Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

TEORI

KEWUJUDAN

Apa itu Teori Kewujudan?

1

PENGENALAN

Tak tahu kan?

Teori Kewujudan

Pendekatan

falsafah

Bertanggungjawab dalam pilihannya

Yang digunakan dalam terapi

Manusia adalah bebas dalam membuat pilihan

Konflik di dalam diri manusia berlaku kerana manusia berkonfrontasi dengan kewujudannya

1. Kematian

2. Kebebasan

3. Tanggungjawab

4. Tiada erti hidup

Kewujudan yang dimaksudkan adalah

Teori kewujudan tidak menafikan manusia boleh

persekitaran

sosial

dipengaruhi oleh masa lepas

Tetapi manusia boleh memilih

Dibelenggu masalah lalu

Membuat pilihan

baru

2

PENGASAS

TEORI

KEWUJUDAN

PENGASAS TEORI

Frankl

merupakan pengasas teknik logoterapi

Menerima MD dan Ph.D dari

University of Vienna

Teori kewujudan berpendapat bahawa manusia bertanggungjawab dan mempunyai kebebasan untuk memilih

VICTOR FRANKL

(1902 - 1945)

Doktor perubatan dalam

bidang neurologi dan psikiatri

Teori ini diuji dalam kehidupan Frankl sendiri

Pengasas utama

teori kewujudan

Psikoterapi perlu membantu manusia menemui dan memahami pengertian hidup mereka

Melanjutkan pelajaran di peringkat doktor

falsafah di Columbia University, New York

May dikenali sebagai penyumbang utama dalam

psikoterapi humanistik dan merupakan Ahli Psikologi Kewujudan

ROLLO MAY

(1909 - 1994)

Pengalaman hidup May banyak

mempengaruhi teori yang diasaskannya

Psikoterapi perlu memfokuskan kepada masalah kewujudan dan penyelesaian masalah

Kewujudan

manusia perlu diseimbangkan dengan minat sosial

3

Pandangan Teori Terhadap Manusia

PANDANGAN TEORI TERHADAP MANUSIA

Kebolehan untuk Mengenal Diri Sendiri

Kebolehan untuk Mengenali Diri Sendiri

Manusia berupaya mengenali diri sendiri untuk memilih tingkah laku tertentu atau tidak bertingkah laku dengan tingkahlaku tertentu

Manusia tidak sewajarnya bersifat pasif dan berasakan bahawa kehidupannya di luar kawalannya

Manusia menyedari bahawa hala tuju hidup mereka terletak di tangan mereka

sendiri.

Mencari alternatif, motivasi, dan menentukan matlamat hidup mampu meningkatkan kesedaran kendiri

Cara manusia bertindak balas terhadap persekitaran adalah bersifat personal iaitu mereka berupaya menentukannya.

Kebebasan

&

Tanggungjawab

Kebebasan dan Tanggungjawab

Ini kerana manusia menyedari kewujudannya mengiktiraf dirinya layak membuat keputusan untuk diri mereka walaupun keputusan tersebut mungkin menimbulkan kebimbangan

Kebebasan boleh terdiri daripada beberapa aspek iaitu kesedaran, pilihan, tindakan dan perubahan.

Kebebasan dan tanggungjawab tidak boleh dipisahkan kerana manusia adalah

‘pengarang kehidupan’ mereka sendiri.

Manusia bebas memilih dan membuat pilihan daripada pelbagai alternatif yang ada untuk tujuan membentuk hidup mereka

Ini kerana sikap tanggungjawab adalah

syarat kepada perubahan.

Kebebasan yang ditekankan oleh teori Kewujudan bermakna manusia bertanggungjawab terhadap kehidupan, tindakan, dan kegagalan mereka sendiri dalam mengambil tindakan.

Berjuang Untuk Mencaoai Identiti

Berjuang untuk mencapai identiti dan hubungan dengan orang lain

Perkara ini berlaku kerana manusia gagal membina hubungan dengan orang lain

Manusia berjuang untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan perhubungan dengan orang lain

Kebanyakan manusia tidak merujuk kepada orang lain bagi menentukan hidup mereka dan tidak percaya kepada diri sendiri.

Usaha untuk mendapat kesempurnaan kendiri adalah penting kerana ia membentuk identiti diri

Manusia yang bermasalah melihat diri mereka mengikut jangkaan orang lain dan mereka menjadi sangat asing kepada diri sendiri

Berhubungan dengan orang lain menjadi penting kerana pengasingan akan membawa kepada kesunyian dan rasa tersisih

Mencari Pengertian Hidup

Mencari Pengertian Hidup

Cabaran yang dialami individu dari segi dimensi psikologi ialah berhadapan dengan kekuatan dan kelemahan diri

Pendekatan kewujudan membantu manusia melihat diri mereka dan membantu mereka mencabar apa yang mereka mahukan daripada kehidupan ini.

Mencari makna dalam kehidupan adalah satu usaha yang perlu dilakukan dengan penuh komitmen dan proses yang berterusan

Individu akan berhadapan dengan banyak perkara yang tidak dapat dielak yang mungkin menyebabkannya mereka menjadi keliru dan tertekan

Pandangan manusia terhadap karakternya sendiri, pengalaman lepas dan kemungkinan masa depan.

Mengikut teori Kewujudan, ia berhadapan dengan kematian dan kehilangan diri akan menyebabkan kebimbangan dan kekeliruan pada sesiapa yang tidak dapat menerima kehilangan diri sendiri.

Kededaran Tentang Kematian dan Ketidak

wujudan

Kesedaran Tentang

Kematian dan Ketidakwujudan

Kehidupan dan kematian perlu dilihat sebagai saling bergantung

Teori Kewujudan melihat kematian sebagai suatu perkara yang positif serta kesedaran tentang kematian memberikan makna kepada kehidupan

Ketakutan kepada kematian menyebabkan manusia cuba menjauhinya dan enggan bercakap mengenainya

Kematian sepatutnya memberi motivasi untuk menjalani kehidupan yang bermakna

Kesedaran terhadap kematian menjadikan manusia lebih kreatif

Ketakutan kepada kematian bermakna ketakutan kepada kehidupan

Keaslian

Keaslian

Individu yang sihat dan berfungsi sepenuhnya adalah individu yang telah mengenal dirinya tanpa bergantung kepada penerimaan orang lain

Mereka yang gagal bergerak ke arah kesempurnaan kebiasaannya akan mengalami perasaan-perasaan yang negatif

Ketakutan kepada kematian menyebabkan manusia cuba menjauhinya dan enggan bercakap mengenainya

Kesempurnaan kendiri boleh dihalang oleh banyak faktor

Contoh perasaan negatif ialah malu, bimbang, melihat diri sebagai tidak bermakna, dan keliru

Contoh faktor ialah latar belakang keluarga yang tidak menggalakkan kreativiti, persekitaran yang menekan, perasaan bersalah dan bimbang yang keterlaluan

TEKNIK-TEKNIK

TEORI KEWUJUDAN

4

TEKNIK

Being in the world

Being in the world

  • Ia merujuk kepada pentingnya pemahaman ahli terapi terhadap dunia klien yang objektif dan subjektif.
  • Ini merangkumi tiga keadaan iaitu ‘berada di dalam dunia fizikal, berada di dunia hubungan interpersonal, dan berada di dunia personal dan psikologi’.
  • Ahli terapi perlu meneroka interaksi antara tiga dunia ini kerana ketiga-tiga dunia itu memerlukan perhatian.
  • Perhatian pada satu dunia dan pengabaian pada yang lain adalah satu keadaan yang tidak seimbang dalam diri manusia.
  • Contoh : Dalam proses kaunseling, ahli terapi membantu klien membuat hubungan atau menghubungkaitkan antara tiga dunia klien supaya klien memahami dirinya secara holistik.

Pengalaman

perkembangan yang

simbolik

Pengalaman perkembangan

yang simbolik

  • Pengalaman simbolik merujuk kepada proses pembelajaran dan perkembangan yang datang dari pengalaman yang memuncak.
  • Melalui pengalaman simbolik, seseorang menemui pengertian kepada pengalaman yang dilaluinya.
  • Pengalaman simbolik diertikan sebagai satu pengiktirafan dan interpretasi terhadap dimensi simbolik dalam pengalaman yang membawa kepada kesedaran diri.

  • Contoh :

  • Klien dididik dan diberi faham mengenai konsep pengalaman perkembangan yang simbolik.
  • Klien memiliki pengalaman lepas yang simbolik dan meneroka kepentingan dan simboliknya dalam hidup mereka.
  • Klien dibantu untuk memahami makna yang tersembunyi dalam pengalaman.
  • Klien akhirnya mendapat pemahaman yang jelas mengenai makna pengalamannya dan berupaya menggunakan strategi yang sama dalam pengalaman yang lain.

Logoterapi

Logoterapi

  • Ia bermaksud keinginan untuk mencari pengertian.
  • Prinsip logoterapi yang diajar kepada klien terdiri daripada tiga asas yang berikut iaitu

i) Hidup mempunyai makna dan pengertian dalam keadaan apa sekalipun termasuk hidup yang dianggap bercelaru

(ii) motivasi utama manusia dalam kehidupan ini ialah mencari pengertian hidup

(iii) manusia mempunyai kebebasan untuk mencari pengertian dalam apa yang dilakukan, dialami atau dalam menegakkan pendirian apabila berhadapan dengan situasi yang mencabar yang tidak boleh diubah.

  • Contoh :

  • Klien yang mengalami tekanan dan kemurungan, ahli terapi membimbing klien menerusi prinsip-prinsip logoterapi iaitu klien dibantu mencari makna dan pengertian hidupnya dan mendorong klien membuat pilihan berdasarkan konsep-konsep kebebasan yang dimilikinya yang tidak bertentangan dengan norma dan undang-undang. Klien akhirnya mendapat celik akal di mana kemurungan atau sebaliknya adalah suatu yang boleh dipilih.

Paradoxical Intention

Paradoxical Intention

  • Melalui teknik ini klien mempelajari bagaimana berhadapan dengan masalah dengan cara menjauhinya (self-distancing) atau melalui humor secara agresif.
  • Teknik ini kebiasaannya diguna untuk merawat masalah compulsive, kebimbangan dan vegetative.
  • Compulsive ialah sifat tingkah laku keterlaluan dalam sesuatu perkara.
  • Vegetative ialah tingkah laku yang menunjukkan seseorang itu tersekat tidak berkembang.

Contoh :

  • Ahli terapi membuat provokasi terhadap klien yang menunjukkan sikap enggan berkembang dengan mengatakan bahawa klien boleh terus menunjukkan tingkah laku tersebut kerana dengan kekal dengan tingkah laku itu bermakna klien tidak perlu risau dengan cabaran masa hadapan tetapi klien harus menerima bahawa beliau tidak akan berasa apa-apa kemajuan dalam diri kerana keengganan untuk berubah.

Dereflection

Dereflection

  • Proses ini membawa klien jauh dari dirinya sendiri.
  • Membantu klien supaya menumpukan perhatian kepada orang lain atau pengertian hidup yang lebih bermakna.
  • Matlamat teknik ini bertujuan membantu klien mengubah tingkah laku berlebihan dan keterlaluan dalam sesuatu perkara kepada sesuatu yang lebih positif.
  • Klien akan mempelajari pengertian hidupnya daripada terus membiarkan dirinya terperangkap dalam kebimbangan yang berlebihan

Contoh :

  • Ahli terapi meminta klien membuat rumusan terhadap pengalaman yang dilaluinya dengan cara memberi makna baru terhadap pengalaman itu atau mengambil contoh daripada pengalaman bermakna yang dilalui orang lain.

Dialog

socratic

Dialog socratic

  • Tujuan dialog socratic adalah membantu klien meningkatkan kesedaran sehingga menemui dirinya sendiri.
  • Dengan menggunakan soalan berpandu, ahli terapi membantu klien mencapai matlamatnya memahami masalah yang dihadapinya.

Contoh :

  • Soalan berpandu apabila ahli terapi mengajukan soalan ‘bagaimana anda melihat diri anda dalam masa setahun lagi. Bergerak dari soalan berpandu, klien dipimpin untuk mencapai matlamat hidupnya yang tersekat.

Menilai Empat

Dimensi keadaan

manusia

Menilai Empat Dimensi keadaan manusia

  • Manusia pada asasnya memiliki kebimbangan memikirkan tentang kematian, pengasingan, hidup yang tidak bermakna, dan mencari kebebasan.

Contoh :

  • Ahli terapi membantu klien yang murung dan berputus asa dalam kehidupan untuk menilai empat dimensi tersebut dengan cara membantu klien memahami

(i) kepercayaan manusia terhadap kewujudan dirinya pada masa kini mengurangnya kebimbangan terhadap kematian.

(ii) cinta dan kasih sayang adalah respon yang asli terhadap pengasingan.

(iii) klien dibantu untuk melakar kehidupannya secara dalaman menggunakan kreativiti (melalui cara berfikir) bagi melawan atau berhadapan dengan hidup yang kurang atau tidak bermakna.

(iv) melalui sifat tanggungjawab dan komitmen, membuat pilihan dan kekal dalam sesuatu pilihan, akan membantu klien mengatasi bebanan mengharapkan kebebasan.

kan kebebasan.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEORI

5

KELEBIHAN DAN

KELEMAHAN TEORI

Kelebihan Teori Kewujudan

Kelebihan Teori Kewujudan

Klien dibantu mengenal pasti batasan budaya dan menyedari bahawa mereka berhak mencari kebebasan tetapi kebebasan tersebut perlu termasuk dalam ruang lingkup budaya mereka sendiri

Kewujudan tidak mempunyai teknik spesifik seperti kebanyakan pendekatan yang lain

Menekankan tentang kewujudan manusia sesuai bagi klien dari pelbagai latar belakang agama, budaya, dan bangsa.

Klien dibantu dan dibimbing untuk memahami pengertian hidupnya dan apakah tujuan hidupnya bergantung kepada budaya klien itu sendiri.

Kelemahan Teori Kewujudan

Kelemahan Teori Kewujudan

Kewujudan ini sifatnya sangat menekankan individualistik

Klien yang dirawat melalui pendekatan Kewujudan tetapi tidak dapat mengabaikan aspek sosiobudaya dalam kehidupannya mungkin berasa kecewa kerana walaupun dia cuba untuk berubah dan mencari pengertian dalam kehidupannya, kebebasan yang dimiliki sering kali terbatas dan terhad kerana tekanan sosiobudaya.

Kewujudan menafikan bahawa sesetengah masalah klien bukan berpunca daripada klien sendiri tetapi dari sosiobudaya

Peranan

Ahli Terapi

(Teori Kewujudan)

6

PERANAN

AHLI TERAPI

Peranan

Ahli Terapi

Ahli terapi membantu klien untuk memahami diri mereka sendiri supaya klien akhirnya dapat memahami tugas dan tanggungjawab mereka

Ahli terapi menggerakkan klien yang tersekat dalam masalahnya dan dibantu serta dibimbing untuk membuat konfrontasi diri.

Klien akan ditanya mengenai apa yang dia telah lakukan yang menyumbang kepada masalah, apakah pilihan yang boleh dibuatnya, dan apakah sumber diri yang dia mungkin boleh gunakan untuk mengatasi masalah tersebut

Tiada teknik tertentu yang boleh dikaitkan dengan teori Kewujudan kerana pendekatan ini menggunakan apa sahaja teknik bersesuaian

Ahli terapi membantu klien mencapai arif diri dengan meneroka bagaimana orang lain atau situasi tertentu menyebabkan mereka bermasalah

MATLAMAT DAN PROSES TERAPI Teori

Kewujudan

7

MATLAMAT & PROSES TERAPI

MATLAMAT

Membantu klien memahami dan menyedari bahawa andai mereka sendiri tidak sepenuhnya ‘hadir’ dalam proses terapi bermakna mereka membataskan pilihan mereka di luar proses terapi.

Matlamat

Membantu klien mendefinisikan semula diri dan dunia mereka dengan cara yang lebih menggalakkan keaslian dalam diri mereka sendiri dan tidak berpura-pura.

Membantu klien berhadapan dengan kebimbangan tidak berasas yang selama ini cuba dijauhi.

PROSES

Mereka dicabar untuk mengambil tanggungjawab terhadap pilihan yang mereka lakukan dalam kehidupan mereka

Klien yang datang berjumpa kaunselor selalunya seorang yang berputus asa dan kecewa serta tidak nampak apa-apa yang boleh dilakukannya untuk mengubah dirinya

Terapi Kewujudan akan membantu klien mempunyai perspektif baru mengenai diri mereka dan mengenal pasti sumber-sumber diri yang boleh dikawal dan dipergunakan bagi mendapatkan hasil yang diharapkan

Proses

Terapi Kewujudan digalakkan untuk memahami pengalaman subjektif mereka yang telah menyebabkan mereka bermasalah

Klien perlu aktif dan mengenal pasti apakah kebimbangan, perasaan bersalah, dan tekanan yang menghantui diri mereka

kajian kes

TEORI KEWUJUDAN

8

KAJIAN

KES

Kes 1

Kajian Kes 1

Latar belakang klien

Anak sulung daripada 7 beradik

Kewangan keluarga yang tidak kukuh

LISA

Seorang pelajar yang cemerlang

Dirogol

2 kali

Mengalami trauma

Membina rumahtangga kali kedua

6 kali menggugur kandungan

Mempunyai ramai teman lelaki

Berkahwin kali pertama tetapi gagal

Terlanjur dengan jurulatih

Mula bercinta dengan rakan sebaya

Punca Masalah yang Dihadapi

Dirogol

Masalah

dalam

perkahwinan

Keinginan

seks

Tertekan

dan

sedih

Teknik yang digunakan oleh ahli terapi

Paradoxical

Intention

Being in the

world

Dialog

socratic

Pengalaman perkembangan yang simbolik

Being in the world

Ahli terapi memahami keadaan klien tentang kesalahan yang dibuat

Pengalaman perkembangan yang simbolik

Ahli terapi membimbing klien untuk mencari makna berdasarkan pengalaman yang lalu. Melalui pengalaman dapat membawa kesedaran kepada klien

Dialog Socratic

Ahli terapi bertanya kepada klien tentang apa yang telah berlaku serta hikmah di atas apa yang telah berlaku

Paradoxical Intention

Ahli terapi memberi cadangan kepada klien dan klien boleh memilih untuk tetekan dengan kisah silam atau klien memilih untuk menggunakan peluang yang klien ada

Keputusan

Lisa dapat mengenal diri sendiri

Lisa dapat memahami apa erti kehidupan

Lisa dapat menjalankan

Lisa mendapat celik akal

Lisa dapat pemikiran yang lebih rasional

tanggungjawab sebagai seorang isteri & ibu dengan baik

Kes 2

Kajian Kes 2

Latar belakang klien

  • Malik merupakan anak tunggal daripada sebuah keluarga yang sederhana. Ibu malik menjual nasi lemak dibantu oleh ayahnya setiap pagi di tepi jalan raya di hadapan rumahnya.
  • Namun malik mempunyai satu masalah di mana Malik selalu ponteng sekolah terutamanya apabila hari tersebut ada subjek matematik. Keadaan ini disokong lagi dengan tiada tindakan daripada ibu bapa malik sendiri. Ibu dan ayah tidak mengambil tahu jika malik tidak ke sekolah kerana perkara ini telah biasa dilakukan sejak peringkat rendah lagi.
  • Alasan Malik untuk tidak ke sekolah adalah kerana Malik tidak berminat dengan subjek matematik dan malik tidak pernah lulus apabila menduduki ujian matematik sejak dari sekolah rendah.
  • Keadaan ini menyebabkan malik berasa putus asa dan mengganggap matematik itu susah dan sukar.
  • Di dalam kes ini malik telah membina sebuah pemikiran yang tidak rasional bahawa dia pasti tidak berjaya menguasai dan mempelajari subjek matematik.
  • Masalah Malik ini berpunca daripada sosiobudaya persekitaran sekolah dan sikapnya sendiri. Selain itu akibat daripada pengukuhan yang telah diterima oleh keluarga menyebabkan Malik rasa tidak bersalah untuk ponteng sekolah. Malik juga sering berputus asa tanpa ada sifat ingin mencuba.

Teknik yang digunakan oleh ahli terapi

Dereflection

Paradoxical

Intention

Being in the world

Dialog

Socratic

Teknik yang digunakan oleh ahli terapi

Being in the world

Ahli terapi meneroka ciri peribadi (Being in the world) Malik sebaik mungkin bagi menegenalpasti masalah sebenar yang menyebabkan dia ponteng sekolah.

Teknik yang digunakan oleh ahli terapi

Dereflection

Ahli terapi memberi contoh kepada Malik sekiranya dia terus gagal dalam pelajarannya, dia tidak mampu mengubah nasib keluarganya.

Teknik yang digunakan oleh ahli terapi

Dialog

Socratic

Ahli terapi mengadakan sesi soal jawab bersama klien. Menerusi sesi soal jawab ini klien dipimpin untuk mencapai matlamat hidupnya yang tersekat

Teknik yang digunakan oleh ahli terapi

Terapi ini mungkin membantu Malik membebaskan dirinya daripada masalah yang telah dinyatakan ataupun sebaliknya

Paradoxical

Intention

Keputusan

  • Selepas sebulan, ahli terapi melihat sejauhmana perubahan yang berlaku kepada diri Malik.

  • Malik masih lagi tidak menunjukkan apa apa perubahan. Ini terpulang kepada Malik kerana Malik seharusnya memikirkan masa depannya dan jangan sentiasa berharap sesuatu yang tidak disusuli dengan usaha.

  • Disini,ahli terapi tidak berjaya membawa kesedaran kepada Malik kerana sosiobudaya keluarga yang kuat mempengaruhi cara malik.

  • Ini menyukarkan Malik untuk menerima sesuatu yang baru.
Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi