Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

LEGASI TAPAI UBI

b

p

g

2

Y

1

X

m

I

SINOPSIS

1

Parjo ialah anak kepada Wak Salikon. Ibu dan ayah Parjo mengusahakan perniagaan tapai ubi. Parjo rajin membantu ibu dan ayahnya membuat tapai. Tapai buatan mereka sangat sedap dan habis dijual pada setiap hari. Kawan-kawannya telah mengelarnya sebagai Parjo Tapai. Parjo mengagumi ibu dan ayahnya begitu gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi mereka sehigga dia dan adik beradiknya dapat belajar sehingga ke menara gading.

2

Pada suatu hari, Parjo diberitahu oleh Prof Haidar bahawa mereka akan melakukan kajian tentang tapai ubi yang diyakini dapat menjadi agen pengahalang bagi penyakit kanser. Hasil kajian Parjo dan rakan sekuliahnya membuktikan bahawa tapai ubi dapat menghasilkan sejenis bakteria yang dapat mencegah kanser. Parjo gigih melakukan kajian dan hasil kajiannya menunjukkan keputusan yang positif dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.

3

Penemuan Parjo dalam menghasilkan penawar telah mendapat pengiktirafan sama ada dalam negara mahupun luar negara. Hasil kajian Parjo telah dibawa ke peringkat antarabangsa. Sejak hari itu, Parjo sering dijadikan tempat rujukan dalam kajian mencegah kanser.

4

Semasa majlis konvokesyennya berlangsung, Parjo telah membawa ibu dan bapanya serta memberitahu kepada pensyarah dan rakan-rakannya bahawa ayah dan ibunyalah menjadi sumber inspirasi atas kejayaannya itu. Permintaan terhadap tapai ubi ayahnya juga semakin tinggi. Sebuah kilang tapai telah didirikan di Kampung Dr. Parjo manakala Dr. Parjo kini, bergelar pensyarah perubatan dan beliau masih meneruskan kajian terhadap tapai ubi agar dapat menghasilkan penawar bagi mencegah penyakit lain.

H

TEMA

kesungguhan seorang remaja yang ingin membuktikan bahawa makanan tradisi(tapai ubi) dapat menjadi penawar bagi merawat penyakit berbahaya seperti kanser

PERSOALAN

G

1

1.Kegigihan membawa kejayaan

Cth: Wak Salikon dan isterinya gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi shingga membuka sebuah kilang.

2

2. Amalan hidup saling tolong-menolong

Cth: Parjo rajin membantu ayah dan ibunya membuat tapai ubi.

3

3. Anak yg mengenang jasa ibu bapa

Cth: Parjo menjelaskan bahawa kejayaannya menggenggam ijazah berkat inspirasi ayah dan ibunya.

4

4. Tanggungjawab berkhidmat kpda masyarakat

Cth: Parjo ingin berkhidmat kepada masyarakat melalui kajiannya terhadap tapai ubi yg dapat mencegah dan merawat penyakit kanser

5

5. Kanser yang boleh mengakibatkan kematian Cth : Bilangan penyakit kanser semakin bertambah. Pada tahun 2000, didapati sebanyak 1 050 346 kes kanser payudara dan 372 965 kematian daripada kanser ini dilaporkan di seluruh dunia.

6

6. Ketelitian semasa melakukan sesuatu Cth : Emak dan bapa Parjo amat teliti semasa membuat tapai.Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi seperti tidak boleh memberitahu orang lain semasa membuat tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak, dan tidak boleh membuat bising semasa membuat tapai.

7

7. Bercita-cita tinggi demi kemajuan pada masa depan Cth: Wak Salikon bercadang untuk mempergiat perusahaan tapai ubinya setelah kajian Dr. Parjo tentang tapai itu berjaya.

F

WATAK PERWATAKAN

1.Parjo

  • anak sulung WAk Salikon
  • penerima ijazah Kedoktoran
  • pensyarah
  • taat akan emak
  • seorang yang bersungguh-sungguh
  • tidak melupakan jasa emak dan bapanya
  • seorang yang teliti

2.Wak Salikon

  • bapa Parjo
  • gigih melakukan pekerjaan
  • mementingkan pendidikan anak-anak
  • bercita-cita tinggi untuk mengembangkan
  • perniagaannya
  • teliti ketika melakukan kerja

3.Emak

  • emak Parjo
  • gigih membantu suami menjalankan kerja
  • prihatin terhadap anak

4. Profesor Haider

  • pensyarah kepada parjo
  • berpandangan jauh
  • seorang yang berkeyakinan
  • memunyai jambang lebat

E

PLOT

PERMULAAN

Sejak kecil lagi, Parjo membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi sehingga dipanggil “Parjo Tapai”. Walaupun dia berasa muak dengan panggilan itu, namun lama-kelamaan dia sudah terbiasa dengan gelaran tersebut kerana dia ingin membantu emak dan bapanya mencari rezeki.

PERKEMBANGAN

Proses membuat tapai ubi agak rumit. Bermula dengan proses mencabut ubi, mengopek kulit, memotong pendek, menjerang air, merebus sehinggalah proses memeram sebelum ubi matang untuk dimakan. Banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa membuat tapai ubi. Melalui hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya menjejakkan kaki ke manara gading.

KLIMAKS

Parjo berjaya membuktikan bahawa tapai ubi dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Kajian Parjo telah diiktiraf oleh pihak universiti dan dibawa pada peringkat antarabangsa. Parjo berjaya memperoleh ijazah kedoktoran sekali gus mendapat gelaran Dr. Parjo.

PELERAIAN

Perusahaan tapai ubi Wak Salikon kian berkembang hingga mereka berjaya mendirikan sebuah kilang. Ayah dan ibu Parjo menjadi pengurus besar di syarikat pengeluaran tapai ubi tersebut. Sementara itu, Doktor Parjo yang bertugas sebagai pensyarah perubatan di universiti meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada pelbagai penyakit

TEKNIK PLOT

DIALOG

Pengucapan watak seperti dialog antara Parjo dengan Profesor Haidar.

MONOLOG DALAMAN

Parjo bermonolog dengan dirinya sendiri apabila mengenangkan bahaya penyakit kanser.

SASPENS

Pembaca tertanya-tanya sama ada Parjo berjaya atau tidak dalam kajian yang dilakukannya seperti yang diminta oleh Profesor Haidar.

D

GAYA BAHASA

REPITISI

Contoh:

Tapai! Tapai! Tapai!

1

SINKOPE

Contoh:

"Buat tapai ubi tak boleh bagi orang tahu!"

"Tak boleh bising bising"

2

LARAS BAHASA SAINS

3

Contoh:

manihot esculanta, benign, malignan, lympathic, Baccilus aureus, Salmonella typhimurium, Enterococcus faecium, Enterococcus feacalis & Listeria monocytogenes.

METAFORA

4

Contoh:

di skrin ingatan...

SIMILE

5

Contoh :

terkejut besar...

INVERSI

Contoh :

jemu benar aku

6

PERIBAHASA

7

Contoh:

alah bisa tegal biasa

LATAR

C

MASA

- Waktu pagi

Wak salikon pergi ke kebun untuk mencabut ubi kayunya

-Selepas sembahyang isyak

Ibu Parjo meneruskan kerjanya membuat tapai ubi

Permulaan semester

Profesor Haidar memberikan tugasan kepada Parjo untuk melakukan kajian terhadap tapai ubi

- Kantin sekolah

Tempat Parjo menghantar tapai ubi pada setiap pagi

-Rumah wak salikon

Tempat Wak Salikon sekeluarga membuat tapai ubi

-Fakulti perubatan di universiti

Tempat Parjo melanjutkan pelajaran setelah tamat belajar di sebuah pusat matrikulasi

-Kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon

Tempat perusahaan tapai ubi wak salikon setelah Parjo berjaya dalam satu eksperimen di fakultinya.

-Di kebun ubi kayu

Tempat wak salikon mancabut ubi kayu

TEMPAT

masyarakat

- Masyarakat yang bersungguh- sungguh melakukan kerja

Parjo tidak pernah putus asa dlm melakukan kajiannya malah sgt teruja utk mncari penyelesaian utk mghasilkn agen penghalang kanser dgn tapai ubi.

- Masyarakat yg rajin

Ibu parjo sangat rajin membuat tapau dan mncaru rezeki.

- Masyarakat yg prihatin

- Parjo prihatin akan penghidap penyakit kanser dan bertekad mahu membantu mereka melalui kajian yg dilakukannya.

B

NILAI

KERAJINAN

-Wak salikon dan ibu Parjo sgt rajin membuat tapai demi mencari rezeki

1

KERJASAMA

2

Parjo dan rakan-rakannya bekerjasama menghasilkan agen penghalang kanser daripada tapai ubi.

HORMAT- MENGHORMATI

3

Parjo akur terhadap kata-kata ibu dan ayahnya sewaktu mereka sedang membuat tapai ubi

KETABAHAN

4

Parjo gigih mengkaji khasiat tapai ubi sehingga kajiannya diiktiraf di peringkat Antarabangsa

KASIH SAYANG

5

Parjo sangat menyayangi emak dan bapanya dan sanggup menolong mereka menjual tapai ubi walaupun kurang menyukainya

BERTANGGUNGJAWAB

6

Emak dan bapa Parjo bertanggungjawab mencari nafkah untuk menyara kehidupan keluarga mereka

A

PENGAJARAN

Kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara

1

Kita mestilah bekerjasama untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.

2

Kita hendaklah rajin belajar untuk mencapai kejayaan

3

Kita hendahlah sentiasa menolong ibu dan bapa kita walau apa-apa keadaan sekali pun

4

Kita hendaklah tabah dalam menempuhi kehidupan

5

Kita mestilah sentiasa berpandangan jauh dalam sesuatu perkara

6

Q

SOALAN...

1

1.Pada pendapat anda,sebagai seorang pelajar bagaimanakah cara untuk menjadi pelajar yang sentiasa berusaha

2

2. Parjo gigih membantu bapa dan emaknya menjual tapai ubi. Pada pendapat anda ,apakah langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan anak-anak sentiasa membantu ibu dan bapa mereka?

3

3.Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak. Pada pendapat anda,apakah peranan ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak-anak agar mereka menjadi orang yang berjaya apabila dewasa kelak?

4

4.Sekiranya anda seorang pengusaha makanan tradisional,apakah perasaan anda apabila makanan tradisional yang anda usahakan itu dijadikan bahan kajian oleh pihak universiti untuk mencegah penyakit berbahaya?

5

5.Pada pendapat anda ,apakah faktor-faktor yang menyebabkan anak-anak melupakan jasa ibu bapa mereka?

6

6. Bidang perniagaan ialah salah satu pekerjaan yang menjadi pilihan masyarakat pada masa kini. Pada pendapat anda ,apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang sebelum menceburi bidang perniagaan?

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi