Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

BAB 1: PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA

KONSEP NEGARA BANGSA

KONSEP NEGARA DAN BANGSA

Secara umumnya ia berpandukan kepada 3 komponen utama:

1. Negara

2. Individu

3. Bangsa

NEGARA

NEGARA

Definisi dari sains politik ialah sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa asing

Penduduk/Rakyat/Populasi:

Negara wujud apabila penduduknya mengiktiraf bumi yang didiami itu sebagai tanah leluhurnya

Penduduk

Kerajaan adalah lambang kehidupan kelompok manusia dalam keadaan yang teratur dan tersusun serta bersistem

Kerajaan

Kedaulatan

Kedaulatan bermaksud pengiktirafan negara-negara lain di sekeliling ataupun pihak antarabangsa terhadap sesebuah negara itu.

Wilayah adalah menjadi petunjuk kepada pemilikan sumber, kawasan dan hak oleh sesebuah bangsa.

Wilayah

Individu

INDIVIDU:

Tenaga penggerak kepada terbinanya bangsa dan negara. Hubungan sesama individu akan menggerakkan individu lain membentuk kumpulan berkongsi ciri-ciri persamaan dan kepentingan yang membentuk bangsa dengan motif pemerintahan sendiri dan mewujudkan negara.

BANGSA:

kesatuan manusia tertentu yang hidup dalam sesebuah negara, kemudian mereka diikat oleh beberapa ciri persamaan seperti keturunan, unsur-unsur jasmani, politik, sosial dan kebudayaan

Bangsa

CIRI-CIRI

CIRI-CIRI SEBUAH NEGARA BANGSA

• Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya.

• Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia.

FAKTOR PEMANGKIN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NEGARA BANGSA

Nasionalisme

Nasionalisme

Nasionalisme adalah satu ideologi atau kefahaman yang meletakkan negara dan bangsa pada tempat yang tinggi. Atau yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Ia berbeza dengan patriotisme.

Para nasional menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kesahihan politik" (political legitimacy). Ia berpunca dari teori romantisme iaitu "identiti budaya", hujah liberalisme yang menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori.

Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan, seperti yang dinyatakan di bawah. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya.

Patriotisme

Patriotisme

Patriotisme maksudnya adalah semangat cinta tanah air. Pengertian Patriotisme adalah sikap untuk selalu mencintai atau membela tanah air, seorang pejuang sejati, pejuang bangsa yang mempunyai semangat, sikap dan perilaku cinta tanah air, dimana ia sudi mengorbankan segala-galanya bahkan jiwa sekalipun demi kemajuan, kejayaan dan kemakmuran tanah air.

Patriotisme berasal dari kata Patriot, yang ertinya adalah : pecinta dan pembela tanah air.

Intergrasi

Integrasi adalah proses penyatuan pelbagai kelompok budaya dan sosial ke dalam satu kesatuan wilayah, ke arah pembentukan suatu identiti nasional. Integrasi biasanya mengandaikan adanya satu masyarakat majmuk pelbagai etnik dan setiap kelompok masyarakat memiliki bahasa dan kebudayaan yang berbeza.

Demokrasi

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dengan kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik.

Nasionaliti

Nationaliti merupakan elemen penting dalam menjadi pemangkin kepada terbentuknya sesebuah negara bangsa. Elemen ini mewujudkan satu bentuk identiti kepada semua orang di dalam negara itu iaitu sebagai penduduk atau warganegara tersebut. Ini dibuktikan dengan satu pengenalan identiti seperti kad pengenalan yang sama pada semua warganegara dan "passport" sebagai pengenalan yang sama untuk keperluan antarabangsa bagi penduduk negara tersebut.

FAKTOR ANCAMAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Neofeudalisme

Neofeudalisme merujuk kepada sistem konservatif berkaitan pemerintahan yang terbentuk dalam cara baru pada masa kini. Sistem feudalisme yang dirujuk ialah system pemerintahan oleh golongan elit yang menguasai segala aspek ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara.

Pluralisme

Pluralisme

Pluralisme ini adalah satu cabang yang melihat kepada sesuatu perkara yang perbagai kepada satu aspek dan kepelbagaian itu juga hendaklah lebih seragam sifatnya. Apa yang dimaksudkan oleh penyataan tersebut adalah di dalam melihat kepada sesuatu perkara atau bidang contohnya, kepelbagaian yang wujud hendaklah disatukan dan diseragamkan agar mendapat manfaat kepada semua.

Kepelbagaian Budaya

Kepelbagaian Budaya

Pembentukan masyarakat majmuk dalam proses perkembangan sesebuah negara sering kali mewujudkan dilema baru kepada penduduk negara tersebut. Tidak dapat tidak akan wujudnya kepelbagaian budaya hasil daripada perbezaan cara hidup juga kepercayaan. Kewujudan pelbagai aliran kebudayaan yang menjadi amalan penduduk di sesebuah negara bermasyarakat majmuk tidak dapat dinafikan boleh mewujudkan ancaman besar kepada proses pembinaan sebuah negara bangsa.

Globalisme

Globalisme

Menurut Kenichi Ohmae, globalisme adalah dunia tanpa sempadan dengan setiap negara terpaut kepada jaringan aliran maklumat secara global yang ditunjangi kecanggihan teknologi. Pertukaran maklumat yang cepat dan pantas telah menjadikan dunia begitu kecil tanpa sempadan (Ohmae,1995).

Liberalisasi

Liberalisme

Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi.Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara.

Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian,[2] pasaran bebas[2] dan ketelusan sistem pemerintahan.[3] Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang.

Proses Pembinaan Negara Bangsa

PEMBINAAN NEGARA BANGSA DI MALAYSIA

  • State Building (Bina Negara)
  • Nation Building (Bina Bangsa)
  • Mass Participation (Penyertaan Rakyat)
  • Politics of Distributions (Pengagihan Nilai Dalam Masyarakat)

Bina Negara

Tahap ini bermula pada tahun 1948 apabila persekutuan tanah melayu ditubuhkan bagi melonggarkan pemberian kelayakan bersyarat bukan melayu.

Bina Negara

Bina Bangsa

Bina Bangsa

Memperliharakan berlakunya perhubungan awal yang longgar antara kaum. Pada tahap ini terdapat lebih dari satu etnik hidup bersama tetapi tidak bersatu.

Penyertaan Rakyat

Perhubungan kaum menjering agak lumcah saling bergantung dan memenuhi kepentingan perpaduan kaum.

Penyertaan Rakyat

Pengagihan Nilai dalam Masyarakat

Membuat pengaturan dan pembahagian nilai-nilai dan keputusan yang akan menjaga keharmonian masyarakat bagi membentuk kawalan dalam organisasi kerajaan.

Pengagihan Nilai Dalam Masyarakat

Video

Video

Soalan

Soalan

Quiz

1.Apakah yang dimaksudkan dengan konsep negara?

A. Satu pertubuhan pusat yang mengekalkan satu sistem peraturan ke atas masyarakat.

B. Satu badan yang merangka dan melaksanakan dasar-dasar untuk semua rakyat

di dalam sesebuan negara.

C. Kehidupan oleh sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar.

D. Satu lembaga yang menpunyai kewibawaan sah dalam hal keselamatan perancangan dan pengalaman dasar-dasar.

1

C. Kehidupan oleh sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar.

Jawapan

2. Antaranya adalah element negara kecuali

A. Penduduk

B. Kerajaan

C. Kebudayaan

D. Kedaulatan

2

Jawapan

C. Kebudayaan

3. Antaranya adalah pemangkin pembinaan negara bangsa kecuali

A. Integrasi

B. Nasionaliti

C. Patriotisme

D. Globalisme

3

D. Globalisme

Jawapan

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi