Penskoran, penggredan & kriteria pentaksiran
Presented by DR Bahar
for IPGKPT
Definisi rubrik
Definisi rubrik
- Rubrik merupakan salah satu sistem pemarkahan yang digunakan oleh guru-guru.
- Sistem ini berfungsi sebagai penunjuk yang diperlukan untuk menilai tahap pencapaian pelajar berdasarkan kepada kriteria yang jelas dan khusus.
- Pentaksiran secara subjektif dijalankan berdasarkan set kualiti yang dihasilkan dengan merujuk kepada objektif pembelajaran.
rubrik
RUBRIK
- Kualiti dan tahap pencapaian pelajar ditaksir oleh guru berdasarkan tugasan yang diberikan seperti tugasan bertulis, projek dan amali.
- Guru seharusnya dapat memberikan markah berdasarkan kepada pematuhan garis kriteria. Biasanya terdiri daripada tiga tahap iaitu cemerlang, sederhana ataupun memuaskan.
Tujuan pemarkahan berdasarkan rubrik
Tujuan
- Kebanyakan pakar berpendapat, rubrik boleh memperbaiki kerja murid, dan meningkatkan pelajaran kerana ia menyediakan panduan yang eksplisit (jelas dan terang) bagi murid.
- Membantu para pelajar memperbaiki kualiti kerja seterusnya mempertingkatkan pengetahuan.
- Guru-guru boleh menggunakan rubrik untuk pelbagai aktiviti dengan sedikit pengubahsuaian
Tujuan
- Membantu guru menilai dengan tepat, tidak berat sebelah dan konsisten di dalam pemarkahan
- Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Rubrik hendaklah dijadikan telus supaya murid boleh menganggar prestasinya
- Kejelasan dan pemahaman tentang rubrik dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran pusat(PP).
Tujuan
Ciri-ciri umum rubrik
- Menfokuskan pengukuran berasaskan kepada objektif dengan jelas.
- Menggunakan skala dalam menentukan pencapaian tiap-tiap bidang.
- Mengandungi spesifikasi yang spesifik tentang kriteria dan kualiti yang disusun mengikut tahap bagi menunjukkan setakat mana kriteria dan piawai dicapai.
Jenis-jenis rubrik
- Rubrik holistik
- Rubrik analitik
Rubrik holistik
Rubrik holistik
- Mengandungi kriteria dan kualiti untuk menilai keseluruhan hasil kerja murid.
- Menyediakan markah keseluruhan berdasarkan tahap pencapaian murid.
- Membantu guru menyediakan markah dengan lebih cepat.
- Kelemahannya tidak menyediakan maklumat secara terperinci.
Contoh Rubrik holistik
CONTOH
Rubrik analitik
Rubrik analitik
- Terdiri daripada penerangan terperinci beserta agihan markah bagi setiap point untuk menilai hasil kerja murid.
- Menyediakan maklum balas sepanjang tempoh pengukuran.
- Mendapat maklum balas yang lebih terperinci.
- Mengambil masa yang lama untuk dihitung.
Contoh Rubrik analitik
CONTOH
perbezaan penilaian analitik dan holistik
perbezaan penilaian analitik dan holistik
KEBAIKAN PEMARKAHAN HOLISTIK
- Murid bebas memberikan jawapan asalan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan.
- Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam aspek penguasaan pengetahuan serta dapat menilai kemahiran yg lain terutamanya kemahiran aras tinggi spt kebolehan mengolah idea dan membuat rumusan tentang sesuatu perkara atau keadaan.
- Pemeriksa mengiktiraf dan memberi ganjaran kpd murid yang memberi jwapan secara kreatif dan inovatif.
KEBAIKAN PEMARKAHAN HOLISTIK
KELEMAHAN HOLISTIK
KELEMAHAN HOLISTIK
- Memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan sebagai pemeriksa.
- Pemarkahan secara umum tanpa memberi perhatian kepada aspek khusus penulisan karangan seperti isi, tatabahasa, gaya dan lain-lain.
- Kemungkinan perselisihan pendapat dalam memberikan markah di antara pemeriksa dan sukar hendak dijelaskan
KEBAIKAN ANALITIK
KEBAIKAN ANALITIK
- Boleh diperiksa oleh pemeriksa baru yang kurang pengalaman memeriksa.
- Tidak mengambil masa yang lama untuk menimbang jawapan murid sama ada tepat, kurang tepat atau tidak betul.
- Memadai diperiksa sekali sahaja berdasarkan skrip jawapan.
- Tugas pemeriksa menjadi mudah kerana skema pemarkahan atau skrip jawapan disediakan dengan terperinci dan jelas.
- Memberikan gambaran yang jelas tentang asas taburan markah. Oleh sebab itu cara pemarkahan ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian murid tinggi atau rendah.
- Murid juga dapat melihat dan menilai di mana dan apa kelemahan mereka dgn jelas.
KELEMAHAN ANALITIK
- Melibatkan pemeriksaan yang dilakukan secara fakta dan kurang memberi penekanan pada kemahiran penulisan.
- Hanya memberikan penekanan kepada fakta atau jawapan secara terperinci semata-mata. Murid hanya bergantung kepada skema jawapan dalam mengulangkaji pelajaran.
- Pemeriksa boleh bersifat negatif kerana apabila murid membuat kesilapan dalam sesuatu aspek, markah yang diperuntukkan untuk aspek tersebut akan ditolak. Murid cenderung mendapat skor rendah bagi soalan subjektif atau esei.
KELEMAHAN ANALITIK