Implikasi Isu-isu Konflik Persempadanan dan Tuntutan Bertindih di Malaysia
Pendidikan & Pendapatan
Konsep Persempadanan & Tuntutan Bertindih
Konsep Persempadanan dan Tuntutan Bertindih
- Sempadan merupakan garis pemisah antara negeri dengan negara.
- Sempadan Malaysia diakui oleh masyarakat khasnya PBB
- Fungsinya ialah memudahkan urusan pemerintahan, pentadbiran, pertahanan dan pertumbuhan ekonomi negara kita
- Kawasan atau wilayah yang menjadi rebutan oleh beberapa buah negara
- Tuntutan yang dibuat bagi memiliki sesuatu kawasan tersebut secara mutlak tanpa ada penafian
Isu-isu Konflik Persempadanan dan Tuntutan Bertindih
Isu-isu Konflik Persempadanan dan Tuntutan Bertindih
Konflik dan Pertikaian di Ruang Udara
Konflik dan Pertikaian di Laut
- Berlaku pencerobohan ruang udara negara.
- Ruang udara mempunyai persempadanan untuk menentukan kedaulatan negara masing-masing berbeza dengan ruang angkasa yang tidak mempunyai hak kedaulatan.
- Misalnya, pada 1 Jun 2021 16 pesawat tentera udara China telah memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia.
- Pihak China mendakwa ia adalah rutin biasa yang dilakukan oleh tentera udara China.
- Kerajaan telah mengambil tindakan dengan memanggil Duta Besar China ke Malaysia bagi menjelaskan insiden yang berlaku.
Pertikaian Pulau Ligitan dan Sipadan
- Tuntutan terhadap Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan melibatkan Malaysia dengan Indonesia
- Perbincangan yang dibuat oleh Malaysia dan Indonesia gagal
- Tuntutan ini berjaya diselesaikan melalui keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Antarabangsa
- Pada tahun 2002, Mahkamah Antarabangsa memutuskan bahawa Pulau Ligitan dan Sipadan merupakan hak milik Malaysia
- Isu tuntutan Kepulauan Spratly ini melibatkan China, Vietnam, Brunei, Taiwan, Malaysia dan Filipina
- Kedudukannya yang terletak di tengah rantau Asia Tenggara penting dari sudut geostrategik dan aspek perdagangan
- Tuntutan Malaysia bermula pada tahun1979 apabila Malaysia memasukkan sebahagian kecil kepulauan ini ke dalam wilayah Malaysia
- Forum ASEAN-China (1995)
- Tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) antara Malaysia dan Singapura
- Singapura menyatakan bantahan keras kerana pulau ini dianggap sebagai wilayah Malaysia
- Tuntutan ini berjaya diselesaikan melalui keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Antarabangsa
- Pada tahun 2008, Mahkamah Antarabangsa memutuskan hak milik Pulau Batu Putih kepada Singapura
Konflik dan Pertikaian di Darat
- Pertikaian sempadan Malaysia-Brunei ke atas Limbang yang merupakan suatu kawasan yang subur dan kaya dengan sumber asli, khususnya minyak.
- Isu ini diselesaikan menerusi dokumen yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Sultan Brunei.
- Berdasarkan dokumen ini, Brunei menggugurkan tuntutan terhadap daerah Limbang di Sarawak.
- Malaysia juga mempunyai masalah persempadanan dengan Indonesia.
- Malaysia dan Indonesia kemudiannya menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menyelasaikan masalah Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia (Sabah dan Sarawak) dan Indonesia (Kalimantan Utara dan Kalimantan Barat).
Implikasi terhadap Pendidikan
MELEMAHKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
PERKEMBANGAN DAN PERTUKARAN ILMU TERBANTUT
- Konflik yang melanda menyebabkan sistem pembelajaran tidak dapat dilaksanakan secara berkesan.
- Malah, isi-isi pembelajaran kemungkinan besar lebih mendorong ke arah konflik yang melanda negara.
- Pelajar-pelajar gagal fokus kerana risau dengan keadaan negara yang sedang mengalami konflik dengan negara luar
- Selaras dengan ketiadaan program pertukaran pelajar menyebabkan para pelajar yang berlainan negara tidak dapat berbincang sesama mereka.
- Situasi ini yang menyebabkan perkembangan sesuatu ilmu terbantut.
- Ilmu yang ada di sesebuah negara tidak tersebar menyebabkan jatuhnya disiplin ilmu bagi sesebuah negara.
Bilangan pelajar semakin merudum
PERTUKARAN PELAJAR-PELAJAR KE NEGARA LUAR TERHENTI KERANA KONFLIK YANG MELANDA
- Ibu bapa merasa tidak selamat untuk menghantar para pelajar ke sekolah dan institusi pendidikan yang lain
- Ibu bapa menganggap sekolah bukan lagi satu tempat yang aman untuk proses perkembangan anak mereka
- Kehadiran pelajar ke sekolah berkurangan
- Program ini merujuk kepada program pertukaran pelajar yang terpilih ke negara luar atau negara serantau.
- Misalnya, pertukaran pelajar ke negara serantau seperti Indonesia, Brunei, Thailand, Filiphina bagi membolehkan para pelajar mengenali budaya negara lain serta menimba pengalaman baharu.
- Konflik yang melanda menyebabkan program ini terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan pelajar.
Implikasi Isu-isu Persempadanan & Tuntutan Bertindih terhadap Pendidikan di Negara Kita
Implikasi terhadap Pendapatan
Kegiatan eksport dan import negara terjejas
Pelaburan negara akan menghadapi krisis atau terhenti
- Saling bersaing dan kerjasama dalam ekonomi akan berkurang
- Negara serantau berkemungkinan menghentikan pelaburan negara mereka di negara kita
- Aset kita di negara mereka digunkan sebagai ancaman bagi mendapatkan suatu kawasan
- Setiap negara yang mengalami konflik mementingkan hak serta kawasan masing-masing
- Mereka memerlukan kawasan yang lebih strategik serta mempunyai pelbagai sumber dan hasil bumi
- Memandang enteng akan keperluan pengaliran masuk duit ke dalam negara
$
- Kekurangan infrastruktur yang dapat dibangunkan
- Para pembangun (developer) enggan melaksanakan rancangan kewangan di negara kita
- Punca ekonomi daripada para pembangun terjejas
- Peluang pekerjaan rakyat terjejas
- Pendapatan yang ada dibelanjakan untuk operasi pertahanan negara dari serangan luar
- Kestabilan politik yg tidak terkawal
- Kehilangan wilayah yang boleh mengurangkan ekonomi negara
- Kadar penghasilan ekonomi dalam negara terjejas
- Pelabur asing merasa tidak selamat melabur di negara kita
- Harga barangan mentah meningkat tetapi kuasa membeli berkurang
- Kerugian punca daripada harga barangan yang naik secara mendadak akibat sekatan ekonomi dari negara luar
Implikasi isu - isu persempadanan dan tuntutan bertindih terhadap pendapatan negara
Hasil pendapatan negara mengalami defisit
Nilai mata wang negara jatuh dan menjejaskan zon ekonomi
Kesimpulan
Setiap golongan masyarakat mestilah menghargai kestabilan dan kemakmuran politik, ekonomi dan sosial dalam negara. Hal ini dapat memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan harmoni sentiasa. Segala konflik atau permasalahan yang wujud secara tempatan atau antarabangsa hendaklah diselesaikan secara berhemah dan rasional antara negara kita dan negara serantau. Justeru, hubungan yang baik dengan negara-negara jiran hendaklah dipelihara agar kemakmuran ekonomi dapat dikongsi bersama serta kestabilan politik akan kekal terjamin hingga ke masa hadapan dan dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang. Seperti kata pepatah, muafakat membawa berkat, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang dapat menunjukkan bahawa kerjasama amatlah penting di dalam setiap aspek kehidupan.
Rujukan
Ismail Said, Jauriah Md Azali, Siti Noor Aneeis Hashim, Nor Anita Mat Isa, Farrah Syuhaida Ismail, Hariatul Hafidzah Mahmad Khory, Nazimah Ngah, Nurhafiza Anuar. (2023). ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN. Simon & Schuster. Local Publications (M)
MOHD RUSLI, M. O. H. D. H. A. Z. M. I. (n.d.). Kesan timbangtara Laut China Selatan ke atas Malaysia. Astroawani.com. Retrieved February 5, 2023, from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kesan-timbangtara-laut-china-selatan-ke-atas-malaysia-111323
Prof. Dr. Nik Anuar Nik Mahmud, (2002). Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan, Pusat Pengajian Sejarah, Politik Dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Dg Syahirah Afiqa Pg Abd Rahman. (2016, November 22). KONFLIK PERSEMPADANAN DAN TUNTUTAN BERTINDIH DI ASIA [Prezi slides]. Prezi. https://prezi.com/xvvvwsuxpeza/konflik-persempadanan-dan-tuntutan-bertindih-di-asia/
Debbie Olivia Hubert. (2015, Ogos 7). KONFLIK PERSEMPADANAN DAN TUNTUTAN BERTINDIH DI ASIA [Prezi slides]. Prezi. https://prezi.com/2eg4kvx36kin/copy-of-konflik-persempadanan-dan-tuntutan-bertindih-di-asia/
AHMAD, A. H. M. A. D. D. A. N. I. A. L. (2018). TUNTUTAN BERTINDIH YANG DIHADAPI NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA DAN IMPLIKASI KRISIS TERSEBUT KE ATAS KESTABILAN POLITIK SERANTAU. PENDIDIKAN, 1–22. https://doi.org/https://www.academia.edu/36917477/TUNTUTAN_BERTINDIH_YANG_DIHADAPI_NEGARA_NEGARA_ASIA_TENGGARA_DAN_IMPLIKASI_KRISIS_TERSEBUT_KE_ATAS_KESTABILAN_POLITIK_SERANTAU
Panel 1
Panel 2
Panel 3
AMIRUL HADI BIN AHMAD THOBRONI
MUHAMMAD HAZIQ ASHRAF BIN MOHD ZAKI
Ahli Kumpulan