BAB 1: PAKAIAN TRADISIONAL DAN
PERHIASAN DIRI
MUHAMMAD MIKHAIL BIN KHAIRUL ANUAR
DEFINISI PAKAIAN
- Pakaian mempunyai makna yang begitu luas takrifannya.
- Pakaian dari aspek tersiratnya mencerminkan adab dan perilaku masyarakat pemiliknya.
- Dalam tradisi budaya, pakaian dikaitkan dengan upacara dan adat istiadat.
PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU
( LELAKI )
JENIS PAKAIAN TRADISIONAL DAN PERHIASAN DIRI
BAJU SIKAP
- Baju sikap berleher cekak musang dengan pemakaian satu butang.
- Anak baju di bahagian dalam dipadankan dengan baju sikap berpotongan lurus dengan belahan di hadapan.
BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
- Baju Melayu Cekak Musang dengan pemakaian lima butang sejajar.
- Pemakaian samping diikat ke tepi dengan keris hiasan disisip di hadapan.
BAJU MELAYU TELUK BELANGA
- Baju Melayu Teluk Belanga dengan pemakaian satu butang sebagai pelengkap gaya.
- Pemakaian kain atau samping di bahagian luar turut dikenali sebagai kain dagang luar.
CAPAL
- Lazimnya capal disarung sebagai alas kaki bagi melengkapkan cara berpakaian.
TENGKOLOK
- Tengkolok digubah daripada sebidang kain persegi yang dilipat, disusun, dibentuk dan diolah dengan pelbagai gaya.
KERIS
- Selain digunakan sebagai senjata, keris turut berperanan dalam upacara adat istiadat di istana hingga dalam kalangan rakyat biasa.
BUTANG BAJU MELAYU
- Butang dipakai untuk mencantumkan bahagian belahan leher baju.
- Hanya satu butang digunakan bagi baju Sikap dan baju Melayu Teluk Belanga.
- Bagi baju Melayu Cekak Musang pula, tiga atau lima butang.
SAMPING
- Samping yang dipakai di bahagian luar baju dipanggil dagang luar manakala yang dipakai di dalam baju dipanggil dagang dalam.
PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU
( WANITA )
JENIS PAKAIAN TRADISIONAL DAN PERHIASAN DIRI
BAJU KURUNG TELUK BELANGA
- Baju kurung dengan pemakaian satu butang atau kerongsang di leher baju.
- Baju mempunyai kekek dan pesak dengan padanan kain bersusun tepi dikenali sebagai ombak mengalun.
- Tiga cucuk sanggul tersemat kemas di kepala.
BAJU KEBAYA
- Baju kebaya berbelah di bahagian hadapan dikemaskan dengan pemakaian kerongsang ibu dan anak tiga sejajar.
- Wanita tampil anggun diserikan perhiasan cucuk sanggul di kepala.
BAJU RIAU PAHANG
- Baju Riau Pahang berleher cekak musang dengan potongan pesak gantung.
- Pemakaiannya diperindah dengan perhiasan dokoh.
- Sanggul lintang dan gendik sebagai penyeri wajah pemakainya.
BAJU KURUNG CEKAK MUSANG
- Baju Kurung Cekak Musang dengan pemakaian tiga butang di dada.
- Pemakaian diperindahkan dengan sanggul lintang sebagai perhiasan di kepala.
BAJU KURUNG KEDAH
- Baju Kurung Kedah dengan leher teluk belanga diperindahkan dengan perhiasan kalung papan di dada.
- Baju dipadankan dengan kain lipatan bertangkup atau berselisih di hadapan.
PERHIASAN DIRI MASYARAKAT MELAYU
- Perhiasan yang dipakai pada bahagian dahi yang turut dikenali sebagai pemanis dahi.
- Sanggul lintang berbunga getar yang diubah suai lebih ringkas.
- Cucuk sanggul dipakai satu atau satu set lengkap terdiri daripada tiga, lima atau tujuh sebagai perhiasan di kepala.
- Pending merupakan kepala tali pinggang bagi golongan lelaki atau wanita yang digayakan dengan sarung atau samping.
PENDING
KALUNG PAPAN
DOKOH
- Dokoh dan kalung papan merupakan perhiasan diri yang dikalung di dada sebagai pelengkap gaya.
KERONGSANG BERANTAI
KERONGSANG IBU DAN ANAK
Kerongsang tiga sejajar dengan ikatan rantai.
Ibu kerongsang berbentuk hati dengan dua anak berbentuk bulat.
SUBANG
CINCIN
Sebentuk cincin diikat dengan batu permata atau cincin belah rotan yang begitu halus ukirannya.
Subang dipakai di cuping telinga dengan penahan berupa skru, berpalang sengka atau hanya dicangkuk di belakang telinga.
GELANG KAKI
GELANG TANGAN
Gelang kaki mempunyai bentuk hampir sama dengan gelang tangan dan dipakai di kedua-dua belah kaki.
Terdapat pelbagai jenis gelang tangan antaranya gelang belah rotan, gelang pintal dan rantai tangan.
ANTING-ANTING
TALI PINGGANG
Subang berjurai yang tergantung di cuping telinga.
Tali pinggang berfungsi sebagai pengikat bagi kemasan kain sarung.
SITI ZAINON IZMAIL
( PROF. DR., PHD UM )
SUMBANGAN TOKOH BUDAYA
- Menyumbang ilmu sebagai tutor, pensyarah serta Profesor Madya dan Profesor hingga tahun 2007 di Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Memberi sumbangan ilmu sebagai Profesor Sejarah Seni dan Estetika serta Falsafah Kebudayaan dan Kesenian di Universiti Malaysia Sabah.
- Sumbangan beliau dalam bidang tekstil dan busana Melayu telah menghasilkan beberapa buah buku antaranya, Tekstil Tenunan Melayu (1994), Busana Melayu Johor (1997) dan Pakaian Cara Melayu (2009).
AZAH AZIZ
- Sumbangan beliau mengenai tekstil dan busana Melayu iaitu Songket: Satu Warisan Malaysia dan Rupa & Gaya: Busana Melayu.
- Sumbangan beliau dalam penulisan buku Rupa & Gaya: Busana Melayu menghimpunkan ciri, unsur, sifat, adat resam dan artifak yang mencerminkan nilai estetik yang menjadi warisan masyarakat Melayu sejak zaman dahulu.
MOTIF PERHIASAN DIRI
- Pakaian tradisional tampil menawan dengan padanan perhiasan diri yang menyerlahkan ragam hias nan indah.
- Ragam hias tersebut diinspirasikan daripada alam semula jadi yang berunsurkan fiora, fauna dan kosmos yang telah diolah secara sederhana.