Wir stellen vor: 

Prezi AI.

Ihr neuer Präsentationsassistent.

Verfeinern, verbessern und passen Sie Ihre Inhalte an, finden Sie relevante Bilder und bearbeiten Sie Bildmaterial schneller als je zuvor.

Wird geladen...
Transkript

PIM1054

KHAULAH NURHANIS

SHIDATUL FATHNIN

PENGENALAN ILMU SENI KHAT

SEJARAH PERKEMBANGAN JAWI

PENGENALAN ILMU SENI KHAT

PENGENALAN ILMU SENI KHAT

- Khat ialah perkataan Arab yang bermaksud garisan.

- Seni khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan.

- Ia juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni.

-Khat merupakan salah satu daripada hasil kesenian yang indah dan halus. Seni ini lahir dan berkembang dalam penulisan Arab dan terkandung dalam ruang lingkup peradaban Islam.

-Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai-nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya.

PERTUMBUHAN KHAT DAN TULISAN ARAB

ZAMAN JAHILIYAH

PENDAPAT 1:

- khat berbentuk tawqifi' yang kewujudannya mempunyai kaitan dengan sumber ketuhanan.

-pendapat ini berpendapat bahawa Nabi Adam a.s adalah pengasas segala bentuk tulisan dan dipelajari daripada Allah SWT

PENDAPAT 2:

- seni khat ini terdiri daripada khat al-Musnad yang dikenali sebagai khat Arab Utara atau Khat Humairi.

-Khat ini tersebar di sekitar al-Mundhir san syam (syria).

-khat ini dibawa secara langsung ke bumi Hijaz melalui perniagaan di antara orang arab yaman dan orang arab yang tinggal di syria.

Pendapat 3:

-Berdasarkan kepada pendapat G.J Klehr pada

pertengahan pertama abad ke-18 terdapat hubungan antara khat Arab dengan khat Nubti (172M).

-Melalui kajian tentang hasil ukiran sebelum islam, menunjukkan khat arab terbit daripada khat nibti (Nabatea).

-Bukti: Ukiran tertua yang dapat dijadikan bukti peringkat-peringkat penyebaran dalam perkembangan khat Nibti yang berlaku pada penghujung abad yang ke-3 dan abad ke-4 masihi telah dijumpai di Umm al-Jamal (250M) dan Nammarah (328M). Kedua-dua ukiran ini, adalah dalam bahasa dan tulisan Nibti.

ZAMAN RASULULLAH

-Selepas hijrah nabi, seni khat telah menjadi manifestasi bagi suatu perubahan yang agung mengatasi perkembangannya selama tiga abad selepas itu.

-Penurunan surah al-Alaq ayat 1-5 kepada junjungan mulia Nabi Muhammad telah menjadi titik tolak kepada penulisaN.

-Penulisan telah menjadi penting apabila ia digunakan untuk menulis ayat-ayat suci al-Quran dan terpelihara sehingga kini.

-Pada zaman Nabi Muhammad, baginda memerintahkan para sahabat merakamkan semua maklumat dengan tulisan dan mewasiatkan mereka memelihara tulisan tersebut.

ZAMAN SAHABAT

-Pada zaman Abu Bakar as-Siddiq, , beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit mengumpul dan menulis al-Quran kerana para penghafaz al-Quran semakin berkurangan disebabkan syahid di medan peperangan.

-BUKTI: Tulisan Khat Arab (Kufi) di kubur ZAID BIN THABIT pada 64H.

Tulisan di Bukit Salaa', Madinah ( Zaman Kulafa' al-Rasyidin).

-Pada zaman Uthman bin Affan, timbul kekeliruan dalam pembacaan al-quran lalu Khalifah Uthman bin Affan telah

mencatatkan sebuah mushaf yang dikenali sebagai Mushaf al-Imam dengan mengambil lembaran-lembaran yang dicatat oleh Zaid bin Thabit yang diletakkan dalam simpanan Hafsah binti Umar r.a.

-lalu Beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit, Abdul Rahman bin Amru al-Asr, Abdullah bin al-Zubir, Ibn al-Abbas dan Abdul Rahman bin al-Harith bin Hisham supaya menyalin semula naskhah untuk dihantar ke seluruh pelusuk negeri.

ZAMAN BANI UMAIYYAH

-Khat telah berkembang maju pada zaman bani umaiyah.

-ciri: 1- Bentuk tulisan pada ketika itu lebih lembut mempunyai nilai estetika yang tinggi.

2- Tanda titik dan baris mula diperkenalkan untuk memudahkan orang-orang ajam

(selain bangsa Arab) mengenali tulisan Arab.

-Pada tahun 45 H, Abu Aswad al-Du;ali telah meletakkan tanda titik dengan arahan daripada Ziad iaitu Dato' Bandar Basrah.

-al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pula telah menyempurnakan tanda baris.

-pada zaman itu juga, bagi meningkatkan penulisan seni khat, 'kertas syami' yang merupakan kertas yang terkenal pada ketika itu telah digunakan.

-Sebuah tulisan pada zaman Umawiyyah yang mempunyai unsur kelembutan dan permulaan

kepada penulisan Khat Nasakh.

ZAMAN BANI UMAIYYAH

-DAYA USAHA KHALIFAH UMAIYAH -

-Khalifah Umaiyah telah berusaha untuk menyatukan penulis khat dengan memberikan

kedudukan istimewa kepada mereka.

-penggunaan tulisan khat ini mula ditekankan oleh pemerintah umaiyah di Syam (syria).

-Pemerintah Umaiyah telah mengambil langkah mengembagkan seni khat sejak awal lagi dengan menggunakan : ( ukiran di marmar dan lantai batu berbunga, ukiran huruf dan bunga-bunga di masjid, umpamanya kubah Masjid Baitul Maqdis, Masjid Umawi di Damsyiq, Istana Khiar dan Istana Jusaq).

-bagi golongan kaya pula, mereka berusaha menghiasi al-quran dengan menjilidkannya serta menghiasi dinding2 istana dengan tulisan khat yang indah.

ZAMAN ABBASIYYAH

-Terdapat dua tokoh yang terkenal iaitu al-Dhahlaq bin Ajalan semasa pemerintahan Abu al-Abbas al-Saffah dan khattat Ishaq bin Hammad pada masa pemerintahan khalifah al-Mansur dan alMahdi.

- Pada zaman pemerintahan kedua-dua khalifah tersebut, terdapat 11 jenis khat antaranya:

i. Khat Al-Sijillat

ii. Khat Al-Jalil

iii. Khat Al-Dibaj

iv. Khat Al-Tumar

v. Khat Al- Thuluthain

vi. Khat Zanbur (dari Thaqil Thuluth)

vii. Khat Al-Mufattah

viii. Khat Al-Mudammirat

ix. Khat Al-Uhud (dari khat Al-Haram)

x. Khat Al-Qasas

xi. Khat Al-Khirfaj (dari khat Dibaj)

KEMUNCAK ESTETIKA SENI KHAT

-Keindahan seni khat telah sampai ke kemuncaknya pada tahun 300 Hijrah di tangan ‘bapa’ khat Arab, iaitu Abu Ali Muhammad bin Muqlah, merupakan seorang penulis, penyair, khattat (penulis khat) dan seorang menteri di Baghdad (272-328H / 885-939M).

- Beliau mempelajari khat daripada al-Ahwal al-Muharral dan merupakan orang yang mula-mula mencipta kaedah menilai penulisan khat dengan menggunakan alif sebagai asas penentuan bentuk huruf.

- Maka lahirlah daripadanya khat yang indah dengan kaedah yang mantap yang telah berkembang di timur dan barat.

ZAMAN KERAJAAN FATIMIYAH

-Pada tahun 259-566 Hijrah, pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan kehebatan seni khat melalui pendekatan pengindahan pada istana-istana, singgahsana, peralatan rumah, hadiah atau barang-barang antik mereka.

-Pusat seni khat di Mesir atau dikenali sebagai Dewan Insya’ di ketuai oleh seorang penulis yang handal dan diberikan gelaran sebagai ‘Dastus-Syarif’.

-Kerajaan Fatimiyah sentiasa memberikan perhatian kepada seni khat terutamanya pada zaman Kerajaan al-Ayubi dan kerajaan Mamluki.

ZAMAN PEMERINTAHAN KERAJAAN TURKI

-Terdapat beberapa langkah yang dilakukan oleh kerajaan Turki untuk memperindahkan dan mengembangkan lagi seni Khat. Antaranya ialah :

1) Masyarakat memberikan penilaian yang tinggi kepada seni khat, kerana penulis khat berperanan menulis al-Quran, menyalin penulisan sastera dan syair dengan indah berilhamkan ayat-ayat alQuran dan Hadis.

2) Kerajaan Turki telah menggunakan pelbagai jenis khat dalam pentadbiran kerajaan, urusan diraja dan ketenteraan. Dalam kurun kesebelas hijrah umpamanya, terdapat lebih kurang 30 jenis tulisan.

3)Pemerintahan Kerajaan Turki amat menyanjungi tokoh khat dan seni khat. BUKTI: penulis buku Mira’tul-Haramain (Cermin Dua Tanah Haram) mengatakan: “Penulis khat sultan mendapat gaji sebanyak 400 lera emas Uthmaniyah sebulan”.

4)kerajaan Uthmaniyah menampilkan imej Islam melalui pendekatan menghiasi masjid-masjid dengan tulisan khat. Tulisan khat juga diabadikan untuk memperindah tembok-tembok istana, kolam mandi, bangunan di perkuburan, air pancutan, peralatan, barang-barang kemas dan pakaian.

5) Melalui seni khat, umat islam dapat menggunakan bakat seni mereka dengan baik untuk menggambarkan aspirasinya.

PERSEDIAAN MEMPELAJARI ILMU KHAT

KEPENTINGAN MEMPELAJARI SENI KHAT

i- INDIVIDU

-Khat merupakan salah satu wasilah perhubungan kemanusian dan merapatkan hubungan antara

manusia bagi merealisasikan urusan kehidupan dengan sempurna.

-Khat juga merupakan sumber rezeki kepada orang yang mempunyai bakat dan kesungguhan

dalam bidang ini.

- Orang yang menyintai khat mempunyai perasaan dan jiwa yang halus serta yakin.

ii- MASYARAKAT

- Khat digunakan untuk menulis pelajaran, ilmu pengetahuan, akhbar, majalah dan sebagainya.

- Khat ditulis pada lukisan-lukisan kesenian, papan tanda iklan yang bersifat dakwah dan

masyarakat boleh menghayati dan mempelajari kesenian khat itu di setiap tempat seperti di rumah, jalan-jalan dan sekolah-sekolah.

- Khat adalah alat pemindahan ilmu turas (ilmu warisan) dan ilmu pengetahuan.

BUKTI: kitab-kitab itu dihiasi dengan kulit yang indah dengan tulisan yang pelbagai jenis semenjak dahulu.

TUJUAN MEMPELAJARI SENI KHAT

i. Memelihara al-Quran dengan tulisan.

ii. Menjunjung wahyu Ilahi

iii. Membantu meninggikan syiar Islam melalui penyebaran wahyu Allah dengan tulisan khat.

iv. Memelihara dan mencatat ilmu-ilmu Islam dan khazanah warisan lampau yang menjadi rujukan muslimin sejagat.

HALA TUJU MEMPELAJARI SENI KHAT

- masyarakat islam perlulah memartabatkan dan membudayakan tulisan al-quran.

- mengembalikan kegemilangan tamadun seni islam.

-memperjuangkan tulisan jawi di malaysia ke arah melahirkan generasi al-qiran yang mencintai

tulisan jawi.

-meningkatkan kefahaman seni khat di seluruh peringkat sekolah dan IPT .

PERSEDIAAN YANG PERLU ADA BAGI SETIAP PELAJAR YANG INGIN MEMPELAJARI SENI KHAT

i) Persedian FIZIKAL

-Tubuh badan yang sihat dan anggota yang sempurna.

-Bagi orang yang tidak cukup sifatnya, hanyalah perlu mempunyai minat yang mendalam .

CONTOH CERITA : Sebuah kisah penulis wanita, “Bintu Khaddan Wardi”. Sebagaimana yang telah dinaskan oleh Ishak dalam kitabnya tentang cerita pada zaman Raja al-Kamil pada bulan Syawal 624H telah datang dari Iskandariah seorang perempuan yang tidak menpunyai kedua belah tangan hingga ke siku. Beliau melakukan segala kerja sebagaimana perempuan-perempuan lain dengan menggunakan kaki. Seorang menteri telah menemuinya dan membawa dakwat, kalam dan pisau lalu diberikan kepada perempuan tersebut. Dakwat itu diambil oleh perempuan tersebut dengan kaki kirinya, kemudian diambil kalam dan diraut dengan pisau, diasah, dibelah dan dipotong melintang kalam tersebut. Seterusnya diambil kertas dan memegangnya dengan kaki kiri dan menulis dengan kaki kanan dengan lebih baik dan cantik dari apa yang ditulis oleh penulis dengan tangan kanan mereka. Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia.

ii) persediaan MENTAL

-Minat yang mendalam

· Emosi yang tenang

· Ketekunan yang jitu

JENIS KHAT

JENIS-JENIS KHAT

KHAT KUFI

Dicipta di kufah, ia mempunyai tulisan yang hurufnya bersegi.

Contoh: Masjid Cordova

KHAT THULUTH

Digunakan untuk hiasan seperti dalam al-quran, nama buku dan kitab.

Contoh: hiasan di dalam Masjid Negara

Ciri-ciri: lembut, mudah dibentuk, mudah dibaca kerana mempunyai baris dan bersifat dekoratif serta mempunyai seni-seni tersendiri.

KHAT NASAKH

Diperindah oleh Ibn Muqlah.

Beliau menentukan ukuran, panjang, pendek dan jarak huruf serta gaya dan irama.

Contoh: Khat di dalam buku akademik

Ciri-ciri mudah dibentuk, lembut, praktikal dan mudah dibaca kerana mempunyai baris.

KHAT FARISI

Dikembangkan oleh ahli khat di Parsi. Hurufnya condong ke kanan.

Contoh: penulisan buku sastera, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar.

KHAT RIQ'AH

Disebut sebagai khat riq'i.

Tulisan arab yang dapat ditulis dengan cepat.

Contoh: surat menyurat, menyalin nota

Ciri-ciri: bentuk huruf kecil, tidak menggunakan baris, mudah ditulis.

KHAT DIWANI

Diwani bermaksud catatan atau antologi karangan.

Khat ini adalah inspirasi model2 khat yang lain.

Contoh: hiasan

Ciri-ciri: Berbentuk condong ke kiri, lembut, bindar dan melengkung, bersusun dan bertindih-tindih serta tidak berbaris

KHAT DIWANI JALI

Penulisannya lebih rumit dari khat diwani tetapi khat ini lebih indah dan mempunyai nilai estetik.

KHAT RAIHANI

Hampir menyerupai khat thuluth. Perbezaannya khat rahyani lebih lebar dan panjang

KHAT RAIHANI

Erfahren Sie mehr über das Erstellen von dynamischen und fesselnden Präsentationen mit Prezi