Loading…
Transcript

Ketokohan Hamzah Fansuri & Syamsuddin Al-Sumatrani

CONTOH KITAB-KITAB KARYA SYAMSUDDIN

1) Miratul Mukminin (Cerminan Perbandingan bagi orang-orang mukmin)

2) Jauharul Haqaaiq (Permata Kebenaran)

3) Kitabul Harakah (Mengenai ilmu bahasa)

4) Nurul Daqaaiq (Cahaya yang murni)

5) Miratul Iman (Cerminan keimanan)

PERANAN

Semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1606-1636), Syamsuddin adalah seorang ulama yang besar pengaruhnya

Van Nieuwenhuijze mengatakan bahawa peranan dimainkan oleh Syamsuddin di Acheh adalah sama dengan peranan yang dimainkan oleh dua orang penasihat Raja Monghol Akbar di India iaitu Faidi dan Abdul Fadi

*Kebanyakan kitab tulisan beliau dan Hamzah telah dibakar oleh Sultan Iskandar Thani atas nasihat Nuruddin Al-Raniri

Karya Agung

Riwayat Hidup Syamsuddin Al-Sumatrani

Disediakan Oleh :

Fadilah Bt Hashim (D20111047532)

Ummi Amirah Bt Alias

(D20111047478)

ASRAR AL-'ARIFIN

~ Judul lengkapnya ialah Asrar al-'arifin fi bayan 'ilm al-suluk wal-tawhid (Keterangan mengenai perjalanan ilmu suhuk dan kesatuan Allah

~mengandungi inti ajaran wujudiyah yang dikembangkan oleh Hamzah Fansuri

  • Nama sebenarnya ialah Syeikh Syamsuddin bin Abdullah as-Sumaterani. Beliau juga dikenali sebagai Syamsuddin Pasai.

Sumbangan dan Peranan

  • Beliau merupakan anak murid kepada Hamzah Fansuri.
  • Tarikh lahir dan pendidikan awal yang kabur. Namun, terdapat dalam sebuah tulisannya, beliau menyebut nama seorang Syeikh iaitu Muhammad Bin Fadl Allah dari Burhampur. Maka, kemungkinan Syamsuddin pernah menuntut ilmu di India

SYARAB AL-'ASYIKIN

~ Juga dikenali dengan judul Zinat al - Muwafidin (perhiasan segala orang yang muwahid)

~ Kitab ini menyatakan jalan kepada Allah dan makrifat

~ Mempunyai tujuh bab

  • Ia berasal dari Sumatera, yang pada saat itu dikenal dengan nama Samudra Pasai. Ia hidup pada masa kerajaan Aceh Darussalam di bawah rezim Raja Iskandar Muda (1607-1636 M)

SOSIAL

~ Beliau berusaha untuk menterjemahkan atau menulis kembali kitab - kitab tasawuf dalam bahasa Arab dan Parsi ke dalam bahasa Melayu supaya ilmu tersebut dapat diketahui oleh orang Melayu.

~ Beliau telah membukakan dayah (pondok) di Barus dan Kampung Oboh Simpang Kiri.

AL-MUNTAHI

~ Membahas masalah - masalah Wihdatul Wujud.

~ Ia mengumpul ayat - ayat suci Al-Quran

SUMBANGAN

Sebagai pendukung tarekat Wujudiyah, ajaran Syamsuddin berkisar kepada keesaan makhluk dengan Tuhan. Hal ini terbukti apabila banyak dalih yang diberinya bergantung kepada Hadith Kudsi yang diinterpretasikan mengikut pandangan mistik. Syamsuddin Sumaterani adalah salah seorang daripada empat ulama yang paling terkemuka di Acheh. 3 orang ulama yang lain ialah Hamzah Fansuri, Nuruddin al- Raniri dan Abdul Rauf Singkel.

SASTERA

~ Beliau mempelopori penulisan puisi-puisi falsafah dan mistik bercorak Islam.

BAHASA

~ Beliau telah berjaya memartabatkan bahasa Melayu

daripada lingua franca kepada bahasa intelektual dan bahasa ilmu.

~ Syeikh Hamzah Fansuri telah berjaya dalam proses Islamisasi bahasa Melayu. Islamisasi bahasa adalah sama dengan Islamisasi pemikiran dan kebudayaan. Buktinya, dalam 32 bait-bait syairnya sahaja terdapat lebih kurang 700 kata pinjaman daripada bahasa Arab.

RUMUSAN

Percanggahan Pendapat Tokoh Tentang Hamzah Fansuri

Syamsuddin Al-Sumatrani dalam Bustanu's Salatin

  • Catatan dalam Bustanu's Salatin ini jelas menunjukkan bahawa Syeikh Syamsuddin adalah seorang ulama tasawuf yang terbilang.

Tahun kelahiran :

1) Pendapat KRAEMER, DOORENBOS, WINSTEDT -- separuh pertama abad ke-17

2) Pendapat VOORHOEVE, DREWES -- separuh kedua abad ke-16

Tempat kelahiran :

1) Pendapat umum SARJANA -- Di Barus, pantai barat Sumatera Utara di antara Singkel dan Sibolga

2) Pendapat Syed Naquib Al-Attas -- Di Syahri-Nawi, Ayuthia, Ibu Kota Siam

Riwayat Hidup Hamzah Fansuri

  • Al-Raniri mengatakan:

"... Kemudian dari itu maka dititahkan orang kaya [kaya] Maharaja Seri Maharaja dan orang Kaya Laksamana menyerang Melaka, pada tatkala Hijrah saribu tiga puloh dua lapan tahun tetapi tiada alah kerana berbantah antara dua orang panglima (itu). Pada ketika itulah segala (orang) Islam banyak mati Shahid. Shahdan pada masa itulah wafat Sheikh Shamsu'd-Din ibn 'Abdu'l-lah as-Samatrani, pada malam Ithnain, dua belas hari bulan Rajab, pada Hijrah saribu tiga puloh sembilan tahun. Adalah sheikh itu 'alim pada segala ilmu dan ialah yang termashhor ilmu tasawuf dan beberapa kitab yang dita'alifkannya,"

- Syamsuddin dan Hamzah Fansuri adalah dua tokoh tasawuf aliran wujudiyah yang terkenal

- Hamzah adalah ahli sufi pencari Tuhan manakala Syamsuddin adalah ahli sufi filsuf (keperluan mengenali hakikat serta mengetahui kesatuan yang tersembunyi)

- Keduanya mengaku mengenal akan hakikat Tuhan

- Tujuan akhir yang hendak dicapai oleh ahli sufi ialah makrifat iaitu pengetahuan tentang segala yang mencakupi tentang pengenalan Tuhan

- Dilahirkan pada akhir abad ke-16 di Barus atau Panchor, Sumatera Utara.

- Menguasai bahasa Arab dan Parsi di samping bahasa Melayu yang memang menjadi bahasa ibundanya.

- Hamzah Fansuri adalah pengembang Tarekat Wujudiyah. Fahaman ini beranggapan bahawa segala makhluk itu pada asasnya esa, kerana wujud daripada zat Allah.

- Bagaimanapun, tarekat Wujudiyah ini kemudiannya ditentang hebat oleh Nuruddin ar-Raniri yang mengatakan Tuhan kekal tidak terjejas dari ciptaannya.

- Dianggarkan meninggal dunia pada 1607-1610 Masihi

Syeikh Hamzah Fansuri merupakan seorang cendekiawan, ulama tasawuf, dan budayawan terkemuka yang diperkatakan riwayat hidupnya antara pertengahan abad ke-16 sampai awal abad ke-17. Gelaran atau takhallus yang tercantum di belakang nama kecilnya memperlihatkan bahawa pendekar puisi dan ilmu sulukini berasal dari Fansur, sebutan orang-orang Arab terhadap Barus, sekarang sebuah kota kecil di pantai barat Sumatra yang terletak antara kota Sibolga dan Singkel.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd

Dr. Liaw Yock Fang (2011). Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik. Jakarta : Yayasan Pustaka Obor IndonesiaHassan Ahmad (2001). Hikayat Aceh. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan

Jane Drakard (2003). Sejarah Raja-Raja Barus. Jakarta : Gramedia Pustaka Utama