Sejarah Pembentukan Majlis Amanah Rakyat ( MARA )
By saya dan kawan saya
1 Mac 1966
1
Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun di bawah Akta MARA 1966. Objektif utama penubuhan MARA adalah untuk menambah dan meningkatkan penyertaan kaum Bumiputera dalam kegiatan perdagangan dan perindustrian serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial Bumiputera sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru.
1953
Rural Industrial Development Authority (RIDA) ditubuhkan oleh penjajah British setelah mendapat kritikan pemimpin Melayu seperti Sultan Idris dari Perak. RIDA bermaksud Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan.
1965
Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur mendesak agar ekonomi Melayu diperkukuhkan. RIDA didapati tidak berkemampuan dan tidak berkesan. dan pada tahun yang sama RIDA disusun semula dan ditukar nama kepada MARA.
3
Rasional Am Logo MARA
Warna
Roda Bergigi
Buku Terbuka
Tulisan Rumi & Jawi Majlis Amanah Rakyat
Melambangkan ilmu sebagai teras Organisasi Pemikir yang menjadi wawasan MARA untuk mencapai kecemerlangan dan kemajuan Keusahawanan serta Pendidikan.
Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia dimana MARA memberi perkhidmatannya secara terus dan juga jaringan aktiviti keusahawanan yang diterokai oleh Bumiputera.
Melambangkan kesinambungan imej, identiti kecemerlangan MARA dan penerapan ciri-ciri keislaman.
Spana dan Skrew
Jangka Lukis Terbuka
Menunjukkan usaha MARA memegang amanah untuk menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam bidang keusahawanan menuju kearah Masyarakat Perdagangan & Perindustrian.
Melambangkan keberanian untuk mara kehadapan menerokai peluang-peluang baru.
Merah
Biru
Melambangkan kemurnian wawasan dan matlamat sebagai Badan Amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat maruah serta martabat bangsa.
Hitam
Sebagai lambang keutuhan dan kekukuhan semangat untuk membantu secara berterusan golongan Bumiputera
Lagu Majlis Amanah Rakyat
Demi satu keunggulan
Bangsa yang berdaulat
Sebuah lambang menawan puncak jaya
Perkasa di persada dunia
Obor para cendekia
Merentas masa hadapan
Usahawan jaya tercipta bahagia
Maju MARA maju jaya
MARA perkasa, menjunjung amanah rakyat
Memayungi bangsa dan negara
Bersemangat perintis penuh yakin
Demi satu amanah mulia
MARA perkasa, menjunjung amanah rakyat
Memayungi bangsa dan negara
Penuh keyakinan demi satu
Amanah mulia…
Lagu : Dato’ Mohd Nasir Mohamed
Lirik : Mohd Khirin Omar dan Dato’ Mohd Nasir Mohamed
Bangunan MARA tersergam di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Lumpur, bersempadankan dua jalan raya yang amat sibuk iaitu Jalan Raja Laut di hadapan dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sebelah belakangnya. Ia telah dibuka secara rasmi oleh YAB Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia 12 April 1987.
Puisi Majlis Amanah Rakyat
Sebuah nama keramat Lahir dari percikan amarah suatu bangsa Yang mundur sosio-ekonominya Masih menadah tangan menjadi peminta Di tanah airnya yang hampir sepuluh tahun merdeka. Bermula di zaman penjajah dikenal dengan RIDA - Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan Kritik tajam rakyat terhadap dasar penjajahan.
RIDA yang berdetik pada tahun 1953 Ketika bara nasionalisma marak menyala Tidak mampu menampung ghairah rakyat merdeka Suara Bumiputera yang semakin keras bergema Kemunduran dan kemiskinan yang ketara. Tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala duka nestapa bangsa Bahawa kita memiliki telaga Mengapa masih memegang talinya Sedang orang mencapai timba Maka segala gaung amarah dileburkan Menjadi sumpah amanah suatu wawasan
Pada detik 1966 yang menentukan RIDA pun dikerandakan dalam sejarah Untuk sebuah nama baru yang keramat Majlis Amanah Rakyat Kini 25 tahun telah berdetik MARA mencapai kedewasaan usia Mungkinkah bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan Menilai kembali keberkesanan AMARAH dan Amanah Rakyat yang dipahatkan.
USMAN AWANG NOVEMBER 1991