Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading content…
Transcript

4

2

3

1

10 RUKUN BAI'AH

5

6

7

Mengikut Imam As Syahid Hassan Al-Banna, ada 10 rukun baiah yang perlu kita fahami dan selami maksudnya agar kita faham erti sebuah perjuangan.

9

8

10

Iaitu faham dan seterusnya meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiah yang sebenar. Kefahaman adalah kunci kepada keselamatan dan kejayaan dakwah kita kerana tidak mungkin Islam itu diperjuangkan oleh mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri. Pepatah Arab pernah menyebut yang bermaksud “orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mungkin dapat memberinya”.

Al-FAHM

Faham

Al-FAHM

Kita mesti faham apakah tujuan dan matlamat kita apabila terlibat dalam sesuatu perkara yang memerlukan kita berbaiah.Bila kita faham maka tidak akan timbul perasaan ragu-ragu untuk meneruskan perjuangan dalam sesuatu pertubuhan.Kefahaman yang dikendaki di dalam Rukun Bai’ah ini meliputi pecahannya yang dikenali sebagai al-Usool al-Isyreen (Usul 20) oleh al-Imam

asy-Syahid Hasan al-Banna.

Keikhlasan di sini bermaksud petugas Amal Islami mestilah meletakkan qasad atau niat pada perkataan dan perbuatannya secara menyeluruh kerana Allah, tanpa mempunyai apa-apa maksud terhadap keinginan harta, kemegahan atau gelaran. Dengan demikian itu jadilah ia Jundi (tentera) fikrah dan aqidah, bukannya jundi kemaslahatan.

AL-IKHLAS

Ikhlas

AL-IKHLAS

Ikhlas bermakna kita tidak harus mempertikaikan apa yang perlu kita korbankan dlm jalan perjuangan seperti masa, wang, idea dan tenaga. Hendaklah kita bergantung kpd Allah SWT. Penglibatan kita dalam menegakkan perjuangan fisabilillah tidak seharusnya kerana mengejar pangkat dan nama.

AL-AMAL

Amal

AL-AMAL

Petugas hendaklah bekerja dan melaksanakan kefahamannya serta merealisasikannya sebaik mungkin. Amal di sini meliputi pengelokan diri, pembentukan rumahtangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat antarabangsa sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu keseluruhannya bagi Allah (al-Anfaal: 39).

Bersedia untuk beramal didalam komuniti masyarakat disekeliling kita.

AL-JIHAD

Jihad

AL-JIHAD

Iaitu jihad yang kewajipannya berlangsung sehingga ke hari Kiamat. Ia merujuk kepada Hadith yang bermaksud “Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”. Jihad bukan sahaja berjihad dgn mengangkat senjata, tetapi menentang hawa dan nafsu di dalam diri kita juga adalah perkara jihad yang besar.

AT-TADHIYYAH

Pengorbanan

AT-TADHIY

YAH

Iaitu pengorbanan. Ia meliputi pengorbanan diri, harta, masa, hayat dan segala-galanya di jalan matlamat. Ia berhubung kait dgn "jihad" dan "ikhlas". Kita harus rela dan sedia berkorban melakukan sesuatu demi menegakkan panji Islam.

AT-THA’AH

Taat

AT-THA’AH

Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah ketaatan di dalam mematuhi perintah pimpinan dan melaksanakannya sama ada di dalam keadaan susah atau senang. Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasul. Mentaati kepada perjanjian yang dilafaz, perjuangan yg dibawa, pemimpin yang benar dan selagi mana benar.

AT-TSABAT

Tetap/Teguh

AT-TSABAT

Tsabat yang dikehendaki di sini adalah berkekalannya petugas Amal Islami bekerja dan berjihad ke arah merealisasikan matlamatnya tanpa diganggu gugat oleh panjangnya masa dan berleretan tempoh sehinggalah ia mati bertemu Allah. Dengan demikian itu ia berhasil memperolehi salah satu daripada dua kebaikan iaitu tercapainya kemenangan atau syahid. Teguh di atas perjuangan atau pendirian agama Islam dari segi aqidah, syariat dan

amalan.

At-Tajarrud bermaksud seorang Petugas Amal Islami itu menyempurnakan fikrahnya tanpa terpengaruh, terganggu atau terbawa-bawa dengan apa-apa campur aduk anasir yang berada di luar fikrahnya sama ada anasir itu berbentuk pengaruh idea, prinsip mahu pun individu.

AT-TAJARRUD

Tajarrud

AT-TAJAR

RUD

Menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati bahawa fikrah kita adalah fikrah tertinggi, mulia dan sempurna. Membersihkan dan melepaskan diri dari segala ikatan selain dari ikatan Allah SWT dan segala sikap yang berpihak selain kepada Allah SWT.

AL-UKHUWWAH

Ukhwah

AL-UKHUWWAH

Apa yang dikehendaki daripada Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan jiwa sesama petugas Amal Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan. Persaudaraan diatas dasar Islam. Saling membina kasih syg diantara satu sama lain agar tidak berpecah belah.

ATS-TSIQAH

Kepercayaan yang dimaksudkan di sini adalah tenteramnya hati seorang Jundi itu kepada pemimpinnya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu. Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat.

Percaya

ATS-TSIQAH

Percaya diantara satu sama lain di dalam segala gerak

perjuangan yang dilaksanakan berteraskan landasan Islam dan juga melahirkan kepercayaan di dalam kepimpinan amal kerana Islam.

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi