Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

FIQH MUAMALAT

AR-RAHN

(PAJAK GADAI)

1. FATIMAH BINTI JAMIL 223332

2. NORNAZURAH BINTI NASRI 224086

3. NUR AQILAH BINTI ALIAS 233384

4. FATEN NADIA BINTI PAUZI 233193

PERSOALAN DALAM AR-RAHN

Jika barang gadaian rosak dalam pegangan pemegang gadaian(pemberi saham). Adakah perlu membayar ganti rugi .

  • Pemegang gadai merupakan pemegang amanah ke atas barang yang digadaikan kepadanya maka ia bertanggungjawab menjaganya dengan penuh perhatian.
  • Jika berlaku kerosakan yang tidak sengaja, tidaklah dikenakan apa-apa gantian ke atasnya.
  • Tetapi jika berlaku kerosakan dengan sebab kecuaian pemegang gadaian, wajib pemegang gadai menggantikannya.
  • Kerosakan yang berlaku ke atas barang gadaian itu tidak sedikitpun menggugurkan hutang.

1) Apa yang perlu di bawa?

  • Emas + sijil ketulenan (kalau ada) + resit belian asal. Sesetengah ar-rahnu tak perlukan resit belian.

2) Apa Jenis barang yang diterima oleh Al-Rahnu?

  • Emas dan Perhiasan
  • Barang kemas solid (tanpa permata), gold bar, dinar, atau syiling emas.
  • Asalkan ianya emas dan ianya tulen.
  • Sesetengah ar-rahnu hanya terima barang kemas sahaja. Gold bar, dinar & syiling emas tak diterima.
  • Jam tangan berjenama.

3) Berapa banyak pinjaman akan diberi?

  • 65% atas nilai emas yang dipajak. Sesetengah ar-rahnu bagi sehingga 70% daripada nilai emas.

  • Apa yang perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas, tapi berdasarkan HARGA SEMASA yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri. Dan harga setiap ar-rahnu pastinya berbeza.

PENGERTIAN AR RAHN

Bahasa : mantap dan berkekalan.

Antara contoh penggunaan kalimah ar-rahn ialah sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah SWT

Maksudnya : “ Setiap diri terikat (tidak terlepas) daripada (balasan buruk bagi amal kejahatan) yangdikerjakannya” (surah al-Muddaththir 74:38)

Setiap diri manusia ditahan daripada memasuki syurga pada hari kiamat disebabkan amalan yang di lakukannya ketika didunia sehinggalah amalannya dihisab terlebih dahulu.

Syara’ : satu barang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat di jelaskan.

4. Berapa lama tempoh pinjaman?

  • Tempoh standard ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 12 bulan.
  • Habis tempoh pinjaman, kena tebus balik emas tu ataupun emas tu kena lelong. Kalau nak sambung lagi pajakan, kena renew surat pajak.
  • Bebas untuk tebus emas tu pada bila-bila masa walaupun tempoh pajakan belum tamat. Kalau tebus dalam masa sebulan, maka caj pajakan cuma dikenakan untuk sebulan sahaja.

# Pajak Gadai-i Ar-Rahnu menawarkan pembiayaan tunai segera dan mudah sehingga RM50,000 dengan kadar upah simpan yang rendah berdasarkan 3 prinsip Syariah iaitu:

  • Al-Qard Hassan (pinjaman tanpa faedah)
  • Al-Wadiah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan ke atas barang gadaian)
  • Al-Ujrah (upah simpan)

HUKUM GADAIAN

KONTRAK QARD AL-HASSAN DALAM AR-RAHN

KONTRAK AL-WADIAH DALAM AR-RAHN

4. Sighah ( ijab dan qabul)

  • Sighah atau lafaz penawaran (ijab) dan penerimaan (qabul) dalam kontrak gadaian.
  • Penawaran dilafaz oleh penggadai dan pemerimaan dilafaz oleh penerima gadaian.
  • Lafaz ijab dan qabul disyaratkan dalam kontrak gadaian kerana gadaian adalah kontrak yang membabitkan pertukaran harta.
  • Lafaz boleh berlaku secara lisan, penulisan, isyarat yang biasa difahani oleh pihak berkontrak dan menulis dalam kontrak gadaian adalah lebih baik.

PENGERTIAN AR RAHN

SYARAT AR-RAHN

Hukum gadaian adalah HARUS berdasarkan firman Allah SWT :

Dalam pensyariatan pajak gadai dengan Al-Quran.

Maksudnya : “Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutangyang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yan memberi hutang)” (Surah Al Baqarah : 283)

Ayat ini datang setelah firman Allah SWT :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman ! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) .” (Surah Al-Baqarah :282)

PERSOALAN DALAM AR-RAHN

1 . Al Wadiah

  • Simpanan kepada harta milikan sebagai amanah atau jaminan keselamatan.
  • Contoh yang telah diberikan, konsep ini telah digunakan oleh pihak bank dalam menyimpan barang kemas milik pelanggan.
  • Dalam perkhidmatan menyimpan ini, sejumlah upah menyimpan barang tersebut telah dikenakan oleh pihak bank iaitu RM300.

2. Qard al-Hassan

  • Pinjaman tanpa faedah yang lebih sinonim dengan keperluan masyarakat terutamanya golongan bawahan untuk mendapatkan pinjaman kewangan tanpa membebankan mereka.
  • Konsep ini lebih kepada pinjaman kebajikan yang amat ditekankan dalam sistem muamalat supaya dapat bantu membantu antara satu sama lain untung mendapatkan keuntungan secara bersama.
  • Contohnya bank telah memberi pinjaman sebanyak RM6000 kepada pelanggan.

Pendapat mazhab lain pula :

Mazhab Hanbali

  • gadaian merupakan harta yang dijadikan pegangan bagi sesuatu hutang dengan itu ia boleh digunakan untuk membayar jika penghutang gagal membayar hutangnya.

Mazhab Maliki

  • gadaian sebagai sesuatu barang yang bernilai yang diambil dari pemiliknya sebagai pegangan atau jaminan sebagai sesuatu hutang yang lazim iaitu satu akad yang membolehkan pemegang harta seperti harta tak alih , binatang , barang dagangan atau manfaat (yang boleh diambil untuk sesuatu tempoh atau pekerjaan) mengaitkan dengan hutang.

4)Barang –barang yang tidak sah diniagakan

  • tidak sah pula digadaikan kecuali tanam-tanaman dan buah-buahan yang mula masak. Maka menjual kedua-duanya adalah haram dan menggadainya pula adalah harus kerana tidak berlaku ‘gharar’ ke atas murtahin (penerima gadai). Hutang penggadai juga tetap ada dalam tanggungan meskipun tanaman dan buah-buahann yang di gadaikan kepadanya mengalami kerosakkan.

5) Barang gadaian adalah amanah murtahin

  • Jika barang rosak atas kelalaiannya ,dia WAJIB mengganti. Jika barang rosak atas faktor lain, dia TIDAK WAJIB menggantikannya dan hutang tetap menjadi tanggungan murtahin.
  • Barang gadaian boleh di amanahkan kepada orang yang boleh dipercayai selain murtahin,kerana yang penting ialah penjagaan dan ia boleh di lakukan oleh orang yang boleh di percayai.

6) Jika rahin mensyaratkan barang gadaian tidak boleh di jual ketika hutangnya telah tamat tempoh,maka batallah gadaian. Begitu juga jika murtahin mensyaratkan kepada rahin dengan berkata "Jika tempoh pembayaran hutang telah tamat dan engkau tidak gagal membayar hutangmu kepadadaian menjadi milikku,"maka tidak sah.

SYARAT AR-RAHN

1. Penggadai & Pemegang Gadaian

  • Mestilah mukallaf iaitu yang berakal, baligh serta tidak dilarang menguruskan harta.
  • Kanak – kanak dan orang gila tidak sah gadaian.
  • Tidak dipaksa untuk melakukan kontrak gadaian.
  • Penggadai mestilah memiliki barang yang digadai dan bukannya penjaga atau pemegang amanah kepada barang itu sahaja.
  • Penjaga dan pemegang wasiat hanya boleh menggadai dalam keadaan tertentu sahaja seperti darurat.

3. Hutang ( al – Marhun bih )

  • Hutang bermaksud hak penerima gadaian (pemberi hutang) yang perlu dibayar oleh penggadai dan penggadai meletakkan barang gadaian sebagai timbal balas.
  • Jumlah dan sifat hutang mestilah diketahui oleh kedua- dua pihak berkontrak.
  • Hutang mestilah dalam bentuk perkara yang boleh disahkan sebagai tanggungan (dhimmah) seperti mata wang Ringgit atau Rupiah.

HUKUM TENTANG GADAIAN

PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN GADAIAN

1) Pemilikan barang al-Rahn.

  • Penggadai berhak menarik balik gadainya sekiranya barang itu belum lagi diterima oleh pemegang gadai, dan berhasil penarikan balik barang yang belum diterimanya itu dengan suatu perbuatan yang dilakukan oleh penggadai, seperti dihibahkan barang tersebut kepada barang lain.

2) Penggunaan barang al-Rahn.

  • Penggadai boleh menggunakan barang gadaian itu sekiranya penggunaan itu tidak mengurangkan harga barang itu.Contohnya kenderaan boleh digunakan, rumah boleh diduduki.

3) Dakwaan pemulangan barang

  • Jika murtahin mendakwa telah memulangkan barang gadaian dan di nafikan oleh rahin, maka pengakuan yang diambil kira adalah pengakuan rahin berserta sumpah kecuali jika murtahinmembawa buktiyang dapat menguatkan dakwaannya.

Adakah wajar atau boleh pemegang gadaian(pemberi hutang) mengambail manfaat daripada barang gadaian itu?

“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Binatang ternakan yang digadai boleh ditunggangi dan diperah susunya (sekadar) nafkah yang telah dibelanjakan untuknya. Dan orang yang menunggang dan memerah susunya mesti memberi nafkah ke atas binatang tersebut.” (Riwayat Bukhari)

Antara perkara yang membatalkan gadaian ialah :

  • Menyerah balik barang yang digadai kepada penggadai, kerana barang itu adalah sebagai cagaran hutang.
  • Apabila penggadai menjelaskan semua hutangnya.
  • Apabila barang yang digadai itu rosak.
  • Apabila barang gadaian itu disewa, di hibah ataupun disedekahkan sama ada perkara itu dilakukan oleh penggadai atau pemegang gadai .
  • Terpaksa jual, perintah kadi kepada penggadai supaya menjual barang gadaian, maka apabila dijual penggadai hendaklah menyempurnakan hutangnya daripada harga barang yang dijual.
  • Pemegang gadai memfasakh gadaian walaupun tanpa penggadai kerana hak itu kepunyaannya. Dan tidak terbatal gadaian sekiranya difasakh oleh penggadai.

SYARAT AR-RAHN

HUKUM TENTANG GADAIAN

CONTOH PELAKSANAAN AR-RAHN DI BANK RAKYAT

d) Upah simpan

  • Upah simpan minimum dikenakan untuk simpanan barang kemas.

1. Had Gadaian

  • Minimum RM 100
  • Jumlah terkumpul maksimum RM 50,000 atau RM10,000 sehari.

2. Tempoh Gadaian

  • Tempoh gadaian diberikan dalam gadaian 6 bulan dengan tempoh maksimum tidak melebihi 18 bulan daripada tarikh gadaian.

3. Gadaian Diterima

  • Memiliki barang kemas (emas) 18K - 24K
  • Barangan emas – 22K -24K

RUKUN AL RAHNU

Penggadai

(al-Rahin)

Pemegang gadaian

(al-Murtahin)

Ijab & Qabul

(Sighah)

Barang gadaian

(al-Marhun)

Tangungan gadaian

(al-Marhun bih)

e) Penebusan Gadaian

  • Penebusan boleh dibuat secara sekaligus atau ansuran sebelum atau pada tarikh matang. Pengiraan Upah Simpan Pajak Gadai-i Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadaian Konvensional​

  • Nilai barang kemas : RM1,000

  • Pembiayaan : RM650

  • Tempoh : 6 bulan/180 hari

HIKMAH PAJAK GADAI

  • Menggalakkan manusia supaya sentiasa bantu membantu di antara satu sama lain.
  • Allah telah berfirman yang bermaksud:
  • “Bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa”[Surah Al Maidah(5:2)].
  • Meneguhkan kepercayaan kepada pemberi hutang. Dimana jika hutang itu tidak dapat dijelaskan sekalipun, maka barang gadaian tersebut menjadi ganti.
  • Merapatkan lagi ukhuwah antara sesama muslim. Dimana orang yang kaya dapat menolong orang miskin dan berhajat kepada sesuatu sepertimana yang telah dianjurkan dan digalakkan oleh Islam sendiri.
  • Mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti kecurian atau merompak oleh orang orang yang tidak mampu tetapi berhajat sesuatu dalam hidupnya.

SYARAT AR-RAHN

2. Barang gadaian (al – Marhun)

  • Barang mestilah jelas dan diketahui jenisnya oleh kedua – dua pihak berkontrak.
  • Barang yang hendak di gadai mestilah hak milik pengadai dan boleh diserah ketika akad.Untuk barang tak alih seperti rumah dan tanah cukup diserah geran sahaja ketika akad.
  • Nilai barang mestilah melebihi nilai hutang yang diterima daripada pemegang gadaian.
  • Barang mestilah dalam bentuk benda seperti rumah dan barang emas.
  • Barang tersebut mestilah bernilai menurut syarak dan boleh dijual beli.
  • Tidak sah menggadai anak kambing yang masih dalam kandungan atau pun burung di udara.

AR-RAHNU (PAJAK GADAI)

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi