Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

PRAMERDEKA & PASCAMERDEKA

Zaman Pramerdeka

PRAMERDEKA

Zaman pramerdeka merupakan zaman sebelum merdeka yang mempunyai dua peringkat:

  • zaman kolonialisme
  • zaman kolonialisme

Kolonialisme

Zaman kolonialisme terbahagi kepada dua zaman iaitu zaman sebelum perang dunia ke-2 (1786-1941) dan zaman selepas perang dunia ke-2 (1941-1956).

Sejarah

  • Merupakan zaman peralihan antara zaman bahasa Melayu klasik dengan zaman bahasa Melayu moden.
  • Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-negeri Selat perlu lulus peperiksaan bahasa Melayu.
  • Pegawai Inggeris minat terhadap bahasa Melayu dan membuat kajian, antaranya R.O Winstedt, R.J. Wilkinson, O.T. Dussek dan W. Marsden.

PASCAMERDEKA

Zaman Pascamerdeka

  • Zaman pascamerdeka ialah era selepas merdeka atau selepas 31 Ogos 1957 hingga 1967.

  • Pada ketika itu, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

Pejabat Karang Mengarang

PEJABAT KARANG MENGARANG

  • Sebuah badan terjemahan yang ditubuhkan pada tahun 1923 di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.
  • Ditubuhkan oleh hasil cadangan Zainal Abidin bin Ahmad serta O. T Dussek.
  • Peranan pejabat ini lebih kurang sama dengan Balai Pustaka, Indonesia.
  • Pejabat ini telah menimbulkan minat dalam lapangan penulisan di kalangan guru serta pelatih di MPSI.

O. T Dussek

O. T Dussek

Peranan

TUJUAN

  • Menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta memperbanyakkan bahan rujukan kepada semua golongan masyarakat.
  • Membuka peluang kepada warga Akademik untuk menyebarkan kesemua kepakaran yang mereka ada dalam bidang masing-masing untuk meningkatkan budaya penulisan dalam kalangan masyarakat di universiti.
  • Menganjurkan bengkel-bengkel penulisan serta kursus penterjemahan kepada masyarakat.
  • Menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik dalam bentuk buku, jurnal dan sebagainya.

PERANAN

ASAS 50

ASAS 50

  • Memperluas dan mempertingkatkan martabat kesusasteraan dalam bahasa Melayu.
  • Memperkenalkan bidang karangan sastera seperti cerita, lakonan, rencana pengetahuan, buku, peradaban melayu dan kebudayaan.
  • Melahirkan pembaharuan dalam bidang sastera.
  • Melindungi hak ahli dan pengarang.

Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa

PBmPB

  • Sebuah badan pembinaan dan pengembangan bahasa melayu sebelum merdeka
  • Ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor Bahru
  • PBmPB tidak begitu lancar pada awalnya
  • Dihidupkan semula kerana mendapat sokongan penuh daripada sultan dan kerajaan Johor
  • Dikurniakan gelaran diraja oleh D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar
  • Ditukar nama kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor

Tokoh yang menghidupkan persatuan buat kali kedua

Tokoh

Dato' Abdullah Abdul Rahman

Mejar Dato' Muhammad Said Sulaiman

Peranan

  • Mengkaji dan mempelajari Bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa melayu dapat disebarkan kepada masyarakat secara meluas
  • Mempermodenkan bahasa Melayu
  • Memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu
  • Mengadakan perpustakaan
  • Memelihara tulisan jawi
  • Memperingkaskan ejaan dan perkataan bahasa Melayu
  • Menguruskan perbincangan tentang bahasa Melayu
  • Mengembangkan ilmu pengetahuan masyarakat melalui ceramah

BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN

  • Laporan Barnes (1951)
  • Laporan Fenn-Wu (1951)
  • Ordinan Pelajaran (1952)
  • Laporan Razak (1956)

BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN

Laporan Barnes

(1951)

Laporan Barnes (1951)

  • Laporan Barnes ditentang hebat oleh kaum Cina dan India dan terbentuklah laporan Fenn-Wu 1951.
  • Laporan ini disediakan oleh L. J. Barnes pengarah latihan sosial di University Oxford.
  • Tujuannya untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
  • Laporan in juga mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
  • Sekolah Melayu bertujuan untuk memupuk perkembangan individu kearah kecemerlangan yang boleh dicapai dari sei pengetahuan dan kerahiran serta membolehkan komuniti melayu mencapai kedudukannya dalam perhubungan kaum.
  • Tujuannya mengkaji & menilai semula kewajaran Laporan Barnes 1950.
  • Diadakan sebagal reaksi tidak puas hati masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes 1950.
  • Masyarakat Cina pada ketika itu menganggap laporan lersebut bertujuan menghapuskan bahasa Cina & kebudayaan Cina.
  • Pandangan & kajian laporan ini kemudian diserap dalam Ordinan Pelajaran 1952.
  • Laporan ini mencadangkan agar usaha merapatkan jurang perbezaan dilakukan dengan menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan yang tidak bercorak perkauman
  • Bahasa Inggeris & bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai pilihan.

Laporan Fenn-Wu (1951)

Ordinan Pelajaran (1952)

  • Ordinan Pelajaran 1952 juga dikenali sebagai penyata pelajaran 1952.
  • Ordinan pelajaran 1952 merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh kerajaan British di tanah melayula/Malaya untuk mengkaji Laporan Barnes (1950) & Fenn-Wu(1951).
  • Pada 21 November 1962, Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh majlis perundangan persekutuan dengan sebulat suara.

Laporan Razak (1956)

Laporan Razak

(1956)

  • Mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan & laporan ini dikenali sebagai salah satu usaha bagi membentuk persekutuan Tanah Melayu.
  • Matlamatnya : membentuk semula sistem pendidikan di Malaya.
  • Laporan Razak ini merupakan tolak ansur di antara Laporan Barnes (digemari oleh orang Melayu) dengan Laporan Fenn-Wu (digemari Cina & India).
  • Perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu sekolah rendah kebangsaan SRK & sekolah rendah jenis kebangsaan serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi SRK
Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi