Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

PB-1501 MELAYU ISLAM BERAJA

Kesimpulan

MELAYU

- Brunei adalah sebuah negara MELAYU.

- 7 puak jati.

- Adat Resam dan Kebudayaan Melayu.

- Bahasa Utama

Negara kita telah Berjaya membuktikannya kepada dunia.

Brunei mampu mengekalkan identiti kebruneian selaras dengan perkembangan dunia.

Berjaya mempertahankan dan mengekalkan institusi kesultanan, adat resam negara, budaya-budaya kebruneian yang telah diwarisi lebih dari 600 tahun yang lalu.

Brunei adalah pewaris bangsa Melayu Nusantara yang masih mengamalkan pemerintahan Kesultanan Melayu Islam.

MIB adalah penentu dan penjamin Survival Bangsa.

Dengan menjadikan Negara ini sebagai sebuah Negara Melayu Islam Beraja peluang bangsa Melayu untuk menyerlah dan cemerlang dalam semua bidang yang penting terutamanya akan terjamin dan dapat direalisasikan.

Berbanggalah dan peraktikanlah MIB untuk hidupan harian kita semua.

ISLAM

Agama rasmi Negara menurut Akidah Ahlus Sunnah Waljamaah Mazhab Shafie yang dihayati menjadi cara hidup yang lengkap, sempurna dan unggul.

Perlembagaan Negeri Brunei 1959 Bahagian II Ceraian 3(i) menyebutkan

“Agama rasmi bagi negeri Brunei ialah agama Islam menurut Ahli Sunnah wal-Jemaah tetapi agama-agama yang lain boleh diamalkan dengan aman dan sempurna oleh mereka yang mengamalkannya”.

Sultan sebagai ketua ugama dan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan iaitu Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan hendaklah dipegang oleh orang Islam.

Islam adalah Ad Deen iaitu cara hidup yang lengkapdan sempurna, yang telah diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W yang berintikan iman dan amal.

Islam sebagai payung kepada Melayu dan Beraja oleh sebab itu pentadbiran, ekonomi, politik, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya mesti dilihat dari perspektif Islam.

BERAJA

Sistem ‘Beraja’ adalah satu sistem tradisi Melayu yang sudah lama wujud sejak terdirinya Kerajaan Melayu Brunei.

PENGENALAN

Warisan bangsa Melayu yang dipraktikkan.

Raja adalah kerajaan. Tidak ada raja tidak ada kerajaan. Jatuh bangun dan hidup mati bangsa Melayu terletak kepada raja.

Siapakah pembentang ini?

Nama : Ibnu Yamin Bin Yahya

No. Pendaftar : 13B1327

Tajuk Pembentangan :

BRUNEI SEBAGAI NEGARA MIB

Raja dalam pemerintahan cara Melayu bukanlah sebagai lambang tanpa kuasa mentadbir tetapi Raja adalah:

- Penaung kepada rakyat

- Junjungan rakyat.

- Pemimpin kepada rakyat.

- Turus tunggak Negara Brunei Darussalam.

- Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.

Raja dalam MIB ialah:

- Raja adalah ketua adat

- Raja adalah ketua agama

- Raja adalah ketua Negara (Ulil-Amri Minkum)

- Raja adalah ketua pemerintah

Raja dalam konteks MIB adalah Khalifah Allah dimuka bumi yang mempunyai kedudukan seperti berikut:

- Raja adalah pemegang amanah Allah

- Raja adalah ketua angkatan bersenjata

- Raja adalah penaung dan payung rakyat

- Raja adalah turus tunggak Negara BruneiDarussalam.

Brunei Darussalam

Negara Brunei Darussalam sangat terkenal dengan kekuatan falsafah negara oleh seluruh dunia, berlandaskan falsafah negara iaitu konsep MIB "Melayu Islam Beraja" yang menjamin kemakmuran, kesejahteraan, keamanan dan perpaduan seluruh pendudukannya yang sihat dengan membekalkn keIslaman yang murni.

Titah kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam

``Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin serta limpah Kurnia Allah Subhanahu Wata’ala, akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran Ugama Islam.’ Menurut Ahli Sunnah Waljamaah…''

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi