Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

Model Pendidikan Inklusif

DALAM PENDIDIKAN KHAS

PENGENALAN

Model Pendidikan Inklusif

Pengenalan

Pengenalan

Perlaksanaan pendidikan inklusif membekalkan pengalaman menarik dan produktif kepada murid berkeperluan pendidikan khas (MBK).

Pendidikan yang lebih bersifat tertumpu lepada keperluan murid berkeperluan pendidikan khas dalam kelas.

Perkembangan sosial adalah asas perkembangan holistik.

MODEL

PENDIDIKAN

INKLUSIF DALAM PENDIDIKAN KHAS

JENIS MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF DALAM PENDIDIKAN KHAS

Model-Model

Pendidikan Inklusif

Model A

Penempatan sepenuh masa dalam kelas tipikal dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

Model B

Penempatan sepenuh masa dalam kelas tipikal dengan mendapat khidmat nasihat dan bimbingan Guru pendidikan Khas

Model C

Penempatan dalam kelas tipikal dan kelas Khas atau pusat sumber

Model D

Penempatan di sekolah khas dan kelas satelit di sekolah aliran perdana

JENIS JENIS MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF DALAM PENDIDIKAN KHAS

Model E

Penempatan sepenuh masa di sekolah pendidikan khas

Penempatan sepenuh masa di rumah

Model F

Jenis Program Inklusif

Program inklusif memberi peluang kepada murid berkeperluan pendidikan khas untuk belajar di dalam kelas tipikal bersama-sama murid tipikal di aliran perdana

  • mengikuti kurikulum arus perdana
  • mendapat bimbingan sama rata oleh guru murid arus perdana serta sokongan bantuan dari guru pendidikan khas

JENIS PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS

Sebelum murid diinklusifkan, mereka perlu melalui proses prainklusif untuk penempatan sementara sebelum murid pendidikan khas dibenarkan mengikuti program inklusif dari aspek

1. Kurikulum arus perdana

2. Masa pembelajaran

3. Kemahiran asas

murid ini akan diinklusifkan selama 3 bulan untuk melihat sejauh mana murid tersebut dapat mengadaptasi dirinya dalam environmen murid tipikal dari aspek

  • tingkah laku
  • emosi
  • tidak menunjukkan sifat kendiri yang rendah

Sambungan

murid akan dibenarkan mengikuti kelas aliran perdana sekiranya murid tidak dapat menyesuaikan diri dengan kelas aliran perdana maka pihak sekolah akan menarik balik peluang belajar dalam kelas inklusif.

2 kategori Pendidikan Inklusif

  • Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa
  • Pendidikan SeparaInklusif

Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa

SEPENUH MASA

Murid berkeperluan pendidikan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuh masa dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas ( guru pembimbing ).

Ciri-Ciri Murid Pendidikan Khas Sepenuh Masa

Ciri-Ciri

  • Murid mengikuti semua subjek di kelas tipikal.
  • Nama murid kekal dalam daftar kelas integrasi pendidikan khas.
  • Guru kelas tipikal boleh mohon bantuan guru pendidikan khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan pembelajaran dan pengajaran dan tingkah laku.
  • Murid berkeperluan pendidikan khas yang berada dalam tahun enam/ tingkatan tiga/ tingkatan lima/ tingkatan enam diberi peluang mengambil peperiksaan yang sama seperti murid tipikal.
  • Murid berkeperluan pendidikan khas diajar bersama murid tipikal. Mereka terima perkhidmatan sokongan. Contohnya, murid masalah penglihatan dibenarkan menggunakan kanta pembesar, CCTV, Brailler, Komputer dan sebagainya.
  • Murid yang mempunyai masalah fizikal ringan / sederhana yang tidak mempunyai masalah kognitif boleh diinklusifkan. Contoh, murid berkerusi roda.

Pendidikan Separa Inklusif

SEPARA INKLUSIF

  • Murid berkeperluan pendidikan khas yang mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana
  • Dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing)

Ciri-ciri Pendidikan Separa Inklusif

Ciri-Ciri

  • Murid mengikuti pembelajaran di kelas aliran perdana hanya untuk subjek-subjek tertentu sahaja.
  • Waktu selebihnya, murid mengikuti pembelajaran dalam kelas integrasi.
  • Nama murid hendaklah didaftarkan dalam program pendidikan khas integrasi.
  • Guru pendidikan khas terlibat sebagai guru pembimbing / pendamping.
  • Ujian yang dijalankan terhadap murid kelas integrasi sama dengan murid tipikal.
  • Pemarkahan ujian formatif dan sumatif adalah sama.
  • Murid berkeperluan khas dibenarkan mendapat 25% masa tambahan dari masa peperiksaan tipikal untuk semua ujian dan peperiksaan.

Sambungan

Antara sekolah yang mempunyai Pendidikan Inklusif.....

Sekolah

  • SMK St. John, Kuala Lumpur – Masalah Penglihatan
  • SMK Methodist Boys, Kuala Lumpur – Masalah Pendengaran
  • SMK Malim, Melaka – Masalah Pembelajaran
  • SJK(C) Beratok, Kuching
  • SMK Khir Johari, Tg. Malim
  • SK Seri Kencana, Johor

Kebaikan Jenis Pendidikan Inklusif Sepenuh dan Separa

KEBAIKAN

  • Memberi peluang kepada murid bekeperluan khas
  • Dapat berinteraksi dengan semua murid tipikal
  • Murid aliran perdana mendapat peluang berkomunikasi secara terus dengan murid bekeperluan khas
  • Semua murid menikmati faedah dari pembelajaran bersama guru
  • Kerjasama antara guru program integrasi dengan guru aliran perdana
  • Ibu bapa akan lebih aktif dalam aktiviti sekolah
  • Membuka peluang tambahan untuk murid bekeperluan pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah
  • Lebih banyak peluang untuk berdikari
  • Belajar secara aktif-bercampur gaul dengan murid tipikal.
  • Mencari ikhtiar, sama ada strategi atau teknik pengajaran yang lebih sesuai
  • Murid inklusif akan cuba berlumba-lumba meningkatkan prestasinya dalam akademik
  • Murid tipikal lebih berupaya menghadapi cabaran pada masa hadapan
  • Murid bekeperluan khas dapat mencapai objektif Rancangan Pendidikan Individu dengan cepat

Sambungan

ORGANISASI FIZIKAL

PENGURUSAN PROGRAM INKLUSIF DI SEKOLAH

  • Terbahagi kepada 4 iaitu, susun atur kelas, dinding kelas, pencahayaan dan penyimpanan
  • Penyusunan kelas yang teratur dan teliti boleh mengurangkan kebisingan dan gangguan
  • Meningkatkan tahap dan kualiti interaksi pelajar
  • Penampilan kelas dan penggunaan ruang termasuk hiasan di dinding , pencahayaan, ruang lantai dan susun atur
  • Dinding kelas digunakan untuk mempamerkan hasil kerja pelajar dan menyampaikan maklumat sekolah seperti memo dan bulletin
  • Membantu pelajar yang mempunyai masalah tumpuan dan konsentrasi di dalam kelas
  • Dari sudut pencahayaan, memberi kesan kepada pelajar berkeperluan khas seperti masalah silau
  • Bagi yang mempunyai masalah penglihatan, kemungkinan mengalami kesukaran dalam pembelajaran
  • Sudut pencahayaan amat penting, kerana boleh menggangu emosi dan pembelajaran pelajar terganggu
  • Ruang dan lantai juga diambil kira, seperti contoh lantai licin menyukarkan pelajar berkerusi roda untuk bergerak
  • Mengehadkan pembelajaran dan kesukaran pelajar untuk bergerak aktif di dalam kelas
  • Penyimpanan juga penting di dalam organisasi fizikal, sebagai contoh pelajar yang masalah penglihatan harus mempunyai tempat penyimpana barangnya sendiri seperti buku braille, kanta pembesar dan buku saiz besar.
  • Manakala, pelajar yang kurang upaya penyimpanan barang mereka seperti tongkat dan sebagainya

Sambungan

Rutin Pentadbiran Kelas

RUTIN BAGI PENTADBIRAN KELAS

  • Rutin yang tersusun kepada pelajar digunakan secara konsisten dapat mengurangkan masa bukan akedemik
  • Rutin yang tersusun dapat meningkatkan masa pembelajaran
  • Mengurangkan masalah disiplin dengan mengadakan rutin kelas yang tidak dijangka
  • Sebagai contoh, guru mengatur rutin kelas dengan aktiviti menjalankan eksperimen sains, pendidikan fizikal atau bergerak ke makmal computer
  • Rutin ini dapat membantu pelajar mempunyai rasa yang kuat terhadap struktur mereka seperti pelajar lain yang normal

IKLIM KELAS

IKLIM KELAS

  • Iklim kelas menumpukan kepada suasana keseluruhan bilik.
  • Sebagai contoh, guru boleh mengadakan suasana kelas yang bercirikan kerjasama atau kompetitif berdasarkan tugas berkumpulan.
  • Guru juga boleh melihat adakah kemahiran interaksi positif berlaku dan disokong di dalam kelas.
  • Guru yang berkomunikasi secara berhemah dan percaya kepada pelajarnya dapat mengurangkan masalah tingkah laku berlaku.

PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TINGKAH LAKU

  • Merujuk kepada aktiviti guru yang secara tulus membentuk tingkah laku yang positif dalam diri pelajarnya.
  • Guru yang mewujudkan pembelajaran persekitaran yang berkesan mempunyai peraturan yang jelas dan sudah ditentukan di dalam kelas.
  • Guru juga perlu memberi hukuman yang sesuai terhadap tindakan pelajar yang melanggar peraturan.
  • Akhirnya, guru perlu kerap memantau tingkah laku pelajarnya.

PENGURUSAN MASA

Guru boleh menggunakan dua kaedah, iaitu menggunakan pengajaran masa (using instructional time) dan menguruskan masa transisi (managing transition time).

MASA

Menggunakan Masa Transisi

(Using Instructional Time)

(Managing Transition Time)

Menggunakan Pengajaran Masa

(Using Instructional Time)

Menggunakan Pengajaran Masa

Paine dan rakan-rakan (1983) mencadangkan beberapa cara bagi seorang guru boleh memaksimumkan masa pembelajaran akademik. Sebagai contoh, bagi meminimumkan aktiviti-aktiviti seperti mengasah pensil, membersihkan meja dan pelajar ke tandas, guru boleh mengajar pelajar bagaimana untuk melakukan tugasan tersebut secara berkesan dengan menekankan waktu bila untuk melakukannya pada masa-masa yang lebih sesuai.

Menggunakan Masa Transisi

(Managing Transition Time)

Menggunakan Masa Transisi

  • Transisi masa adalah masa yang diambil untuk menukar daripada satu aktiviti kepada aktiviti yang lain.
  • Ianya berlaku apabila pelajar duduk pada tempatnya dan bertukar ke tempat lain, bergerak ke tempat lain untuk aktiviti di dalam kelas lain, bergerak dari kelas lain ke tempat duduknya, meninggalkan kelas untuk pergi keluar atau tempat lain di bangunan sekolah, atau kembali ke kelas daripada menjalankan aktiviti luar atau tempat lain di bangunan sekolah (Paine et al, 1983)
  • Kajian mendapati guru menghabiskan banyak masa pembelajaran akademik dengan tidak menguruskan transisi secara baik (Ornstein & Lasley, 2004).
  • Paine dan rakan-rakan (1983) mencadangkan guru perlu menumpukan peraturan transisi yang spesifik dan mengajar kepada pelajar bagaimana peraturan tersebut perlu dilakukan.

Masalah Penglihatan

  • Duduk di belakang kelas
  • Mendengar pengajaran guru dan menggunakan Braille untuk menulis nota
  • Memerlukan pergerakan yang luas
  • Nota atau resos perlu disiapkan oleh guru sebelum masuk kelas

SUSUN ATUR KELAS INKLUSIF

Masalah Pendengaran

Masalah Pendengaran

Selalu duduk dihadapan kelas

Memerlukan seorang jurubahasa bahasa isyarat

1. Jurubahasa sepanjang masa

2. Jurubahasa separuh masa

- Menterjemahkan percakapan guru arus perdana kepada pelajar

- Perlu berisyarat semua perbualan secara komprehensif kecuali ‘utterances’

Masalah Pembelajaran

Boleh mengikuti mata pelajaran dengan baik diinklusifkan untuk menduduki peperiksaan awam

- Penilaian Menengah Rendah

- Sijil Pembelajaran Malaysia

- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

Masalah Pembelajaran

Masalah Fizikal

  • Mempunyai kad orang kurang upaya
  • Pelajar yang menggunakan kerusi roda dan tongkat
  • Menghadapi kesusahan semasa menaiki tangga atau semasa kecemasan
  • Berhak mendapat suasana pembelajaran yang akur kepada persekitaran tanpa batasan

Masalah Fizikal

TAMAT !

Sekian , Terima Kasih !

TAMAT !

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi