Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

kemahiran

pengajaran mikro

Intro

pengenalan

Satu strategi melatih kemahiran-kemahiran pengajaran

faktor utama menentukan keberkesanan pembelajaran = kemahiran guru menyampaikan isi pengajaran

konsep

Satu prosedur untuk melatih guru mengajar di bilik darjah

Satu simulasi pengajaran dalam bilik darjah

Satu sesi pengajaran yang pendek, 5-10 minit, menyampaikn satu unit isi pengajaran di hadapan ahli-ahli dalam kumpulan –8-10 orang

Satu sesi pengajaran yang telah dikecilkan untuk membina kemahiran baru dan memahirkan lagi kemahiran lama

penekanan kepada beberapa kemahiran yang telah dikenalpasti

pengajaran LEMAH = perlu diperbaiki

Mind map

RAKAMAN

VIDEO

MAKLUMBALAS

(Penilaian Kendiri,

Para penilai,

Perbincangan,

Tayangan video)

PEMILIHAN

TOPIK

PERSEDIAAN

MENGAJAR

PENGAJARAN

(peranan guru & Pelajar)

Satu simulasi pengajaran dalam bilik darjah

Setiap pelajar dalam kumpulan pengajaran mikro ada peranan masing-masing – 4 peranan – guru, pelajar, penilai, jurukamera

Peranan dilaksanakan secara bergilir – sehingga semua pelajar selesai menyampaikan pengajaran masing-masing.

Pengajaran mikro libatkan satu siri aktiviti yang berlangsung semasa seseorang pelajar menyampaikan isi pengajaran iaitu memainkan peranan sebagai guru

PENILAIAN

(Penggunaan

Borang Penilaian)

pengajaran BAIK = persediaan untuk kemahiran seterusnya

kandungan

Kelebihan

3

Satu kaedah latihan mengajar yang sesuai

mirip pengajaran dalam bilik darjah sebenar

Tidak memerlukan peralatan canggih

boleh dibuat di mana-mana – keperluan asas

Lebih berkesan daripada hanya membaca secara teori

latihan secara pratikal

Masalah dapat diatasi dengan berbincang

maklumbalas berguna pada guru tentang kekuatan dan kelemahan

Dapat memperbaiki sesuatu teknik pengajaran

guru dapat menguasai + meningkatkan satu-satu kemahiran

Ciri-ciri

2

Objektif pengajaran-pembelajaran yang terhad

satu atau dua objektif – terhad + boleh dicapai

Jumlah pelajar yang kecil

rakan sekursus, 10-15 org, kecil + lebih terkawal –

Fokus hanya pada satu atau dua strategi kemahiran

perbincangan selepas pengajaran mikro dapat difokuskan

Jangkamasa pengajaran yang singkat

aspek kemahiran tertentu yang telah ditetapkan + diberi perhatian

Bahan pelajaran yang sedikit

tidak perlu sampaikan keseluruhan isi pelajaran – guru dapat menguasai sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan – tumpuan lebih kepada penyampaian pelajaran

Perbincangan selepas pengajaran

bincang apa yang telah dilakukan – pemerhatian + rakaman video – lihat sendiri apa yang telah dilakukan semasa mengajar – bantu guru kenalpasti kekuatan + kelemahan

1

Matlamat &

Objektif

Memberi keyakinan kepada bakal guru

situasi pngajaran sebenar beri keyakinan mengajar – berani berhadapan dengan situasi sebenar

Menguasai sesuatu kemahiran mengajar

guru benar-benar menguasai sesuatu kemahiran

Dapat mengenalpasti potensi bakal guru

guru mempunyai potensi tersendiri – memiliki suara jelas + lantang, nyanyi, berlakon – potensi diberi tumpuan – tahu + guna sebaik mungkin

Dapat mengenal pasti kelemahan bakal guru

kelemahan pengajaran diperbaiki melalui pandangan + perbincangan rakan + pensyarah – guru ulang semula pengajaran

Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan bakal guru

setiap pelajar bekerjasama – jadi guru, jadi pelajar, jadi penilai dsb

Kelemahan

Tidak banyak memberi kesan

Iklim bilik darjah yang tidak sama

Gaya pengajaran guru bergantung kepada pelajar

Lebih mementingkan kemahiran daripada bahan pengajaran/ penyampaian

Skop pengajaran agak terhad

kategori

2.

4.

PENEGUHAN,

PENUTUP,

membuat refleksi

PENGGUNAAN PAPAN HITAM, DEMONSTRASI, PERBINCANGAN,

AMALI

menyoal, menerang, menjelas

SET INDUKSI/PERMULAAN, VARIASI RANGSANGAN, PENGESANAN/

KAWALAN KELAS

3.

1.

kemahiran mikro

Kemahiran

Set Induksi/Permulaan,

Variasi Rangsangan, Pengesanan/Kawalan Kelas

103 kemahiran telah dikenalpasti penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan

20 daripada 103 kemahiran ini telah diuji oleh Stanford University yang boleh dipelajari dan di kuasai melalui pengajaran mikro

kita akan meneroka 10-13 kemahiran dalam kuliah ini

kemahiran A

Kemahiran

Set Induksi/Permulaan,

Variasi Rangsangan, Pengesanan/Kawalan Kelas

permulaan pengajaran

komponen penting – guru perkenalkan tajuk

pastikan pelajar bersedia mengikuti pengajaran

– wujudkan suasana mesra + prihatin guru –

contoh – tanya siapa tidak hadir, sihat, makan apa dsb

elakkan leteran, beremosi, dendaan

kemahiran yang perlu dikuasai dalam memulakan pengajaran

  • menarik perhatian,
  • membangkitkan motivasi,
  • menstruktur
  • membuat cantuman

menarik perhatian

ingatkan semula pelajaran lepas melalui penyoalan + penerangan oleh pelajar, penceritaan, dengarkan rakaman, penggunaan bbm

ada yang guna agak ekstrem tetapi berkesan – diamkan diri pandang pelajar, ketuk meja, tepuk tangan dsb)

mudah – tanya pelajar yang bersedia atau belum

https://youtu.be/yMvpJDbWX_c

membangkitkan motivasi

faktor psikologi – minat pelajar belajar dipengaruhi oleh sifat ingin tahu, hairan, ada kaitan dengan diri sendiri, menarik + penghargaan + ganjaran

guru kena guna strategi yang bersesuaian dengan tahap kematangan pelajar – lebih bermakna

motivasi dirangsang – melakukan demonstrasi- timbulkan kehairanan + guna bbm + menstruktur – guru menyatakan apa yang akan dipelajari oleh pelajar

membuat cantuman

kemahiran mengaitkan atau hubungjalin perkara yang telah diketahui oleh pelajar atau pengetahuan sedia ada mereka dengan pelajaran atau konsep yang sedang dipelajari

variasi rangsangan

mempelbagaikan gerak-geri dan gaya persembahan supaya perhatian pelajar sentiasa tertumpu kepada aktiviti pembelajaran

elak kebosanan, pengajaran lebih realistik + memudahkan murid mengikuti penjelasan + arahan

kemahiran yang terlibat –

  • aspek gestur,
  • pola percakapan,
  • penggunaan pelbagai deria,
  • interaksi guru-murid
  • pergerakan guru

https://youtu.be/fPO76Jlnz6c

Gestur

pergerakan pelbagai bahagian badan – tujuan untuk menegas atau memperkukuhkan mesej yg hendak disampaikan – pergerakan tangan, mimik muka – – tidak harus berlebihan –bahan ketawa + ejekan pelajar

pola percakapan

tinggi rendah suara semasa pertuturan – capai kesan optimum – kuat + didengari seluruh kelas sahaja

- pertuturan jelas + fasih sebutan perkataan dan bahasa yang standard – bahasa dialek dielakkan

– intonasi atau penekanan suara betul – isi penting

penggunaan pelbagai deria

penggunaan bbm – rangsang minat – tv – pandang + dengar, rajah + foto – pandang, benda-benda lain – deria sentuh, bau,

interaksi guru-pelajar

berpusatkan pelajar – aktif – guru soal murid, guru menjawab soalan pelajar, guru minta contoh dari pelajar

pergerakan guru

tidak berada setempat – bergerak untuk menulis, mengambil bahan dsb

pergerakan guru semasa menyampaikan penerangan + penyoalan

semasa penerangan berada di tengah kelas – elak gerak berlebihan – menyusahkan pelajar – pelajar dengar + pandang guru – sambil itu – guru memerhati tingkahlaku +air muka murid

pengesanan

  • lazimnya dilakukan melalui pemerhatian
  • pengesanan yang baik – langkah awal kawalan kelas
  • guru perlu peka tingkahlaku + gerak geri pelajar
  • guru mengajar tanpa pandang pelajar – tidak dapat mengesan tingkahlaku pelajar
  • pergerakan guru tidak statik - cara ini dapat memantau keseluruhan kelas
  • Menyoal pelajar – dari segi kesediaan untuk belajar, emosi, kehadiran, maklumat pelajar
  • Berikan respon yang sesuai – bergantung kepada keadaan

kemahiran B

Kemahiran

menyoal, menerang, menjelas

penyoalan

Salah satu aktiviti penting dalam sesi pengajaran

Soalan yang dikemukakan – hendaklah dirancang dari segi jenis + bentuk – merangkumi pelbagai tahap pemikiran pelajar

Tujuan menyoal

  • Memulakan inkuiri
  • Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran
  • Menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu
  • Menumpukan perhatian pelajar kepada sesuatu idea atau konsep
  • Menggalakkan pelajar bertanya soalan
  • Membina kemahiran berfikir
  • Meminta penjelasan idea pelajar
  • Mengenal pasti dan menangani miskonsepsi
  • Mentaksir kefahaman pelajar

Kemahiran dalam penyoalan

Hentian sebentar

beri sedikit masa untuk pelajar berfikir dan menyusun jawapan

masa bergantung pada jenis soalan

Menerima jawapan salah dengan muka yang manis

biasanya pelajar berusaha beri jawapan yang mrk fikir tepat

pelajar hilang keyakinan – bila guru beri kata salah pada jawapan yang diberikan- muka masam, marah, mencemuh

pelajar pertaruhkan imej kendirinya apabila memberi respon kepada guru – risiko – sepatutnya dibalas dengan ganjaran

Dorongan

guru perlu sentiasa beri – supaya berani menjawab soalan

guru beri keyakinan – jangan takut, tidak mengapa jika jawapan kamu salah.

Meminta penjelasan lanjut

jawapan tidak lengkap + pendek – guru perlu rangsang pelajar supaya menjelaskan lagi jawapannya

cuba berikan beberapa contoh lain, cuba jelaskan lebih lanjut, bagaimana pula dengan....

Alih tumpuan

guru minta pelajar mengaitkan jawapannya dengan konsep atau prinsip lain supaya jawapannya lebih jelas –

Ubah haluan

meminta pendapat orang lain – teknik digunakan bila pelajar menghadapi masalah berikan jawapan – soalan yang sama

buat peneguhan selepas semua jawapan diterima

Menjemput bukan sukarelawan

pelbagai ragam pelajar – ada yang sentiasa angkat angkat hendak menjawab dan sebaliknya – guru perlu bijaksana –

Perkara-perkara lain yang perlu difikirkan semasa menyoal + menerima jawapan

  • minta pelajar menjawab dengan kuat – boleh didengar
  • Elak menerima jawapan beramai-ramai – soalan yang bukan bertahap pengetahuan
  • Jangan terlalu menghampiri pelajar yang sedang memberi jawapan – pelajar tidak jawap dengan kuat
  • Jangan mengulang soalan terlalu kerap
  • Guru menjawab soalan sendiri – tidak menggalakkan pelajar berfikir

Jenis-jenis soalan

kefahaman guru tentang Taksonomi Kognitif Bloom – sangat berguna dalam merancang + mengemukakan pelbagai

tahap soalan

Tahap - pengetahuan, kefahaman, aplikasi, (aras rendah) analisis, sintesis + penilaian (aras tinggi)

Jenis soalan

konvergen (satu jawapan yang tepat) + divergen (jawapan betul lebih daripada satu)

langkah menyoal

Langkah 2 - Memberi masa berfikir yang sesuai (wait-time)

  • Masa berfikir seharusnya diberi selepas soalan diajukan dan sebelum guru memberi respon kepada jawapan pelajar
  • Masa berfikir yang sesuai adalah bergantung kepada jenis dan tahap soalan yang diaju (3-5 saat untuk soalan biasa yang diaju guru, dan lebih panjang untuk soalan yang lebih mencabar)

Langkah 1- Ajukan soalan kepada seluruh kelas

  • Dahului penyoalan dengan isyarat atau pemberitahuan peraturan menjawab (jika perlu)
  • Tujukan soalan kepada keseluruhan pelajar, baik pelajar yang ingin menjawab secara sukarela mahupun sebaliknya
  • Nyatakan soalan dengan tepat dan seberapa boleh menggunakan ayat yang pendek
  • Elakkan soalan retorik
  • Seimbangkan penggunaan pelbagai jenis soalan.
  • Setarakan soalan mengikut kebolehan pelajar
  • Ajukan soalan dengan cara yang tidak mengancam

Langkah 3 - Memilih pelajar untuk menjawab

  • Pilih pelajar yang hendak menjawab secara sukarela dan sebaliknya.
  • Pemilihan pelajar secara rawak berupaya mengekalkan perhatian pelajar sepanjang sesi soal-jawab
  • Panggil nama pelajar tertentu walaupun kebanyakan pelajar menjawab secara beramai-ramai
  • Ingatkan pelajar tentang peraturan menjawab soalan seperti mengangkat tangan, dan sebagainya (jika perlu)

Langkah 5 - Memberi penekanan atau membuat ringkasan jawapan tepat/yang boleh diterima

  • Nyatakan semula tujuan atau soalan utama selepas sesi soal jawab yang panjang diikuti dengan jawapan tepat atau yang boleh diterima dengan seboleh-bolehnya menggunakan jawapan pelajar
  • Gunakan alat pandang dengar di mana sesuai
  • Bagi penyoalan dengan tujuan mencungkil idea pada fasa permulaan pengajaran, langkah 5 ini tidak perlu dilakukan. Sebaliknya ajak pelajar menjalankan penyiasatan bagi mendapatkan jawapannya, jika soalan bersifat inkuiri

Langkah 4 - Memberi respon atau reaksi yang bersesuaian kepada jawapan pelajar

  • Pastikan pelajar lain memberi perhatian kepada jawapan pelajar
  • Beri respon atau reaksi tanpa mengadili jawapan pelajar (tidak mengatakan salah atau betul) dengan cara mengolah jawapan pelajar menggunakan ayat yang berbeza, jika guru ingin meneruskan perbincangan dan soal-jawab berdasarkan soalan tersebut. Jika sebaliknya, hargai jawapan pelajar dengan peneguhan positif
  • Jika jawapannya salah, kenal pasti bahagian yang betul (jika ada) serta tanya lebih lanjut untuk mendapatkan penjelasan atau minta jawapan alternatif daripada pelajar lain
  • Beri galakan jika pelajar tidak boleh menjawab (prompting). Misalnya dengan memberi klu atau isyarat atau mengolah semula soalan dalam bentuk yang lebih mudah difahami.
  • Tanya lebih lanjut (probing) bagi mendapatkan penjelasan tentang idea pelajar, mencabar pelajar dan seterusnya menggalakkan pemikiran tahap tinggi.
  • Contohnya bertanya “Mengapa?”, “Bagaimana kamu tahu?”, “Boleh terangkan lebih lanjut?”, “Apakah buktinya?” dan sebagainya.
  • Tujukan soalan yang sama kepada pelajar lain (asking around) sebelum menerima sesuatu jawapan atau tujukan soalan lain yang dibangkitkan pelajar kepada pelajar lain (redirect)
  • Kaitkan semua jawapan dan idea pelajar untuk membantu pelajar membuat satu kesimpulan (interrelating)

penerangan

Aktiviti utama guru semasa mengajar – jelaskan isi pengajaran – fakta atau konsep

Menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan

Membina pengetahuan dan kefahaman pelajar

Pelajar dapat mengikut arahan

Jenis-jenis penerangan

  • Penaakulan

Menggunakan proses logik untuk menjawab soalan

Menstruktur semula konsep atau idea

  • Interpretatif

Menghuraikan maksud sesuatu istilah atau penyataan, idea, konsep, prinsip, atau teori

  • Deskriptif

Menghuraikan proses, struktur, dan prosedur

Arahan jelas langkah-langkah menjalankan sesuatu

melibatkan 3 jenis penerangan – definisi, huraian + pemberian sebab

Definisi

memberi maksud kepada konsep, prinsip, proses atau idea – kata pemeri ‘ialah’ digunakan –

penerangan huraian

memberi penjelasan lanjut tentang sesuatu idea, konsep, prinsip atau proses yang sedang dibincangkan – merangkumi penjelasan tentang sifat, ciri, asal-usul, kepentingan dan sebagainya

Menyatakan sebab

  • penjelasan tentang apa yang menyebabkan sesuatu terjadi antara perkataan + frasa yang menggambarkan keadaan – ‘kerana’, ‘oleh kerana’, ‘oleh itu’, ‘akibat’, ‘untuk’, ‘supaya’.
  • jangan terlalu cepat bercakap, guna laras bahasa yang sesuai dgn tahap pelajar, pengembangan idea tidak terkeluar tajuk, suara kuat, jelas, intonasi, catat isi penting di papan hitam, penekanan suara
  • Ketertiban idea – disampaikan mengikut susunan logik – terangkan konsep, huraian, contoh-contoh yang relevan + aplikasi konsep

Komponen penerangan

  • Ayat pembukaan: Mewujudkan kesediaan dan menarik perhatian, cthnya dengan bertanya soalan
  • Isi kandungan: Intipati tentang apa yang hendak diterangkan
  • Penghubung: Perkataan dan frasa yang digunakan untuk menjadikan penerangan berkesan, iaitu penanda wacana (cth: oleh itu, adalah disebabkan oleh, Inilah sebabnya)
  • Ayat penutup: Ringkasan isi kandungan penerangan
  • Soalan bagi menilai kefahaman: soalan pendek untuk menilai kefahaman pelajar

Empat Prinsip Utama Kemahiran Menerang

Gunakan kejelasan

  • Tumpukan kepada aspek yang spesifik
  • Gunakan contoh, illustrasi dan media yang relevan dan menarik
  • Fokus semula dengan membuat ringkasan
  • Gunakan bahasa mudah dan sesuai dengan pelajar
  • Elak kekaburan dan ayat tidak relevan

Gunakan penegasan

  • Intonasi berbeza
  • Penunjuk/penyerlah
  • Pergerakan, gerak isyarat

Urutan/Kesinambungan

  • Induktif/deduktif
  • Bantu ingat (prompts)
  • Variasi dan kata penghubung
  • Pelbagaikan kelajuan penyampaian

Dapatkan maklum balas

  • Libatkan pelajar
  • Wujudkan peluang pelajar menunjukkan kefahaman, minat dan sikap

menjelaskan

contoh yang baik

ringkas-mudah difahami + ada kaitan dgn pengalaman seharian pelajar

relevan – sesuai + kaitan dengan tajuk atau konsep yang terlibat

menarik – membangkitkan sifat ingin tahu

penggunaan media

penyertaan pelajar – contoh daripada pelajar – ukuran kefahaman pelajar

contoh digunakan – memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep atau penjelasan

semakin kompleks sesuatu konsep semakin banyak contoh yang diperlukan

bbm digunakan secara berkesan untuk menunjukkan contoh

Tujuan mengilustrasi dengan contoh

Membimbing pelajar dari konsep yang mudah kepada yang lebih rumit

Menjelaskan peraturan, konsep, prinsip, dan teori

Menjadikan idea yang abstrak atau sukar lebih mudah difahami

Prinsip kemahiran mengilustrasi dengan contoh

  • Gunakan contoh mudah melalui penggunaan analogi, cerita, objek konkrit dan/atau gambar rajah yang berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar
  • Gunakan contoh yang relevan yang boleh diaplikasikan kepada konsep, prinsip, atau teori tertentu yang hendak diajar
  • Gunakan media bersesuaian berdasarkan umur dan kebolehan pelajar serta konsep dan prinsip yang hendak diajar
  • Gunakan contoh yang menarik yang mampu merangsang sifat ingin tahu dan minat pelajar
  • Libatkan pelajar secara verbal atau membuat lakaran
  • Sediakan sebelum pengajaran
  • Perhatikan kelakuan dan respons lisan pelajar untuk memastikan contoh yang diberi bersesuaian
  • Sediakan contoh yang mencukupi dan pelbagai

kemahiran C

Kemahiran

peneguhan, penutup, membuat refleksi

peneguhan

Tujuan memperkukuh:

Meningkatkan interaksi bilik darjah

Memperbaiki disiplin bilik darjah

Memotivasi pelajar

Meningkatkan keyakinan pelajar

Mengubah atau mengubah suai kelakuan pelajar secara positif

Meningkatkan kefahaman pelajar

  • merujuk kepada ‘ganjaran’ guru terhadap tingkahlaku pelajar.
  • peneguhan yang baik dapat mengekalkan tingkahlaku positif pada pelajar.
  • diperlukan khususnya untuk bertindakbalas terhadap jawapan pelajar.
  • Bentuk-bentuk peneguhan – berbahasa, penggunaan gestur, beraktiviti.

Bentuk-bentuk peneguhan –

Berbahasa = baik, bagus, betul, tepat sekali

Gestur = gerak-geri bahagian-bahagian badan – mengangguk tanda betul, senyum, menunjukkan air muka yang manis dsb

Beraktiviti = memberi rehat 5 minit selepas berjaya selesaikan sesuatu masalah, bertepuk tangan dsb

Komponen Kemahiran Memperkukuh (secara positif)

Penggunaan bahasa lisan

gunakan perkataan dan frasa yang positif seperti bagus, baik, tepat sekali, dan sebagainya

Gunakan kiu lisan tambahan seperti um, aha, teruskan, fikir sekali lagi, untuk galakkan pelajar berfikir lebih lanjut

Penggunaan ganjaran

Sekali-sekala beri peluang pelajar menjalankan projek, lawatan, mencari maklumat di perpustakaan, bermain permainan yang mendidik, atau membatalkan kerja rumah jika pelajar mencapai tahap masteri

Penggunaan jawapan pelajar

Struktur semula atau susun semula jawapan pelajar

Ulang jawapan pelajar

Bina idea atau konsep selanjutnya berdasarkan jawapan pelajar

Tulis jawapan pelajar di papan tulis

Penggunaan tindakan bukan lisan

Gunakan bahasa isyarat seperti mengangguk kepala, senyum, mengangkat ibu jari, menepuk tangan, menepuk belakang, menghampiri pelajar dan mendengar dengan tekun atau memberi perhatian penuh

Prinsip Memperkukuh (secara positif)

  • Tunjukkan kemesraan, keghairahan/semangat kesungguhan, dan masukkan unsur kecindan
  • Berfikiran terbuka terhadap kelakuan pelajar
  • Pelbagaikan kaedah, media, teknologi dan aktiviti
  • Bersifat ikhlas

https://youtu.be/Aq7wVlbQnEM

penutup

Aspek Kognitif

Melihat semula/memperkukuh dan meringkaskan hasil pembelajaran.

Menilai kefahaman pelajar.

Beberapa soalan yang boleh diajukan pada sesi penutup:

  • Apakah yang telah anda pelajari hari ini?
  • Bagaimana kita boleh meringkaskan perbincangan kita pada hari ini dalam beberapa ayat sahaja?
  • Apakah idea atau konsep utama yang telah kita bincangkan hari ini?
  • Bagaimana idea-idea utama yang kita bincangkan berkait antara satu sama lain?
  • Bagaimanakah perbincangan hari ini berkait dengan apa yang kita pelajari semalam?
  • Bagaimana agaknya idea atau konsep yang kita bincangkan hari ini boleh diaplikasi kepada situasi baru atau berbeza yang kamu mungkin hadapi pada masa hadapan?

Pelajar membuat refleksi ke atas apa dan bagaimana mereka belajar dan membuat kesimpulan

Cuba jadikan pengakhiran pelajaran sesuatu yang tidak dapat dilupakan

Membuat perkaitan dengan pelajaran akan datang

Memberi kerja rumah/pembacaan yang sesuai

Aspek Sosial

Nilai afektif: Perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan pengalaman belajar.

Cuba jadikan pelajar berasa apa yang mereka pelajari itu penting dan istimewa.

Contohnya bertanya:

  • Apakah kebaikan yang diperoleh daripada mengetahui bagaimana prinsip ini boleh diaplikasikan?
  • Bagaimana perasaan kamu tentang pengalaman pembelajaran hari ini?
  • Adakah kamu pelajari sesuatu yang baru?
  • Adakah ia menarik?
  • Adakah pelajaran hari ini berguna di luar bilik darjah?
  • Bagaimanakah pelajaran hari ini boleh membantu kamu membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dalam kehidupan kamu di luar bilik darjah?
  • Adakah kamu berasa seronok dengan pembelajaran hari ini?

membuat refleksi

Tujuan membuat refleksi

  • Mengenal pasti isu/masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambahbaikan
  • Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
  • Merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme

Komponen kemahiran membuat refleksi

  • Mengenal pasti isu/masalah yang signifikan
  • Mengenal pasti sumber masalah
  • Melihat masalah dari sudut berbeza dan mengambil kira/mengaplikasi teori dan prinsip pendidikan bagi menerang masalah yang dihadapi
  • Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
  • Menyatakan pengajaran yang diperoleh atau kesedaran baru yang timbul
  • Menyatakan langkah-langkah atau tindakan yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah atau menambahbaik amalan

kemahiran D

Kemahiran

Penggunaan Papan Hitam, Demonstrasi,

Perbincangan, Amali

papan hitam

Alat paling asas dalam sesuatu kelas – keberkesanannya bergantung kepada perancangan dan penggunaan secara betul

Meliputi perancangan menggunakan papan hitam, kualiti tulisan serta kekemasan tulisan + persembahan

Ee Ah Meng (1999) – 4 prinsip penggunaan papan hitam

  • Rancang penggunaan papan hitam lebih awal untuk pengajaran yang berkesan
  • Mahirkan diri dalam kerja-kerja grafik supaya rajah lebih menarik
  • Pastikan tulisan dan rajah dapat dilihat oleh semua murid dalam kelas
  • Teknik penggunaan hendaklah dipelbagaikan – pelbagai deria murid dapat digunakan – murid juga di beri peluang menulis + melukis di papan hitam

Komponen kemahiran

Kejelasan

saiz tulisan sesuai, tulisan kemas, lurus dengan jarak yang sesuai, kerja grafik jelas

Susunan

penggunaan ruang yang sesuai utk nots, rajah, ilustrasi, bahan-bahan pengajaran di atur

Penonjolan atau penekanan

penggunaan warna yg bermakna + sesuai, penggunaan perbandingan yang berkesan

Teknik persembahan

pembentukan konsep melalui pembinaan carta/rajah, dapat mudahkan konsep yang susah, libatkan murid lisan + fizikal

demonstrasi

Prinsip Menjalankan Demonstrasi

  • Seboleh-bolehnya libatkan pelajar dengan menjalankan demonstrasi interaktif (misalnya teknik demonstrasi POE)
  • Utamakan proses induktif berbanding deduktif dan mulakan dengan soalan
  • Tunjukkan keterujaan supaya demonstrasi kelihatan ‘hidup’
  • Pastikan semua pelajar boleh dengar dan lihat dengan jelas
  • Sentiasa bertanya soalan berorientasi inkuiri
  • Dengan satu siri soalan, bantu pelajar menemui konsep yang hendak diajar
  • Beri pengukuhan positif
  • Lakukan penilaian demonstrasi untuk penambahbaikan

Tujuan membuat demonstrasi

Mengajak pelajar menjalankan inkuiri terbimbing

Membantu pelajar membina kefahaman

Merangsang pemikiran kritis dan kreatif

Komponen Membuat Demonstrasi

  • Membuat persediaan awal
  • Tentukan konsep, prinsip, proses, yang hendak diajar
  • Tentukan aktiviti dan bahan serta peralatan yang sesuai
  • Jana beberapa soalan penting yang akan digunakan
  • Lakukan latihan sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas bagi memastikan demonstrasi berjaya

Jenis-jenis demonstrasi

  • Demonstrasi guru
  • Demonstrasi guru-pelajar
  • Demonstrasi pelajar
  • Demonstrasi tetamu jemputan

teknik demonstrasi POE= Predict Observe Explain (White dan Gunstone, 1992)

Langkah 1 : melakukan prediksi Predict

Langkah 2 : melakukan Obseravsi (Observation)

Langkah 3 Menjelaskan (explain)

perbincangan

Tujuan mengadakan perbincangan

Melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran

Melibatkan pelajar dalam proses menyelesaikan masalah saintifik berbanding mengajar isi kandungan

Memperkukuhkan pembelajaran

Meransang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Memberi maklum balas pantas kepada guru tentang kefahaman pelajar

Langkah-Langkah Mengendali Perbincangan Kumpulan Besar

Langkah 1: Perancangan

Tetapkan tujuan dan objektif

Senaraikan soalan utama yang boleh membawa kepada pencapaian objektif

Rancang penggunaan demonstrasi yang menarik untuk memotivasi dan merangsang sifat ingin tahu pelajar (jika sesuai)

Langkah 2: Pelaksanaan

  • Mulakan dengan satu persoalan saintifik
  • Galakkan pelajar menjana hipotesis dan menyatakan bukti
  • Gunakan pendekatan pembelajaran yang menekankan persoalan “Apa pendapat kamu?”
  • Aplikasi langkah-langkah menyoal
  • Akhiri perbincangan dengan meminta pelajar membuat refleksi tentang apa yang telah dibincangkan dan meringkaskan isi-isi penting
  • Gunakan soalan reflektif sekerap yang mungkin. Soalan reflektif adalah mirip soalan probing.

  • Ingatkan pelajar peraturan berbincang seperti mendengar apabila pelajar lain sedang memberi idea, dan mengelak daripada memburukkan idea atau soalan pelajar lain
  • Pastikan semua pelajar dilibatkan dengan memerhati semua pelajar dan mengelak daripada seolah-olah bercakap dengan pelajar yang bertanya sahaja

amali

Tujuan menjalankan kerja amali

  • Meningkatkan penguasaan isi kandungan
  • Memberi peluang pelajar mengalami tabii, kaedah, dan semangat sains
  • Membina kemahiran dan sikap saintifik
  • Membina kemahiran berfikir kritis dan kreatif
  • Membina kemahiran praktik yang generik
  • Membina pengetahuan sains secara empirik
  • Membina kemahiran bekerja dalam kumpulan

Prinsip mengendali kerja amali

  • Tentukan objektif kerja amali
  • Tumpukan kepada sebilangan kecil kemahiran sahaja bagi satu-satu pengajaran
  • Sediakan bahan, peralatan, dan sumber secukupnya sebelum amali hendak dijalankan
  • Sebaiknya bahagikan pelajar secara berpasangan atau bertiga (kumpulan kecil)
  • Seimbangkan amali tradisional dengan amali berbentuk inkuiri mengikut kebolehan pelajar
  • Wujudkan persekitaran yang mengujakan, meransang sifat ingin tahu, dan bersemangat sains di makmal
  • Beri peringatan tentang peraturan keselamatan di makmal
  • Ajar terlebih dahulu kemahiran asas kerja amali bagi mengelak kemalangan dan cara bertindak apabila berlaku kemalangan

Team

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi