Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
TEORI IMEJAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
Disediakan oleh :
Izati Mas Naajah binti Mustafa
Siti Roslina binti Zakaria
Sugitha Nilakanden
NAMA PENSYARAH
AKADEMIK :
Dr ZANARIAH BINTI IBRAHIM
PENGENALAN
Bagi memenuhi tugasan ketiga, iaitu tugasan pembentangan, sebuah teks cerpen bertajuk "Dirgahayu Malaysiaku" telah dihasilkan. Cerpen ini mengisahkan mengenai Tok Rahman dan cucunya, Aiman yang bercerita mengenai unsur-unsur tradisi yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta kepentingannya dalam memastikan keharmonian dan kesepaduan rakyat berbilang kaum. Kemudian, beberapa teori semantik telah digunakan bagi menganalisis kandungan makna di dalam petikan cerpen yang dihasilkan. Petikan teks cerpen telah dilampirkan di dalam tayangan slaid melalui pautan.
PENGHASILAN TEKS
Pautan: https://drive.google.com/open?id=1EdWcb4IcrIxmJbB8uVVw3sn6t6VNeh1w
Makna merupakan bentuk tindak balas yang terhasil daripada rangsangan yang diperoleh oleh penutur dan pendengar dalam komunikasi yang berlangsung antara mereka.
Perlu wujudnya situasi saling memahami makna yang sama bagi kata-kata yang digunakan.
Rangsangan tersebut berlaku samada melalui proses perkaitan antara proses mendengar dengan bertutur atau hasil pembelajaran.
"Sebab itu, negara kita ini aman tanpa permusuhan.”
Balas Tok Rahman. Aiman kelihatan terangguk-angguk.
Dalam hal ini, perlakuan terangguk-angguk merupakan hasil tindak balas Aiman terhadap penerangan yang dibuat oleh atuknya.
Menurut Siti Hajar Abdul (2009), teori imejan merujuk kepada makna sesuatu perkataan berhubung dengan imej yang terbayang dalam minda penutur atau pendengar.
Makna kata dihuraikan berdasarkan gambaran yang ada dalam fikiran seseorang.
Imej yang dirujuk tentang sesuatu perkara bergantung pada pengetahuan dan pengalaman yang berbeza bagi seseorang.
Sesuatu perkataan yang dibaca, didengar dan disebut tergambar dalam fikiran dan diinterprerasi sehingga memberi makna yang abstrak.
Rumusannya, teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Ia merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu. Teori linguistik merupakan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa manakala teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Leonard Bloomfield. (1933). Language. Motilal
Banarsidass Publisher.
Siti Saniah Abu Bakar. (2013). Semantik dan
Pragmatik Bahasa Melayu. Universiti Pendidikan Sultan Idris.