Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

CABARAN DAN HALA TUJU PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN

No description
by

Harlina Ishak

on 8 September 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of CABARAN DAN HALA TUJU PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN

CABARAN DAN HALA TUJU PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS
design by Dóri Sirály for Prezi
Antara cabaran dalam program pendidikan khas yang telah dikenal pasti di negara ini ialah:
i. Bilangan guru pendidikan khas yang terlatih khusus masih terhad dan tidak cukup samada di sekolah-sekolah rendah mahupun sekolah-sekolah menengah.
ii. Masalah “burn-out” dalam kalangan guru-guru pendidikan khas kerana mereka dibebankan dengan pelbagai bidang tugas selain daripada tugas mengajar di bilik darjah

iii. Kesukaran dalam memperolehi khidmat sokongan samada daripada agensi-agensi kerajaan atau pun agensi-agensi bukan kerajaan kerana pakar-pakar yang sedia ada dalam bidang-bidang tertentu adalah terhad.

iv. Kekurangan pakar-pakar dalam bidang-bidang tertentu seperti audiologi, terapi pertuturan, psikologi klinikal dan sebagainya, mengakibatkan individu-individu dengan keperluan khas terpaksa bergantung kepada pakar-pakar yang sedia ada dan terpaksa menunggu giliran yang akan mengambil masa yang lama.

v. Masih terdapat masyarakat yang memandang serong dan mengenepikan individu-individu berkeperluan khas samada di dalam masyarakat, keluarga atau institusi pendidikan sendiri.

vi. Tiada kesediaan murid-murid normal menerima murid-murid khas di sekolah-sekolah integrasi dan sebaliknya.

vii. Masalah hal tuju murid-murid pendidikan khas selepas tamat persekolahan yang masih terabai dan tidak tentu.

viii. Kerenah birokrasi dalam urusan pendaftaran individu berkeperluan khas sebagai orang kurang upaya (OKU).

(a) Pengasingan
Pengasingan membawa maksud kanak-kanak pendidikan khas diasingkan dari kanak-kanak normal di dalam system pendidikan dan juga dari aspek pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun masih wujud faktor-faktor negatif dari aspek pengasingan bagi kanak-kanak istimewa ini
Isu-isu dalam Pendidikan Khas
Antaranya ialah:
i. Kanak-kanak istimewa tidak berpeluang berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain.
ii. Interaksi dan komunikasi yang terhad boleh menjejaskan perkembangan sosial kanak-kanak ini.
iii. Guru-guru dan tenaga pengajar tidak ada peluang untuk mengikuti program lain kerana kemahiran yang ada akan digunakan untuk mengajar kanak-kanak tersebut secara berterusan.
iv. memperkembangkan diri juga amat terhad.
v. Peluang pekerjaan juga amat terhad memandangkan mereka ini hanya menguasai kemahiran di dalam bidang-bidang yang tertentu sahaja.

(b) Integrasi
Integrasi bermaksud percantuman. Integrasi bagi kanak-kanak istimewa ini adalah rancangan percantuman merujuk kepada kanak-kanak luar biasa yang menerima pendidikan khas di sekolah biasa
wujud kekurangan dalam program integrasi ini, antaranya ialah:
i. Kekurangan tenaga pengajar atau guru-guru khas yang terlatih untuk mengajar kanak-kanak ini.
ii. Kekurangan kakitangan khas dari disiplin lain seperti terapi pertuturan.
iii. Timbul sifat rendah diri dan kurang yakin diri dalam kalangan murid-murid khas apabila bercampur dengan murid-murid normal.
iv. Wujud jurang dalam perhubungan diantara murid-murid khas dengan murid-murid aliran perdana.

(c) Stigma pelabelan dan pengelasan
Salah anggapan yang harus diperbetulkan ialah mengubah sikap masyarakat supaya tidak menggunakan rangkaikata pelabelan dan pengelasan terhadap mereka ini

(d) Normalisasi
Normalisasi membawa maksud membiasakan diri atau perbuatan yang biasa dilakukan oleh seseorang. Bagi kanak-kanak isatimewa, normalisasi membawa maksud membiasakan diri dengan tugasan-tugasan harian samada di rumah, sekolah mahupun persekitaran.
(e) Pendidikan Inklusif
Pendidikan inklusif bermaksud “mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa”.
Tokoh-tokoh Pendidikan Khas
Full transcript