PENGURUSAN TINGKAH LAKU PKUK3033 (PELAPORAN)
Presented by
Muhamad Aiman Rafiq Bin Idris
PK 2 Ambilan jun 2017
Teori Tingkah laku
Teori Pembelajaran Sosial
Teori Tingkah laku
Menurut Zimmerman (2000), individu akan cuba bertingkah laku mengikut pengalaman dengan melihat orang lain yang dianggap sebagai model.
Contohnya guru yang ingin mengajar di dalam kelas perlulah menunjukkan role model yang terbaik
Albert Bandura Learning
https://www.youtube.com/watch?v=0j28rtfQm70
Model Tingkah Laku
“Model psikologi oleh Skinner, Bandura dan model modifikasi tingkahlaku ABC (Antecedent, Behaviour dan Consequence
Model Tingkah Laku
proses pembelajaran melalui rangsangan dan hukuman dan pembelajaran sosial yang melibatkan pembelajaran kognitif dan pemerhatian
Contoh
Guru membuat pemerhatian bagi membuat penilaian untuk mengukur tahap tingkah laku murid supaya guru tersebut mampu mengawal tingkah laku murid di dalam bilik darjah.
Di samping itu, guru perlu menunjukkan tingkah laku yang betul dan menetapkan kriteria atau tingkah laku yang sepatutnya sewaktu pembelajaran berlangsung.
Prinsip Asas Tingkah Laku
Peneguhan
- Peneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku.
- Peneguhan yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh pelajar.
- Contohnya membuat peneguhan positif seperti memuji tingkah laku kepada murid dan mengalakkan tingkah laku tersebut.
Pemerhatian
- Pemerhatian yang boleh dijenis mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhati iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran (interpreation) dan tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yang dilihat sahaja dan menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan.
- Kedua, pemerhatian “open-ended” iaitu menilai atau memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan, perlakuan atau sikap yang telah dikenal pasti serta menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka atau di luar perancangan pemerhati tetapi relevan dengan objektif penilaian tersebut.
- pemerhatian untuk jangka pendek dan jangka panjang. Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam jangka masa berperingkat supaya mendapat dapatan yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan proses atau peristiwa terhadap sesuatu tugasan.
Modifikasi Tingkah Laku
- faktor dalaman
- faktor luaran
Faktor dalaman
- Faktor dalaman dikenali sebagai faktor penyesuaian kendiri.
- Kekuatan itu mungkin merupakan kepercayaan kerohanian atau nilai-nilai moral yang telah disemai sejak lahir.
- Sebagai contoh, seorang murid yang berumur sepuluh tahun tahu bahawa dia perlu duduk diam semasa guru mengajar.
- Hal ini kerana murid tersebut mempunyai tahap kesedaran yang tinggi bahawa dia perlu mematuhi disiplin dalam bilik darjah supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (Shauna Lynne, 2015).
- Di samping itu, mereka juga menganggap perkara berjalan atau bermain di dalam kelas sewaktu guru mengajar adalah menjadi kesalahan.
- Oleh itu, walaupun ia suka bangun untuk bercakap dengan rakannya di belakang, ia tidak berbuat begitu. Hal ini disebabkan oleh mereka telah membuat penyesuaian kendiri, iaitu pergi ke tempat rakannya semasa pertukaran guru ke bilik darjahnya.
Faktor Luaran
Demikian itu, faktor modifikasi kedua adalah penyesuaian luaran. Pada kebiasaanya modifikasi kedua adalah bersifat modelling.
Asizah (2015) menyatakan, modelling merupakan suatu bentuk pemerhatian yang dilakukan oleh murid dan diikuti sikap atau tingkah laku yang diperhatikan.
Contohnya murid akan cuba untuk tidak bermain dan menganggu rakan kerana melihat dan mencontohi tingkah laku murid-mirid lain.
Hal ini secara tidak langsung dapat membantu guru dalam mengawal PdPc dengan baik.
Strategi Pengurusan Tingkah Laku
- Strategi pengurangan tingkah laku.
- Berfokuskan kepada cara penghapusan iaitu menyekat suatu kelakuan atau tingkah laku yang tidak diingini secara berperingkat-peringkat.
- Seterusnya menukarkan tingkah laku tersebut kepada tingkah baru yang positif.
- TIME-OUT
- KAEDAH REDIRECTION
Time-out
- Time out adalah suatu kaedah yang mengawal tingkah laku murid secara semerta.
- Hal ini kerana ia merupakan kaedah mengasingkan murid yang mempunyai masalah tingkah laku daripada suatu kumpulan.
- “Kaedah ini adalah bertujuan untuk mengawal dan memberikan sedikit waktu kepada murid tersebut untuk tidak menimbulkan masalah tingkah laku di samping menenangkan diri suaya dalam keadaan terkawal” (Khalim 2008).
- Contohnya murid yang mempunyai masalah tingkah laku akan dikeluarkan daripada kumpulan tersebut kemudian diletakkan tempatnya di bahagian bersebalahan dengan guru atau dipenjuru belakang kelas.
- Apabila sahaja hukuman selesai diselaksaikan guru perlu membuat refleksi atau menerangkan kesalahan dan kenapa tindakan wajar digunakan supaya mereka sedar akan kesilapan mereka. Melalui pengasingan daripada persekitaran akan memberi ruang kepada murid untuk sedar akan kelakuannya dan menggalakkan murid untuk melakukan refleksi terhadap diri sendiri.
Kaedah Redirection
- Kaedah redirection merupakan suatu kaedah yang berfokuskan murid yang mempunyai masalah dari sudut kurang perhatian, suka bermain di dalam, menganggu rakan, menangis dan sebagainya ini untuk mengubah tingkah laku tersebut kepada fokus dan menarik minat mereka untuk belajar.
- Kaedah tersebut boleh dilakukan dengan menunjukkan sesuatu benda yang menarik minat atau perhatian murif.
- “Sebagai contoh mengawal tingkah laku menangis dengan menggunakan bahan maujud yang boleh menarik perhatian mereka seperti anak patung, bermain alat muzik dambil bernyanyi, menggunakan kaedah ICT dalam pembelajaran” (Rahil 2002).
- Punca berlaku tingkah laku yang bermasalah tesebut adalah disebabkan murid-murid berasa bosan dengan PdPc yang berlangsung.
- Oleh disebabkan itu, guru seharusnya dalam memberikan ruang peluang dengan membuat aktiviti menyeronokkan diselitkan setiap kali PdPc berlangsung.
ISU DAN ETIKA SEWAKTU MENGURUS TINGKAH LAKU
Education to All
- Pendidikan untuk semua atau education for all (EFA) merupakan kesinambungan daripada objektif UNESCO sejak tahun 1946 yang mahu berusaha menyediakan pendidikan rendah yang sejagat atau dikenali sebagai universal primary education (UPE).
- Di samping itu, ia merupakan jalan yang terbaik bagi memertabatkan suatu negara. Contohnya jika pendidikan diberikan kepada setiap kanak-kanak pada kebiasaanya negara dapat tersebut dapat melahirkan ramai perofesionalisme yang dapat membantu membangunkan negara (Atkinson 1990).
- Jika dibincangkan dari sudut pendidikan khas, kanak-kanak bekeperluan khas perlu mendapat hak mereka untuk belajar.
- pengajaran yang pelbagai
- Contohnya mengajar mereka memasak, memberus gigi, mendobi dan sebagainya.
- Hal ini secara amnya boleh membantu mereka dalam mengurukan dan mengatasi kekurangan atau kelemahan yang tidak terdapat pada mereka.