BAHAGIKAN KEPADA DUA KUMPULAN
- LAKONKAN SEBUAH SITUASI YANG MEMERLUKAN BANTUAN KHIDMAT MASYARAKAT DAN ANDA DIKEHENDAKI MELAKONKAN PERANAN AGENSI YANG DIPERLUKAN UNTUK SITUASI TERSEBUT
- TERANGKAN PENGALAMAN ANDA DALAM MEMBERI SUMBANGAN KHIDMAT KEPADA MASYARAKAT
AKTIVITI
Peranan Jabatan Bukan Kerajaan
Sebuah organisasi bukan untung yang memberi bantuan perubatan, pembangunan kesihatan dan pengurangan risiko bencana yang mampan untuk masyarakat yang memerlukan dalam situasi krisis dan bukan krisis.
Menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk.
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
Bertujuan menjaga kebajikan mereka yang memerlukan berlandaskan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.
- Lembaga Pertubuhan Peladang
Membantu mempertingkat ekonomi dan sosial masyarakat tani di bawah satu badan yang berperanan khusus
menilai dasar dan arah untuk mencapai sasaran kesamarataan jantina, pembangunan keluarga dan masyarakat penyayang selari dengan komitmen kerajaan
Kepentingan Penglibatan Aktif Rakyat Dalam Aktiviti Kemasyarakatan
- Memupuk semangat hidup bermasyarakat yang positif
- Membantu insan yang malang dan memerlukan bantuan
- Mengamalkan semangat kekitaan dengan mengutamakan kepentingan
- Melahirkan suasana mesra dan keakraban dalam kalangan penduduk pelbagai lapisan umur dan bangsa
- Bermuafakat dan bekerjasama dalam pembangunan Malaysia
Perkongsian Pintar Antara Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan
- Usaha sama antara agensi badan kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam bentuk hubungan perkongsian ilmu,kepakaran,tenaga, dan sumber kewangan bagi menangani masalah.
- Contoh:
- Kerjasama Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran, Syarikat Procter & Gamble (Malaysia) telah membina bilik terapi Snoezelen
Sumbangan bantuan kecemasan dan bencana alam
- Banyak melibatkan individu dan badan bukan kerajaan
- MERCY sebagai contoh, merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang banyak menghulurkan bantuan tenaga dan kepakaran doktor sukarela di Acheh, Indonesia dan Pulau Pinang dalam tsunami 2004
Sumbangan Terhadap Pembangunan Masyarakat
Pengawasan Dan Keselamatan
- Aktiviti ini dilakukan oleh Pertubuhan Rukun Tetangga ataupun sesama jiran tetangga.
- Masyarakat dapat bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan
- Kekerapan mengadakan aktiviti kemasyarakatan akan dapat mengurangkan kadar jenayah
Lawatan
- Masyarakat boleh mengadakan aktiviti lawatan ke rumah kebajikan dan rumah warga tua untuk membentuk masyarakat penyayang
- Boleh dikendalikan secara inndividu, berkumpulan dan menerusi badan bukan kerajaan seperti Bulan Sabit Merah Malaysia
Melalui Penglibatan Aktif dalam Aktiviti Kemasyarakatan
Gotong Royong
Sikap ataupun kegiatan yang dilakukan oleh anggota masyarakat secara kerjasama dan tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan mahupun masalah dengan sukarela tanpa adanya balasan.