Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
Maksud perkatan:
(mengujinya): Ujian Allah berupa tindakan-Nya terhadap manusia
(diberinya kesenangan): Dia memberinya kemuliaan dan mengecapi kenikmatan.
Jangan (berbuat demikian)! Kamu tidak wajar mendapat keredhaan Allah sebagaimana yang digambarkan oleh alQuran kepada kamu.
15. Maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"; 16.Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"; 17. Tidak sekali-kali, sebaliknya kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya); 18. Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin; 19. Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya), 20. Dan kamu mencintai harta kekayaan dengan terlampau sangat. 21. Jangan sekali-kali bersikap demikian! Apabila bumi digoncang-kan segoncang-goncangnya. 22. Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),
Siapa yang berbuat dan bersikap demikian, apabila bumi digoncang kuat dan kiamat benar2 berlaku, Tuhanmu datang. Para malaikat berdiri dan berbaris mengepung semua manusia terutama orang kafir. Ketika itu neraka ditunjukkan:
(tidak saling mengajak): Kamu tidak saling mempelawa/mengajak untuk memberi makan kepada orang miskin.
(dengan cara mencapuradukkan): Secara keras dan kasar.
23. Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya? 24. Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!" 25. Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah. 26. Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya. 27. (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
28. "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - 29. "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia - 30. "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
(bumi digoncangkan): Hancur.
(Dan tiada seorang pun yang meningkat): Iaitu mengikat dengan simpulan yang ketat menggunakan rantai dan belenggu.
(jiwa yang tenang): Jiwa yang stabil, tetap dan yakin dengan Allah. Ia tidak bercampur dengan syak wasangka.
Bila dah berlaku semua benda ni, baru manusia sedar bahawa dia tersalah dan lalai, mendusta dan ingkar.
Tapi adakah semua kesedaran dan penyesalan tu berguna lagi? Tidak!!
Macamana dengan peringatan waktu kat dunia dulu?
Manusia yang ingkar waktu kat dunia dulu akan kata "Aduhh.... alangkah baik jika aku dapat mempersembahkan amalan yang membantuku dalam kehidupan abadi ini." Seolah2 hanya akhirat dikira sebagai satu kehidupan:
Masyarakat arab waktu tu ingat depa ada sesuatu yang menyebabkan Allah redha dengan depa. Depa rasa berada dalam agama datuk mereka nabi Ibrahim.
Inilah pandangan Allah terhadap makhluknya. Nak kenai manusia? Camnilah sifat dia.
Lalu Allah Taala nafikan sangkaan depa dengan menyatakan sebenarnya mereka sama sekali tidak bersama agama nabi Ibrahim.
Bila tuhan uji dengan kesenangan, dia lupa diri dan kata "Sesungguhnya Allah mualiakan aku, kalau sesiapa yang Allah muliakan ketika di dunia, dia mesti takkan kena seksa kat akhirat walaupun dia buat dosa.
Tapi bila dia diuji dengan kesempitan rezeki, dia kata "Tuhan menghina aku." Dia sangka kalau siapa yang hina di sisi Tuhan, diri & amalan dia tak dihiraukan oleh Allah.
Sebab itu kamu akan lihat dia terjerumus dalam maksiat dan bersama dengan orang yang angkuh.
Buktinya apa?
- depa tak muliakan anak yatim bahkan rampas harta anak yatim.
- depa tak bersikap mesra dengan anak yatim.
- depa tak mengajak sesama depa bagi makan orang miskin.
- depa muliakan orang miskin & anak yatim hanya sebab riya' dan jaga reputasi, bukan sebab kemanusiaan.
- depa makan harta pusaka dengan rakus & kasar.
- depa cinta apa jua bentuk harta.
Hanya sikit yang berjaya dengan ujian kaya dan miskin. Allah Taala tidak menguji dan mengurniakan manusia dengan kekayaan dengan maksud dia mulia di sisiNya.
Tengoklah kebanyakan orang soleh yang berdamping dengan Allah hidup miskin dan tak dak sara hidup yang cukup. Dunia bukanlah kayu ukur keredhaan & kehinaan Allah.
Bukankah semua ni bukti bahawa orang kafir alpa dan utamakan dunia berbanding akhirat? Sesungguhnya depa tak dak apa2 pun untuk mendapat keredhaan Allah dan para nabi.
Keterangan ayat:
Allah juga bersumpah dengan malam2 10 setiap bulan. Pada waktu tersebut kegelapan terus mendominasi malam berbanding bulan dan cahayanya, lalu tirai kegelapan pun dilabuhkan ke seluruh maya.
Allah Taala juga bersumpah dengan malam yang ganjil dan genap.
Dia bersumpah dengan malam, dengan tirainya yang menutupi semesta lalu siang pun hilang. Kelihatan mega merah di ufuk.
Allah bersumpah dengan waktu fajar (cahaya mula kelihatan menghalau kegelapan).
Ketika subuh menampakkan cahayanya membelah siang.
bertebaran mencari rezeki dan anugerah Allah taala.
Allah bersumpah dengan semua ini untuk alih pandangan kepada keajaiban dan keunikan alam semesta. Manusia boleh melihat tanda2 kekuasaan Allah. Mudah-mudahan mereka dapat berfikir.
Oleh itu, Dia menyeksa makhluk berdasarkan kejahatan yang mereka lakukan. Tiada yang akan terlepas dan menewaskan-Nya sama ada di bumi mahupun di langit.
Oleh itu, wahai orang Islam bertenanglah! Esok semua akan menerima balasan masing-masing. Waspadalah wahai orang musyrik. Umat sebelum ini mempunyai kekuatan dan saiz lebih besar daripada kamu semua.
Dia bersumpah Dia pasti meletakkan orang kafir dalam genggaman-Nya yang Maha Perkasa dan Maha Berkuasa. Dia pasti akan menyeksa mereka dengan azab yang pedih sebagaimana Dia telah seksa umat sebelum mereka yang mendustai dan kufur terhadapnya.
Kesudahannya mereka ditimpa kerugian. Inilah kisah mereka secara umum. Adakah kamu tidak melihat bagaimana Tuhanmu bertindak ke atas kaum Ad yang bergelar Iram setelah dia mengutuskan Hud a.s., mereka mendustainya dan kufur dengan Allah.
Mereka tinggal dalam khemah, namun ia tinggi dan kukuh. Tiada siapa yang dapat menandingi dan menyamainya. Belum pernah sesiapa membina binaan yang kukuh dan banyak sedemikian. Perincian kisah dalam surah al-Haqqah dan surah lain.
Manakala Thamud, mereka menebuk dan mengukir gunung-ganang menjadi rumah dengan mahir. Memotong batu-batan kemudian ukir untuk bina rumah kediaman. Ini adalah pengakuan terhadap kerja kuat dan daya fikir mereka.
Pada hari tu, tak dak seksaan sepedih seksaan Tuhanmu. Bahkan hanya Dia yang menyeksa tanpa ada ada pihak lain.
Tak dak ikatan yang lebih kuat daripada ikatan -Nya. Ini kerana hari tersebut berada dalam urusan dan kendalian-Nya,
Inilah keadaan manusia yang memuja kebendaan dan inilah dia balasan dan kesudahan di akhirat.
Sementara Firaun, merupakan Raja Mesir yang amat berkuasa. Dia berkata: "Sesungguhnya akulah tuhan tertinggi". Kaumnya kreatif dalam seni kejuruteraan dan binaan. Piramid, patung2, & obelisk2.
Manakala manusia yang membersihkan dan mengangkat ruhnya daripada nilai kebendaan, pada hari Kiamat dia akan memperolehi kesudahan yang bahagia.
(mengawasi): Memerhati dan mengawasi bagi mengetahui tindakan baik atau jahat.
(cemeti azab): Cemeti yang digunakan untuk menyebat. Maksudnya: azab yang diturunkan kepada meraka.
(ditimpakan): Dihukum.
Maksud perkatan:
Pengenalan Surah al-Fajr
- surah Makkiyyah
- 30 ayat
- sumpah
- perangai manusia di dunia
- dan kedudukannya pada hari kiamat
(Demi fajar): Fajar adalah masa ketika cahaya terpancar bagi memecahkan kegelapan.
(bermaharajalela): Melampaui batas.
1. Demi waktu fajar; 2.Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); 3. Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; 4. Dan malam, apabila ia berlalu; - 5. Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna? 6. tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad 7. Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya 8. Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)? 9. Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)? 10. Dan Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang kukuh? 11. (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing) 12. Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu 13. Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai azab; 14. Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas.
Orang2 beriman diseru: "Wahai jiwa yang tenang dan percaya kepada Allah serta pertemuan dengan-Nya, yang yakin dengan Allah dan tidak meraguiNya. Kembalilah kepada Tuhanmu.
Mereka semua melampau, bermaharajalela dan melanggar batas-batas agama di dalam negara = mereka banyak buat kefasadan di atas muka bumi. Lalu Allah turunkan hukuman dan azab di dunia seumpama cemeti yang terus menerus menyebat.
Terimalah anugerah kemuliaan dan keredhaan bertemu-Nya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas terhadap amalan kamu di dunia dan kamu diredhai-Nya.
Allah umpamakan kehancuran dan berbagai jenis seksaan dengan sebatan cemeti. Merupakan hukuman yang paling keras. Sesungguhnya Allah Taala menyeksa mana-mana umat berpandukan apa yang mereka lakukan.
(Dan malam yang sepuluh): sepuluh malam pertama setiap bulan kebiasaannya cahaya cuba mengatasi kegelapan. Sepuluh malam yang tidak ditentukan bila sebab itu perkataan al-lail menggunakan perkataan nakirah.
Sebab sesiapa yang bersama dengan keredhaan Allah, Allah pasti akan meredhainya. Itulah kejayaan yang besar.
(firaun): Raja Mesir.
(mempunyai pasak-pasak): Bangunan2 kukuh
seumpama paku tertanam di bumi.
Wahai jiwa, masuklah ke dalam kumpulan hamba-Ku yang soleh dan berdamping dengan-Ku. Sebab kamu buat amalan macamana amalan mereka. Masuklah syurgaku."
Kembali kepada Allah lah lambang kemuliaan makhluk di sisi-Nya.
(berlalu): Datang dan pergi.
(memotong): Memotong dan mengukir batu
Kabilah Arab Ba-idah. Nabinya Hud. Tinggal di Ahqaf selatan semenanjung Tanah Arab.
(Thamud): Kabilah Arab Ba-idah yang tinggal di Hijr antara Syam & Hijaz. Nabinya Soleh.
(Iram): Gelaran kaum Ad.
(mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi). Lambang kekayaan & kemewahan.
Shakir Jamaluddin