Introducing
Your new presentation assistant.
Refine, enhance, and tailor your content, source relevant images, and edit visuals quicker than ever before.
Trending searches
NAMA AHLI KUMPULAN:
1.NURSYAZILAH BINTI NORDIN (36DUP20F1076)
2.NUR ATMA ANASTASIA LAW BINTI GHANI@YUSSOF (36DUP20F1077)
3.MOHD KHAIRUL ISYRAQ HAQEEM BIN KEFLI (36DUP20F132)
PERANAN KAEDAH FIQH DALAM HOSPITALITI DAN PELANCONGAN
NAMA PENSYARAH:USTAZ MUHAMMAD SAYUTI BIN SABDAN
Syariat islam ialah penutup segala syariat yang diturunkan oleh Allah SWT bersifat syumul, mudah serta sesuai diamalkan sepanjang masa dan tempat. Antara ciri kesyumulan ajaran ini ialah ia mampu menyelesaikan pelbagai persoalan yang timbul dan dihadapi oleh manusia berdasarkan pelbagai pendekatan dan kaedah yang ditetapkan oleh syarak. Salah satu pendekatan yang digunakan oleh ulama silam dalam menyelesaikan persoalan yang berlaku ialah dengan menggunakan pendekatan kaedah fiqh.
MENURUT BAHASA:
-Ensiklopedia Fiqh:Mengetahui sesuatu dan memahami tentangnya. Kebiasaannya perkataan fiqh digunakan untuk ilmu-ilmu keagamaan kerana kemuliaan ilmu itu.
-Muhammad Mustafa Shalabi: Al-Quran menggunakan perkataan fiqh untuk memahami sesuatu perkara dengan mendalam.
-Al-Zarkhasi:Mengetahui hukum-hukum syarak yang berbentuk praktikal yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci.
-Al-Amidi:Ilmu yang terhasil secara jumlahnya daripada hukum-hukum syarak yang far’i dengan cara memerhati dan menggunakan dalil. Secara kesimpulannya, yang dimaksudkan dengan fiqh ialah mengetahui hukum-hukum syarak yang berbentuk mengetahui hukum-hukum syarak yang berbentuk amalan seperti ibadat, perkahwinan, perceraian dan lain-lain berdasarkan dalil-dalil yang terperinci sama ada dari al-Quran atau al-Sunnah.
Kaedah fiqh atau qawaid fiqhiyyah merupakan gabungan dua perkataan Arab iaitu qawaid dan faqhiyyah. Dari sudut bahasa, pengertian kaedah membawa maksud tapak, asas rumah dan prinsip. Fiqh pula membawa maksud suatu kefahaman, iaitu memahami sesuatu perkara dengan mendalam dan terperinci. Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan, maka kaedah fiqh dapat diertikan sebagai satu koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menentukan hukum sesuatu isu atau masalah seperti aspek ibadah, perkahwinan, perubatan, ekonomi dan sebagainya. Penentuan hukum ini pula akan ditentukan berdasarkan kaedah atau formala tertentu.
1. Al-Jurjani : PERSOALAN UMUM YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN KE ATAS KESEMUA CABANG.
2. Dr Mahmud Ismail: HUKUM FIQH YANG BERBENTUK UMUM YANG DAPAT DIKETAHUI HUKUM DARINYA BAGI PERSOALAN - PERSOALAN CABANG DARI PELBAGAI BAB
3. Ibn al-Subki : IAITU SESUATU YANG KULLI ( KESELURUHAN) YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN KEPADA JUZUK-JUZUK YANG BANYAK , SETA DAPAT DIFAHAMI HUKUM DARINYA
4. Al-Hamawi : IAITU HUKUM AKHTARI DAN BUKAN KULLI ( KESELURUHAN) YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN KEPADA KEBANYAKKAN JUZUK , UNTUK MENGETAHUI HUKUM DARIPADANYA
Al-Kuliyyah al-Kubra iaitu kaedah yang disepakati oleh kebanyakan ulama merangkumi lima kaedah. Keistimewaannya boleh diaplikasi dalam semua bab fiqah, bermula dari bab taharah sehingga bab hijad, dan dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi, seni, perubatan, pelancongan, hospitaliti dan sebagainya.
Kaedah fiqah al-Sughra iaitu himpunan sejumlah besar kaedah-kaedah fiqah yang skop aplikasinya lebih kecil berbanding dengan kaedah fiqah al-kuliyyah al-kubra.
-Memudahkan pemahaman terhadap hukum yang digunakan dalam bidang perlancongan dan hospitaliti.
-Kaedah fiqh menjadi asas dalam menentukan matlamat serta kaedah pencapaian matlamat tersebut.
-Sebagai pendorong kepada umat Islam untuk membangunkan industri pelancongan dan hospitaliti.
Kesimpulannya,Islam adalah agama yang mudah, Islam memudahkan perkara yang kita anggap sebagai beban. Ini dapat membuktikan bahawa Islam membantu kita untuk melakukan suata kerja dan mudah. Islam juga menghalang kita melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri, masyarakat dan alam sekitar. Kita hendaklah peka dengan setiap yang ada di dunia ini hanya pinjaman sahaja. oleh itu, kita hendaklah memastikan kita sentiasa menjaga apa yang kita di pinjamkan.
-https://www.slideshare.net/asrrien79/aa211-hospitaliti-dan-pelancongan-dalam-islam
-https://nukilanseorangpendosa.blogspot.com/2020/03/?m=1
-https://online.fliphtml5.com/nlthq/mxxc/#p=6