KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENGGUNAKAN ICT
KEBURUKAN
- Kita boleh mendapatkan maklumat secara mudah dan terperinci.Misalnya pelajar dapat mencari maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah kerana pelbagai maklumat dapat di akses secara mudah.
Contohnya: Maklumat berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, pelancongan, berita dalam dan luar negara dan banyak lagi.
- Memudahkan kita untuk berhubung dengan sesiapa sahaja walau dimana jua. Misalnya kewujudan laman-laman sosial seperti facebook, twitter, myspace dan sebagainya.
Contohnya : Manusia dapat berkenalan dan mengenali rakan-rakan luar sekaligus berhubung semula dengan rakan yang lama.
- Fitnah dapat di sebar secara mudah. Memang sukar di bendung kerana sesiapa sahaja boleh menulis dan menyiarkan maklumat.
- Boleh mempengaruhi pelajar dan membuatkan mereka leka menggunakan ict.
- Membuat seseorang terdedah dengan perkara yang tidak baik. Misalnya cerita lucah , gambar lucah dan bicara yang lucah. Ini akan merosakkan akhlak dan jiwa remaja.
- Mereka akan membazirkan wang mereka untuk ke siber-siber berdekatan.
- Mereka akan sanggup menipu ibu bapa mereka sendiri sekadar untuk bermain game di pusat siber yang ada.
- Memudahkan urusan harian manusia.
Contohnya : Pembayaran bil, pembelian barang-barang dan pembayaran cukai yang boleh dilakukan secara dalam talian. Kita tidak perlu beratur panjang dan dapat menjimatkan masa.
- Dengan ICT, kita dapat mengetahui maklumat lebih cepat, tepat dan pantas. Berita yang di sampaikan secara atas talian dari seluruh negara dapat dikongsikan dan kita tidak perlu lagi menunggu. Kita sekaligus dapat melihat perkembangan dunia yang terkini.