Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

BAB 4 : ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA

Video

BRITISH MILITARY ADMINISTRATION

British Military Administration

British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu bermula pada 12 September 1945 setelah tentera Jepun menyerah kalah. BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan di bawah arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara. Perancangan bagi hal ehwal awam di Tanah Melayu dilakukan oleh Timbalan Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam, Brigedier jeneral H.C. Willan. Tugas BMA adalah untuk mengembalikan kestabilan dan memulihkan kepercayaan rakyat.

Mengembalikan Kestabilan dan Keamanan

Mengembalikan Kestabilan dan Keamanan

BMA berusaha untuk memulihkan keamanan dan kestabilan dengan membubarkan pasukan MPAJA pada 1 Disember 1945. BMA mengarahkan semua senjata yang diberikan kepada mereka semasa pendudukan Jepun dahulu dikembalikan. BMA gagal mengumpulkan semua senjata tersebut. BMA juga gagal membanteras kegiatan jenayah, keganasan, kongsi gelap dan masalah ketenangan kaum.

Memulihkan Kepercayaan Rakyat

Memulihkan Kepercayaan Rakyat

Semasa pemerintahan Jepun, rakyat mengalami kesukaran hidup. Bekalan makanan dan ubat-ubatan sukar didapati, sekiranya ada bekalan, harganya terlalu tinggi.

Rakyat berharap pentadbiran BMA dapat memulihkan kesengsaraan hidup mereka.

Oleh itu, BMA telah mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu bertujuan mengembalikan kepercayaan rakyat supaya menyokong kepulangan British di negara ini

BMA juga berusaha memulihkan kerosakan infrastruktur akibat bencana peperangan.

INFLASI

Malayan Union

MalayanUnion

Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu bagi menggantikan BMA. British berhasrat agar Malayan Union akan melicinkan sistem pentadbiran, meningkatkan pelaburan ekonomi, mengukuhkan pertahanan dan mengekalkan orang asing sebagai sumber tenaga kerja untuk meningkatkan ekonomi.

PENTADBIRAN MALAYAN UNION

Pentadbiran Malayan Union

Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat kecuali Singapura disatukan menjadi satu unit pentadbiran.

Kesatuan

Ketua Pentadbir

Malayan Union diketuai oleh Gabenor British.

Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan di Malayan Union dikawal oleh Pesuruhjaya Tinggi British

Sultan menjadi Ahli Majlis Raja-Raja yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Raja - raja Melayu

Prinsip jus soli digunakan

Semua yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura diiktiraf sebagai warganegara

Umur 18 ke atas: Diberikan kewarganegaraan setelah bermastautin selama 10 hingga 15 tahun

Umur 18 ke bawah: Diberikan kewarganegaraan bagi yang ibu bapanya merupakan warganegara

Kewarganegaraan

British Mendapatkan Tandatangan Sultan

British Mendapatkan Tandatangan Sultan

H.C. Willan menjalankan tugasnya dari 8 September 1945 hingga 29 September 1945 merintis jalan menghadap Raja-raja Melayu. Pada setiap pertemuan tersebut, Willan berusaha memastikan sokongan Raja-raja Melayu untuk menendatangani perjanjian. Dengan ini, misi Willan telah memudahkan tugas MacMichael.

Pada 11 Oktober 1945, MacMichael, wakil kerajaan British tiba di Port Swettenham, Selangor dengan menaiki kapal Royalist. Beliau ditemani oleh A.T. Newboult sebagai jurubahasa. British menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union. Dalam masa 2 bulan, beliau berjaya mendapatkan tandatangan persetujuan sembilan

Raja-raja Melayu

18 Oktober 1945

22 November 1945

4 Disember 1945

21 Disember 1945

2 November 1945

Johor

Perak

Perlis

Terengganu

Pahang

Timeline

Negeri Sembilan

Kelantan

Kedah

Selangor

24 Oktober 1945

15 Disember 1945

14 November 1945

2 Disember 1945

Reaksi Penduduk Tempatan

Penentangan Raja-raja Melayu Terhadap Malayan Union

Membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England.

Menghantar surat bantahan ke London.

Menyokong Kongres Melayu.

Permaisuri Perak memimpin Gerakan menentang Malayan Union.

Memulau upacara pelantikan Gabenor Malayan Union.

Akhbar Melayu seperti Utusan Melayu (Singapura), Majlis (Kuala Lumpur) dan Warta Malaya (Pulau Pinang) menyuarakan bantahan dengan keras, mengecam dan mengutuk Malayan Union kerana merugikan orang Melayu.

Cendekiawan Dato’ Onn Jaafar menggerakkan orang Melayu untuk menentang Malayan Union dengan pelbagai strategi. Persatuan Melayu seperti Syarikat Bekerjasama Am Saiburi (SABERKAS),

Persatuan Melayu Selangor dan Persatuan Melayu Johor menghimpunkan orang Melayu dari seluruh negara untuk membantah gagasan Malayan Union.

Di negeri Kelantan, Kedah dan Johor orang ramai berhimpun semasa kehadiran MacMichael untuk mendapatkan tandatangan sultan.

Mengadakan Kongres Melayu

Menubuhkan UMNO yang menganjurkan bantahan secara besar-besaran

Penentangan Rakyat Terhadap Malayan Union

Pentadbiran Tentera di Sarawak

Sarawak

Tentera Australia memperkenalkan pentadbiran tentera, iaitu British Borneo Civil Affairs Unit (BBCAU) pada 11 September 1945.

Pada tahun 1946, British kemudian memperkenalkan BMA.

Pada 1 Julai 1946, Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British dan mendapat tentangan hebat daripada masyarakat tempatan

Faktor Penyerahan

Faktor Penyerahan

Trerdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Antaranya termasuklah seperti yang berikut:

Masalah Pewarisan Takhta

Desakan Kerajaan British

Masalah Kewangan

Reaksi Penduduk Tempatan

Reaksi Penduduk Tempatan

Penyerahan Sarawak mencetuskan dua reaksi yang berbeza, iaitu golongan yang menentang penyerahan Sarawak dan golongan yang menyokong penyerahan Sarawak.

Faktor Penentangan

Bentuk Penentangan

Faktor Penyokongan

Penyerahan Sabah

Sabah

Selepas tentera Jepun menyerah kalah, BMA diperkenalkan di Sabah. Kota Kinabalu dilepaskan daripada kawalan tentera Jepun pada 28 September 1945, manakala Sandakan pada 19Oktober 1945. BMA diketuai oleh C.F.C. Macaskie.

Faktor Penyerahan

Reaksi Penduduk Tempatan

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi