Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
&
Untung boleh dikira dengan mencari perbezaan di antara jumlah hasil dan jumlah kos. Keuntungan maksimum dicapai apabila jumlah hasil lebih besar daripada jumlah kos, dan memberikan jumlah yang paling besar.
Maka, keuntungan maksimum adalah pada keluaran 70 di mana beza jumlah hasil tolak jumlah kos adalah yang paling tinggi iaitu RM400.
Pendekatan marginal adalah satu lagi cara untuk menentukan kuantiti output firma yang akan menawarkan pada harga keseimbangan. Bagi mencari tahap keseimbangan, firma mesti membandingkan hasil marginal dan kos marginal. Dengan kata lain, keluaran adalah seimbang apabila hasil marginal sama dengan kos marginal.
Apabila MR > MC, tambahan jualan seunit keluaran akan meningkatkan keuntungan dan jika MR < MC, maka tambahan jualan seunit keluaran akan menyebabkan kerugian. Di tingkat keluaran ke 70 unit, MR = MC di mana keuntungan berada di tahap yang maksimum.
PERSAINGAN SEMPURNA
Di dalam Industri di Malaysia, kebanyakan barangan hasil pertanian di jual di pasaran persaingan sempurna.
Bilangan pembeli dan penjual yang ramai.
Pembeli dan penjual tidak boleh mempengaruhi harga.
Mereka adalah “pengambil harga”.
Barangan yang dihasilkan adalah homogeneous.
Barangan adalah sama walaupun berbeza dari segi pembungkusan.
Pasaran bebas untuk keluar dan masuk.
Firma bebas keluar masuk pasaran tanpa sebarang larangan daripada mana-mana pihak.
Peranan persaingan bukan harga.
Tiada jaminan iklan akan meningkatkan jualan, kerana barang dijual oleh ramai penjual pada harga yang tetap.
Firma persaingan sempurna adalah “pengambil harga”, maka keluk permintaan berbentuk garis lurus yang melintang atau keluk permintaan anjal sempurna.
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara keluk permintaan dan harga, hasil purata serta hasil marginal firma
Pada jangka masa pendek, firma persaingan sempurna akan menghadapi tiga bentuk keuntungan;
Untung normal adalah situasi di mana jumlah hasil firma persaingan sempurna sama dengan jumlah kos. Untung normal juga dikenali sebagai untung kosong. Secara rumus ia dapat ditunjukkan seperti di bawah:
TR = P x Q
RM20 x 10 = RM200.00
TC = AC x Q
RM20 x 10 = RM200.00 (Nota; P = AC pada Q = 10)
Untung normal = TR – TC
= RM200 – RM200
= RM 0
Untung supernormal berlaku apabila jumlah hasil lebih besar daripada jumlah kos
(TR > TC)
TR = P x Q
= RM20 x 10 = RM200.00
TC = AC x Q
= RM12 x 10 = RM120.00
Untung supernormal = TR – TC
= RM200 – RM120
= RM80
Untung subnormal berlaku apabila Jumlah Kos lebih besar daripada Jumlah Hasil
(TC > TR)
TR = P x Q
= RM20 x 10 = RM200.00
TC = AC x Q
= RM25 x 10 = RM250.00
Untung subnormal = TR – TC
= RM200 – RM250
= -RM50
Pada jangka masa panjang, firma persaingan sempurna selalunya akan mendapat untung normal sahaja. Jika pada jangka masa pendek, firma mencapai keuntungan supernormal, ini akan menarik lebih ramai firma lain akan cuba memasuki pasaran. Kemasukan lebih banyak firma kedalam pasaran akan meningkatkan penawaran pasaran dan mengurangkan harga pasaran. Keluk penawaran pasaran akan beralih ke kanan dan keseimbangan baru dicapai.
Pada jangka masa panjang, oleh kerana proses keluar masuk pasaran firma persaingan sempurna, mereka hanya akan mencapai untung normal sahaja.
Kos permulaan yang tinggi.
Untuk menubuhkan firma yang besar (monopoli) memerlukan modal permulaan yang besar. Maka, ini menyukarkan firma baru menyaingi dan bersaing dengan firma monopoli yang sedia ada.
Larangan undang-undang.
Di Malaysia, persaingan di dalam industri tertentu adalah dilarang menerusi peraturan tertentu. Ini menghadkan firma lain memasuki pasaran.
Kawalan ke atas bahan mentah yang terhad.
Firma mempunyai kawalan secara langsung ke atas sumber bahan mentah yang terhad.
Contoh: Petronas mempunyai kuasa monopoli dalam pengeluaran minyak diMalaysia.
Kelebihan teknologi.
Kelebihan teknologi yang dimiliki sebuah firma.
Contoh; TNB, Telekom yang mempunyai kelebihan dalam konteks teknologielektronik dan komunikasi yang kompleks.
Firma monopoli mengalami kedaan untung normal, untung supernormal dan untung subnormal seperti pasaran persaingan sempurna.
Untung Supernormal
Untung Subnormal
1) Keuntungan jangka masa panjang
2) Harga dan kuantiti
Daripada gambarajah tersebut, kita dapati harga yang ditentukan oleh Monopoli (Pm) adalah lebih tinggi berbanding harga yang ditentukan oleh pasaran Persaingan Sempurna (Pps).
Sebagai pengeluar tunggal di pasaran membolehkan monopoli menentukan harga yang tinggi dan kuantiti yang dijual adalah rendah. Untuk persaingan sempurna, harga rendah adalah kerana firma bukanlah penentu harga tetapi firma tersebut adalah pengambil harga.
3) Kecekapan
Pengagihan sumber ekonomi adalah lebih cekap untuk firma Persaingan Sempurna berbanding Monopoli kerana output dikeluarkan pada kos purata yang minimum, manakala output yang dikeluarkan oleh Monopoli dikeluarkan dengan kos yang tinggi.
Struktur pasaran di mana sejumlah besar penjual kecil menjual produk pengganti yang dekat. Di pasaran ini barang yang dihasilkan dan dijual adalah berbeza, tetapi mereka adalah pengganti yang rapat antara satu sama lain.
Gabungan persaingan sempurna dan monopoli.
Contoh jenis pasaran ini dan beberapa di antaranya ialah pasaran untuk barangan seperti buku, kasut, jam tangan, sabun, aiskrim dan sebagainya.
Ramai penjual
Ada ramai penjual yang tidak dapat mempengaruhi harga pasaran.
Produk yang memiliki identiti berbeza
Produk yang dijual di pasaran adalah sama, tetapi berbeza dari segipembungkusan, kualiti dan jenama.
Proses keluar masuk yang agak mudah
Mudah untuk menubuhkan firma di dalam persaingan monopolistik. Firma baru perlu memperkenalkan ciri-ciri baru produk dan jenama bagi mengekalkan reputasi yang baik.
Persaingan bukan harga
Peranan persaingan bukan harga adalah sangat signifikan memandangkan penjual tidak bersaingan dari segi harga disebabkan produk yang hampir sama.
Keluk permintaan untuk pasaran persaingan monopolistik adalah lebih anjal berbanding keluk permintaan pasaran monopoli. Ini adalah kerana pasaran persaingan monopolistik mempunyai banyak pengganti.
Pada jangka masa pendek, firma monopolistik boleh mengalami sama ada;
1) Untung Normal (TR = TC)
2) Untung Supernormal (TR > TC)
3) Untung Subnormal (TR < TC)
Jika firma pada jangka masa pendek mendapat keuntungan supernormal, maka ini menarik lebih ramai firma baru untuk memasuk pasaran. Semakin banyak firma, mengeluarkan barangan, penawaran semasa akan bertambah mengakibatkan harga turun.
a) Jika firma meningkat harga, firma yang lainnya tidak akan mengikuti
kerana takut kehilangan pelanggan.
b) Jika firma lain menurun harga, firma yang lain akan mengikutinya.
Oleh yang demikian, firma oligopoli menghadapi dua bentuk keluk permintaan iaitu :
a) Keluk permintaan untuk produknya sendiri
b) Keluk permintaan untuk industri atau pasaran.
Permintaan adalah elastik di atas kink, di mana kenaikan harga kepada lebih dari P(0) akan membawa kepada kejatuhan yang besar dalam kuantiti kerana lebih banyak pelanggan beralih kepada saingan produk yang lebih murah.
Manakala permintaan tidak akan berubah di bawah permintaan terpatah di mana penurunan harga hanya mencerminkan peningkatan kecil dalam kuantiti kerana semua firma lain telah mengurangkan harga mereka di bawah P(0) dan pelanggan tidak menukar produk.
Keluk permintaan FED merupakan pendapatan purata bagi firma oligopoli.
Keluk permintaan terpatah terjadi pada titik E. Oleh kerana, firma oligopoli menghadapi keluk permintaan yang kerap, firma itu tidak mempunyai insentif untuk meningkatkan atau mengurangkan harganya.
Keluk permintaan yang kerap mewujudkan jurang dalam keluk pendapatan marginal yang terletak di bawah titik E.
Jurang dalam hasil marginal dari a ke b terletak di bawah kink ( titik E) seperti yang ditunjukkan pada garis putus dalam rajah di atas.
Keseimbangan berlaku apabila kos marginal bersilang dengan pendapatan marginal di titik E.
Harga keseimbangan dan kuantiti berlaku di P* dan Q*. Jika kos marginal, MC(1) meningkat kepada MC(0), harga keseimbangan dan kuantiti kekal tidak berubah.
Tidak ada kecenderungan untuk sebarang perubahan dalam harga.
Perlu bergantung pada persaingan bukan harga untuk mengembangkan pasaran mereka.
Persaingan bukan harga adalah cara untuk meningkatkan bahagian pasaran dan keuntungan dalam menghadapi saingan baru.
Ia termasuk pengiklanan, pemasaran, perkhidmatan selepas jualan, hadiah percuma dan sebagainya.
Persaingan bukan harga boleh dibahagikan kepada dua bentuk:
Pengeluar boleh menarik pengguna melalui variasi produk dari segi kualiti, reka bentuk, warna, pembungkusan, dll.
Promosi jualan seperti iklan, hadiah percuma dan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik juga boleh menyebabkan keluk permintaan beralih ke kanan.
1) Memilih untuk pemotongan harga.
Sekiranya firma mengurangkan harga produknya, ia boleh menarik pelanggan dan mewujudkannya dalam industri.
Reaksi pesaing:-
2) Memilih untuk persaingan bukan harga.
Strategi ini akan menarik lebih banyak pelanggan kepada firma tersebut.
Reaksi pesaing:-
Semua perbelanjaan yang dilakukan oleh firma untuk memperolehi faktor-faktor pengeluaran dan barang peralihan yang akan digunakan untuk mengeluarkan barang atau perkhidmatan. Kos yang dibelanjakan oleh firma boleh dibezakan dalam dua jenis:-
Ia dikenali sebagai kos lepas dan kos yang tidak direkodkan.
Kos implisit merupakan kos yang menunjukkan nilai sumber yang digunakan dalam pengeluaran. Ini bermaksud firma akan menanggung kos-kos apabila mereka menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki sendiri.
Sebagai contoh, tuan tanah menggunakan tanah sendiri untuk membina sebuah kilang.
Contohnya, jika bangunan milik pengusaha disewakan kepada orang lain dan bangunan itu digunakan oleh pengusaha itu sendiri. Maka sewa bangunan merupakan kos implisit.
Ia dikenali sebagai kos nyata. Kos nyata adalah perbelanjaan tunai sebenar yang dibayar oleh firma yang digunakan dalam operasi dan ia merupakan kos yang boleh direkod.
Sebagai contoh, bayaran upah pekerja, kos bahan mentah dan bunga atas pinjaman bank
Fungsi pengeluaran menggambarkan hubungan diantara jumlah input dan jumlah output.
Fungsi pengeluaran dalam jangka masa pendek mengambarkan bagaimana jumlah output maksimum firma berubah apabila jumlah input berubah, ditambah atau dikurangkan.
Selain itu, dalam jangka masa pendek hanya melibatkan satu input berubah dan satu input tetap sahaja.
Sebagai contoh, andaikan input berubah adalah buruh (B) dan input tetap adalah tanah (T). Secara persamaan, fungsi pengeluaran jangka masa pendek adalah seperti berikut:
Q = f(B,T) dimana Q = jumlah output
Ia merujuk kepada satu tempoh apabila firma tidak dapat menyesuaikan tingkat pengeluaran atau mengubah kapasiti lojinya mengikut kehendak pasaran kerana wujud input tetap dalam operasi. Secara kasarnya, ia boleh dibezakan kepada dua jenis iaitu,
Rajah dibawah menunjukkan keluk kos tetap (FC) dimana kos tetap berjumlah RM20 pada setiap keluaran 0, 5, 10 unit keluaran.
Rajah dibawah menunjukkan keluk kos berubah (VC) dimana pada mulanya, VC bertambah dengan kadar yang perlahan, kemudian meningkat dengan cepat apabila keluaran meningkat.
1) Kos Tetap Purata (AFC)
Konsep ini menunjukkan nilai kos tetap yang dibelanjakan untuk mengeluarkan satu unit barang.
Kos tetap purata berkurangan apabila berlaku penambahan di dalam output. Ini kerana kos tetap adalah tetap dan tidak berubah walaupun tingkat keluaran meningkat, maka kos tetap purata menjadi semakin kecil apabila tingkat keluaran meningkat.
Formula untuk kos tetap purata ialah:
Kos Tetap Purata = Kos Tetap / Jumlah Keluaran
Jadual di atas menunjukkan kos tetap purata (AFC) menurun secara berterusan apabila berlaku peningkatan dalam output, disebabkan oleh penyebaran kos tetap
2) Kos Berubah Purata
Kos berubah purata pada mulanya jatuh dan kemudian meningkat dengan pertambahan jumlah keluaran (output).
Ini adalah kerana hukum pulangan bertambah kurang di dalam operasi. Semakin banyak input berubah digunakan, tambahan jumlah keluaran yang dihasilkan semakin kurang. Maka, jumlah yang dibelanjakan ke atas input berubah per unit output akan semakin bertambah.
Formula untuk kos berubah ialah:
Kos Berubah Purata = Kos Berubah / Jumlah Keluaran
Rajah di atas menunjukkan AVC berbentuk U.
Pada mulanya keluk AVC menurun sehingga titik minimum disebabkan hukum pulangan bertambah.
Tambahan output seterusnya menyebabkan AVC menaik disebabkan hukum pulangan berkurangan.
3) Kos Purata
Untuk mengetahui berapa kos per unit barangan yang dihasilkan di mana jumlah kos dibahagikan dengan output.
Kos purata akan menurun pada mulanya apabila tingkat pengeluaran meningkat, kemudiannya akan meningkat apabila tingkat pengeluaran mencapai tahap tertentu.
Formula untuk kos purata ialah:
Kos Purata = Jumlah Kos / Output
1) Tahap 1
Kos tetap purata (AFC) dan kos berubah purata (AVC) semakin berkurangan.
Ini sejajar dengan hukum berkurangan keluaran marginal. Terdapat juga pulangan yang semakin bertambah kepada faktor berubah. Oleh kerana AFC dan AVC semakin berkurangan, maka pada jangkamasa pendek, kos purata (AC) juga berkurangan.
2) Tahap 2
AFC berkurangan dan AVC mula meningkat secara perlahan. Oleh kerana kejatuhan AFC lebih besar daripada peningkatan di dalam AVC, kos purata (AC) terus menerus berkurangan tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding tahap 1.
3) Tahap 3
AFC berkurangan secara sangat perlahan malah menjadi semakin mendatar. AVC bertambah secara cepat disebabkan pulangan yang semakin menurun kepada faktor berubah. Oleh kerana peningkatan AVC lebih besar daripada kejatuhan AFC, maka kos purata (AC) mula meningkat semula pada tahap ini
4) Kos Marginal
Tambahan kepada jumlah kos akibat daripada tambahan seunit output.
Apabila jumlah keluaran (output bilangan buku) antara 0-1, kos marginal adalah RM50 kerana ini adalah kos tambahan untuk mengeluarkan sebuah buku seminggu.
Lekuk kos marginal pada awalnya akan jatuh, mencapai minimum dan akhirnya meningkat disebabkan peningkatan kos berubah.
Pada Q1, firma memilih saiz C2 pada loji SAC1 kerana kos purata (OC2) lebih rendah berbanding dengan kos purata OC4 pada SAC 2.
Pada Q2, firma memilih saiz loji SAC 2 kerana ia beroperasi dalam kos yang sedang menurun berbanding SAC 1.
Pada Q3, firma boleh memilih saiz loji SAC 2 atau SAC 3 kerana AC adalah sama.
Pada Q4, firma akan pilih saiz loji SAC 3.
Saiz loji yang minimum (SAC 1) dalam pelbagai tingkat output diwakili garis SAC 2 dan SAC 3 yang menyambungkan titik ABC iaitu keluk LAC.
Oleh itu keluk LAC terdiri daripada bahagian keluk kos purata jangka pendek (SAC) yang dapat meminimumkan kos pengeluarannya dalam pelbagai tingkat output.
Berdasarkan rajah di atas, dalam keadaan sebenar banyak saiz loji dapat dipilih oleh firma. LAC terbentuk daripada sambungan titik-titik SAC yang memberi kos per unit terendah pada pelbagai tingkat keluaran.
Pengguna boleh memilih enam kombinasi barang yang boleh diperolehi dengan menggunakan faktor pengeluaran yang terhad.
Jika masyarakat memilih kombinasi A, kombinasi barang yang maksimum diperolehi ialah 15 unit barang Y dan 0 unit barang X.
Dengan menyambungkan setiap pilihan A hingga F, maka terbentuklah keluk yang dinamakan keluk kemungkinan pengeluaran.
Di titik G, kombinasi pengeluaran berada dalam ketidakcekapan pengeluaran. Ini menunjukkan ada lagi sumber ekonomi / faktor-faktor pengeluaran yang tidak digunakan.
Di titik H, pengeluaran adalah diluar ruang KKP, maka dititik ini pengeluaran tidak boleh dicapai kerana kekurangan faktor pengeluaran.
Kos lepas boleh didefinasikan sebagai jumlah barang yang boleh diperolehi tetapi terpaksa dilepaskan kerana firma atau pengguna menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki dan terhad jumlahnya untuk mengeluarkan atau menggunakan barang yang lain.
Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran adalah dipengaruhi oleh kos lepas. Bentuk KKP terdiri dari dua bentuk iaitu berbentuk cembung yang disebabkan oleh kos lepas yang semakin meningkat dan bentuk garis lurus disebabkan oleh kos lepas yang malar (tetap).
Merujuk graf di atas, jika pengguna bergerak ke titik-titik A,B,C,D,E dan F maka akan dapati setiap tambahan 200 unit barang X akan mengurangkan pengeluaran barang Y sebanyak 200 unit juga. Oleh itu, pergerakan ke titik-titik tersebut akan menghasilkan kos lepas yang malar (tetap) dan bentuk KKP adalah bergaris lurus.
Faktor yang membolehkan output mencapai tingkat pengeluaran minimum dan maksimum ialah dengan menggunakan tingkat tenaga penuh.
Ia berada di sepanjang keluk KKP seperti A, B, C, dan D. Tambahan barang X akan berlaku jika barang Y dilepaskan dan juga sebaliknya. Ini kerana semua sumber barang Y telah digunakan sepenuhnya. Sebarang titik yang berada di dalam kawasan KKP seperti titik G.
Selain itu, apabila berlaku pengangguran dan pembaziran. Sebarang titik yang berada di dalam kawasan KKP seperti titik G dapat dihasilkan tetapi pengeluaran tersebut tidak mencapai tahap maksimum kerana faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya. Ini bermakna tambahan barang X mahupun barang Y boleh dilakukan tanpa melepaskan barang lain.
Kombinasi yang berada di dalam KKP contohnya G wujud akibat pengeluaran tidak cekap.
Apabila berlaku kekurangan di dalam tingkat keluaran. Ia berada di luar KKP, contohnya H. Kombinasi H tidak boleh dicapai kerana tingkat guna tenaga penuh telah dicapai dan tiada faktor pengeluaran lebih untuk menambah keluaran. Ini kerana kombinasi H hanya boleh dicapai jika wujudnya pertambahan faktor pengeluaran, peningkatan tingkat teknologi dan peningkatan produktiviti buruh.
TERIMA KASIH