Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
DIBUAT OLEH :
- Hasya , Irwan ,Wafiqah, Izzati,
Adriana & Ramziah
- Nama : Nu'man bin Thabit bin Zuta
- Nama gelaran : Abu Hanifah
- Keturunan : Parsi
- Lahir : • Tahun 80 Hijrah / 699 Masihi
• Di Bandar Kufah ,Iraq ( Pemerintahan Abdul Malik bin Marwan )
- Wafat : • Bulan Rejab , Tahun 150 Hijrah / 767 Masihi
• Dikebumikan di tanah perkuburan al-Khairazan , Kota Baghdad
- Beliau digelar 'Al-Watid' yang bererti “ orang yang sangat banyak beribadat pada
waktu malam”
- Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang yang alim dalam ilmu fiqh dan
tauhid
- Beliau sempat hidup di bawah pemerintahan kerajaan khalifah bani Umaiyyah
dan bani Abbassiyah
- Merupakan seorang tabi`in & Imam Mazhab yang besar dalam dunia Islam
- Merupakan pengasas Mazhab Hanafi
• Seorang yang warak
• Jujur & amanah
• Seorang yang pemurah & ikhlas
• Mempunyai cita-cita yang tinggi
• Berakhlak mulia
• Kuat hafalan
• Rajin berusaha
• Berpegang teguh pada agama
- Beliau sangat berminat kepada ilmu pengetahuan
- Rajin mempelajari ilmu-ilmu yang belum
diketahuinya
- Belajar dengan para tabiin dan ulama yang
terkenal
- Dinyatakan bahawa beliau pernah belajar dengan
200 orang ulama besar
- Imam Abu Hanifah berjumpa dengan seorang tokoh agama yang masyhur pada
ketika itu bernama as-Sya’bi.
- Melihatkan kepintaran dan kecerdasan luar biasa yang terpendam dalam Imam
Abu Hanifah, as-Sya’bi menasihatkan beliau agar lebih banyak mencurahkan
usaha ke dalam bidang ilmu-ilmu Islam.
- Dengan nasihat dan dorongan as-Sya’bi, Imam Abu Hanifah mula menceburkan
diri secara khusus mempelajari ilmu-ilmu Islam.
- Imam Abu Hanifah mula belajar dengan mendalami ilmu-ilmu qiraat, ilmu
bahasa Arab, ilmu kalam dan lain-lain
- Akan tetapi bidang ilmu yang paling diminatinya ialah ilmu hadits dan fiqh
- Imam Abu Hanifah meneruskan pembelajarannya dengan bergurukan kepada as-
Sya’bi dan beberapa tokoh ilmuan lain di Kufah
- Menurut riwayat, jumlah gurunya di Kufah sahaja berjumlah 93 orang
- Beliau kemudiannya berhijrah ke bandar Basrah , Iraq untuk berguru bersama
Hammad bin Abi Sulaiman, Qatadah dan Shu’bah.
- Setelah sekian lama berguru dengan Shu’bah yang pada ketika itu terkenal
sebagai Amir al-Mu’minin fi Hadith (pemimpin umat dalam bidang hadits), beliau
diizinkan gurunya untuk mula mengajar hadits kepada orang ramai
- Shu’bah berkata : “Sebagaimana aku ketahui dengan pasti akan kesinaran cahaya
matahari, aku juga ketahui dengan pasti bahawa ilmu dan Abu Hanifah adalah
sepasangan bersama. ”
- Imam Hanafi meneruskan pembelajarannya di Mekkah
- Imam Abu Hanifah berguru dengan Ikrimah, seorang tokoh besar agama di
Makkah yang juga merupakan anak murid kepada ‘Abdullah ibn ‘Abbas, ‘Ali bin
Abi Thalib r.a, Abu Hurairah r.a dan ‘Abdullah ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhum.
- Kepakaran Imam Abu Hanifah dalam ilmu-ilmu hadits dan fiqh diiktiraf oleh
Ikrimah sehingga beliau kemudiannya membenarkan Imam Abu Hanifah menjadi
guru kepada penduduk Mekkah
- Imam Abu Hanifah kemudiannya meneruskan pengajiannya di Madinah bersama
Baqir dan Ja’afar as-Shadiq
- Kemudiannya beliau duduk bersebelahan dengan Imam Malik bin Anas, tokoh
besar kota Madinah ketika itu.
- Walaupun Imam Abu Hanifah 13 tahun lebih tua daripada Imam Malik, ini tidak
menghalangnya untuk turut serta belajar
• Bapanya , Thabit merupakan seorang ahli
perniagaan yang terkenal
• Abu Hanifah mewarisi perniagaan bapanya
• Beliau adalah seorang saudagar kain &
pakaian di Bandar Kufah
• Imam Hanafi terkenal sebagai seorang ahli
perniagaan yang sangat jujur
Sebagaimana pengakuan yang diberikan oleh Imam Syafi'e & Imam Malik :
• IMAM SYAFI'E :
" Umat Islam seluruhnya yang mahir tentang ilmu fiqh adalah keluarga & anak buah Imam Abu Hanifah "
• IMAM MALIK :
" Aku pernah bertemu dia, dia seorang lelaki yang bijak. Jikalau ia berkata tiang ini boleh dijadikan emas , nescaya ia dapat memberikan alasannya kerana kebijaksanaannya bercakap "
• Beliau mempunyai keberanian dalam menegakkan dan
mempertahankan kebenaran
• Beliau tidak takut sengsara atau apa bahaya yang akan
diterimanya.
• Dengan keberaniannya itu , beliau selalu mencegah orang-
orang yang melakukan perbuatan mungkar,
• Menurut Imam Abu Hanifah jika kemungkaran itu tidak
dicegah, bukan orang yang berbuat kejahatan itu saja yang
akan merasakan akibatnya, melainkan semuanya, termasuk
orang-orang yang baik yang ada di tempat tersebut
SUMBANGAN IMAM ABU HANIFAH
• Abu Hanifah banyak memberikan sumbangan di dalam Ilmu Fiqh
• Beliau memulakan pengajian dalam ilmu Fiqh pada permulaan abad ke-2 Hijrah
• Merupakan seorang sarjana Fiqh yang berjaya dan sangat mahir dalam
penggunaan Qiyas & istihsan
• Tokoh pertama menyusun kitab fiqh berdasarkan bab & tajuk secara tersusun
• Imam Syafi'e berkata , " Barangsiapa ingin mutabahir ( memiliki ilmu seluas
lautan ) dalam masalah Fiqh hendaklah dia belajar dari Abu Hanifah "
• Mazhab Hanafi diasaskan mengikut pandangan & kaedah penetapan hukum yang
diamalkan oleh Imam Abu Hanifah
• Merupakan mazhab yang terawal & masih wujud sehingga hari ini
• Dikenali juga sebagai Mazhab Ahli Ra'yi ( golongan yang mengutamakan akal
fikiran )
- Mazhab Hanafi mempunyai kaedah-kaedah tertentu dalam menetapkan sesuatu
hukum yang membezakannya dengan mazhab lain
- Kaedah hukum yang digunakan oleh Imam Hanafi :
1) al-Quran & Hadith
2) Ijma & Qiyas
3) Istihsan & al-Uruf ( kebiasaan )
- Pada tahun 120H/738M , guru kepada Imam Hanafi ; Hammad bin Abi Sulaiman
telah meninggal dunia
- Imam Abu Hanifah telah diminta untuk menggantikan kedudukan Hammad
sebagai guru dan sekaligus tokoh agama di Basrah.
- Melihatkan tiada siapa lain yang akan meneruskan perjuangan Hammad, Imam
Abu Hanifah bersetuju kepada jawatan tersebut.
-Di sinilah mulanya Imam Abu Hanifah mengajar dan menjadi tokoh besar terbaru dunia
Islam
- Beliau banyak menghabiskan masanya di masjid untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan terutama yang berkaitan dengan keagamaan
- Imam Abu Hanifah mempunyai ramai murid yang masyhur seperti Abu Yusuf,
Al-Walid bin Aban, Abu Bakr Al-Hazliy, Ya`qub bin Ibrahim Al-Ansariy Al-Kufiy,
Muhammad bin Al-Hasan
- Orang ramai dari serata pelusuk dunia Islam datang untuk belajar bersamanya
- Pengaruhnya juga mula tersebar luas sebagai Imam Mujtahid yang besar
- Kebangkitan Aliran Fiqh yang berdasarkan akal fikiran telah berkembang
dengan cepat di bawah pimpinan Abu Hanifah
- Imam Hanafi terkenal sebagai seorang ahli fikir dalam Islam
- Beliau banyak menggunakan akal fikiran dalam menetapkan sesuatu hukum
apabila tidak jelas nasnya di dalam al-Quran & Hadith
- Imam Abu Hanifah merupakan seorang yang pakar dalam bidang ilmu Hadith
- Beliau dapat membezakan antara Hadith yang sahih & Hadith yang palsu
- Beliau sangat berhati-hati dalam menentukan sesuatu hukum mengikut martabat
Hadith
- Menurut Imam al-Dhzahabi , Imam Abu Hanifah meriwayatkan Hadith daripada
37 orang guru
1) Mahir dalam ilmu usuluddin ( aqidah ) & alim dalam
ilmu Fiqh
2) Berbagai-bagai bidang ilmu dipelajarinya termasuk ilmu
al-Quran & Hadith ,kedua-duanya dihafaz dengan baik
3) Penglibatan dalam perniagaan membolehkan beliau
mengeluarkan pendapat tentang hukum Islam berkaitan
ekonomi
4) Mempelajari ilmu sastera & ilmu undang-
undang
- Mazhab Hanafi merupakan mazhab yang paling luas penyebarannya
- Mazhab ini telah berkembang & tersebar luas ke negeri-negeri sebelah timur (Masyrik )
- Pada tahun 400 Hijrah , Mazhab Hanafi terus berkembang & tersebar di Maghribi
sehingga ke Pulau Sicily
- Pengaruh & perkembangan ini adalah disebabkan pemerintah-pemerintah di
negeri-negeri sebelah timur & dengan perantaraan sahabatnya , Abu Yussof
- Mazhab ini menjadi pegangan kerajaan Abbasiyah selama 500 tahun
- Ianya menjadi sumber pengambilan undang-undang keadilan di negeri Mesir
sehingga kini
- Terbit beberapa buah kitab yang merupakan sumber rujukan & punca
pengambilan yang terpenting , antaranya :
1) Kitab Ar-Riwayah
2) Kitab An-Nawadir
3) Kitab Al-Waqi'at
- Kitab ini diterbitkan melalui dua orang sahabat Abu Hanifah iaitu Abu Yussof &
Muhammad bin al-Hassan
• Imam Hanafi wafat pada tahun 150 Hijrah / 767
Masihi
• Di penjara
• Ketika berusia 70 tahun
1. Beliau sempat hidup semasa khalifah Marwan bin Mohammad, iaitu khalifah
terakhir kerajaan Bani Umaiyah dan Khalifah al-Abbas dan Khalifah Abu Jaafar al-
Mansur bagi kerajaan Abbasiyah
2. Gabenor Yazid pernah menawarkan jawatan Menteri Kewangan tetapi Imam Abu
Hanifah menolak menyebabkan beliau dipenjarakan selama dua minggu
3. Beliau juga pernah menolak perlantikan hakim di Bandar Kufah menyebabkan
beliau disebat sebanyak 110 kali
4. Khalifah Abu Jaafar pernah juga menawarkan beliau sebagai hakim, tetapi masih
menolaknya lalu dipenjarakan dan kemudian dibebaskan.
5. Khalifah juga pernah juga memujuk ibu Imam Hanifah supaya anaknya menerima
tawaran jawatan hakin tersebut
• Ibunya berkata kepada Imam Abu Hanifah : " Wahai Nukman, anak bonda yang kukasihi,
buang sahajalah dan lemparkan jauh-jauh ilmu-ilmu yang telah engkau dapati itu, kerana
tiada lain yang engkau dapatinya, kecuali penjara, pukulan cemati dan rantai-rantai yang
membelitmu "
• Abu Hanifah menjawab dengan lembutnya kepada ibunya : " Oh ibu, jika anakanda
hendakkan kemewahan dunia, tentu anakanda tidak dipenjarakan tetapi anakanda
mengutamakan keredhaan Allah dan memeliharanya pengetahuan yang telah anakanda
dapati, anakanda tidak akan membuang pengetahuan yang selama ini anakanda pelihara
daripada kemurkaan Allah "
6. Akhirnya Imam Abu Hanifah diberi racun oleh khalifah kerana tidak tahan dengan sikap
penolakannya itu