Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

3. POLA BERPUSAT

2. POLA BERJAJAR

Fungsi Petempatan Luar Bandar

1. Pola Berselerak

~Dapat dilihat di kawasan kecil, dusun dan sawah padi.

~Terdapat di kawasan luar bandar. Rumah dibina berselerak tanpa susunan yang tetap serta dipengaruhi juga oleh bentuk muka bumi.

~Dibina di tanah pertanian yang dimiliki sendiri.

~Terdapat di kawasan kebun-kebun kecil getah, kelapa dan padi.

~Jarak antara bangunan adalah berjauhan antara satu sama lain.

• Dibina selari di sepanjang sungai, parit, tali air, pinggir pantai, permatang, jalan raya, landasan keretapi, di sepanjang pinggir kawasan sawah padi,tepi kawasan paya dan sepanjang lereng bukit.

• Rumah dibina dalam satu barisan yang panjang lagi sempit.

• Pola ini terdapat di sepanjang jalan raya, sungai, kaki bukit, permatang, benteng, tali air, dan pinggir laut

• Ia juga dikenali sebagai petempatan linear.

1. Fungsi di sesebuah petempatan luar bandar adalah berbeza dengan petempatan luar bandar yang lain.

2. Fungsi utama petempatan luar bandar adalah sebagai tempat kediaman penduduk.

3. Fungsi kawasan pertanian seperti di lembah Sungai Kelantan dan lembah Sungai Muda ialah sebagai pengeluar hasil padi.

4. Fungsi kawasan kaki bukit yang bercerun landai seperti pantai barat Semenanjung Malaysia adalah sebagai pusat pengumpulan hasil getah dan minyak sawit.

• Terbentuk apabila rumah dan bangunan yang banyak dibina rapat-rapat.

• Contohnya simpang jalan yang mempunyai tempat ibadat, sekolah, kedai, pejabat pos dll.

• Terdapat juga dikawasan ladang getah dan ladang kelapa sawit di tanah rancangan seperti FELDA.

• Contohnya, Felda Bukit Goh di Pahang dan Felda Gugusan Adela di Kota Tinggi, Johor.

• Rumah dirapat dan padat dalam satu kawasan.

• Terdapat di kawasan seperti bandar, bandaraya, kampung baru, ladang getah dan ladang kelapa sawit.

• Mempunyai jaringan jalan raya yang baik.

• Petempatan berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perindustrian, perdagangan dan perkhidmatan

5. Fungsi petempatan di tanah rancangan FELDA ialah sebagai pengeluar minyak sawit dan pusat pemprosesan kelapa sawit.

6. Di Malaysia, kebanyakan kampung berfungsi sebagai pusat pentadbiran secara kecil-kecilan.

7. Fungsi kawasan perkampungan nelayan adalah sebagai pengeluar hasil sungai, tasik atau laut.

8. Petempatan luar bandar yang berada di sepanjang pantai berfungsi sebagai pangkalan perahu tambang.

9. Walau bagaimana pun, fungsi petempatan luar bandar akan berubah apabila pertambahan penduduk atau terjumpa sumber alam yang baru.

Fungsi Petempatan Bandar

Pola Petempatan

3. Pejabat-pejabat pentadbiran persekutuan dan negeri serta ibu-ibu pejabat syarikat swasta terletak di dalam bandar-bandar ini. Antara bandar seumpama ini seperti Kuala lumpur, Ipoh, Shah Alam, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Melaka.

4. Pusat perniagaan dan perdagangan merupakan salah satu fungsi petempatan bandar di negara ini. Di bandar terdapatnya gedung-gedung perniagaan, pusat perkhidmatan kewangan dan pusat membeli-belah serta aktiviti import dan eksport.

5. Antara bandar di negara ini yang berfungsi sebagai bandar perniagaan dan perdagangan adalah seperti Georgetown, Ipoh, Johor Bahru, Sandakan dan Kuching.

6. Terdapat juga petempatan bandar yang berfungsi sebagai pusat perindustrian. Kawasan perindustrian Petaling Jaya, Shah Alam, Bayan Lepas, Ayer Hitam, Bukit Mertajam dan Kulim merupakan antara beberapa bandar perindustrian yang terdapat di negara ini.

7. Penduduk yang tinggal di sekitar kawasan bandar perindustrian biasanya bekerja di kilang-kilang yang terdapat dalam kawasan tersebut.

8. Petempatan bandar juga turut berfungsi sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian yang dibekalkan dari kawasan bandar . Antara bandar tersebut ialah seperti Kota Bahru, Sandakan, Temerloh, Tawau, Raub dan Tumpat.

9. Selain itu, petempatan bandar juga turut berfugsi sebagai pusat pendidikan. Institusi pengajian tinggi awam dan kolej-kolej swasta biasanya terletak di kawasan bandar ini. Bandar Baru Bangi di Selangor contohnya menempatkan pelbagai institusi pengajian tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Maktab Perguruan Islam, Pusat Matrikulasi Bangi, dan kolej Persediaan MARA.

10. Aktiviti perlombongan bijih timah yang terdapat di bandar Ipoh dan Taiping serta perlombongan petroleum di Kerteh, Terengganu dan Miri, Sarawak telah menyebabkan bandar-bandar tersebut berfungsi sebagai pusat perlombongan.

Pola Petempatan

~susur atur rumah atau bangunan di sesuatu tempaT

~terdapat 4 pola petempatan iaitu pola berselerak, pola berjajar, pola berpusat dan berkelompok

11. Pusat perhubungan dan pengangkutan yang menempatkan terminal utama pengangkutan jalan raya dan kereta api merupakan salah satu fungsi petempatan bandar di Malaysia. Tumpat merupakan terminal kereta api di pantai timur Semenanjung Malaysia.

12. Bandar raya Kuala Lumpur misalnya menempatkan Hentian Putra dan Puduraya sebagai terminal utama pengangkutan bas ekspres dan Sentral Kuala Lumpur berfungsi sebagai terminal utama Kereta api Tanah Melayu (KTM) bagi seluruh Semenanjung Malaysia.

13. Petempatan bandar juga berfungsi sebagai pusat pertahanan negara. Bandar-bandar seperti Port Dickson, Lumut dan Butterworth menempatkan markas-markas tentera, pengkalan tentera udara, darat dan laut, berek tentera, pusat latihan, serta tempat simpanan senjata dan peluru.

14. Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser pula berfungsi sebagai pusat pelancongan dan peranginan di negara ini. Pulau Langkawi juga merupakan pusat pelancongan yang terkenal di negara ini kerana adanya pusat membeli-belah bebas cukai dan keindahan pantainya yang bersih dan menarik.

15. Pusat kebudayaan adalah salah satu fungsi petempatan bandar. Di bandar terdapatnya pusat-pusat pelbagai kebudayaan, balai seni, panggung kebudayaan dan pusat kraf tangan serta cenderamata. Contohnya seperti di bandar raya Kuala Lumpur terdapat Istana Budaya yang digunakan untuk kegiatan pementasan.

16. Kemudahan pelabuhan untuk pengendalian aktiviti eksport dan import di negara ini telah menyebabkan wujudnya bandar-bandar seperti Georgetown, Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pasir Gudang di Johor, Kuching di Sarawak dan Sandakan di Sabah berfungsi sebagai pusat pelabuhan di negara ini.

1. Sesebuah petempatan bandar yang terdapat di negara ini mempunyai kepelbagaian fungsi. Fungsi sesebuah bandar adalah berdasarkan kepada bentuk kegiatan ekonomi, sosial dan politik yang terdapat di sesebuah petempatan.

2. Terdapat bandar-bandar di negara Malaysia yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran.Bandar ini biasanya merupakan bandar utama atau ibu negeri. Peta di bawah menunjukkan ibu negeri bagi negeri-negeri yang terdapat di Malaysia.

Gambar pola

petempatan

Nama Ahli Kumpulan:

1. Atikah Binti Muhammad Syukor

2. Soffia Alissa Binti Mohd Saffei

3. Nur Natasha Nabila Binti Ismail

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi