Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Transcript

RUKUN BAIAH

FAHAM

  • Faham ialah pengetahuan yang melunakkan hati untuk terlebur dalam penerimaan dan menatijahkan keyakinan.
  • Menurut Imam Hassan Al Banna: "Faham yang dimaksudkan ialah anda yakin fikrah atau gagasan anda adalah sepenuhnya berlandaskan Islam. Anda faham Islam sebagaimana yang kami fahami dalam skop 20 usul yang ringkas seringkas-ringkasnya ini."
  • Kefahaman yang sahih menjadikan hamba memperolehi petunjuk kebenaran.

(1)

FAHAM

IKHLAS

(2)

IKHLAS

  • Ikhlas adalah perkara pokok dalam ibadat. Ia juga merupakan pintu pahala, amalan penolak bala dan sebab-sebab turunnya rahmat Allah.

  • Merupakan rukun yang kedua selepas daripada kita memahami sesuatu nas, mahupun syariat Islam.Ikhlas ialah antara buah penting yang perlu ada dalam menjadikan sesebuah ibadah itu sempurna dengan hanya mengharapkan ke-Esaan Allah dalam ibadah tanpa mengharapkan buah mata akal fikiran dari yang lain untuk melihat.

Kata-kata Imam Hassan Al Banna

"Setiap saudara muslim itu meniatkan dengan perkataannya, perbuatannya dan jihadnya seluruhnya hanya wajah Allah, mengharap keredhaanNya dan kebaikan ganjaranNYa, tanpa melihat kepada harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Dengan demikian itu, jadilah dia pejuang fikrah dan aqidah, bukan pejuang kepentingan dan manfaat (untuk diri sendiri)."

DALIL

Dalil

Firman Allah S.W.T:

"Katakanlah olehmu: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Tuhan alam semesta. Tidak ada sekutu bagiNya dan dengan demikian itulah aku diperintahkan"

(Surah Al-An'am: 162-163)

Allah adalah Matlamat Kita

  • Orang yang ikhlas perlu sentiasa merasakan diri perlu diubah, merasakan diri sentiasa cuai di sisi Allah dalam melaksanakan perintahnya.

  • Mereka sentiasa hadirkan rasa takut dalam diri mereka khuatir sekiranya Allah tidak mahu mengampunkan dosa-dosa mereka.

  • Oleh tu, kita perlu sentiasa memelihara mahkota jiwa iaitu hati, tempat dimana sangat mudahnya terkumpul segala 1001 penyakit yang sangat bahaya yang boleh menjurus kita kepada mereka.

Allah adalah matlamat kita

(3)

AMAL

TAKRIF:

  • Amal adalah satu perkataan yang sinonim bagi seseorang individu Muslim. Pelaksanaan amal adalah salah satu bukti bahawa seseorang individu itu mendapatkan ilmu yang sohih.
  • Imam Hassan Al Banna juga ada menyebutkan waktu tidur bagi seseorang individu itu sudah beruah dan menjadi kewajipan kepada saudara Muslim untuk bekerja tanpa kenal penat lelah.

AMAL

DALIL

AL QURAN

Dalil

Allah Taala berfirman: Dan katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui perkara- perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.

( Surah At Taubah: 105)

Huraian

Huraian

  • Amalan adalah buah bagi ilmu yang ikhlas. Niat yang baik sahaja belum memadai mencapai matlamat yang dikehendaki apabila tidak disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan bekerja sepenuh hati untuk mencapai impian.
  • Kedudukan amal adalah sangat penting. Oleh itu, Imam Hassan al Banna telah meletakkan amal ini di antara rukun baiah.
  • Lebih-lebih lagi, kita sebagai aktivis dakwah perlu menitikberatkan berkaitan amal yang seiring dengan ilmu yang diperoleh. Imam Ghazali juga ada menyebutkan ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Dan dengan amal juga dapat mendorong diri kita untuk mendekatkan diri kepada Allah sekaligus menjadikan diri kita terus thabat dalam jalan dakwah.

MARATIBUL AMAL

Maratibul Amal

Imam Hassan al Banna ada menerangkan berkaitan turutan amal yang dituntut daripada saudara Muslim:

1. Memperbaiki diri sendiri:

  • Mengamalkan 10 muwasafat tarbiah

2. Pembinaan keluarga Muslim:

  • Mendidik ahli keluarga
  • Memelihara setiap adab Islam dalam setiap sudut hidup rumah tangga

3. Membimbing masyarakat:

  • Mengembangkan aspek yang baik dalam masyarakat
  • Menghapuskan segala amalan yang tidak baik

4. Membebasskan tanah air:

  • Mengusir kuasa asing (bukan Islam) daripada menguasai aspek politik/ ekonomi.

5. Memulihkan kerajaan suapya benar-benar bercirikan Islam:

  • Diketuai oleh orang Islam dan melaksanakan segala fardhu Islam
  • Kerajaan sebagai pelaksana hukum dan ajaran Islam.

6. Mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat Islam:

  • Memerdekakan semua tanah umat Islam.
  • Menghidupkan sejarah

7. Menjadi Tonggak Dunia ( Ustaziatul 'Alam):

  • Menyebabkan Islam ke seluruh dunia dan sehingga tidak ada fitnah.

*4 peringkat terakhir wajib dilaksanakan oleh sebuah Jamaah.

J

IHAD

(4)

JIHAD

  • Jihad adalah satu kefarduan yang akan terus diwajibkan sehingga hari kiamat. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak berperang dan tidak pernah berniat untuk berperang maka ia mati dalam keadaan mati jahiliyyah.

  • Takrif Khusus: Berperang di jalan Allah.

  • Takrif Umum: Jihad yang memiliki tahap-tahap dan pusingan dalam hidup dari awal sehingga ke akhirnya dan setiap pusingan melayakkan pusingan yang lain pula.

  • Allah Taala berfirman: Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar- benarnya. ( Surah Al-Haj: 78)

Peringkat Jihad

Peringkat

Jihad

  • Tahap pertama jihad ialah mengingkari dengan hati dan tahap yang paling tinggi ialah perang di jalan Allah.

  • Di antara dua tahap tadi ialah jihad dengan lidah, pena, tangan dan menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang kejam.

Kesabaran

Tarbiyyah

Persediaan Jihad

Persediaan Jihad

Sanggup bersusah payah

Berusaha dengan segala kemampuan untuk menyeru orang lain

Ciri-ciri Jihad dalam Islam

1. Jiwa yang kuat dan hidup untuk Islam

2. Sangat cintakan kemuliaan Islam dan kegemilangannya.

3. Sangat menginginkan kekuasaan Islam dan kekuatannya.

4. Sentiasa menangisi nasib yang menimpa umat Islam.

5. Kefahaman yang konsisten akan mendorong seseorang berfikir secara serius untuk mencari jalan penyelamat dan mengorbankan banyak masa untuk berfikir secara mendalam untuk meneliti jalan bertindak.

6. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah perkara munkar.

7. Mengorbankan sebahagian waktu, harta dan beberapa tuntutan jiwa sendiri.

8. Menentang sesiapa yang mengingkari agamaNya dan memutuskan hubungan dengan sesiapa yang memusuhi Allah dan Rasulullah.

9. Mewaqafkan jiwa dan harta semata-mata kerana Allah dengan menjadi tentera Allah.

10. Bekerja untuk membangunkan neraca keadilan, memperbaiki hal ehwal manusia, menyelamatkan orang yang dizalimi dan menghukum orang yang zalim.

11. Jika tidak mampu melakukan semua perkara di atas, sekurang-kurangnya hendaklah mengasihi para mujahiddin sepenuh hati.

Ciri-ciri Jihad dalam Islam

TADHIYAH

(5)

TADHIYAH

TAKRIF:

  • Tadhiyah ialah menyumbang jiwa dengan harta, masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat.

  • Di dunia ini tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan. segala pengorbanan yang disumbangkan demi gagasan ini tidak akan disia-siakan sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pahala yang lebih baik.

DALIL AL QURAN

Firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka.

(Surah At-Taubah: 111)

Dalil

Al-Quran

Allah Taala berfirman: Katakanlah wahai Muhammad kepada orang-orang yang tidak turut berjuang dari kalangan kaum Arab Badwi: "Kamu akan diajak menentang satu kaum (penceroboh) yang sangat kuat gagah supaya kamu memeranginya, atau mereka menurut perintah Islam. Jika kamu taat, Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik dan kalau kamu ingkar seperti keingkaran dahulu, nescaya Allah akan menyeksa kamu dengan azab yang tidak terperi sakitnya.

(6)

TAAT

TAAT

TAKRIF:

  • Menurut Imam Hassan Al Banna: Ketaatan ialah mematuhi perintah pimpinan dan melaksanakannya samada dalam keadaan susah ataupun senang, dalam perkara yang disukai atau dibenci. Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan kepada Allah danRasul.

DALIL AL QURAN

Dalil

Allah Taala berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri." Kemudian, jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan RasulNya ( Sunnah), jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

(Surah An-Nisa: 59)

SIRAH

Sirah

  • Rasulullah S.A.W telah meneguhkan sifat ketaatan kepada para sahabatnya dengan melakukan bai'ah di antaranya ialah Bai'ah Al-Aqabah yang terkenal sebelum melakukan hijrah yang merupakan perintah yang sangat penting membawa kepada tertegaknya sebuah negara Islam.

  • Di dalam bai'ah itu Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: "Berbai'ahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di masa cergas dan malas, bersedia bernafkah ( memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah S.W.T tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu ber'baiah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu dan untuk syurga.

( Riwayat Ahmad)

FASA DAKWAH

Pengenalan (Takrif)

  • Fasa ini dilaksanakan dengan menyebarkan fikrah Islam kepada masyarakat. Dalam fasa ini, dakwah disusun melalui pertubuhan. Peranannya ialah bekerja untuk kebajikan masyarakat. Wahana atau wasilah yang digunakan adakalanya dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar, adakalanya dalam bentuk membina prasarana yang berguna untuk masyarakat.

Pembinaan (Takwin)

Fasa Dakwah

  • Memilih individu-individu yang sesuai untuk memikul tanggungjawab jihad dan mereka kemudiannya digabungkan dalam saf. Dalam fasa ini, dakwah disusun menggunakan kaedah sufi sepenuhnya dalam sudut rohani dan menggunakan kaedah ketenteraan sepenuhnya dalam sudut amali. Slogan bagi kedua-dua sudut fasa ini ialah "perintah dan taat."

Pelaksanaan (Tanfiz)

  • Dakwah dalam fasa ini adalah jihad tanpa komprromi, kerja yang berterusan ke arah mencapai matlamat, ujian dan cubaan yang hanya akan ditempuh dengan sabar oleh mereka yang jujur. Kejayaan dalam fasa ini hanya akan diperolehi melalui "ketaatan mutlak."

THABAT

(7)

THABAT

TAKRIF:

  • Terus berjihad menuju matlamat, walau sejauh mana jarak, dan lamanya tempoh masa, sehinggalah bertemu Allah di jalan ini dan beroleh salah satu dari kemenangan iaitu mencapai matlamat perjuangan atau mati syahid.

DALIL AL QURAN

Dalil

Allah Taala berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

(Surah Ali-Imran: 200)

Sirah

S

I

R

A

H

  • Kaum musyrik menawarkan harta, kemegahan dan pelbagai kelazatan sebagai imbuhan agar Baginda berundur dari jalan dakwah, namun mereka tetap gagal. Lantas mereka menggunakan ancaman dan ugutan namun tetap tidak berjaya. Baginda mengucapkan kalimah yang masyhur terhadap bapa saudara Baginda, bulan di tangan kanan dan matahari di tangan kiri.

  • Contoh lain ialah para sahabat yang thabat dengan Islam dan menunaikan janji kepada Allah ialah Yasir, Bilal, Sumayyah dan Mus'ab. Selain itu, Abu Bakar as-Siddiq juga tetap thabat ketika berhadapan dengan taufan kemurtadan dan ia berkata dengan tenang: "Adakah agama ini semakin surut sedang aku masih hidup. Demi Tuhan, jika mereka enggan membayar zakat walaupun sekadar sebesar tali pemacu unta yang mereka tunaikan kepada Rasulullah nescaya aku akan memeranginya."

Keperluan dan Halangan untuk Thabat

Keperluan dan Halangan untuk Thabat

KEPERLUAN:

  • Mesti mengetahui matlamat, kepentingan, wasilah, manhaj dan persiapan dakwah supaya dapat melihat ketinggian dakwah dan menilai dengan kaca mata Islam
  • 3 tahap dakwah- pengenalan, pembentukan dan pelaksanaan.

HALANGAN:

  • Sifat gopoh dan selalunya golongan ini akan terbantut di pertengahan jalan.
  • Beribadah dalam keadaan tidak yakin, jika bahagia dan tenang, dia akan mengikuti jalan dakwah, dan jika sebaliknya berlaku, dia akan meninggalkan jalan ini.
  • Gagal berhadapan dengan fitnah dunia, hilang pertimbangan dengan perkara yang ditawarkan.

TAJARRUD

TAKRIF:

  • Tajarrud ialah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada fikrah atau gagasan dan mengetepikan semua prinsip dan tokoh lain selain daripada gagasan anda kerana gagasan anda adalah yang paling mulia, paling lengkap dan paling tinggi.

(8)

TAJARRUD

DALIL AL QURAN

Dalil

Allah Taala berfirman: (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Agama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah: celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam; dan siapakah yanglebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat."

(Surah Al-Baqarah: 138)

Manusia terbahagi kepada enam kumpulan:

Kumpulan Manusia

1. Muslim yang berjihad.

2. Muslim yang berdiam diri.

3. Muslim yang melakukan dosa.

4. Ahli zimmi yang membuat perjanjian.

5. Manusia yang berkecuali.

6. Manusia yang memusuhi.

  • Bagi setiap kumpulan ini, ada hukum yang tersendiri menurut neraca Islam. Pengkelasan ini akan menjadi landasan dalam menilai individu ataupun pertubuhan, sahabat ataupun lawan.

TAKRIF:

  • Ukhuwah adalah ikatan hati dan jiwa sesama ahli Jemaah, petugas amal Islami dengan ikatan aqidah. Sesungguhnya ikatan aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan. Tiada ukhuwah tanpa iman, dan tiada keimanan yang sempurna tanpa ukhuwah, sepertimanan tidak ada persahabatan tanpa taqwa, dan tiada ketaqwaan tanpa persahabatan.

(9)

UKHUWAH

UKHUWAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda: Ada tiga jenis manusia yang merasai kemanisan iman;

1. Allah dan Rasul adalah lebih dikasihi berbanding selainnya.

2. Mengasihi seseorang kerana Allah.

3. Benci untuk kembali kepada kufur sepertimana ia benci dihumbankan ke dalam api neraka.

( Riwayat Bukhari dan Muslim)

DALIL AL QURAN

Dalil

Allah Taala berfirman: Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu peroleh rahmat.

( Surah Al Hujurat: 10)

Kedudukan Ukhuwah dalam Kehidupan

Hubungan antara qiadah bukan semata-mata hubungan dari segi tugas-tugas dan hal-hal pentadbiran sahaja bahkan mestilah diasaskan dengan ikatan hati dan mahabbah yang kuat sesama ahli qiadah. Ini adalah kerana ahli-ahli qiyadah bukan sahaja berhadapan dengan masalah-masalah yang memerlukan kekuatan aqal dan pemikiran, tetapi mereka juga akan berhadapan dengan masalah yang memerlukan kekuatan roh.

Rasulullah S.A.W bersabda: Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah ia mencintai saudaranya sepertimana ia mencintai dirinya sendiri. ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

ahli-ahli Qiadah mestilah orang yang paling terkehadapan dalam mengamalkan ukhuwwah.

THIQAH

(10)

THIQAH

TAKRIF:

  • Keyakinan seseorang pendakwah terhadap qiadah pada kemampuan dan keikhlasannya, dengan keyakinan yang mendalam sehingga akan melahirkan perasaan kasih, penghargaan, penghormatan dan ketaatan.

KEPENTINGAN:

  • Qiadah merupakan sebahagian daripada dakwah. Dakwah tidak akan wujud tanpa qiadah, sejauh mana wujud hubungan thiqah antara pemimpin dan pendakwah merupakan kekuatan bagi sistem jamaah dan kekemasan strategi bagi mencapai matlamatnya serta mengatasi segala rintangan dan cabaran.

DALIL AL QURAN

Dalil

1. Menanam atau menyematkan thiqah antara qiadah dan pendakwah, meskipun thiqah itu bukan sesuatu perkara yang wajib diberi (wala') tetapi sesuatu perkara yang diperolehi.

2. Membentuk satu persefahaman yang tinggi antara qiadah dan pendakwah dalam semua segi seperti pendapat dan ketetapan, supaya dapat menghalang keraguan yang diwujudkan oleh musuh Islam.

3. Mewujudkan satu suasana, dimana thiqah itu wujud antara qiadah dan pendakwah, antara pemimpin dengan ahli dan sebaliknya serta antara ahli dengan ahli dalam keadaan dimana kita tenang danpercaya bahawa kebenaran wujud bersama jemaaah yang berpegang pada Al- Quran dan As- Sunnah.

OBJEKTIF

Objektif

1. Menanam atau menyematkan thiqah antara qiadah dan pendakwah, meskipun thiqah itu bukan suatu perkara yang wajib diberi (wala') tetapi suatu perkara yang diperolehi.

2. Membentuk satu persefahaman yang tinggi antara qiadah dan pendakwah dalam semua segi seperti pendapat dan ketetapan supaya dapat menghalang keraguan yang diwujudkan oleh musuh Islam.

3. Mewujudkan satu suasana, dimana thiqah itu wujud antara qiadah dengan pendakwah, antara pemimpin dengan ahli dan sebaliknya serta ahli dengan ahli dalam keadaan dimana kita tenang dan percaya bahawa kebenaran wujud bersama jemaah yang berpegang Al-Quran dan As- Sunnah.

Tanggungjawab memenuhi peintah daripada qiadah

  • Bukan perkara maksiat
  • Tidak boleh dipersoalkan
  • Tidak boleh diragui
  • Tidah boleh dicanggahi
  • Tidak boleh diperbincangkan
  • Dibenarkan untuk mengemukan nasihat dan menujukkan yang benar.

Tanggungjawab memenuhi perintah daripada Qiadah

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi