BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
(AKTA - AKTA)
MUHAMMAD AIDIL * FARAHIN * NURADILA * HANI NAJIHA
Perkara 152
Perlembagaan
Persekutuan
- Menetapkan bahawa ' Bahasa Melayu' ialah bahasa kebangsaan
- Boleh ditulis dalam apa-apa tulisan seperti yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen
SYARAT-SYARAT
- Tiada sesiapa pun yang boleh melarang atau dihalang daripada mengguna ( bagi maksud lain daripada maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain
- Tiada apa apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan dan hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan
- konsep bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi adalah berbeza
- mengikut hakim Hashim Yeop Sani, apabila kita membaca Perkara 152 ini , kita mestilah mengambil kira bahawa makna rasmi itu sebagai makna biasanya yang luas iaitu "mengenai atau berhubung kepada kepada sesuatu negara secara keseluruhannya"
- Perkaatan yang digunakan dalam Perkara 152 Perlembagaan seperti yang tertera di atas 'bahasa kebangsaan' bukan 'bahasa rasmi'
- perkataan bahasa kebangsaan itu haruslah ditakrifkan sebagai satu bahasa yang dipakai setiap individu, kumpulan, badan swasta dan awam dalam sesebuah negara dalam semua lapangan dan aktiviti kehidupan
- takrif ini berbeza dengan bahasa rasmi iaitu bahasa yang digunakan oleh kerajaan dalam urusan pentadbirannya
AKTA DEWAN BAHASA & PUSTAKA 1959
(PINDAAN 1995)
- Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka
- Diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1959
- Lembaga Pengelola Dewan Bahasa telah ditubuhkan bagi memantapkan usaha perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu di negara ini
DBP telah dinaik taraf sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai autonomi untuk menggubal dasarnya yang khusus.
menyusun pelbagai rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera serta menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku seperti sektor swasta
Tujuan Lembaga Pengelola DBP ditubuhkan
- memperkembang dan memperkaya bahasa kebangsaan
- memperkembang bakat sastera khususnya dalam bahasa kebangsaan
- menstandardidasikan ejaan dan sebutan serta membentuk istilah-istilah teknikal yang sesuai dalam bahasa kebangsaan