MPU 21032 Penghayatan etika dan peradaban : Sejarah Penggubalan Perlembagaan Sebagai Tapak Integrasi dan Wahana Etika dan Peradaban Di Malaysia
NAMA KUMPULAN : IBNU SINA
Lim Zong Yang (14DKA21F2015)
Akmal Alif Bin Arfian (14DKA21F2007)
Misha Amelia Binti Meswan (14DKA21F2021)
Nurul Syafiqah Syahirah Binti Mohd Nor (14DKA21F2005)
Wan Muhammad Humaidi Bin Wan Kamarozaman (14DKA21F2018)
TEORI, KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN
- CIRI-CIRI TAPAK INTEGRASI
- KEPENTINGAN TAPAK INTEGRASI
- CABARAN MEMUPUK PENGHAYATAN INTEGRASI
WAHANA SOSIAL
Dari segi definisi Integrasi adalah satu proses yang menyatukan kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama
CIRI-CIRI TAPAK INTEGRASI
WAHANA SOSIAL DAN CIRI-CIRI TAPAK INTEGRASI
Sebuah ruang sosial, abstrak dan nyata
Satu titik pertemuan untuk kelompok-kelompok strategik
Usaha membina tapak integrasi diterapkan dan menuju kearah penyatupaduan
- Akomodasi majoriti dan minoriti sedar dan menghormati norma dan nilai masing-masing
- Amalgamasi asimilasi biologi antara majoriti dan minoriti, khususnya melalui perkahwinan
TEORI INTEGRASI DAN KEPENTINGAN TAPAK INTEGRASI
KEPENTINGAN TAPAK INTEGRASI
- Keperluan hidup masyarakat
- Memastikan hah-hak sosioekonomi
- Berfikir positif, bersedia, dan saling bantu-membantu
CABARAN MEMUPUK PENGHAYATAN INTEGRASI
- Sifat perkauman ini boleh mewujudkan hubungan yang tegang dan menjarakan sosial antara individu
- Akulturasi meminjam budaya di kalangan etnik yang berbeza, majoriti dan minoriti
- Sikap prasangka buruk antara kaum dan mengutamakan etnik sendiri
- Kurangnya percampuran dan interaksi sosial antara kaum
- Tanda Kesempurnaan aqidah
TAHAP
TAPAK INTEGRASI
sebuah ruang abstrak dan ruang nyata di mana pelbagai pilihan kelompok masyarakat yang berbeza etika dan peradaban , bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan dan titik pertemuan secara aman dan harmoni
MAKRO : Peranan Kerajaan (atas ke bawah)
MAKRO
MESO (peranan NGO)
- Memberi fokus kepada peranan NGO iaitu badan bukan kerajaan dan juga merupakan sektor ketiga mewakili masyarakat dan beroperasi dalam persekitaran yang berdaya saing .
- NGO memainkan peranan penting dalam mempercepatkan proses etnik di malaysia
- NGO adalah swasta, pertubuhan sukarela atau persatuan yang datang bersama sama dengan tujuan yang sama
- Terbahagi kepada 3 iaitu : NGO sosial , NGO keselamatan dan hak asasi manusia , NGO pendidikan dan keagamaan.
MESO
MIKRO (peranan rakyat)
Penerimaan budaya
- masyarakat pada zaman kini mula menerima budaya yang berbeza dari aspek makanan dan pakaian.
- sebagai contoh, pemakaian baju kurung yang digayakan oleh orang bukan islam
- kawasan perumahan juga terdiri daripada pelbagai jenis kaum yang berbeza .Hal ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain
Rumah terbuka
- diadakan oleh setiap rakyat malaysia apabila menyambut sesuatu perayaan sama ada kaum melayu, cina , india dan sebagainya.
- walaupun berlainan etnik, aktiviti rumah terbuka sering dikunjungi oleh etnik lain
- setiap etnik menitik beratkan sensitiviti yang ada pada agama seperti makanan yang dihidangkan
MIKRO
Tapak integrasi tidak rasmi
- rakyat bersatu padu dalam mematuhi prosedur dan juga peraturan yang telah dtetapkan oleh kerajaan
- menghormati pasukan keselamatan dan anggota barisan hadapan yang sentiasa bersedia menawarkan diri sebagai sukarelawan walaupun risiko yang akan dihadapinya adalah sangat tinggi.
PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI DAN TAPAK INTEGRASI
PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI DAN TAPAK INTEGRASI
MENGIKAT MASYARAKAT UNTUK MERUJUK PADA SATU UNDANG YANG SAMA UNTUK SESUATU MASALAH SUPAYA TIDAK BERCANGGAH SATU SAMA LAIN
MENGIKAT MASYARAKAT UNTUK MERUJUK PADA SATU UNDANG YANG SAMA UNTUK SESUATU MASALAH SUPAYA TIDAK BERCANGGAH ANTARA SATU SAMA LAIN.
- Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963, disebutkan bahawa, Bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan akal kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen.
- Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa “Agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.
MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM PENTADBIRAN NEGARA.
Penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang memperuntukkan penubuhan badan yang dipanggil MKN, membolehkan pihak kerajaan mengisyhtiharkan kawasan keselamatan, menjelaskan kuasa-kuasa khas pasukan keselamatan di kawasan keselamatan dan perkara-perkara berkaitan
MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM PENTADBIRAN NEGARA.
MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
- Hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat digunakan tetapi tertakluk kepada peruntukkan Akta Hasutan dan beberapa akta lain . Ini membawa maksud walaupun setiap rakyat dibenarkan untuk meluahkan pendapat dan pandangan masing-masing namun ia masih di bawah undang-undang di mana sekiranya berlaku unsur hasutan yang boleh menghuru-harakan keharmonian masyarakat, seseorang masih boleh diambil tindakan.
MELINDUNGI KEPENTINGAN SEMUA KAUM DENGAN JAMINAN KEADILAN SOSIAL ANTARA KAUM
Contohnya perkara 149 berkenaan perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam. Di bawah perkara ini, disebut bahawa mana-mana perbuatan atau perkataan yang diutarakan, yang mana boleh menimbulkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5 (Kebebasan Diri), Perkara 9 (Larangan Buang Negeri dan Kebebasan bergerak), Perkara 10 ( Kebebasan Percakap Berhimpun dan Berpesatuan) atau Perkara 13 (Hak Terhadap Harta).
MELINDUNGI KEPENTINGAN SEMUA KAUM DENGAN JAMINAN KEADILAN SOSIAL ANTARA KAUM
- Mengekalkan elemen-elemen tradisi dalam perlembagaan
- Mengekalkan kelangsungan Sistem Negara Berpersekutuan
- Mengekalkan kedudukan agama secara umum dan Islam sebagai agama negara
- Mengekalkan kestabilan negara dengan menjaga kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik
- Menghadapi gelombang Hak Asasi dan Ore Baru Dunia
- Mengekalkan keamanan negara dengan mengawal dan menghapuskan aktiviti subversif dan negara terancam
CABARAN TAFSIRAN SEMASA
SEJARAH, DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN
SEJARAH PERLEMBAGAAN
SEJARAH
- Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang.
- Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
DEFINISI PERLEMBAGAAN
DEFINISI
- Perlembagaan ialah satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah Negara. Kini, Perlembagaan Malaysia mengandungi sebanyak 183 Perkara yang tergolong dalam 15 Bahagian. Antara kandungannya menyebut mengenai kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk dan tugas Yang di-Pertuan Agung, Parlimen, Kabinet.
KONSEP PERLEMBAGAAN
KONSEP
- Perlembagaan menentukan perkara Persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan perkara Negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan.
- Perlembagaan menentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya. Contohnya undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal ehwal luar negara dan sebagainya. Jika parlimen campur tangan dalam pembentukan undang-undang di luar perkara Persekutuan maka undang-undang tersebut adalah tidak sah.
- Kedudukan Yang Dipertuan Agung sebagai ketua negara, lambang taat setia rakyat, lambang negara, ketua Parlimen, ketua pemerintah dan sebagainya. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Baginda adalah raja berperlembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat jemaah Menteri.
- Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Kuasa Yang Dipertuan Agung sebagai ketiga-tiga cabang kerajaan (perundangan, pentadbiran dan kehakiman) juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
- Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh menahan seorang warganegara dari pulang ke tanah airnya dan tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana individu melainkan menurut undang-undang.