Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

TALIA DAN

RAKSASA QADQAD

OLEH: MUHAMMAD AQIL AIMAN BIN AZLAN

2 IBNU NAFIS

SIPNOSIS

Sipnosis

PERMULAAN

Talia bertemu dengan raksasa Qadqad yang tercedera dan dia telah merawatnya. Talia memberitahu ibu bapanya tentang raksasa itu, namun ibu bapanya tidak mempercayainya. Setelah itu orang kampung juga heboh bercerita tentang Raksasa Qadqad

Perkembangan

Adik Talia, Jini jatuh sakit. Keluarga Talia mahu menumpang kereta api lombong untuk ke hospital yang terletak di bandar, tetapi dihalang oleh Binjah. Sidek, pemandu kereta api menyampaikan berita buruk tentang amukan Raksasa Qadqad telah menyerang stesen kereta api, tetapi keluarga Talia selamat.

Klimaks

Binjah bertengkar dengan Tuk Sibat kerana penduduk di kaki Bukit Ungu enggan berpindah. Orang-orang Binjah membakar pondok-pondok penduduk di situ. Tembakan yang dilepaskan oleh Binjah telah mengenai bahu Dodo. Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Kemudian, ratusan Raksasa Qadqad menyerang. Para penduduk lari ke puncak bukit kecuali Binjah dan orang-orangnya.

Peleraian

Binjah dan orang-orangna telah terbunuh.

Penduduk kembali ke kaki bukit setelah keadaan selamat. Polis tiba di tempat kejadian, namun tidak dapat berbuat apa-apa. Selepas itu, Raksasa Qadqad hilang dan tidak muncul lagi.

Tema

Hubungan istimewa yang terjalin antara seorang anak kecil, Talia dan Raksasa Qadqad, iaitu makhluk ganjil yang dirawatnya. Makhluk itu membalas budi Talia dengan membantu orang-orang kampung Talia yang ditindas oleh Binjah yang mahu melombong Bukit Ungu.

Watak

1. Talia (Watak utama)

2. Raksasa Qadqad

3. Dodo

4.Misa

5. Jini

6. Sidek

7. Binjah

8. Tuk Sibat

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi