Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

Dalam bidang seni reka, kaedah pembentukan produk rekaan dari pelbagai bidang berteraskan gabungan kecanggihan teknologi terkini dengan pemikiran baharu. Gabungan ini menampilkan rekaan-rekaan yang mempunyai ciri-ciri designomic.

DEFINISI DESIGNOMIC

Designomic dalam karya seni halus merujuk kepada kemahiran, keunikan dan aplikasi unsur seni dalam hasil karya mereka. Contohnya, seni decoupage yang mengaplikasikan teknik catan dan kolaj sebagai hiasan yang biasanya dihasilkan pada kertas atau kanvas. Hasil karya yang sempurna mampu meningkatkan designomic sesebuah hasil karya seni.

Contoh-contoh rekaan designomic

Designomic ialah gabungan perkataan design (seni reka) dan economic (ekonomi) yang mempunyai ciri-ciri kebolehgunaan dan kebolehpasaran pada rekaan sesuatu produk atau karya seni visual.

Pereka, pelukis atau pandai kraf berkongsi satu bentuk pemikiran, perasaan, pengalaman dan visi yang baharu dalam proses rekaan.

Contoh karya seni digital.

KAEDAH PEMBENTUKAN DAN PROSES PERKEMBANGAN DESIGNOMIC.

Kaedah designomic adalah berbeza-beza antara seni halus, seni reka dan seni kraf. Kaedah ini terkandung dalam Teori Reka Bentuk Sejagat (Universal Design Theory) yang menggariskan tujuh prinsip utama.

1) Mampu guna

2) Fleksibel

3) Penggunaan mudah dan intuitif

4) Daya penyampaian maklumat mudah

5) Kesilapan minimum

6) Rendah keupayaan fizikal dan kesesuaian

7) Kecukupan saiz serta ruang.

Latihan Formatif.

1) Apakah yang dimaksudkan dengan designomic?

2) Adakah rekaan bekas tin minuman itu bercirikan designomic? Jelaskan.

3) Mengapakan designomic penting dalam karya seni?

4) Apakah rekaan lain yang boleh dihasilkan daripada bekas tin minuman?

Designomic dalam seni kraf tempatan memfokuskan kraf dimensi baru. Transformasi terhadap kraf tempatan kepada rekaan bercirikan designomic telah menampilkan rekaan kraf yang kreatif dan menarik.

Designomic

Contoh rekaan kraf dimensi baru.

TUJUAN APLIKASI DESIGNOMIC

Designomic sesuatu rekaan memperlihatkan daya tarikan yang tinggi melalui ciri-ciri keunikan dan kelainan pada rekaan yang dihasilkan bagi tujuan keusahawanan.

Dalam keunikan tersebut, terdapat daya tarikan dan fungsi yang tersendiri.

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi