Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
Dix et al (1998)
Interaksi manusia-komputer menyediakan input yang sangat penting di dalam rekabentuk pakej pembelajaran dan merupakan sebahagian penting daripada proses rekabentuk.
Johnson (1992)
Antaramuka di antara pengguna dan komputer dan boleh melibatkan perkakasan dan perisian.
Lewis dan Rieman (1993)
Antaramuka pengguna yang asas sepatutnya termasuk perkara-perkara seperti menu, tetingkap, papan kekunci, tetikus, bunyi beep dan bunyi lain yang dihasilkan oleh komputer.
-Antaramuka pengguna merupakan bahagian sistem yang akan dikendalikan oleh pengguna, untuk mencapai dan melaksanakan fungsi-fungsi suatu sistem
-Antaramuka bagi sesuatu sistem menggabungkan elemen-elemen daripada sistem, elemen-elemen daripada pengguna dan juga kaedah komunikasi atau interaksi di antara kedua-duanya
-Antaramuka pengguna perlu direkabentuk supaya ia lebih mudah dan jelas
-Rekabentuk antaramuka pengguna merupakan satu proses yang kompleks
• Antaramuka Sistem Berkelompok
• Antaramuka Berorentasikan Baris-Arahan
• Antaramuka Skrin Penuh Antaramuka Pengguna Bergrafik
• Antaramuka Pengguna Masa Depan
-Generasi antaramuka pengguna yang mula-mula diperkenalkan
-Pengguna berinteraksi dengan sistem melalui penghantaran kerja secara berkelompok
-Semua arahan perlu dihantar terlebih dahulu sebelum sebarang hasil keputusan dicetak
-Antaramuka sIstem berkelompok mempunyai paras kebolehgunaan yang rendah
-Sistem yang mula-mula menggunakan antaramuka baris-arahan adalah sebuah mesin taip yang dikenali sebagai Tele-type (TTY)
-pengguna berinteraksi dengan sistem dengan cara menaip arahan-arahan secara baris demi baris
-Ia tidak memberi kebebasan kepada pengguna semasa berinteraksi dengan komputer, misalnya pengguna tidak boleh bergerak disekitar skrin
-Pada hari ini, antaramuka pengguna baris-arahan masih meluas digunakan pada sistem-sistem pengoperasian DOS dan UNIX.
-Antaramuka pengguna yang menggunakan perwakilan-perwakilan visual seperti grafik, ikon dan animasi untuk mewakili komponen-komponen antaramuka tersebut
-Antaramuka pengguna bergrafik menggunakan metafora dunia sebenar dan menyediakan interaksi berdasarkan kepada tetingkap, ikon, menu dan penuding (Window, Icon, Menu and Pointer –WIMP).
-penambahan unsur-unsur animasi objek dan audio (suara dan bunyi)
-Unsur dimensi ketiga (dimensi spatial/ruang) juga telah ditambah kepada antaramuka pengguna moden dalam pembentukan persekitaran realiti maya
Upcoming Events