Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
PEMBAHAGIAN HARTA DALAM ISLAM
BAHASA: Luqatah ialah sesuatu yang ditemui di tanah.
SYARAK: Harta yang ditemui di suatu kawasan yang tidak dimiliki, tidak dijaga dan penemu tidak mengenali pemiliknya.
Harta yang hilang dari tuannya dan dijumpai oleh orang lain. Ia juga ditakrifkan sebagai harta tanpa milik yang dihormati yang dijumpai di sesuatu tempat yang tidak sepatutnya disimpan dan si penemunya tidak mengetahui orang yang berhak ke atas harta tersebut.
1. Kepak ayam "Frozen" dijumpai di dalam tanah (April 2017)
2. Treler bawa Vico terbalik (Mac 2016)
5. Buah oren jatuh berlambak akibat kemalangan jalanraya (Januari 2015)
4. Wang syiling bertaburan di lebuh raya (Januari 2011)
3. Emas dalam tanah (Julai 2010)
HUKUM PEMILIKAN
Wajib
Jika yakin mampu bersifat amanah dan bimbang barangan tersebut tidak akan ditemui oleh pemiliknya. Ini dilakukan bagi menjaga hak saudara Muslimnya.
"Barangsiapa yang menjumpai sesuatu harta, maka wajiblah dia memaklumkannya (bersaksi) dia menjumpainya kepada orang yang adil atau pihak berkuasa, tidak boleh sama sekali dia menyembunyikan dan menghilangkannya. Sekiranya dapat dijumpai pemiliknya wajiblah dia mengembalikan wang terbabit, jika gagal maka harta tadi adalah dikira milik Allah dan boleh disedeqahkan kepada sesiapa yang diingini.” ( Riwayat Abu Daud )
Bagi penemu harta luqatah memiliki harta tersebut selepas tempoh hebahan sama ada beliau seorang yang kaya atau fakir. Jika harta tersebut telah dijual dia boleh memiliki harganya. Sekiranya pemilik asal ditemui beliau hendaklah mengembalikan harta atau harganya kepada pemilik tersebut sewajarnya.
-Jumhur Fuqaha'
Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:
“Kenalilah ikatan atau bungkusannya. Kemudian umumkan selama setahun. Jika anda tidak kenali pemiliknya, gunalah ia dan jadikan nilainya sebagai simpanan anda. Jika pemiliknya datang menuntutnya pada bila-bila masa, hendaklah anda serahkan kepadanya.” – (Riwayat Bukhari)
Jika dia tidak yakin akan bersifat amanah dan bimbang, dia sendiri akan mengambil terus barang tersebut.
"Setelah itu, ia dipungut oleh orang-orang Firaun kesudahannya ia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.” – (Surah al-Qasas: ayat 8)
Jika dia merasakan dirinya tidak akan bersikap amanah dan akan mengambilnya untuk memilikinya dan bukan untuk dikembalikan.
"Orang yang mengambil barang yang hilang adalah berdosa selagi dia tidak menghebahkannya.” – (Riwayat Ahmad)
Islam mengajar umatnya agar sentiasa peka dan berhati-hati dalam apa jua harta yang diterima. Malah yang dijumpai pun belum tentu boleh dimanfaatkan. Apatah lagi untuk mengganggap ia sebagai ‘rezeki terpijak’ atau ‘durian runtuh’. Jika demikian disiplin Islam dalam bab harta yang dijumpai, tentulah Islam sangat melarang sesiapa juga mengambil kesempatan mencuri, merompak dan melarikan barangan atau wang yang tercicir akibat kemalangan sedang diketahui tuannya sedang dalam kesakitan.
Mereka tidak menghiraukan kecederaan tuan punya barangan yang berada di tempat yang sama . Mereka juga tidak menghiraukan keselamatan diri mereka sendiri sehingga dilaporkan ada yang mengutipnya di tengah-tengah lebuh raya, sehingga terpaksa akhirnya pihak berkuasa menutup laluan bagi memastikan tiada kemalangan nyawa akibat ketamakan diri mereka sendiri.
Bukan sahaja Islam mendapat nama yang buruk disebabkan ketamakan dan kerakusan sesetengah pihak mengambil kesempatan ke atas kemalangan, tetapi akal dan fikiran mereka juga terjejas dengan ketamakan diri mereka sendiri. Mereka terlupa siapa yang memberi rezeki dan yang maha mengetahui kejahatan yang mereka lakukan.
Disebabkan kerakusan mereka, mereka hilang rasa malu dan segan dengan masyarakat sekeliling memandang mereka mengutip dan melarikan wang yang tercicir akibat kemalangan. Tatkala para pelancong, masyarakat beragama lain dan bangsa lain juga melihat mereka berbuat demikian,Dari segi itu maruah bangsa, agama, dan tanah air juga tercemar kerana tindakan mereka.
Isu-isu yang diceritakan sebentar tadi sebenarnya menerangkan sedikit idea berkenaan sikap sebahagian besar masyarakat kita hari ini. Sikap tidak amanah apabila berhadapan dengan peluang mendapat wang dan peluang mudah, dengan segera disambar tanpa menghiraukan kesan luka di dalam hati mangsa.
Sikap tidak jujur perlu digantikan dan dibuang dari dalam diri.
Ibu bapa perlu menyemai dan mengajari anak anak tentang hal ini dan hukum tentang pengambilan harta atau barangan yang bukan hak milik kita supaya apabila berlaku kemalangan di masa mendatang, mereka mampu memberikan pertolongan dan bukan mengambil kesempatan.
Masyarakat perlu memelihara maruah diri,bangsa, agama dan tanah air. Mereka perlu disemaikan dengan moral moral yang baik supaya menjadi bangsa yang gemilang.
Semua pihak perlu disedarkan tentang memberikan pertolongan apabila berlaku kemalangan dan bukan sahaja menjadi “tukang tengok” semata-mata.
Majlis-majlis agama perlu memantau dan meyebarkan kefahaman harta luqatah kepada orang ramai supaya perkara yang terjadi tidak berulang pada masa akan datang.
Pihak berwajib dan mana-mana pihak yang punyai kuasa sama ada di peringkat keluarga, masyarakat, negeri dan negara tidak boleh memandang ringan insiden ini kerana ia jelas memerlukan satu plan terbaik untuk merawat pembangunan kerohanian, integriti dan etika masyarakat.