Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR, SIKAP PELAJAR DAN MASALAH UNTUK MENGAPLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Penulis artikel:

Siti Zahidah Salleh

Abdul Sukorr Salleh

pengenalan

pengenalan

  • Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah.
  • Kemahiran berfikir yang ditekankan oleh KPM ialah kemahiran KBAT.
  • Kemahiran berfikir ialah elemen utama untuk meningkatkan perkembangan intelek pelajar.
  • Program yang dilaksanakan oleh KPM bagi meningkatkan KBAT adalah program i THINK. Program ini bertujuan membudayakan kemahiran berfikir dalam kelas sejajar dengan hasrat untuk meningkatkan pemikiran kritis pelajar.
  • KBAT mempunyai lima elemen utama untuk dilaksanakan dalam kelas iaitu (i) menaakul, (ii) inkuiri, (iii) teknik menyoal, (iv) kreativiti dan (v) penyelesaian masalah.

reka bentuk kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengaplikasian kemahiran berfikir dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan berdasarkan dua pendekatan kaedah penyelidikan, iaitu pendekatan secara kuantitatif dan kualitatif.

METODOLOGI

PENDEKATAN KUANTITATIF

pendekatan kuantitatif

Dalam pendekatan kuantitatif kajian ini, pengkaji menggunakan penyelidikan tinjauan dengan

menggunakan instrumen soal selidik.

PENDEKATAN KUALITATIF

Pengkaji menggunakan kaedah temu bual yang menemu bual beberapa responden daripada guru. Pengkaji menggunakan temu bual tidak berstruktur bagi mengukuhkan dapatan kajian yang diperoleh.

pendekatan kualitatif

PEMILIHAN PESERTA

PEMILIHAN PESERTA

Sampel kajian ini ialah pelajar Tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah harian di Kedah. Teknik pensampelan bertujuan digunakan. Sejumlah 60 pelajar dan 4 guru terlibat sebagai sampel.

KRITERIA PEMILIHAN PESERTA KAJIAN

2. Guru tersebut yang dipilih bersetuju untuk terlibat

sebagai peserta kajian ini.

1. Guru yang mengajar dan

melaksanakan P&P bahasa Melayu.

TEKNIK PEMILIHAN PESERTA KAJIAN

Pengkaji menggunakan teknik judgement sampling (Noraini 2010). Teknik ini membenarkan pengkaji menggunakan akal, peluang, masa yang ada dan persoalan kajian sebagai kriteria dalam pemilihan peserta kajian.

INSTRUMEN

Instrumen yang digunakan ialah

soal selidik dan temu bual. Soal selidik dipilih

sebagai instrumen utama kerana

sifatnya yang boleh memberikan data yang luas

melalui populasi yang besar (Neuman 1997).

Temu bual bersemuka digunakan sebagai

instrumen kedua bagi menghasilkan data yang

lebih mendalam selain yang diperoleh melalui soal

selidik (Merriam, 1990).

Format yang digunakan ialah soalan temu bual

separuh berstruktur bagi membolehkan guru

mengekspresikan pandangan dan pengalaman

secara bebas (Borg & Gall 1989)

INSTRUMEN DAN HASIL KAJIAN

SOAL SELIDIK

Set soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Bahagian A, B dan C.

Berikut merupakan pembahagian A, B dan C untuk bahagian soal selidik:

BAHAGIAN SOAL SELIDIK

bahagian a

BAHAGIAN A

Bahagian A terdiri daripada latar belakang responden seperti jantina, bangsa, aliran dan minat terhadap mata

pelajaran Bahasa Melayu.

BAHAGIAN B

Bahagian B menumpukan kepada komponen kekerapan pelaksanaan kemahiran berfikir oleh guru dalam P&P Bahasa Melayu. Bahagian B ini mempunyai 11 item berskala Likert 5 mata yang diadaptasi daripada Chew Fong dan Shashipriya (2014).

BAHAGIAN C

BAHAGIAN C

Bahagian C pula terdiri daripada item berkenaan sikap pelajar terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir dalam P&P Bahasa Melayu. Dalam bahagian ini, terdapat 15 item soal selidik berskala Likert 5 mata yang diadaptasi dan diubah suai daripada Chew Fong dan Shashipriya (2014) serta Mohd Mahzan, Abdul Razaq dan Mohd Muhaimi (2014).

TEMU

BUAL

TEMU

BUAL

Kajian ini menggunakan kaedah temu bual bagi mengukur kebolehpercayaan soal selidik.

Amalan kemahiran berfikir dalam P&P Bahasa Melayu menjadi asas kepada soalan temu bual. Namun, set temu bual pula dikhususkan kepada guru sahaja. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara lebih mendalam terhadap amalan kemahiran berfikir dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Temu bual guru bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru ketika melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Dalam kajian ini,

pengkaji menggunakan temu bual secara

berstruktur dan semi struktur.

DUA KAEDAH TEMU BUAL YANG DIGUNAKAN OLEH PENGKAJI

TEMU BUAL BERSTRUKTUR

Menurut Merriam

(1998), temu bual berstruktur bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang tepat seperti maklumat sosiodemografik, umur, pendapatan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan sebagainya.

TEMU BUAL SEMI BERSTRUKTUR

Temu bual semi struktur bersifat fleksibel dan membolehkan responden

menghuraikan apa yang difikirkannya kepada penyelidik.

OBJEKTIF

Secara khusus, objektif kajian ini ialah:

1. Mengenal pasti kekerapan pelaksanaan kemahiran berfikir oleh guru dalam pembelajaran bahasa Melayu,

2. Mengenal pasti sikap pelajar terhadap pengaplikasian kemahiran berfikir dalam P&P bahasa Melayu,

3. Menghuraikan masalah yang dihadapi pelajar ketika guru melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

OBJEKTIF

DAPATAN KAJIAN

ANALISIS DATA

Terdapat dua jenis analisis data yang dijalankan kerana kajian ini menggunakan dua jenis instrumen untuk mendapatkan data.

DUA JENIS ANALISIS YANG DIGUNAKAN

ANALISIS SOAL SELIDIK

Soal selidik dianalisis melalui SPSS versi 22.0 dan analisis data yang terlibat ialah berbentuk deskriptif iaitu kekerapan dan sisihan piawai. Tujuannya ialah

untuk menganalisis maklum balas guru-guru terhadap kekerapan mereka mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam P&P bahasa Melayu.

Maklum balas guru diukur melalui skala Likert 5 mata. Skor min yang diperoleh dirujuk berdasarkan skala min Mohd Majid (2005), iaitu 1.00-266 (Rendah), 2.67-3.66

(Sederhana) dan 3.67-5.00 (Tinggi).

ANALISIS TEMU BUAL

  • Temu bual yang dirakam ditranskripkan oleh pengkaji.
  • Temu bual ditulis dalam bentuk dialog
  • Bertujuan untuk mengekalkan keaslian data yang dikutip dan juga bagi membolehkan ketepatan transkrip yang dijalankan.
  • Data dianalisis dan disusun mengikut struktur yang serupa mengikut kekerapan tema.
  • Akhirnya, data diinterpretasi untuk menghasilkan corak dan trend melalui maklum balas peserta kajian.

DAPATAN KAJIAN

DAPATAN

KAJIAN

Dalam Jadual 1, sebanyak 11 item diajukan kepada responden berkenaan kekerapan pelaksanaan amalan kemahiran berfikir dalam P&P Bahasa Melayu.

  • Purata skor min kekerapan pelaksanaan kemahiran berfikir ialah 3.91 (SP=0.75).
  • Skor min tertinggi ialah 4.43 (SP=0.67) bagi item yang ke-11.
  • Skor purata terendah pula adalah bagi item yang ke-2 iaitu 3.5 (SP=0.54)
  • Hal ini menunjukkan bahawa berlaku komunikasi dua hala antara guru dan pelajar di dalam kelas.
  • Peranan guru di dalam kelas juga berubah kepada fasilitator.

JADUAL 1

data kajian

jadual 2

  • Pengkaji telah mengemukakan 15 soalan.
  • Purata min adalah tinggi, iaitu sebanyak 3.82 (SP=0.86).
  • Min tertinggi ialah 4.23 (SP=0.85) bagi item yang ke-9.
  • Manakala min terendah ialah 3.47 (SP=0.77) bagi item ke-5.
  • Analisis ini menunjukkan bahawa pelajar menganggap mata pelajaran Bahasa Melayu adalah sama penting dengan mata pelajaran lain memandangkan mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran wajib lulus untuk mendapatkan sijil, iaitu SPM.

seterusnya

masalah yang dihadapi guru untuk melaksanakan aktiviti kemahiran membaca dalam mata pelajaran bahasa melayu

masalah

masa yang panjang

masa yang panjang

  • Guru menggunakan masa yang panjang untuk melaksanakan kemahiran berfikir.
  • Guru harus menolong pelajar dengan memberikan idea-idea terlebih dahulu kepada mereka.
  • Kebiasaannya berlaku bagi kelas pertengahan dan kelas belakang.

sikap negatif pelajar

sikap negatif pelajar

  • Hasil temu bual mendapati pelajar cenderung bersikap negatif sekali gus mengganggu P&P guru.
  • Antaranya, pelajar kurang memberikan kerjasama kepada guru sewaktu aktiviti kemahiran berfikir dijalankan.

pengetahuan sedia ada pelajar

rendah

pengetahuan sedia ada pelajar rendah

  • Hasil temu bual mendapati tahap pengetahuan sedia ada pelajar adalah lemah.
  • Perkara ini disebabkan oleh faktor latar belakang keluarga seperti tahap sosiokekonomi yang rendah.
  • Hal ini menjejaskan pemahaman pelajar dan sekali gus menyebabkan pelajar tidak dapat mengikuti aktiviti kemahiran berfikir dengan baik terutamanya semasa menjawab soalan berbentuk kemahiran berfikir.

perbincangan

  • Guru mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pembelajaran Bahasa Melayu.
  • Guru memberikan peluang kepada pelajar untuk mengeluarkan idea semasa P&P dijalankan di dalam bilik darjah.
  • Dapatan kajian kedua menunjukkan pelajar bersikap positif terhadap pengaplikasian kemahiran berfikir dalam P&P Bahasa Melayu.
  • Kajian ini mengkaji sikap pelajar yang positif terhadap P&P diperlukan untuk menghasilkan pencapaian hasil pembelajaran.
  • Dapatan temu bual ini bertentangan dengan dapatan soalan kajian kedua.
  • Dalam soalan kedua ini yang diperoleh melalui soal selidik menunjukkan pelajar bersifat positif dengan nilai min yang tinggi sedangkan dapatan temu bual menunjukkan bahawa terdapat pelajar bersifat negatif terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir.

perbincangan

kesimpulan

  • Kajian ini hanyalah lebih kepada persepsi dan semata-mata untuk sebuah sekolah menengah di Kedah sahaja.
  • Generalisasi tidak boleh dibuat untuk semua guru bahasa Melayu yang mengajar di sekolah menengah.
  • Kajian ini berjaya mengesan masalah yang dihadapi oleh guru untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam P&P mereka.
  • Masalah yang dihadapi oleh guru dalam P&P Bahasa Melayu dapat diatasi dengan adanya kerjasama daripada pelbagai pihak terutama pihak pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah.
  • Guru perlulah berusaha untuk mempelbagaikan kaedah dan aktiviti P&P di dalam kelas agar proses pelaksanaan kemahiran berfikir dalam P&P Bahasa Melayu menarik dan dapat diikuti murid.

kesimpulan

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi