Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

TEORI PEMIKIRAN

KRITIS DAN KREATIF

EES2133 PEMKIRAN KRITIS DAN KREATIF

TEORI PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF

NAMA PENSYARAH : HALIMATUSSAADIAH ABDUL LATIFF

NAMA AHLI KUMPULAN:

1. RABIATUL ANA BINTI MOHD ZAMZURI

2. WAN NURAINI BINTI WAN ALI

3. KIRRTANAA MURALITHARAN

4. SHALINI DEWI GOPALAKRISHNAN

5. HANNAH ANBUALLAGAN

6. RAIHAH BINTI YAZIZ

7. ROSHINI GURUSAMY

8. TARSHWINI RAMAN MOHAN

Apakah itu pemikiran?

Pendahuluan

  • keunikan manusia terletak dalam keinginan untuk mengetahui sesuatu.
  • keupayaan intelek perlu dipupuk untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang.
  • proses berfikir adalah seperti operasi yg menggunakan fakta-fakta lain supaya faktor yg baru dapat dipercaya berdasarkan fakta yg sedia ada.

Pemikiran kritis

Perkataan KRITIS adalah berasal dari satu perkataan inggeris iaitu 'CRITIC' kata dasar KRITIS merupakam perkataan greek 'KRITHS' (KRITIKOS) yang membawa erti menimbang (judge).

Pemikiran

Kritis

Pemikiran Kritis

Pemikiran

kreatif

Mengikut Kamus Dewan (2000) memberi maksud berfikiran kreatif sebagai mempunyai kebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan seterusnya mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli.Kreatif juga merupakan keupayaan seseorang untuk mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea. Satu jenis pemikiran di mana seseorang dapat memikirkan pelbagai idea baru yang belum difikirkan olehorang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Hasil idea yang kreatif juga merupakan hasil idea yang diilhamkan sendiri daripada individu atau hasil daripada gabungan idea yang sedia ada.

Teori pemikiran

kritis

Teori Pemikiran kritis

Tokoh-Tokoh

1. Halpern 1993

2. Scriven dan Paul (2004)

Halpern 1993

Halpern 1993

Menurut Halpern, 1993 dalam kajian Akbariah (2009), sesetengah penyelidik menggunakan terma ‘pemikiran kritis’ dan ‘pemikiran tahap tinggi’ (higher order thinking) secara bertukar ganti, dan ada diantaranya yang membuat perbezaan yang jelas tentang kedua-dua terma ini. Terma-terma lain seperti ‘kemahiran berfikir’, ‘logik informal’, ‘penghujahan informal’, ‘penyelesaian masalah’, ‘argumentasi’ ‘refleksi kritis’, ‘penilaian reflektif’ dan ‘metakognisi’ turut menyumbang kepada kekeliruan yang sedia ada. Perkara-perkara lain yang sering diperkatakan dalam ‘pertelingkahan’ ini berkaitan dengan isu sejauh mana pemikiran kritis ini boleh diaplikasikan secara spesifik demean sesuatu subjek, perbezaan di antara seseorang pemikir ‘pakar’ dan ‘novis’ dalam sesuatu bidang, dan sejauh mana ‘novis’ ini dapat belajar untuk berfikir seperti ‘pakar’, kesukaran dalam membezakan kemahiran berfikir aras tinggi dan aras rendah untuk tujuan pengajaran, dan sama ada pemikiran kritis ini ditafsirkan sebagai satu proses atau satu set kemahiran.

Scriven dan Paul

(2004)

Scriven dan Paul (2004) pula mentakrifkan pemikiran kritis sebagai suatu proses pemikiran tentang apa jua perkara, isi kandungan atau masalah di mana pemikir meningkatkan mutu pemikirannya dan menetapkan piawaian secara intelektual ke atas pemikiran mereka. Pemikiran kritis merupakan proses intelektual secara berdisiplin,aktif dan berkemahiran dalam mengkonsepsi, mengaplikasi, menganalisa, mensintesis atau menilai maklumat yang diperolehi atau dibentuk hasil daripada pemerhatian, pengalaman, refleksi, penaakulan, atau komunikasi sebagai panduan kepada kepercayaan dan tindakan. Pemikiran kritis mempunyai nilai intelektual secara menyeluruh.

Scriven dan Paul

2004

PERBANDINGAN TEORI KRITIS ANTARA TOKOH HALPERN 1993 DENGAN SCRIVEN DAN PAUL 2004.

Perbandingan

Pemikiran secara mudah boleh difahami sebagai apa saja yang berlaku dalam minda kita. Kritis membawa banyak pengertian yang sederhana seperti sangat mendalam dan kritikal bagi mempertingkatkan pemahaman. Dalam pemikiran kritis, terdapat dua tokoh yang memberi pandangannya terhadap pemikiran kritis. Tokoh A adalah Halpern (1993) dan Tokoh B adalah Scriven dan Paul (2004).

Tokoh A mengatakan bahawa, sesetengah masyarakat menggunakan teori kritis sebagai ‘pemikiran tahap tinggi’ (higher order thinking). Terma-terma lain yang berkait dengan pemikiran kritis adalah logik informal, kemahiran berfikir, refleksi kritis, penilaian reflektif, dan metakognisi. Manakala Tokoh B mengatakan bahawa pemikiran kritis sebagai suatu proses pemikiran tentang apa jua perkara,di mana pemikir meningkatkan mutu pemikirannya dan menetapkan piawaian secara berdisiplin,aktif dan berkemahiran dalam mengkonsepsi atau menilai maklumat yang diperolehi atau dibentuk hasil daripada pemerhatian.

Teori Pemikiran Kreatif

Teori

Pemikiran

Kreatif

Tokoh-Tokoh:

1. Paul Torreance

2. Wallas G

Paul Torreance

Beliau merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya dalam bidang kreativiti masih lagi digunakan dalam bidang pendidikan sehingga hari ini. Berdasarkan kepada penulisan dan kerja-kerja penyelidikannya di dalam bidang kreativiti dan pendidikan akhirnya beliau telah diiktiraf sebagai Bapa Kreativiti. Torrance juga bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu. Instrumen yang telah berjaya beliau bangunkan dan perkenalkan adalah ‘Torrence Test of Creative Thinking’ (TTOCT). Di samping membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti beliau juga mencipta serta memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu. Beliau telah mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu.

Paul Torreance

PERCUBAAN

AKTIVITI

PENEMUAN

PEMERHATIAN

PENEROKAAN

PENYOALAN

Proses Pemikiran Kreatif

Proses

Pemikiran Kreatif

PENEROKAAN

Wallas G (1962)

Wallas G

Menurut Wallas G (1962) pemikiran kreatif berlaku dalam beberapa proses mental dan dapat dibahagikan kepada empat peringkat iaitu penyediaan, pengeraman, ilham dan pengesahan. Dalam peringkat penyediaan, ia bermula dari masa melakukan hingga hasil permulaan pemikiran yang sebenar. Proses ini perlu mengambil masa yang lama sekiranya terdapat halangan sebaliknya tidak mengambil masa yang panjang jika berlaku lonjakan kreatif. Walaubagaimanapun, peringkat ini akan melibatkan sikap ingin tahu, minat, pengaruh peristiwa persekitaran dan kemudahan fizikal serta aktiviti seperti eksperimen dan percubaan.Pada peringkat pengeraman pula, apabila menghadapi masalah yang rumit, biasanya penyelesaian hanya dapat diperolehi dengan berfikir dan menaakul selepas satu jangka masa yang lama. Dalam tempoh itu, kadang-kadang orang itu tidak memikirkan secara sedar tetapi ia tetap berfikir dan memerhati. Jangka masa berfikir di luar kesedaran ini disebut tempoh pengeraman (Mok Soon Sang,2009).Peringkat yang ketiga adalah ilham yang membawa maksud inspirasi. Peringkat ini berlaku setelah berfikir dan cuba berkali-kali, idea atau penyelesaian kreatif akan terhasil. Kemungkinan ilham akan terhasil secara spontan serta diiringi dengan semangat yang berkobar-kobar dan perasaan gembira. Biasanya, idea yang diperolehi itu mungkin hanya sebahagian ataupun menyeluruh tetapi tidak tersusun dan perlu diubahsuai untuk menjadi lebih bermakna.Peringkat yang terakhir adalah pengesahan. Proses mental akan menentukkan sama ada idea atau penyelesaian yang diperolehi itu logik dan dapat diterima. Jikalau idea atau penyelesaian itu bertepatan, ia mungkin diperincikan. Idea abstrak pula ditonjolkan dengan simbol dalam bentuk yang konkrit. Dalam mencari pengesahan ke atas idea untuk penyelesaian, idea sampingan atau tambahan mungkin dihasilkan bagi menyempurnakan penyelesaian.

Perbezaan pandangan tokoh ( Wallas G 1962 & Paul Torrance )

Menurut Wallas G (1962), pemikiran kreatif berlaku dalam beberapa proses mental dan dapat dibahagikan kepada empat peringkat iaitu penyediaan, pengeraman, ilham dan pengesahan manakala Paul Torrance, beliau telah mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu.

Perbezaan pandangan antara kedua tokoh ini adalah, Wallas G telah menerangkan pemeikiran kreatif berlaku dalam beberapa proses mental dan dapat dibahagiakan kepada empat peringkat, akan tetapi Paul Torrance telah menyatakan bahawa tujuh perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu. Menurut Wallas G, empat peringkat iaitu penyediaan yang merujuk kepada permulaan pemikiran yang betul, pengeraman yang merujuk kepada apabila seseorang menghadapi masalah, cara pemikiran yang kreatif, ilham yang merujuk kepada insipirasi dan pengesahan yang merujuk kepada penyelesaian yang diperolehi itu logik dan dapat diterima.

Perbezaan kedua dua tokoh ini adalah Wallas G berpandangan dari segi pemikiran kreatif dapat menyelesaikan sesuatu masalah atau kajian dengan mudah, akan tetapi Paul Torrance memberikan pandangan beliau sehingga mereka memahami bagaimana cara untuk mengetahui sesuatu perkara dan mencari jalan penyelesaian. Bukan itu sahaja, Paul juga memberikan pandangan beliau dari segi perkembangan otak seseornag individu.

Perbandingan

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi