Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
Talia bertemu dengan Raksasa Qadqad yang tercedera dan dia telah merawatnya. Talia memberitahu ibu bapanya tidak mempercayainya. Setelah itu, orang kampung juga heboh bercerita dengan Raksasa Qadqad
Adik Talia, Jini, jatuh sakit. Keluarga Talia mahu menumpang kereta api lombong untuk pergi ke hospital yang terletak di bandar, tetapi dihalang oleh Binjah. Sidek, pemandu kereta api menyampai berita buruk tentang amukan Raksasa Qadqad. Raksasa Qadqad telah menyerang kereta api, tetapi keluarga Talia selamat.
Binjah bertengkar dengan Tok Sibat kerana penduduk di kaki Bukit Ungu enggan berpindah. Orang-orang Binjah membakar pondok-pondok penduduk di situ. Tembakan yang dilepaskan oleh Binjah telah mengenai bahu Dodo.
Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Kemudian, ratusan Raksasa Qadqad menyerang. Penduduk lari ke puncak bukit kecuali Binjah dan orang-orangnya.
Setelah keadaan selamat, penduduk kembali ke kaki Bukit Ungu. Mereka mendapati Binjah dan orang-orangnya telah terbunuh. Penduduk kembali ke kaki bukit setelah keadaan selamat. Polis tiba di tempat kejadian, namun tidak dapat berbuat apa-apa. Selepas itu, Raksasa Qadqad hilang dan tidak muncul lagi.
Tema cerpen: Sikap tamak manusia demi mengaut kekayaan.
Binjah dan orangnya melomboh bijih tanpa berfikir tentang kesan buruk kegiatan mereka itu terhadap alam sekitar dan penduduk setempat. Kehadiran Raksasa Qadqad menjadi penyelamat kepada penduduk kerana mematahkan rancangan Binjah itu.
Dodo bertanggungjawab kepada anaknya. Ketika Jini sakit, Dodo sanggup bertemu dengan Binjah
untuk membawa anaknya ke hospital.
Talia pernah merawat Raksasa Qadqad yang tercedera. Sebagai balasan, Raksasa Qadqad menyelamatkan penduduk kampung daripada diserang oleh Binjah dan samseng upahannya.
Sidek prihatin terhadap masalah yang dialami oleh Dodo lalu bersedia untuk membantunya ke hospital.
Sidek juga memberitahu Dodo tentang rancangan jahat Binjah.
Talia membantu katak raksasa dengan merawat luka manakala katak raksasa pula membantu Talia ketika diserang oleh Binjah dan samseng upahannya
Binjah bersikap angkuh terhadap keluarga Talia.
Binjah juga sanggup menghalau penduduk kampung di Bukit Ungu kerana mahu melombong bijih demi kepentingan dirinya sendiri.
Talia
a) Anak Dodo dan Misa.
b) Prihatin terhadap kesusahan makhluk lain.
c) Bertanggungjawab akan keluarga dan masyarakatnya. Dia meminta bantuan daripada Raksasa Qadqad untuk menyelamatkan mereka.
Binjah
a) Bersikap tamak kerana mahu mendapat bijih sehingga sanggup memusnahkan kampung orang asli.
b) Zalim kerana sanggup menyerang penduduk orang asli.
c) Bersikap sombong kerana kerana enggan membantu Dodo yang mengalami masalah kesihatan anaknya.
Raksasa Qadqad
a) Mampu menyerang dan membunuh manusia yang jahat.
b) Mengenang budi kerana telah menyelamatkan Talia dan keluarganya.
c) Penjaga dan penghuni hutan di Bukit Ungu.
Dodo
a) Ayah kepada Talia dan Jini
b) Suami kepada Misa.
c) Penyayang kerana sanggup membawa anaknya ke hospital.
d) Bertanggungjawab kerana sanggup melaporkan Binjah kepada pihak polis.
e) Berkorban demi anak-anaknya.
Sidek
a) Bertanggungjawab kerana menjalankan tugasnya dengan baik walaupun bekerja dengan Binjah.
b) Dia prihatin akan masalah yang dihadapi oleh Dodo dan masyarakat orang asli lalu membantu Dodo melaporkan Binjah kepada polis.
c) Berperikemanusiaan dengan menyebelahi puak orang asli.
d) Dia berprinsip, iaitu sentiasa menyokong kebenaran penduduk orang asli.
(a) Permulaan – Sewaktu bermain-main di sempadan huma, berdekatan dengan hutan di lereng Bukit Ungu, Talia telah menjumpai seekor katak raksasa. Bahagian tepi kepala katak itu luka seperti dilibas gergaji. Talia berasa kasihan akan katak raksasa itu. Dia merawat katak itu dengan menggunakan pucuk daun dalut. Katak tersebut pulih dan terus menghilang di dalam hutan.
Adik Talia, Jini demam panas. Bapa Talia, Dodo berpendapat bahawa Jini perlu dibawa ke hospital. Dodo mencadangkan agar mereka menumpang kereta api. Talia sekeluarga pergi ke bandar. Sewaktu Dodo dan isterinya, hendak ke stesen kereta api, mereka dijerkah oleh Binjah. Dodo memberitahu Binjah tentang hasratnya yang ingin menumpang kereta api untuk ke bandar. Binjah memarahi Dodo. Pemandu kereta api itu, iaitu Sidek memberitahu Binjah tentang keadaan di kem balak timur yang kacau-bilau. Kekacauan tersebut berpunca daripada serangan kumpulan katak raksasa. Tiba-tiba sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam hutan. Para pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Binjah berasa hairan apabila melihat keluarga Talia tidak diserang oleh kumpulan katak raksasa tersebut. Dia melihat ada tanah berwarna ungu pada tangan, kuku, kaki, dan rambut Talia. Dia membuat rumusan kononnya katak raksasa takut akan tanah yang berwarna ungu. Akhirnya, keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api tersebut untuk ke bandar. Sidek memberitahu Dodo tentang hasrat Binjah yang mahu melombong di Bukit Ungu. Menurut Sidek, Binjah telah mengarahkan seisi kampung berpindah. Binjah turut membawa samseng ke kampung itu. Sidek membawa keluarga Talia ke sebuah balai polis untuk mengadukan perkara yang berlaku.
Binjah dan para pengikutnya membawa jentera berat untuk memusnahkan perkampungan orang asli tersebut. Binjah menyuruh samseng upahannya membakar sebuah pondok yang terdapat di situ. Dodo dan Sidek menjerit meminta mereka berhenti. Binjah tetap menyuruh samseng upahannya membakar pondok tersebut. Penduduk kampung cuba menghalang perbuatan samseng tersebut. Binjah melepaskan dua das tembakan ke arah mereka. Satu daripadanya menembusi lengan kiri Dodo.
Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Beratus-ratus ekor Raksasa Qadqad muncul dari dalam hutan. Kumpulan Qadqad itu menyerang Binjah dan para pengikutnya. Banyak yang terkorban termasuk Binjah sendiri. Penduduk kampung orang asli itu terselamat. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.
1
Waktu tengah hari
Waktu siang
2
Waktu matahari tergelincir
3
Tiga hari
4
Kawasan Perlombongan
Bukit Ungu
Rumah Talia
Hospital
Stesen kereta api
Balai Polis
menyayangi haiwan
orang asli
Mementingkan tanggungjawab
Personafikasi
Matahari mula menggelincir, ditelan hutan belantara
Inversi
Lewat petang hari yang sama, sampailah mereka ke destinasi.
Repitisi
"Ini, di tangan, di kuku, di kaki, di
rambut ..."
Sinkope
Tuk Sibat tak mahu terima arahan itu, kami ada padi saja.
Simile
Bagaikan bola bertanduk yang terbang laju, gempal macam disumbat air,
bagai butir gula dihurungi semut manusia
Talia membantu Raksasa Qadqad yang cedera dengan merawatnya.
Dodo dan Misa sayang akan anak mereka terutama Jini yang demam panas dan sanggup menebalkan muka untuk minta pertolongan pihak lain untuk menghantar anaknya ke hospital.
Dodo berani menghadapi Binjah dan samseng upahannya yang mahu memusnahkan kampung mereka.
Penduduk orang asli gigih dan rajin bekerja untuk mencari sumber pendapatan mereka.
Sidek membantu Dodo dan orang asli yang menjadi mangsa ketamakan Binjah dengan iklas.
Kita seharusnya berusaha untuk memelihara alam sekitar kita kerana ia merupakan habitat yang penting untuk flora dan fauna.
Kita hendaklah mempertahankan hak dan kepunyaan kita daripada dirampas orang lain yang ingin mengaut keuntungan.
Kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan haiwan dan juga alam sekitar kerana mereka juga tinggal di dalam ekosistem yang sama dengan kita.
Kita perlu bertanggungjawab ke atas keluarga kita dari segi kebajikan, keselamatan dan kesihatan mereka.
Kita digalakkan untuk mengamalkan sikap baik hati dalam kehidupan seharian kerana kebaikan yang diberi akan dibalas dengan kebaikan pada masa akan datang.