Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

Sebagai Contoh:

A) Zaman Pemerintahan Bani Umaiyah

-Semasa pemerintahan Khalifah Sulaiman, beliau memerintah dengan tidak adil. Beliau telah menjatuhkan hukuman mengikut hawa nafsu dan perasaan hasad dengki.

-Beliau juga telah membunuh dua orang panglima perang yang pernah berjasa kepada kerajaan iaitu Muhammad bin Al-Qasim dan Qutaibah bin Muslim walaupun mereka tidak melakukan apa apa kesalahan

  • Di akhir zaman pemerintah kerajaan Abbasiyah, musuh-musuh telah menyerang dari bahagian Utara (Gorgia dan Arminia), Barat (tentera salib), dan Timur (kerajaan Monggol).
  • Banyak kawasan-kawasan kerajaan Islam telah diserang serta umat Islam juga dibunuh dengan kejam ketika serangan ini tercetus.

  • Pentadbiran pusat di Baghdad tidak dapat memainkan peranannya berikutan serangan tersebut dan ramai pejuang-pejuang Islam yang telah terkorban.

Sebagai contoh :

Zaman-zaman terakhir Pemerintahan Khulafa Uthmaniyah di Turki. Para khalifahnya sering berfoya-foya dengan arak sehingga membuka peluang kepada musuh-musuh islam untuk menyerang dan merampas wilayah-wilayah kerajaan islam.

Menurut Ahmad Ulwan Hassim (2012) “sehinggakan suatu ketika sambutan hari raya, mereka lupa untuk menunaikan solat hari raya kerana terlalu lalai dengan sambutan hari raya tersebut. Itu diantara yang disebut oleh Ibnu Kathir yang menyebabkan kejatuhan Khilafah Abbasiyah”.

Ancaman Musuh Luar

  • Musuh luar telah menghancurkan dan membawa pulang khazanah ilmu milik umat Islam ke negara mereka.

  • Selain itu, musuh luar juga telah menawan bangunan-bangunan milik kerajaan Islam dan seterusnya menukar fungsi sebenar bangunan-bangunan tersebut.

Berlaku penyelewangan dan gejala keruntuhan akhlak

Kelemahan pemerintah

Apabila manusia tiada lagi mempunyai nilai moral serta tidak mementingkan nilai ketakwaan dalam diri mereka

Maka apa sahaja menjadi harus kepada mereka termasuklah yang haram.

Jawatan yang dipegang oleh seseorang pemimpin dijadikan sebagai satu peluang untuk memenuhi hajat peribadi.

  • Kegemilangan dan kejatuhan tamadun adalah bergantung kepada corak pemerintahan pemimpin.

  • Pemimpin yang lemah menyebabkan tamadun itu jatuh, dimana ini menjadi salah satu faktor kejatuhan Tamadun Islam.

B) Zaman Pemerintahan Kerajaan

Abbasiyah

  • Perebutan kuasa antara pemimpin juga telah mendorong kejatuhan pemerintahan kerajaan Abbasiyah

  • Perebutan kuasa antara putera-putera Khalifah Al-Mutawakkil iaitu Al-Muntasir dengan Al-Mu'taz.

  • Jawatan Khalifah menjadi rebutan dan sering bertukar tangan

Kegiatan ilmu yang merosot

Pengenalan :

  • Pada abad ke-15 hingga ke-18, para sarjana dan ilmuan islam kurang menghasilkan karya-karya baharu terutamanya dalam bentuk penyelidikan

  • Kekurangan penghasilan karya-karya baru mengakibatkan sarjana-sarjana barat mengambil alih tempat sarjana-sarjana islam sebagai pemula sesuatu penyelidikan.

Menurut Athirah (2013) :

  • Pada 1866, sebuah Kementerian Pelajaran Umum ditubuhkan untuk menyeliasekolah sekular.

  • Negara barat juga mengambil peluang ini untuk menyerapkan pendidikan mereka melalui beberapa institusi pendidikan.

  • Situasi ini makin menggalakkan penerapan idea nasionalisme,kapitalisme, imperialisme terhadap masyarakat sehingga menyebabkan sentimen perkauman semakin menebal dan akhirnya idea-idea barat ini telah menjatuhkan kerajaan Islam tersebut.

  • Tamadun Islam lahir di kawasan padang pasir yang kering kontang, berbeza dengan tamdun-tamadun lain. Nabi Muhammad SAW mengambil masa selama 13 tahun untuk membentuk personaliti muslim yang unggul dalam masyarakat Arab sebagai persediaan untuk membina tamadun yang lebih besar.

  • Pemerintahan Kerajaan Abbasiyah merupakan zaman kemuncak kegemilangan Tamadun Islam.

  • Namun, disebabkan beberapa faktor yang timbul, tamadun islam retak, dan jatuh

Sikap tertutup masyarkat

  • Tidak mahu melakukan perubahan dari segi ekonomi, politik, mahupun sosial serta teknologi.

  • Merencatkan daya kreativiti dan inovasi kumpulan masyarakat tersebut.

Zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyah, Sultan Salim III telah berusaha memodenkan sistem–sistem pentadbiran di Turki.

Permodenan tersebut telah dihalang oleh beberapa golongan seperti :

  • Golongan konservatif
  • Golongan keagamaan
  • Golongan janisari.

Bencana Alam

  • Bencana alam atau malapetaka menyebabkan berlaku kerosakan harta benda secara besar-besaran

  • Antara bencana alam yang telah melanda:
  • Wabak penyakit
  • Kemarau panjang
  • Banjir besar
  • Ribut taufan
  • Tsunami
  • Gempa bumi

Faktor-faktor Kejatuhan Tamadun Islam

Disediakan oleh:

1. Hazirah binti Ajinan

2. Nur Fatiha binti Azman

3. Nur Baizura

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi