Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

SIRAH : RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD

KRONOLOGI PERISTIWA PENTING SEBELUM NABI MUHAMMAD DI LANTIK MENJADI RASUL

Presented by Nazri24434

selepas kelahiran

Menurut adat masyarakat Arab setempat, bayi yang baru lahir akan disusukan oleh perempuan yang berada di luar dari masyarakat setempat, supaya bebas dari dijangkiti penyakit masyarakat setempat, menguatkan fizikal kanak-kanak, mengukuhkan urat saraf serta memahirkan anak terebut dengan bahasa Arab jati sejak kecil lagi.

selepas kelahiran

Abd al-Muttalib telah menyerahkan bayi bernama Muhammad untuk dipelihara oleh Bani Sa’ad dan disusukan oleh Halimah al-Sa’diyyah.

Abd al-Muttalib telah menyerahkan bayi berna...

2 - 4 TAHUN

telah berlaku peristiwa pembelahan dada Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam oleh Jibril.

2 - 4 TAHUN

4 - 6 TAHUN

Selepas peristiwa pembelahan dada itu, Halimah risau akan keselamatan Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam, lalu memulangkan Baginda kepada ibunya, Aminah.

Aminah dan anak yatimnya itu telah membuat keputusan untuk menziarahi kubur suaminya di Yathrib, dengan ditemani oleh Abd al-Muttalib dan Ummu Ayman (pembantu wanita).

Aminah dan anak yatimnya itu telah membu...

Mereka menetap di Yathrib (Madinah) selama sebul...

Mereka menetap di Yathrib (Madinah) selama sebulan.

Dalam perjalanan pulan ke Makkah, Aminah jatuh sakit lalu meninggal dunia di Abwa’, iaitu kawasan di antara Makkah dan Yathrib (Madinah).

6 - 8 TAHUN

Abd al-Muttalib sayu dan sedih dengan kejadian yang berlaku. Peristiwa lama iaitu kematian anaknya Abdullah kembali datang menerjah ke dalam memorinya.

Apabila umur Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam mencecah 8 tahun, 2 bulan dan 10 hari, datuknya Abd al-Muttalib pula meninggal dunia di Makkah.

Apabila umur Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam mencec...

Abd al-Muttalib sempat berwasiat agar Muhammad sallAllahu ‘alaihi wassalam dijaga oleh Abu Talib, bapa saudaranya iaitu saudara kandung bapanya.

Abd al-Muttalib sempat berwasiat agar Muhammad sallAllahu ‘alai...

12 TAHUN

Abu Talib telah menjalankan amanah menjaga Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dengan sesempurna mungkin.

Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah mendapat perlindungan dan penjagaan dari Abu Talib sehingga akhir hayat Abu Talib.

Pada umur Baginda 12 tahun, Abu Talib yang ketika itu membawa Bagin...

Pada umur Baginda 12 tahun, Abu Talib yang ketika itu membawa Baginda berdagang ke Syam telah ditegur oleh seorang Rahib bernama Jarjis, atau lebih dikenali sebagai Bahira.

Setelah melihat ciri-ciri yang ada pada Baginda, Bahira telah memberita...

Setelah melihat ciri-ciri yang ada pada Baginda, Bahira telah memberitahu kepada Abu Talib, “Inilah ketua seluruh alam, budak ini diutuskan oleh ALLAH sebagai rahmat untuk sekalian alam.”

Bahira menasihatkan agar budak tersebut tidak dibawa ke Syam, kera...

Bahira menasihatkan agar budak tersebut tidak dibawa ke Syam, kerana ditakuti akan dibunuh oleh orang yahudi. Lalu Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dibawa pulang ke Makkah semula.

20 tahun

Pada tahun ini juga berlakunya perjanjian hilful Fudhul d...

Pada tahun ini juga berlakunya perjanjian hilful Fudhul dan dikatakan ia dinamakan Fudhul kerana dihadiri oleh kumpulan daripada Jurhum yang mana setiap mereka bernama al-Fadhlu. Bani Quraisy telah membuat perjanjian di Darul Nadwah dan bersepakat untuk mmembila orang yang teraniaya dalam perniagaan. Mereka bersepakat di rumah Abdullah bin Jud’an.

Baginda Nabi Muhammad mengembala kambing bersa...

Baginda Nabi Muhammad mengembala kambing bersama-sama dengan saudara susuan di perkampungan bani sa'ad kemudian di Mekkah

25 TAHUN

Pada usia 25 tahun, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam tel...

Pada usia 25 tahun, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah dikenali sebagai seorang yang amanah. Atas sifat amanahnya itu, Khadijah binti Khuwaylid iaitu pedagang dan hartawan telah memilih Baginda untuk membawa dagangannya ke Syam. Baginda dibantu oleh hamba Khadijah yang bernama Maysarah untuk berniaga di Syam.

Kembali dari urusan perdagangan, Khadijah tertarik dengan kebolehan Baginda yang telah meraih keuntungan yang banyak dari perniagaan tersebut. Malah yang lebih penting ialah perwatakan Baginda yang berakhlaq mulia, berfikiran tajam, tutur kata yang benar dan bersifat amanah. Maklumat ini diperolehi dari Maysarah. melalui kawan rapat siti khadijah iaitu nafisah binti munabbih, dia menyatakan hasrat untu mengahwini Baginda, dan Baginda setuju. Lamaran telah dibuat oleh bapa saudara Baginda Amru bin Asad

Kembali dari urusan perdagangan, Khadijah tertarik dengan keboleh...

35 TAHUN

Ketika Rasulullah berusia 35 tahun, kabilah Quraisy membina semula Ka’bah yang rosak akibat banjir.

35 TAHUN

Ketika hendak meletakkan hajarul aswad,terjadi perselisihan tentang siapa yang paling berhak meletakkan kembali Hajar Aswad ke tempat semula. Ummayah Al-Makhzumi mecadangkan siapa yang paling pertama masuk melalui pintu syaibah, ialah yang menjadi pemutus perkara tersebut. Atas Kehendak Allah SWT, Rasulullah yang pertama memasuki pintu tersebut, dengan gembira mereka menyeru Al Amin (orang yang dapat dipercaya).

Ketika hendak meletakkan hajarul aswad,terjadi perselisihan tenta...

Rasulullah membentangkan rida' (selendang )dan meletakkan Hajar Aswad ditengahnya, lalu meminta agar semua ketua kabilah memegang hujung selendang dan mengangkatnya ke penjuru ka'bah. Lalu baginda sendiri yang meletakkan hajarul aswad di tempat asal

Rasulullah membentangkan rida' (selendang )dan meletakkan Haj...

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi