Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
Gambaran tentang kehidupan Pak Utih yang hidup dalam kemiskinan. Pak Utih mempunyai isteri dan lima orang anak yang sangat disayangi olehnya. Pak Utih mempunyai sebuah rumah yang diwarisinya dari nenek moyangnya dan sebidang tanah untuk pertaniaan.
Menampakkan kegigihan dan ketabahan Pak Utih sebagai seorang petani
Penyajak memberitahu bahawa keluarga Pak Utih sering diserang penyakit yang bahaya walaupun telah berusaha berdoa. Disebabkan oleh kemiskinannya, mereka hanya mampu untuk menggunakan perkhidmatan dukun sahaja. (kepercayaan karut).
Cara-cara atau bahan kepercayaan karut.
Di tengah-tengah bandar, ahli-ahli politik sedang rancak bermanifesto semperna pilihan raya. Manifesto tentang pemberian kemerdekaan kepada rakyat jelata, kemakmuran demi mendaulatkan negara. Janji tentang keselesaan dan kemakumuran yang berpanjangan.
Penyajak mengambarkan suasana ketika Tanah Melayu telah diberikan kemerdekaan dan pemimpin tanah melayu sedang menaikki sebuah kereta yang baharu sahaja pulang dari meminta kemerdekaan dan disambut baik dari rakyat jelata.
Penyajak mengambarkan tentang kemeriahan sambutan (pesta makan) apabila mereka telah dimerdekakan. Makanan yang diambil dari desa yang dijanjikan kemajuan dan kemakmuran.
Penyajak menyatakan tentang Pak Utih yang masih menantikan kedatangan pemimpin-pemimpin untuk datang ke kawasan luar kota dengan kemajuaan dan kemakmuran. Pak Utih tertanya-tanya tentang kehadiran para pemimpin.
Kemiskinan dan kepayahan hidup yang dialami oleh seorang warga luar kota.
Cara Kesan: Melalui beberapa diksi yang digunakan oleh penyajak dalam sajak ini yang melambangkan kemiskinan Pak Utih.
Contoh: teratak tua (R1B4), tanah tandus (R1B5) ,peluh (R2B7), petani (R2B8), kampung (R3B11)
Kepercayaan kepada unsur-unsur alam mampu menyembuhkan penyakit.
Cara kesan: Melalui diksi-diksi yang digunakan oleh penyajak.
Contoh: dukun kampung(R3B11), jampi mantera serapah(R3B12), wang dan ayam dara. (R4B14)
Sindiran terhadap sifat bangga diri setelah menjadi seorang pemimpin.
Cara Kesan: Melalui gaya bahasa metafora/hiperbola yang digunakan oleh pengarang bagi mendeskripsi perwatakkan pemimpin.
Contoh: dadanya terbuka. (bangga diri) (R6B21)
Perbezaan darjat antara pemimpin dengan rakyat biasa.
Cara Kesan: Melalui gaya bahasa onomatope yang digunakan oleh penyajak. Selain itu, melalui diksi-diksi yang digunakan oleh penyajak.
Contoh:
Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanya terbuka,
Ah rakyat tercinta melambaikan tangan mereka
Ketidakwibawaan pemimpin dalam mentadbir dan melaksanakan tugas.
Cara Kesan: Melalui gaya bahasa retoris yang digunakan oleh penyajak tentang kegagalan pemimpin untuk membawa kemajuan dan kemakmuran kepada warga luar kota.
Contoh: Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar? (R8B27)
Kebergantungan penduduk kota terhadap sumber makanan daripada warga luar kota.
Cara Kesan: Melalui ayat dan diksi-diksi yang digunakan oleh penyajak.
Contoh: R7B24,B25
Pemimpin bersimpati terhadap kemiskinan dan kepayahan yang dialami oleh keluarga Pak Utih.
Penyajak berasa kecewa terhadap pemimpin yang gagal mengotakan janjinya untuk membantu memakmur dan memajukan kawasan luar kota.
Penyajak melahirkan rasa bersyukur terhadap kemerdekaan yang dikecapi oleh Tanah Melayu setelah lama dijajah.
AMANAT DAN PENGAJARAN
Penyajak mengharapkan agar keluarga Pak Utih mampu mengubah cara kepercayaan karut mereka kepada kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa.
Melankolik
Pada segment 1. Penyajak melahirkan rasa simpati kepada nasib keluarga Pak Utih.
Sinis
Pada segment 2. Penyajak banyak menyindir pemimpin yang bangga diri dan tidak menunaikan janji.
SATIRA
Banyak menyindir pemimpin.
Aliterasi
Jambatan mas kemakmuran sampai ke akhirat
Pengulangan konsonan 'm' sebanyak 5 kali.
Asonansi
Dimana-mana jamuan dan pesta makan,
Pengulangan vokal 'a' sebanyak 10 kali.
Skema Rima
Stanza 1 (aabb) Stanza 5 (abbb)
Stanza 2 (abb) Stanza 6 (abb)
Stanza 3 (aabb) Stanza 7 (aaa)
Stanza 4 (bb) Stanza 8 (ab)
TEKNIK YANG DIGUNAKAN ADALAH BEBAS.
BARIS PANJANG-PANJANG YANG MEMBERIKAN KESAN NADA SAYU.
Personafikasi
malaria senang menjenguk (R3B9)
teratak tua (R1B4)
Hiperbola
sembahyang doa berjuta (R3B10)
Metafora
dadanya terbuka (R6B21)
Sinkof
mau (R1B1)
Asidenton
sembahyang doa (R3B10)
Sinisme
dadanya terbuka (R6B21)
dijanjikan kemakmuran (R6B25)
Retoris
Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar?