PENIPUAN ATAS TALIAN
(PENIPUAN CINTA)
PENGENALAN
- Penipuan atas talian pula atau lebih dikenali sebagai penipuan siber, boleh kita katakan sebagai perbuatan menipu yang terjadi secara atas talian.
- Antara contoh penipuan atas talian yang sering kita dengar adalah penipuan Macau Scam, penipuan pinjaman dan pelaburan, Love scam dan juga kegiatan keldai akaun (Nursuhaila, 2020).
- Bagi isu, Love Scam atau penipuan cinta, pemangsa lebih gemar mensasarkan wanita sebagai mangsa kerana mudah terpedaya dengan kata-kata manis dan emosi yang senang dipengaruhi.
OBJEKTIF KAJIAN
- Mengenal pasti tahap pengetahuan masyarakat terhadap penipuan cinta
- Mengkaji amalan perlindungan masyarakat terhadap penipuan cinta
KAJIAN LEPAS
- Jenayah siber adalah sesuatu bentuk perlakuan jenayah yang menggunakan beberapa jenis alat peranti elektronik melalui sambungan perkhidmatan internet yang membenarkan sesebuah perlakuan jenayah dilakukan (Anita Abdul Rahim dan Nazura Abdul Manap, 2004)
- Antara jenis penipuan dalam talian adalah penggodaman, pemindahan wang secara haram, phishing, penipuan siber & penipuan cinta (David Bainbridge, 2000)
- Jenayah penipuan cinta adalah terancang dan berperingkat, menurut laman rasmi Polis Diraja Malaysia (2014)
- Pada tahun 2011, penipuan cinta ini berada pada kedudukan yang kelima ke atas untuk penipuan internet (Internet Crime Complaint Centre, 2012)
- Seorang guru wanita di Alor Setar mendapat kerugian sebanyak RM 63,440 diperdayakan oleh seorang lelaki yang dikenali melalui aplikasi Instagram (Zulkiffli, 2021)
METODOLOGI
- Google Form digunakan dalam kajian ini.
- Lebih mudah dan menjimatkan masa.
- Soal selidik dikongsi ke 3 kumpulan Whatsapp dan 45 responden menjawabnya.
- Soal selidik terbahagi kepada 3, iaitu:
- Demografi
- Pengetahuan Terhadap Penipuan Cinta
- Amalan Pelindungan
- Skala likert 5 Tahap digunakan:
1= Sangat Tidak Setuju, 2= Tidak Setuju, 3= Tidak Pasti, 4= Setuju, 5= Sangat Setuju.
KAEDAH PERPUSTAAN
- Library Research (Intan, 2015)
- Mendapatkan data atau maklumat relevan bagi kajian
- Buku-buku, Jurnal, Majalah, Artikle
- Pengkaji menggunakan pencapaian laman sesawang (E-Jurnal)
DAPATAN- PENGETAHUAN TERHADAP PENIPUAN CINTA
DAPATAN- PENGETAHUAN TERHADAP PENIPUAN CINTA
DAPATAN- PENGETAHUAN TERHADAP PENIPUAN CINTA
DAPATAN- AMALAN PERLINDUNGAN
DAPATAN- AMALAN PERLINDUNGAN
PERBINCANGAN
- Menurut Norazlina (2018) dapatan dari kajian menunjukkan tahap pengetahuan jenayah ini berada pada tahap tertinggi iaitu sebanyak 460 responden (75.53%) daripada jumlah keseluruhan 609 responden.
- Kesedaran yang wujud dalam diri setiap individu dan perkongsian dari mangsa-mangsa terhadap kes penipuan cinta ini dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia terutama wanita.
- Setiap pengguna perlu mengenalpasti terlebih dahulu dengan siapa mereka berinteraksi. Bukan hanya sekadar nama, malah di mana dia tinggal dan maklumat lain perlu kita ketahui sebagai langkah untuk berjaga-jaga
- Pihak polis dan pekerja sosial juga memainkan peranan penting dalam usaha sama untuk membendung isu penipuan cinta atas talian daripada terus berleluasa.
KESIMPULAN
- Semua lapisan masyarakat di Malaysia perlu mengambil serius dalam kes jenayah siber ini.
- Semua ahli keluarga perlu mengetahui dengan siapa ahli keluarga mereka berteman.
- Rakyat Malaysia juga perlu mengetahui dan celik dalam bidang IT dan segala perkara digital ini untuk mencegah kes penipuan siber ini.