Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
SEBELUM
Teori ini dipegang oleh Prof Snouck Hurgronje yang menolak kemasukan Islam langsung dari Arab, sebaliknya mengatakan pendakwah Arab menyebarkan Islam di Gujerat, India. Melalui ajaran tasawuf, Islam dibawa ke Samudera-Pasai dari India. Teori ini awalnya dikemukakan oleh Pijnappel, dan disokong oleh B Harrison, J Gonda, G.E Marrison, Kenneth Hall, A.H Hill, G.P Moquette, R.A Karn dan W.F Stutterheim.
Prof Slamet Muljana mempunyai pandangan menarik bahawa Raja Melayu seperti Sultan Demak dan Wali Songo adalah berketurunan Cina berdasarkan Kronik Klenteng Sam Po Kong. Terdapat banyak pandangan berdasarkan tempat batu-batu nisan ditemui, bahawa orang Arab dan Parsi yang tinggal di China telah berhijrah di Nusantara sejak kacau-bilau di Kanfu (Guangzhou) pada 878M. Teori ini turut didukung oleh Emmanuel Gadinho Eredia, O.W Wolters, Ibrahim T.Y Ma dan S.Q Fatimi.
BATU BERSURAT
PENDIDIKAN
PEDAGANG MENJALIN HUBUNGAN DI PELABUHAN ASIA TENGGARA
SIKAP PEDAGANG ISLAM YANG BAIK
SIFAT MAHMUDAH
*Apabila raja memeluk Islam , ia akan diikuti oleh rakyat kerana mereka sangat setia kepada raja.
*Pengislaman Megat Iskandar Syah Melaka contohnya , diikuti pengislamankeluarga diraja
*Di Pasai pengislaman Raja Malik menjadikan Islam cepat berkembang dan Pasai menjadi kerajaan yang kuat
Kedatangan islam ke tanah melayu sememangnya membawa banyak perubahan dan penghargaan baru dalam keagungan tamadun melayu. Tidak dapat dinafikannbahawa wujudnya pusat-pusat tamadun unggul didunia amnya dan di asia tenggara khasnya adalah kesan daripada pengaruh islam yang meresap masuk kedalam tamadun itu.
Daripada apa yang dibincangkan diatas kedatangan islam bukan sahaja mewujudkan pusat-pusat-pusat tamadun melayu yang unggul tetapi islam juga telah menyebabkan perubahan yang besar kepada pelbagai aspek kehidupan masyarakat melayu termasuklah system politik perundangan, pendidikan dan pandangan semesta dan kehidupan masyarakat melayu itu sendiri.