hati ketika menerima pujian.

Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji; Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji.

iii. Persoalan budi yang baik akan berkekalan selama-lamanya. Walaupun orang yang menabur jasa sudah tiada lagi di dunia ini, namun jasanya tetap lagi dikenang.

Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama; Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lama.

TEMA

i. Asonansi – Pengulangan vokal a

Contoh: buatlah jasa wahai teruna

ii. Aliterasi – Pengulangan konsonan b

Contoh: buatlah bakti budi utama

iii. Sinkope – Pemendekan kata

Contoh: Kamu yang mati jasa tak fana, Asalkan jasamu padat berdentung.

iv. Inversi – Pembalikan kata

Contoh: hidup manusia jangan percuma sepatutnya jangan percuma hidup manusia

v. Diksi – Penggunaan Bahasa Arab

Contoh: Tuhan Rabbani

vi. Perlambangan

Contohnya: buahnya, sumbu pelita

vii. Kata Ganda

Contoh: selama-lama, sia-sia, dikaji-kaji

viii. Repitisi

Pengulangan perkataan ’hidup’ sebanyak 4 kali.

MAKSUD RANGKAP PERTAMA

Generasi muda disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa tetap akan dikenang walaupun sudah tiada.

NILAI

MAKSUD RANGKAP KE EMPAT

MAKSUD RANGKAP KEDUA

i. Ikhlasan. Ikhlas dalam berbuat jasa tanpa mengharapkan balasan.

ii. Mengenang jasa. Budi yang baik akan dikenang.

iii.Rasional. Berfikir dahulu sebelum mengira sebarang pujian.

PENGAJARAN

MAKSUD RANGKAP KE ENAM

Penyair menyeru agar bersungguh-sungguhlah berbuat jasa supaya segala kebaikan dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

i. Kita haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya peroleh keberkatan.

ii. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah menabur jasa kepada kita supaya hubungan yang terjalin akan berkekalan kelak.

iii. Kita perlulah menimbang baik dan buruk sesuatu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Kepentingan berbuat jasa

Penyair sekali lagi mengingatkan jangan mengharapkan balasan dan penghormatan memadai jasa yang dicurahkan boleh dimanfaatkan.

Penyair mengajak supaya berbuat jasa dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan kerana setiap jasa yang dicurahkan akan menerima balasan di akhirat sana.

MAKSUD RANGKAP KELIMA

MAKSUD RANGKAP KE TUJUH

Penyair mengajak supaya sentiasa berbuat baik walaupun tidak diketahui orang kerana Tuhan lebih mengetahui.

Penyair menegah supaya setiap jasa yang ditabur janganlah mengharapkan balasan dan pujian kerana keadaan sedemikian akan menyebabkan timbulnya perasaan tamak.

MAKSUD RANGKAP KETIGA

Penyair mengingatkan supaya kehidupan janganlah disia-siakan. Sebaliknya, berbuatlah jasa kerana jasa yang baik akan dikenang selama-lamanya.

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi