Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

BAB 9 : WARISAN

KERAJAAN KEDAH,

KELANTAN,

NEGERI SEMBILAN

DAN PERLIS

Mr.Amir / Abang Syamil

Pengenalan

9.1 warisan kerajaan kedah, kelantan dan perlis

Kelangsungan kewujudan kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis hingga kini turut diiringi dengan kegemilangannya yang dapat dilihat menerusi warisan dalam aspek sistem pemerintahan beraja, adat istiadat, perundangan, persuratan dan kesenian.

SUBTOPIC 2

(1) Penggunaan Gelaran Pemerintah :

- Kerajaan Kedah dan Kelantan : Sultan

- Kerajaan perlis : Raja

(2) Cara Pelantikan Pengganti Pemerintah

- Pelantikan Putera Sultan atau Raja sebagai pengganti

- Daripada jurai keturunan pemerintah pengasas

Sistem Pemerintahan Beraja

Sultan

- merupakan hierarki tertinggi

- kedudukan sultan / raja sebagai ketua bagi negeri

- memiliki keistimewaan

- bertanggungjawab sebagai ketua agama islam

- lambang perpaduan rakyat

Pembesar

- wakil pentadbir bagi pihak kerajaan

- bertanggungjawab terhadap jajahan daerah

( Warisan pentadbiran secara unit daerah masih wujud hingga kini)

Penghulu

- penguasa pada peringkat mukim

- berperanan sebagai orang perantaraan antara rakyat dengan pemerintah

( Warisan pentadbiran peringkat mukim masih kekal dengan kewujudan ketua kampung unyuk mentadbir unit yang lebih kecil )

CHARTS

ADAT ISTIADAT

Adat Istiadat

Sistem pemerintahan raja yang berdaulat terpancar menerusi warisan istiadat pertabalan diraja. Pertabalan pemerintah bertujuan memaklumi rakyat dan mangabsahkan kedaulatan raja.

[1] Majlis

Pemasyhuran

Majlis pemasyhuran pengganti Sultan atau Raja disempurnakan sebelum jenazah pemerintah dimaklumkan.

Majlis Pemasyhuran

[2] Istiadat

Pertabalan

  • Dimulai dengan persembahandimulai dengan mempersembahkan naskhah Al-Quran dan alat kebesaran diraja
  • Sultan atau Raja yang dimasyhurkan membaca watikah pertabalan dan kemudian mengucup keris kuasa
  • Menteri Besar mengetuai seruan "Daulat Tuanku"

Istiadat Pertabalan

[3] Penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran

  • Penganugerahan merupakan lambang hubungan antara pemerintah dengan rakyat
  • Penganugerahan biasanya disempurnakan bersempena dengan hari sambutan keputeraan pemerintah
  • Darjah Kebesaran dianugerahkan sebagai pengiktirafan kepada Sultan atau Raja, kerabat diraja dan rakyat yang berjasa

Penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran

PERUNDANGAN

Perundangan

Kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis memantapkan sistem pentadbiran dengan melaksanakan undang-undang yang kemas dan teratur bertujuan menjamin keadilan rakyat, melancarkan pentadbiran kerajaan dan memakmurkan negeri.

Persuratan

Kegemilangan kerajaan Kedah,Kelantan dan Perlis turut mewariskan hasil karya persuratan yang sangat bernilai dan masih kekal sehingga hari ini.Karya-karya persuratan ini masih menjadi asaa rujukan utama dalam kewujudan sesebuah kerajaan

Hikayat Merong Mahawangsa

Salasilah Atau Tarikh Kerajaan Kedah

Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah

  • Hikayat Merong Mahawangsa dihasilkan sekitar tahun 1821.
  • Mengisahkan pengasasan kerajaan Kedah, pembukaan kota pentadbiran dan pengislaman pemerintah.
  • Salasilah Atau Tarikh Kerajaan Kedah ditulis oleh Wan Yahya

bin Wan Muhammad Taib pada tahun 1911.

  • Mencatatkan secara kronologi maklumat jurai pemerintah

negeri Kedah dari tahun 630 M hingga tahun 1911.

  • Memaparkan perkembangan ekonomi dan pentadbiran kerajaan

Kedah menerusi pembahagian daerah.

  • Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah merupakan karya Muhammad

Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad pada tahun 1927.

  • Mencatatkan sejarah istana Kedah dan pentadbiran di Perlis.
  • Mengisahkan pengasasan dan senarai pemerintah, pembukaan ibu kota, alat kebesaran diraja, iaitu nobat dan pengislaman pemerintah kerajaan Kedah.

Research

Syair Sultan Maulana

Hikayat Seri Kelantan

  • Syair Sultan Maulana dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II(1804 - 1845) berkaitan kisah perang tentera Kedah.
  • Dipersembahkan dalam bentuk syair.
  • Hikayat Seri Kelantan dipercayai ditulis pada tahun 1914.
  • Mengisahkan pemerintahan negeri Kelantan sejak zaman Che Siti Wan Kembang, Puteri Saadong dan Raja Abdullah hingga tahun 1900.

Detik2 Sejarah Kelantan

  • Detik2 Sejarah Kelantan ditulis oleh Sa’ad Shukri bin Haji Muda pada tahun 1971.
  • Mencatatkan sejarah pengasasan kerajaan Kelantan dan peristiwa penting setiap pemerintah..

KESENIAN

Kesenian

Pengasasan kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis menyumbang kepada warisan kesenian yang merupakan identiti unik setiap kerajaan yang masih kekal hingga hari ni seperti seni ukir, seni bina dan lain-lain.

[1] Warisan Seni

Ukur

  • Banyak diwarisi di Kelantan dan Kedah
  • Motif haiwan digantikan dengan motif alam yang bersesuaian dengan amalan Islam
  • Kekal sebagai hiasan pada istana, rumah dan bangunan

Warisan Seni Ukir

[2] Warisan Seni

Bina

  • Berupa binaan istana serta hiasan ukiran daripada kayu berkualiti
  • Keunikan binaan rumah tradisional Melayu
  • Tebar layar berbentuk V terbalik
  • Tiang yang menggunakan hasil hutan tempatan berdaya tahan dengan perubahan cuaca

Warisan Seni Bina

[3] Warisan Seni

Pertukangan

dan Barang

Perhiasan

  • Pertukangan perhiasan daripada emas dan perak menyerlahkan kreativiti masyarakat tempatan
  • Pertukangan senjata tradisional seperti keris berkembang pesat terutamanya di Kelantan

Warisan Seni Pertukangan dan Barang Perhiasan

[4] Warisan Seni

Kraf Tangan

  • Berkaitan dengan kreativiti hasil kraf tangan masyarakat seperti anyaman tikar dan bakul rotan.
  • Kelantan terkenal dengan warisan pembuatan wau dan batik.

Warisan Seni Kraf Tangan

[5] Warisan Seni

Persembahan

  • Merupakan keunikan pada setiap kerajaan
  • Awang Batil merupakan penglipurlara di Perlis
  • Wayang Kulit telah diangkat sebagai kebangsaan di bawah kategori warisan tidak ketara
  • Mek Mulung merupakan teater tradisional negeri Kedah yang kekal hingga kini

Warisan Seni Persembahan

[6] Warisan Seni

Silat

  • Merupakan seni atau kepandaian berjuang dengan menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri
  • Persembahan istimewa dalam sesuatu majlis dan menjadi acara yang dipertandingkan pada peringkat antarabangsa..

Warisan Seni Silat

PENGENALAN

9.2

Keunikan Adat dan Pemerintahan Negeri Sembilan

Keserumpunan Alam Melayu telah membawa perantau dari Minangkabau menetap di kawasan Rembau, Sungai Ujong dan Johol di Negeri Sembilan serta Naning. Masyarakat ini membawa bersama-sama amalan tradisi dan adat resam asal iaitu Adat Berpatih

Jurai Keturunan Sebelah Ibu

  • Kaum perempuan dianggap Ibu Soko, iaitu ibu yang melahirkan anggota masyarakat.
  • Setiap anak merupakan anggota suku ibunya.
  • Anggota suku dianggap sedarah kerana berasal daripada moyang perempuan yang sama sebelah ibu.

Keunikan Adat Berpatih

Pelaksanaan Hukuman

  • Bersifat pemulihan dengan memberikan pertimbangan terhadap pesalah ke arah kebaikan.
  • Mengutamakan perasaan dan kepentingan pesalah.
  • Sekiranya berlaku kesalahan kecil, maka boleh diselesaikan dengan saling bermaafan ataupun denda yang ringan.

Keunikan-keunikan Adat Berpatih

Wanita Mewarisi Pusaka

  • Wanita akan mewarisi harta pusaka termasuk tanah dan rumah bertujuan supaya wanita tidak terabai.
  • Diwarisi secara turun temurun daripada ibu kepada anak perempuan..

Keunikan-keunikan Adat Berpatih

Upacara Kedim

  • Menerima orang dari suku lain atau orang lain luar menjadi ahli suku.
  • Seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli suku yang akan disertai serta dibuat penghebahan.

"Darah dicecah

Doa ditampung

Sumpah dilabuh

Quran dijunjung."

Keunikan-keunikan Adat Berpatih

Perkahwinan

  • Perkahwinan sesama suku tidak digalakkan kerana dianggap sebagai sebuah keluarga besar dan bersaudara.
  • Menggalakkan perkahwinan di luar suku bagi mewujudkan hubungan persaudaraan antara suku.
  • Seorang lelaki yang berkahwin akan menjadi anggota keluarga suku isterinya dan digelar "orang semenda" (orang mendatang).
  • Wanita yang berkahwin sesama suku akan hilang hak mewarisi pusaka, manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang jawatan dalam adat.Namun begitu, jika hendak mengembalikan hak perlu menjalankan adat memulih pusaka.

Keunikan-keunikan Adat Berpatih

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi