Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

PAUTAN NOTION

Legasi Tapai Ubi

Ainul, Rayyan, Zidane

3 Inspirer

Sinopsis

Permulaan

Parjo yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi sejak kecil lagi. Apabila disebut sahaja “Tapai Ubi Wak Salikon” semua orang tahu sehinggakan rakan sekolah Parjo menggelarnya 'Parjo Tapai'. Untuk membuat tapai ubi, prosesnya agak rumit kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi. Antaranya adalah tidak boleh memberitahu orang semasa membuat tapai dan elakkan daripada terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh membuat bising kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi.

Sambungan->

Sambungan->

Pertengahan/Klimaks

Hasil daripada jualan tapai ubi, Parjo dan adik-adiknya berjaya dalam pendidikan sehingga ke menara gading. Parjo misalnya berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan selepas menamatkan pembelajaran mastrikulasi selama dua tahun. Professor Haidar telah memberikan tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian tentang kesan tapai ubi dalam mengurangkan serangan kanser. Parjo yang melakukan kajian dengan teliti telah berjaya membuktikan tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang bermanfaat kepada manusia iaitu bakteria yang menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Hasil kajian Parjo telah diiktiraf oleh pihak universiti dan telah dibawa ke peringkat antarabangsa.

Sambungan->

Sambungan->

Klimaks/Penutup

Parjo berjaya menamatkan pengajiannya dan mendapat gelaran Doktor Falsafah atas kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai Agen Penghalang Kanser”. Dr. Parjo teleh membawa emak dan bapanya menghadiri majlis konvokesyennya. Mereka berdua merupakan inspirasi disebalik kejayaannya. Di atas permintaan yang tinggi, Kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Dr. Parjo. Beliau kemudiannya meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah kepada penyakit lain serta bertugas sebagai pensyarah perubatan.

Tema

Tema

Cerpen ini bertemakan kesungguhan seorang anak kepada peniaga tapai ubi untuk membuktikan bahawa makanan tradisional itu mampu menjadi penawar kepada penyakit berbahaya seperti kanser.

Persoalan

Persoalan

Antara persoalan yang dikemukakan di dalam cerpen ini adalah:

  • Persoalan pengorbanan ibu dan bapa dalam memastikan anak-anak ke sekolah sehingga ke menara gading Wak Salikon dan isterinya mengusahakan perniagaan tapai ubi tanpa jemu sehingga mampu menghantar anak-anaknya ke universiti.
  • Persoalan ketaatan seorang anak kepada ibu dan bapa Parjo mengikuti arahan untuk membawa tapai ubi untuk dijual ke pasar pada waktu pagi.
  • Persoalan bercita-cita tinggi demi kemajuan masa hadapan Wak Salikon bercita-cita untuk memajukan perniagaannya sehingga berjaya membuka sebuah kilang perusahaan.

Plot

Pengenalan

Parjo telah membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi sehingga digelar “Parjo Tapai” oleh rakan-rakannya. Walaupun dia berasa muak dengan panggilan itu, namun lama-kelamaan dia terbiasa dan tidak ambil kisah kerana dia ikhlas membantu emak dan bapanya mencari rezeki.

Plot

Sambungan->

Sambungan ->

Perkembangan

Untuk membuat tapai ubi, prosesnya agak rumit. Proses tersebut bermula dengan proses mencabut ubi, kemudian mengopek kulit, memotong ubi tersebut, menjerang air dan merebus sehingga ubi matang untuk dimakan. Selain itu, banyak pantang larang lain yang perlu dipatuhi sepanjang proses membuat tapai ubi. Hasil daripada jualan tapai ubi telah membawa Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga menjejakkan kaki ke menara gading.

Sambungan->

Sambungan->

Perumitan

Profesor Haidar telah memberikan tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian ke atas tapai ubi yang dikatakan dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Kajian tersebut dilakukan dengan mengenal pasti jenis kanser, cara kanser merebak dan langkah untuk mengesan kanser sehingga kepada proses membuat uji kaji tindak balas tapai ubi terhadap sel kanser.

Sambungan->

Sambungan->

Klimaks

Hasil usaha dan ketelitian Parjo, dia berjaya membuktikan bahawa tapai ubi dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Terdapat satu bakteria yang terkandung dalam tapai ubi yang membawa manfaat kepada manusia untuk mencegah serangan kanser. Kajiannya telah mendapat pengiktirafan oleh universiti dan dibawa ke peringkat antarabangsa. Parjo berjaya memperoleh ijazah kedoktoran sekali gus mendapat gelaran Dr. Parjo.

Sambungan->

Sambungan->

Peleraian

Dr Parjo meneruskan kerjayanya dalam bidang pensyarah tetapi tetap meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada penyakit lain. Manakala permintaan tapai ubi Wak Salikon meningkat sehingga terbinanya sebuah kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.

Watak dan perwatakan

Perwatakan yang ada pada cerpen ini tiada haiwan tetapi manusia terdapat 4 Iaitu :

Watak

&

Perwatakan

Parjo

Anak sulung Wak Salikon.Penerima Ijazah Kedoktoran.

Pensyarah universiti.

Taat akan emak dan bapanya.

Seorang yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.

Tidak melupakan jasa emak dan bapanya.

Seorang yang teliti.

Parjo

Wak Salikon

Bapa Parjo.

Gigih melakukan pekerjaan.

Mementingkan pendidikan anak-anak.

Bercita-cita tinggi untuk mengembangkan perniagaannya.

Teliti ketika melakukan kerja.

Wak Salikon

Emak

Emak Parjo.

Gigih membantu suami menjalankan perniagaan tapai.

Teliti ketika melakukan kerja.

Prihatin terhadap anak.

Emak

Profesor Haidar

Pensyarah kepada Parjo.

Berpandangan jauh.

Profesor Haidar

Latar

Latar ialah semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, lokasi, watak dan suasana berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya. Latar terbahagi kepada 3 iaitu:

Latar

Latar masa

Waktu pagi.

Selepas sembahyang isyak.

Permulaan semester.

Enam puluh hari.

Latar masa

Latar tempat

Kantin sekolah.

Rumah Wak Salikon.

Fakulti perubatan di universiti.

Kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.

Latar tempat

Latar masyarakat

Masyarakat yang bersungguh-sungguh melakukan kerja.

Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencari rezeki.

Masyarakat yang teliti semasa melakukan sesuatu kerja.

Masyarakat yang berpandangan jauh.

Masyarakat yang mengenang jasa ibu bapa.

Masyarakat peniaga yang bijak mengembangkan perniagaan.

Gaya bahasa

gaya bahasa merujuk kepada pemilihan kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang bagi menyampaikan ceritanya.

Gaya

Bahasa

Contoh ayat

Contoh ayat

Laras bahasa Sains. Contohnya, bakteriosin; manihot esculanta; metastasis.

Peribahasa. Contohnya, alah bisa tegal biasa.

Repetisi. Contohnya, Tapai! Tapai! Tapai!

Sinkope. Contohnya, “Buat tapai ubi tak boleh bagitahu orang tahu!”

Nilai

maksudnya yang terdapat dalam cerpen ini.

Nilai

Contoh

Contoh

Nilai kesyukuran – Parjo menjawab soalan wartawan bahawa kejayaannya adalah hasil inspirasi daripada bapa dan emaknya yang menghasilkan tapai ubi.

Nilai kegigihan – Wak Salikon dan isterinya gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi sehingga berkembang dan membuka sebuah kilang

Nilai mengenang jasa – Parjo belajar sehingga ke menara gading dan mendapat segulung ijazah berkat inspirasi ayah dan ibunya

Nilai tanggungjawab – Parjo membuat kajian ke atas tapai ubi untuk mengurangkan risiko kanser kerana ingin membantu masyarakat demi mencegah penyakit kanser

Pengajaran

Apa yang boleh dipelajari di dalam cerita ini.

Pengajaran

Contoh

Kita seharusnya tidak memandang rendah terhadap orang lain kerana walaupun mereka hanya menjual tapai misalnya, mereka mampu berjaya pada masa akan datang.

Kita hendaklah tabah mengharungi dugaan dan cabaran dalam kehidupan agar kita menjadi lebih baik serta mencapai kejayaan.

Kita mestilah mengutamakan pendidikan daripada perkara lain kerana melalui pendidikan, pelbagai kejayaan boleh dikecapi oleh seseorang.

Kita perlu bijak mengambil peluang dalam menggapai kejayaan seperti Wak Salikon yang membuka sebuah kilang perusahaan tapai ubi selepas permintaan meningkat

Kita hendaklah sentiasa melakukan yang terbaik dalam kehidupan. Parjo bersungguh-sungguh dalam melakukan kajian ke atas tapai ubi dan berjaya membuktikan tapai ubi dapat mengurangkan risiko seranagn kanser.

Contoh

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi