Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

MPU23052-SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN DALAM ISLAM

KAEDAH IBU TUMPANG: ALTERNATIF MEMPEROLEHI ZURIAT

SITI AISHAH UDA (22DAG22F2021)

NUR ATHIRAH BINTI MIOR IBRAHIM (22DAG22F2060)

NUR HAZWANI BINTI ABDUL HADI (22DAG22F2063)

NUR NABIHAH BINTI AHMAD IZHAR (22DAG22F2085)

SEM 2 SESI 1 2023/2024

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN, OBJEKTIF&

PENGENALAN

1. Objektif

2. Pengenalan:

-Kaedah Ibu Tumpang:Alternatif Memperolehi Zuriat

-Hukum

3. Isi-isi Penting:

-Keunikan

-Kepentingan

-Ayat Al-quran

-Proses Kaedah Ibu Tumpang

4. Teknologi

5. Kesimpulan

6. Gambar

7. Rujukan

MPU23052-SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN DALAM ISLAM

1. Untuk memenuhi silibus MPU 23050 Sains Teknologidan Keislaman.

2. Membincang takrifan kaedah ibu tumpang: Alternatif memperolehi zuriat.

3. Menghuraikan kepentingan dan keunikan kaedah ibu tumpang.

4. Menerangkan proses kaedah ibu tumpang.

5. Menghubungkan ayat al-Quran yang berkaitan dengan ibu tumpang.

6. Menghasilkan penemuan Sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia.

7. Mengaitkan tajuk dengan kaedah fiqh.

OBJEKTIF

PENGENALAN

PENGENALAN

Dengan berkembangnya teknologi di dunia perubatan, pasangan suami isteri dapat memiliki bayi melalui janin orang lain. Kaedah ini juga dikenal sebagai surrogate mother atau ibu pengganti. Meskipun begitu, masih banyak orang yang belum sepenuhnya memahami cara kerja kaedah surrogate mother ini.

Istilah surrogate mother bukanlah hal yang baru. Seorang ibu pengganti atau lebih dikenal sebagai “surrogate mother” adalah istilah yang digunakan untuk merujuk pada wanita lain yang meminjamkan rahimnya untuk membantu pasangan memiliki anak.

Ibu pengganti akan hamil melalui inseminasi buatan menggunakan sperma ayah. Selain itu, ia juga dapat hamil dengan menempatkan sel telur ibu kandungnya dan sperma bapa di dalam rahimnya. Proses ini disebut “fertilisasi in vitro” (IVF).

Setelah hamil, ibu pengganti akan membawa bayi dalam kandungan sampai lahir. Dengan meluncurkan WebMD, tidak ada hubungan genetik antara ibu pengganti dan anak kerana telur yang digunakan bukan miliknya.

Kaedah ini sering digunakan untuk orang yang mengalami kesulitan hamil kerana alasan tertentu, seperti masalah rahim, histerektomi untuk mengangkat rahim, dan keadaan lain seperti penyakit jantung.

Sebenarnya kaedah tabung uji adalah lebih baik dan telah terangkan beberapa kali dalam isu ini. Adapun dengan mengambil mani suami dan isteri, kemudian diletakkan pada rahim wanita yang lain untuk disewa atau diminta pertolongan darinya, maka para ulama menyatakan tidak dibolehkan sama sekali.

Ini kerana, ia sudah tentu akan menimbulkan pelbagai konflik di kemudian hari, bahkan emosi yang menanggung anak itu sendiri, atau hamilkan anak tersebut akan terikat kuat dengan anak tersebut. Di sini juga akan memberi ruang dan peluang dengan sewenang-wenangnya berlaku perzinaan atau seumpamanya. Maka sewajarnya suami isteri tidak memilih cara seperti itu.

GAMBAR

HARAM

“Menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada pasangan suami isteri yang sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan”

HUKUM

KEUNIKAN

Menggunakan rahim wanita lain untuk mengandungkan benih wanita (ovum) yang telah disenyawakan dengan benih lelaki (sperma) (yang kebiasaannya suami isteri), dan janin itu dikandung olch wanita tersebut sehingga dilahirkan. Kemudian anak itu diberikan semula kepada pasangan suami isteri itu untuk memeliharanya dan anak tersebut dikira anak mereka dari sudut undang-undang

Kaedah ini dikenali dengan sewa rahim kerana lazimnya pasangan suami isteri yang ingin memiliki anak ini akan membayar sejumlah wang kepada ibu tumpang atau syarikat yang menguruskan kerja mencari ibu tumpang yang sanggup mengandungkan anak percantuman benih mereka dan dengan syarat ibu tumpang tersebut akan menyerahkan anak tersebut setelah dilahirkan atau pada masa yang dijanjikan. Kaedah ini termasuk dalam ruang lingkup.

Kaedah persenyawaan luar rahim yang lebih dikenali sebagai bayi tabung uji. 'Kaedah bayi tabung uji lebih umum kerana sperma suami atau lelaki lain disenyawakan dengan ovum isteri atau wanita lain di dalam radas makmal, kemudian benih yang telah disenyawakan tadi dimasukkan semula ke dalam rahim isteri atau wanita lain, manakala kaedah penyewaan rahim lebih khusus hanya kepada yang melibatkan penyewaan rahim wanita lain sebagai pihak yang ketiga (bukan isteri) dan kebiasaannya benih yang dimasukkan ialah benih suami isteri.

ISI-ISI PENTING &

TEKNOLOGI

KEPENTINGAN

KEPENTINGAN

1. Untuk memperolehi zuriat bagi pasangan yang sudah berkahwin lama tetapi belum mendapat keterunan disebabkan oleh masalah untuk melahirkan anak atau mengandungi seperti isteri pasangan tersebut mengalami masalah rahim.

2. Memberi ketenangan fikiran: pengambilan anak angkat boleh menyebabkan keluarga yang baru menjadi ibu bapa berasa tidak berdaya atas perjalanan tanggungjawab apa bila memasuki dunia keibubapaan, maka, ibu tumpang memberi mereka keupayaan untuk tidak terlibat dalam langkah pertama proses dunia keibubapaan.

AYAT AL-QURAN

1. Firman Allah SWT :

ان

Maksudnya: “ Ibu-ibu mereka tidak lain melainkan ibu yang

melahirkan mereka”

Dalam ayat ini Allah menafikan keibuan bagi wanita yang tidak

melahirkan kerana ayat ini datang dalam shigah al-hasr bererti ibu ialah wanita yang melahirkan. Jadi, bagaimana wanita yang melahirkan anak tidak methabitkan nasab anak yang dilahirkannya?

AYAT AL-QURAN

2. Firman Allah SWt :

Maksudnya : “ Ibunya mengandungkannya dengan susah payah

dan melahirkannya dengan susah payah pula

Allah menjelaskan ibu yang mengandungkan dan melahirkan dalam keadaan susah payah

PROSES

PROSES IBU TUMPANG

1. Sperma dan ovum pasangan suami isteri disenyawakan di luar, kemudian dipindahkan ke rahim perempuan ajnabi yang lain.

2. Sperma dan ovum pasangan suami isteri disenyawakan di luar, kemudian dipindahkan ke rahim isteri lelaki yang lain (bagi yang berpoligami).

3. Sperma dan ovum diambil daripada lelaki dan perempuan yang berlainan, lalu disenyawakan di luar dan kemudiannya dipindahkan ke rahim perempuan ajnabi yang lain dan apabila telah selamat melahirkan anak, maka diserahkan kepada mereka yang menginginkan zuriat.

4. Sperma si suami disenyawakan dengan ovum perempuan ajnabi yang mana perempuan tersebut akan mengandungkan anak tersebut dan apabila selamat melahirkan anak itu, maka akan diserahkan anak itu kepada lelaki tersebut dan pasangannya. Manakala wang ganjaran pula akan diserahkan kepada perempuan ajnabi tersebut.

5. Ovum si isteri akan diambil bersama sperma daripada lelaki ajnabi dan kemudian dipindahkan ke dalam rahim perempuan ajnabi yang lain dan selepas melahirkan anak tersebut maka diserahkan kepada pasangan yang menginginkan anak tersebut beserta bayaran kepada ibu tumpang tersebut.

TEKNOLOGI

Assisted Reproductive

Technologies (ART)

TEKNOLOGI

In Vitro

Fertilization (IVF)

Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan kejuteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia

SOALAN 1 & SOALAN 2

- Menurut tajuk ibu tumpang, manfaat kepada keselesaan manusia adalah ibu-ibu yang mahukan zuriat tetapi tidak mahu melalui fasa mengandung atas kerana takut atau tidak mempunyai harapan untuk mengandung kerana mengalami masalah penyakit yang boleh merisikokan nyawa.

- Oleh kerana itu, pada abad kini ramai wanita yang sanggup menyewa ibu tumpang dengan harga yang sangat tinggi dan hal ini juga adalah menjadi salah satu punca utama bagi golongan wanita yang kurang pendidikan sanggup menjadikan “ibu tumpang” sebagai kerjayanya kerana menerima bayaran yang lumayan walaupun amalan ibu tumpang ini diharamkan.

- Walaupun perkara ini memberikan keselesaan dari segi sains kerana amalan ibu tumpang ini merupakan idea sains yang dapat membantu masyarakat di negara luar tetapi bagi insan yang bertuhan dan beriman, semestinya perkara ini adalah bukan suatu keselesaan kerana ianya akan menggangu nasab atau zuriat kerana bercanggah dengan perintah tuhan

FIQH

setiap perkara dinilai berdasarkan niat (al umur bimamaqasidiha)

Ini sepertimana yang telah diputuskan oleh badan fatwa dunia seperti Majma’ al-Fiqh al-Islami (Arab Saudi) dan juga Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah (Mesir). Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah melalui fatwanya yang telah dikeluarkan melalui Dar al-Ifta al-Misriyyah menyebut:

“Adapun menyewa Rahim hukumnya adalah HARAM pada syara’. Fatwa Majma’ al-Buhuts al-Islamiyyah telah mengeluarkan keputusan nombor 1 pada 29 Mac 2001 yang mengharamkan penyewaan rahim. Para ulama fiqh kontemporari juga sepakat mengenai keharamannya. Salah satu sebabnya adalah karena tidak dapat dipastikan siapa ibu yang sebenarnya bagi bayi itu disebabkan terdapat pihak ketiga (pemilik rahim yang disewa). Sehingga timbul permasalahan tentang siapakah yang lebih berhak menjadi ibu bayi itu. Apakah wanita pemilik sel telur (ovum) yang darinya tercipta janin itu dan yang membawa seluruh sifat, atau wanita yang di dalam rahimnya seluruh proses perkembangan bayi itu berlaku sehingga menjadi janin yang sempurna? Adanya perselisihan dan perdebatan yang besar seperti ini bertentangan dengan tujuan dan maksud syariat Islam yang meraikan kestabilan, ketenteraman dan menghilangkan pertikaian atau membatasinya kadar yang selayaknya.”

kemudaratan hendaklah dihilangkan (ad dhadar yuzal)

Kemudaratan hendaklah di hilangkan di sebabkan kaedah ibu tumpang ini tidak dapat menentukan keturunan bayi tersebut. Oleh itu masyarakat yg beragama islam tidak boleh menggunakan kaedah ibu tumpang utk mendapatkan anak.

KESIMPULAN,GAMBAR &RUJUKAN

KESIMPULAN

Melihat kepada isu ini, pengharaman bagi kaedah ini adalah bertitik tolak dari maqasid syari’ah iaitu prinsip hifz al-Nasl (menjaga nasab keturunan). Penggunaan kaedah ibu tumpang boleh menyebabkan berlakunya percampuran nasab yang mana boleh menimbulkan keraguan dan juga kecelaruan.

Dengan membenarkan penggunaan khidmat ibu tumpang, sudah barang tentu akan membawa kepada kecelaruan nasab, identiti dan juga keturunan dan lebih besar lagi boleh membawa kepada pergaduhan serta permusuhan jika masing-masing mendakwa anak itu adalah anaknya.

Justeru, kami dengan tegas mengatakan bahawa hukum menggunakan khidmat ibu tumpang adalah HARAM.

Sungguh, anak itu adalah rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada siapa yang dia kehendaki bahkan Allah SWT jugalah yang menahannya daripada dikurniakan kepada sesiapa juga yang dikehendaki. Mungkin ianya sebagai ujian yang diberikan oleh Allah SWT kepada hambanya untuk melihat sejauh mana seseorang itu mampu untuk bersabar dan reda dengan ketentuan Allah SWT.

GAMBAR

RUJUKAN

https://tibbians.tripod.com/shuib3.pdf

https://www.utusanborneo.com.my/2017/11/12/idea-ibu-tumpang-daripada-perspektif-agama

https://maktabahalbakri.com/526-khidmat-ibu-tumpang-surrogate-motherhood/

https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1235-irsyad-al-fatwa-ke-130-hukum-terhadap-penggunaan-ibu-tumpang-surrogate-mother

https://ms.wikipedia.org/wiki/Ibu_tumpang

https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1235-irsyad-al-fatwa-ke-130-hukum-terhadap-penggunaan-ibu-tumpang-surrogate-mother

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi