Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
pengiraan nisbah bilang guru dan murid RPI
Bil. guru PPKI SKP: 14 org (x termasuk pk ppki)
Bil. murid PPKI SKP : 74 org
bil.murid ÷ bil. guru = bil. murid RPI setiap guru
(74 ÷ 14 = 5.3 @
: 10 org x 5 org = 50
: 4 org x 6 org = 24
Berdasarkan pemerhatian masing-masing
Berfokuskan kekangan akademik mengikut mata pelajaran
Tidak menjurus kepada intervensi berdasarkan keperluan khas
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis. Ia dirancang khusus untuk seseorang murid. Ia juga dibentuk bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan intervensi ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan bagi meningkatkan kefungsian MBK.
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) ialah satu program yang berkaitan dengan pendidikan khas dan perkhidmatan yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan keperluan khas. Program ini dibentuk dalam beberapa siri mesyuaratdan hasil perbincangan dinyatakan secara bertulis dalam bentuk rancangan pendidikan bagi setiap murid.
“RPI ertinya suatu rekod yang mengandungi butiran sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap murid berkeperluan pendidikan khas”
Dipetik daripada P.U. (A) 230
(i) perkhidmatan pendidikan khas
(ii) guru-guru yang terlibat
(iii) kumpulan pelbagai disiplin
(iv) peralatan khas/aktiviti/program/bahan
(v) sokongan daripada ibu bapa/penjaga dari rumah
(dipetik dan diubahsuai daripada “Implementing effective Practice: Individual Education Plan” oleh Tod, Caste & Blamires (2012)
1.KOMPREHENSIF
2.SPESIFIK
3.MENGIKUT URUTAN
4.REALISTIK DAN BERSESUAIAN
5.MUDAH DIFAHAMI
6.DIGUBAL BERSAMA
RPI merangkumi semua aspek ketidakupayaan murid. Ia termasuk dalam aspek komunikasi, tingkah laku, sosial, emosi, pengurusan diri, akademik, kemahiran motor kasar dan koordinasi motor tangan,kemahiran vokasional dan transisi,perkhidmatan yang berkaitan dan penempatan yang diperlukan oleh MBK.
Catatan guru perlu mengandungi sasaran, tingkah laku,parameter, keadaan, penilaian/pengukuran
Matlamat dan objektif yang dinyatakan dalam RPI perlu bersesuaian dengan tahap,fungsi dan kadar perkembangan sediaaada setiap MBK.
Menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh para professional dan juga ibu bapa serta dapat menjelaskan apa yang perlu diketahui. Ia nya perlu ringkas dan tidak menggunakan ayat yang berbeli-belit.
DOKUMEN BERTULIS UNTUK MEREKODKAN INTERVENSI BAGI MENINGKATKAN KEFUNGSIAN MBK AGAR MURID DAPAT MENGIKUTI KURIKULUM YANG BERSESUAIAN DENGAN TAHAP DAN KEUPAYAAN MEREKA.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999, KP (BS)8591/Jilid xv/(3) bertarikh 9 Mac 1999:
"Rancangan pelajaran tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementeran Pendidikan Malaysia. "
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999, KP (BS)8591/Jilid xv/(3) bertarik 9 Mac 1999:
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.
Objektif dalam RPH:
Murid boleh mengenal 6 huruf abjad iaitu huruf a-f berpandukan gambar yang diberikan.
Objektif dalam RPI:
Fatimah boleh menggunakan tangan untuk meneroka dan memperoleh maklumat tentang objek yagn diberikan.
Pembahagian MBK mengikut kapasiti pencatat RPI
= Jumlah Murid ÷ Jumlah Guru
Contoh:
Jumlah murid: 55 orang
bilangan guru (Tidak termasuk Penyelaras/GPK PKhas): 13
GPK 1/GPK Pend. Khas/Penyelaras: 1
55÷6.5x1.5= 12.69
55÷13 = 4.23
Seorang pencatat RPI akan menguruskan RPI bagi 4 orang murid.
Bilangan guru = Bilangan Kelas x 1.5
Contoh:
5 Kelas di PPKI BL di SK XYZ
5 kelas x 1.5 = 7.5 orang guru
Bilangan murid di PPKI BL di SK XYZ = 14 orang
Pembahagian murid mengikut guru untuk Pencatat RPI
= Bilangan murid ÷ Bilangan guru
= 14 orang ÷ 7 orang guru
= 2 orang
Seorang pencapat RPI akan menguruskan RPI bagi 2 orang murid BL
(i) SIDANG
(ii) MATLAMAT
(iii) FAKTOR KEUPAYAAN
(iv) AKADEMIK BERFUNGSI
#RPIbukanRPHRPTtapisalingmelengkapi
#eRPIbukanRPHRPTtapisalingmelengkapi
Soalan:
Aktiviti RPI berfokuskan kepada kurikulum atau perubahan tingkah laku?
RPI berfokuskan intervensi yang dilaksanakan oleh guru untuk menyelesaikan isu major yang dihadapi oleh MBK dengan tujuan meningkatkan kefungsian MBK. Kefungsian MBK yang telah diberi intervensi dapat melancarkan proses PdPc dan membantu guru untuk melaksanakan kurikulum yang bersesuaian dengan kebolehan serta keupayaan MBK.
Pelaksanaan RPI adalah tertakluk kepada keberkesanan intervensi yang dilaksanakan atas isu major yang dihadapi oleh MBK. Lazimnya, pencatat RPI perlu memantau perkembangan intervensi sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.
RPI dilaksanakan selepas Persidangan RPI diadakan. Hasil persidangan telah mengenalpasti isu major yang perlu diberi intervensi dan senarai langkah/intervensi bagi mengatasi isu major tersebut berdasarkan pendekatan teknik ansur maju.
RPI berfokuskan intervensi bagi meningkatkan kefungsian murid. Sekiranya MBK mempunyai kekangan untuk mengikuti PdPc yang berlangsung, maka guru perlu mengenalpasti sama ada kekangan tersebut adalah berpunca daripada ketidakupayaan yang dihadapi oleh MBK. Rancang intervensi dan selesaikan kekangan tersebut. Sekiranya MBK tidak mempunyai apa-apa kekangan, maka dalam RPI dinyatakan " murid sedang mengikuti kurikulum aliran perdana dan dinilai berdasarkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) mengambil kira keperluan MBK secara komprehensif. Keperluan bahasa merupakan salah satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam proses perancangan RPI. RPI menyokong proses PdPc supaya intervensi yang dijalankan membolehkan MBK mencapai standard kandungan dan standard pembelajaran berdasarkan kurikulum yang diikuti oleh MBK. Antara pertimbangan yang perlu diberi perhatian oleh guru bagi mengatasi kekangan bahasa yang dihadapi oleh MBK ialah:
(i) keperluan khas MBK dalam perkhidmatan pendidikan khas
(ii) perkhidmatan bilingual dalam pelaksanaan pendidikan khas dan perkhidmatan yang berkaitan bagi melancarkan pelaksanaan RPI
RPI perlu disediakan untuk setiap MBK dengan menjurus kepada langkah-langkah intervensi untuk menyelesaikan isu major MBK dan meningkatkan kefungsian MBK. RPI bagi murid BD yang mengikuti proses PdPc di PPKI BD harus berfokuskan kekangan yang dihadapi oleh MBK akibat daripada ketidakupayaan yang dihadapi. Contohnya, membaik pulih kemahiran komunikasi lisan bagi murid BD , supaya murid tersebut dapat mengikuti proses PdPc dengan lancar dan seterusnya dapat diinklusifkan.
RPI perlu disediakan untuk setiap MBK dengan menjurus kepada langkah-langkah intervensi untuk menyelesaikan isu major MBK dan meningkatkan kefungsian MBK.
Tidak perlu. Pendokumentasian RPI hanya melibatkan fungsi PGB, GPKPK/Penyelaras PK, Pencatat RPI. PPM bersama-sama melaksanakan RPI bagi setiap MBK.
Dari sudut instruksional, guru perlu menyediakan Pelan Memelihara Masa Instruksional (MMI) selepas memperoleh input/maklumat dari ibu bapa tentang kesediaan dan kekangan yang dihadapi oleh MBK. Modul MMI yang dibina haruslah mengambil kira kebolehan dan keupayaan MBK. Panel Permuafakatan RPI boleh merancang RPI dengan berkolaborasi dengan pihak ibu bapa dan kumpulan pelbagai disiplin supaya RPI yang dibina dapat mengupayakan kefungsian MBK
Ya. Perkara ini adalah wajib untuk setiap MBK. Sekiranya ibu bapa tidak memberi kebenaran, pastikan ibu bapa mengertik " saya tidak memberi kebenaran untuk memulakan perkhidmatan pendidikan khas yang berkaitan dalam RPI ini" dalam borang perakuan ibu bapa
RPI dibina berdasarkan isu major yang dihadapi oleh MBK disebabkan oleh ketidakupayaan yang dialami. RPI juga merekodkan intervensi/langkah-langkah yang dilaksanakan untuk meningkatkan kefungsian MBK. RPI bukan RPH dan RPT tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. Apabila kefungsian MBK dapat ditingkatkan, kesediaan tersebut turut akan melancarkan proses PdPc.
GPKPK/ Penyelaras PK hanya perlu mencetak borang perakuan ibu bapa sahaja. Elemen-elemen RPI tidak perlu dicetak seperti yang dinyatakan dalam surat makluman BPKhas KPM.500-6/1/1 JLD 23 (62).
1. Domain kognitif
2. Domain bahasa dan komunikasi
3. Domain sosioemosi
4. Domain pengurusan tingkah laku
5. Domain kemahiran motor kasar
6. Domain kemahiran motor halus
PENARATARAN RPI
memberi penerangan dan melakukan amali secara guna tangan bagi melancarkan pengisian RPI
membimbing panel permuafakatan RPI untuk menghasilkan RPI yang berkualiti dan efektif untuk meningkatkan kefungsian MBK
menyelaraskan konsep pengisian RPI untuk menghasilkan pengisian yang sistematik dan seragam antara semua program pendidikan khas.