Introducing 

Prezi AI.

Your new presentation assistant.

Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.

Loading…
Transcript

PERJALANAN KEHIDUPAN RASULULLAH BERMULA DENGAN PERLANTIKAN SEBAGAI RASUL DAN CARA BAGINDA BERDAKWAH...

MARI KITA KETAHUI BERSAMA-SAMA,HEHEHE

PERLANTIKAN NABI SEBAGAI RASUL

DEFINISI WAHYU

DARI SEGI BAHASA

PERLANTIKAN NABI SEBAGAI RASUL

PERINTAH ALLAH KEPADA MALAIKAT

ISTILAH WAHYU

KALAM ALLAH YANG DITURUNKAN KEPADA SESEORANG NABI ATAU RASUL SEBAGAI AJARAN AGAMA YANG MENGIKUT CARA YANG KHUSUS......

ISTILAH WAHYU

PENERIMAAN WAHYU PERTAMA

-SEWAKTU BERUSIA 40 TAHUN

-PADA HARI ISNIN,MALAM KE-21 DALAM BULAN RAMADAN (10 OGOS 610 M)

-BERTEMPAT DI GUA HIRA'

-DIANGKAT MENJADI NABI AKHIR ZAMAN

GUA HIRA'

1.untuk beribadat.

2. Nabi menjauhkan diri daripada kehidupan orang Quraisy.

3. Nabi ingin mencari ketenangan untuk beribadat.

4. Tidak tenang beibadat di Kaabah yang terdapat banyak patung berhala

GUA HIRA'

DAKWAH SECARA RAHSIA.....

CARA BAGINDA BERDAKWAH PADA PERINGKAT PERTAMA

Golongan yang mula-mula memeluk islam ialah :-

· Khadijah binti khuwailid r.a

· Ali bin Abi Talib r.a

· Zaid bin Haritsah r.a

· Abu Bakr bin Abi Qahafah Assiddiq r.a

· Usman bin Affan r.a

· Zubair bin Awwam r.a

· Abdul Rahman bin Auf r.a

· Saad Bin Abi Waqqas r.a dan lain lagi

DAKWAH SECARA BERAHSIA

DAKWAH BAGINDA

Setelah turunnya wahyu yang pertama(surah al-alaq 1-5),Rasulullah berdakwah untuk islam secara rahsia dan sembunyi di Makkah.Rasulullah menyeru secara rahsia kerana berhati-hati dari kaum Quraisy dibimbangi mereka terkejut dengan ajaran islam lantaran pegangan kuat mereka terhadap fahaman penyembahan berhala.Baginda tidak menzahirkan dakwah islam dalam majlis-majlis umum dan baginda tidak berdakwah melainkan terhadap individu terpilih dari kalangan keluarga dan sahabat handai yang mengenali baginda.

KEGIATAN DAKWAH SECARA BERAHSIA

KAEDAH PENYAMPAIAN DAKWAH

Rasulullah s.a.w memilih rumah Al-Arqam bin Abi al Arqam sebagai pusat tarbiyah dan mempelajari islam.Nama sebenarnya Al-Arqam bin Abdul Manaf bin Asad Al-Makhzumi,beliau adalah golongan awal memeluk islam,beliau juga menyertai Rasulullah berhijrah ke Madinah .Baginda pernah menghadiahkan kepada Al-Arqam sebilah pedang yang digunakan baginda ketika peperangan Badar.Baginda melantik Al-Arqam sebagai Amil zakat pada waktu kecemerlangan Islam di Madinah.Al-Arqam wafat pada tahun 53 hijrah di Madinah,jenazahnya disolatkan oleh Saad bin Abi Waqqas.Rumah al-arqam terletak di bukit sofa,tempat Rasulullah bersembunyi.Disinilah pusat tarbiyah bagi golongan terawal memeluk islam sehingga jumlah pengikut islam seramai 50 orang termasuk Saidina Umar Al-Khattab.

4.Menurut Syeikh Al-Mubarakfuri,Rasulullah s.a.w memilih rumah al-arqam sebagai pusat tarbiyah kerana :-

· Keislaman Al-Arqam tidak diketahui oleh golongan Quraisy

· Al-Arqam adalah dari suku Bani Makhzum yang bermusuhan dengan Bani Hasyim,Quraisy menganggap mustahil Rasulullah s.a.w bersembunyi di rumah musuhnya.

· Al-Arqam adalah seorang remaja ,beliau masuk islam ketika berumur 16 tahun,maka golongan Quraisy berpendapat Rasulullah s.a.w tidak memberikan tumpuan kepadanya kerana mudanya,pasti Rasulullah akan memilih sahabat yang besar untuk dijadikan markas.

· Rumah al-arqam terletak di Bukit Sofa,tempat yang difikirkan mustahil dapat berkumpul ramainya manusia kerana sukar ke tempat tersebut.

PERANAN RUMAH AL-ARQAM

Rumah al-arqam berperanan menjadi pusat tarbiyah menerima penganut islam yang baru sehinggalah islamnya Umar bin Alkhattab pada zulhijjah tahun ke- enam dari kenabian Rasulullah s.a.w. Said bin Musayyab(ulamak besar Tabi’en) meriwayatkan bahawa: Islamnya Saidina Umar selepas penganut islam berjumlah 40 lelaki dan 10 perempuan,setelah keislaman Umar maka dizahirkan islam di Mekah.

DAKWAH SECARA TERANG- TERANGAN

CARA BAGINDA BERDAKWAH PADA PERINGKAT KEDUA

- Rasulullah berdakwah secara bersembunyi selama lebih kurang 3 tahun. Pada waktu itu, baginda hanya berdakwah kepada orang-orang terdekat seperti keluarga dan para sahabat.

- Apabila semakin ramai mula memeluk islam, Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW untuk berdakwah secara terang-terangan pada tahun ke-4 kenabian.

1

- Pada mulanya, Nabi tidak berani untuk menyebarkan islam secara terang-terangan.

- Abu Lahab adalah antara orang yang menentang Rasulullah dan tidak bersetuju dengan cadangan Rasulullah SAW untuk berdakwah secara terang-terangan.

- Namun Abu Thalib tetap menyokong perbuatan Nabi dan memberi perlindungan kepada Nabi semasa Rasulullah SAW berdakwah.

- Walaupun Abu Thalib menyokong perbuatan Nabi, dia tetap tidak memeluk islam kerana tidak mampu untuk meninggalkan agama agama Abdul Muthalib.

Penentangan kaum Musyrikin terhadap dakwah Rasulullah SAW

2

Nabi dituduh sebagai tukang sihir, tukang syair, orang gila dan sebagainya.

Usaha kaum Quraisy merancang untuk membunuh Rasulullah SAW

Nabi Muhammad SAW dicaci ketika baginda melakukan Tawaf

Kaum Musyrikin telah menarik selendang Nabi Muhammad SAW dengan kuat sehingga baginda tercekik. Kemudian Abu bakar datang dan menyelamatkan Nabi membuatkan mereka menyakiti Abu Bakar dengan memukul kepala dan menarik janggutnya.

Nabi Muhammad dicaci oleh setiap orang yang berjumpa dengannya termasuk kanak-kanak.

APAKAH HIKMAHNYA?

FAEDAH BERDAKWAH KEPADA KAUM KERABAT

HIKMAH

HIKMAH

Faedah dan Hikmah Perintah Allah Untuk Mendakwahi Kerabat Dekat

Para ulama menyebutkan hikmahnya Allāh menyuruh Nabi mendakwahi kerabat dekat, diantaranya adalah :

⑴ Seorang manusia secara tabi’at lebih mencintai kerabatnya.

⑵ Umumnya karib kerabat lebih mudah mendengar dan mahu menerima dakwah.

⑶ Kaum kerabat memiliki hak lebih besar dibanding orang lain untuk kita dakwahi.

⑷ Apabila kaum kerabat menerima dakwah, maka akan membuat dakwah semakin kukuh..

SEKIAN TERIMA KASIH

??

Learn more about creating dynamic, engaging presentations with Prezi