Loading…
Transcript

KESIHATAN PERGIGIAN IBU MENGANDUNG

PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN

PENDAHULUAN

1. KENALI GIGI & FUNGSI GIGI

2. MASALAH PERGIGIAN IBU MENGANDUNG & RAWATAN

  • PLAK GIGI, MASALAH GUSI/ PERIODONTAL
  • GIGI BERLUBANG ( KARIES )
  • KEHILANGAN GIGI

3. CARA PENJAGAAN GIGI & MULUT IBU MENGANDUNG

1. KENALI GIGI ANDA

Kenali Gigi

Lapisan Gigi

MENGUNYAH

PENAMPILAN DIRI

BERTUTUR

Fungsi Gigi

MASALAH PERGIGIAN & RAWATAN PERGIGIAN KEPADA IBU MENGANDUNG

1. PLAK GIGI, MASALAH GUSI/ PERIODONTAL

2. GIGI BERLUBANG ( KARIES )

3. KEHILANGAN GIGI

MASALAH PERGIGIAN & RAWATAN ANC

PLAK GIGI, MASALAH GUSI/ PERIODONTAL

PLAK & GINGIVITIS

APA ITU PLAK ?

Selaput melekit tidak berwarna yang mengandungi bakteria dan sentiasa terbentuk pada permukaan gigi.

Air liur + sisa makanan + bakteria

Peningkatan hormon estrogen dan progesterone ketika mengandung mempercepatkan proses ini.

Plak gigi mengeras menjadi karang gigi / kalkulus .

Toksin yang dikeluarkan oleh bakteria dalam plak menyebabkan gusi bengkak , merah dan mudah berdarah .

Apabila jangkitan menjadi kronik, gusi dan tulang sekeliling gigi akan merosot menyebabkan gigi menjadi goyang dan terpaksa dicabut .

https://youtu.be/tugrSh6Ftak

PERIODONTITIS

  • Penyusutan gusi berlaku

  • Gigi terasa sensitif terhadap minuman sejuk

  • Gigi terasa longgar

  • Gusi bengkak dan bernanah

Prenancy epulis

  • Ketumbuhan yang mudah berdarah, bukan kanser, yang tumbuh di antara gigi apabila berlaku gingivitis

  • Pertumbuhan ini dipercayai dikaitkan dengan deposit plak yang banyak

  • Biasanya dipantau sahaja; saiz akan berkurangan dengan sendirinya selepas kelahiran bayi

  • Namun, jika bengkak mengganggu makan atau memberus gigi, ia boleh dikeluarkan dengan pembedahan oleh doktor.

Risiko bayi pramatang dan berat badan rendah

  • Ibu mengandung yang menghidap penyakit periodontal mungkin berisiko lebih tinggi untuk melahirkan bayi pra-matang dan bayi rendah berat

  • Adalah dipercayai bahawa jangkitan kuman daripada gusi akan memasuki saluran darah dan pergi ke rahim.

  • Bakteria akan mencetuskan kesan dan menghasilkan mediator kimia, dikenali sebagai prostaglandin yang seterusnya boleh menyebabkan kelahiran pramatang.

PENCEGAHAN DAN RAWATAN

  • Pemeriksaan pergigian semasa trimester pertama (Tempoh kehamilan satu hingga tiga bulan).

  • Memastikan status kebersihan mulut dalam keadaan baik

  • Mengamalkan cara penjagaan/rejim kebersihan mulut yang betul dan cekap.

  • Memberus gigi dengan berkesan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sehari, flos gigi setiap hari dan mengamalkan diet seimbang.

  • Rawatan seperti scaling boleh dilakukan semasa trimester kedua (tempoh kehamilan empat hingga enam bulan)

  • Walau bagaimanapun, jika mereka berada dalam trimester ketiga (tempoh kehamilan tujuh hingga sembilan bulan), hanya rawatan kecemasan akan diberikan bergantung kepada keadaan mulut dan kesihatan umum ibu mengandung.

Penskaleran (cuci gigi/scaling)

Sebelum

Selepas

GIGI BERLUBANG ( KARIES )

GIGI BERLUBANG ( KARIES )

Juga dikenali sebagai kaviti.

Bakteria menyebabkan penyahmineralan dan kerosakan enamel, dentin dan simentum

Penapaian bakteria ke atas cebisan makanan pada permukaan gigi.

Boleh menyebabkan kesakitan, membawa kepada jangkitan, kehilangan gigi dan selulitis (jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria)

Bagaimana Karies Terjadi?

Gigi yang berisiko

KARIES

Karbohidrat Halus

(sucrose)

Bakteria Penyebab Karies

(Streptococcus mutans)

RAWATAN :

1. Tampalan (Filling)

RAWATAN :

2. Rawatan Akar (Root Canal Treatment)

RAWATAN :

3. Cabutan

KEHILANGAN GIGI

Kehilangan Gigi Boleh Terjadi Akibat:

  • Cabutan yang disebabkan oleh masalah pergigian (karies gigi atau penyakit gusi)

  • Trauma atau kecederaan

  • Tiada pembentukan gigi kekal atau gigi gagal tumbuh selepas gigi susu tanggal

  • Dicabut untuk rawatan ortodontik

KEHILANGAN GIGI

Masalah-Masalah Akibat Kehilangan Gigi

Masalah-Masalah Akibat Kehilangan Gigi :

  • Kesukaran untuk makan atau mengunyah

  • Kesukaran dalam pertuturan

  • Estetik (kecantikan)

  • Pipi dan bibir kelihatan ke dalam (sunken in)

  • Pergerakan gigi-gigi bersebelahan (Shifting or drifting )

  • Pertumbuhan melampau gigi bertentangan (over erupt)

RAWATAN :

1. Tidak perlu penggantian

2. Dentur sebahagian (boleh tanggal)

3. Jambatan tetap

4. Implan pergigian

1. Tidak perlu penggantian

  • Tidak semua kehilangan gigi perlu diganti

  • Jika kehilangan gigi tidak memberi kesan kepada fungsi dan estetik

  • Contohnya kehilangan gigi molar ketiga (geraham bongsu) tidak menyebabkan fungsi kunyahan terjejas serta tiada memberi kesan kepada senyuman dan struktur muka yang lain.

2. Dentur Sebahagian Boleh Tanggal

Ia adalah prostesis boleh tanggal yang duduk secara padan rapat dan/atau lekatan dan perlu ditanggalkan untuk tujuan pembersihan.

Ianya boleh diperbuat daripada logam (contohnya: cobalt-chrome) dan/atau akrilik.

Makan dan bercakap akan menjadi lebih mudah setelah dapat menyesuaikan diri.

3. Jambatan Tetap / Crown

  • Tidak seperti dentur sebahagian boleh tanggal, jambatan disimenkan tetap pada gigi asli.

  • Gigi asli ini dipanggil gigi abutment yang bertindak sebagai penyokong jambatan.

  • Gigi yang diganti dikenali sebagai pontik yang dihubungkan kepada korona yang meliputi gigi abutment.

DENTAL CROWN

DENTAL BRIDGE

4. Implan Pergigian

  • Implan pergigian adalah fikstur titanium yang ditanamkan ke dalam tulang untuk menggantikan akar gigi yang hilang.

  • Ia tetap pada kedudukannya dan boleh membantu memelihara tulang sekeliling. Ia paling sesuai untuk menggantikan kehilangan satu gigi atau sebagai penyokong kepada jambatan untuk kes kehilangan gigi yang banyak.

  • Ia juga boleh digunakan sebagai penyokong dentur penuh dan sebahagian. Dalam menggantikan fungsi kehilangan satu atau lebih batang gigi, implan adalah pilihan terbaik kerana tidak menjejaskan gigi bersebelahan.

SINGLE TOOTH IMPLANT

MULTIPLE TEETH IMPLANT

IMPLANT OVERDENTURE

KESIMPULAN

PENUTUP

RECAP

RECAP

Perubahan-perubahan hormon ketika mengandung mendedahkan ibu (yang tidak menjaga kesihatan pergigian yang baik) terhadap risiko penyakit pergigian berterusan.

Sebarang jenis infeksi (akibat penyakit gigi atau gusi) ketika hamil boleh memberi risiko berat terhadap kesihatan bayi didalam kandungan.

Antara komplikasi yang terkenal akibat infeksi berterusan adalah risiko bayi lahir pra matang dan bayi lahir kurang berat badan .

Nasihat Awal Sebelum Mengandung

Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan sebelum mengandung lagi.

Dengan cara ini, mengelak dari mendapat rawatan semasa mengandung dan boleh mengelak radiasi ke atas bayi dalam kandungan.

Pemeriksaan Gigi Semasa Mengandung

Pemeriksaan gigi seawal mungkin.

Di Malaysia , ibu mengandung (bertaraf kerakyatan Malaysia) berhak untuk mendapat pemeriksaan gigi dan rawatan mudah dengan percuma di klinik kerajaan

Bagaimana berus gigi

Penjagaan gigi

Berus dan flos gigi setiap hari.

Dengan teliti untuk memastikan semua permukaan dibersihkan dengan berkesan.

Sebaik-baiknya bersihkan gigi a setiap kali selepas makan.

Setidak-tidaknya pembersihan mulut harus dilakukan

dua kali sehari iaitu sekali waktu pagi dan sekali lagi

diwaktu malam sebelum tidur.

Pemilihan Berus Gigi

Memberus gigi dengan berus elektrik boleh meningkat kebersihan.

Berus gigi yang:

  • Mempunyai bulu berus yang lembut atau sederhana lembut
  • Mempunyai bulu berus yang lebat
  • Pilihlah berus yang sesuai dengan saiz mulut.